Sebenarnya, apabila telah lama berumah tangga, ada pasangan merasakan soal seks itu bukan lagi satu keperluan dalam hidup, sedangkan mereka silap. Isu ini melibatkan perasaan dua jiwa dan sekiranya tidak berhati-hati pasti ada hati yang terluka kerana terdapat individu yang tidak diendahkan dari segi permintaan batin mereka. Antara punca menyebabkan pasangan malas melakukan hubungan seks adalah kerana mengalami kebosanan dalam bilik tidur dan tidak kreatif.
Mungkin ada yang bertanya, melakukan seks perlukan kreativiti? Jawapannya memang perlu kerana dengan gaya dan cara yang diperhalusi dapat memberi nafas baharu terhadap aktiviti seks anda.
2. Cara seks boleh dijangka
Tercetus perasaan sedikit bosan tentang cara seks anda berdua kerana anda boleh menjangkakan bagaimana ianya bermula dan kemudian berakhir. Bagi menghilangkan rasa kebosanan itu apa kata anda menukar cara taktik hubungan seks anda. Mungkin boleh tukar posisi atau bereksperimen dengan kaedah baharu. Mungkin anda boleh memasukkan bahan-bahan yang menjadi pemangkin kepada unsur-unsur seks seperti gel pelicin, haruman dan sebagainya.
3. Pedulikan kaitan emosi dan fizikal
Cara anda melayan pasangan di luar bilik tidur secara negatif selalunya akan memberi kesan kepada cara hubungan seks anda. Mungkin anda marah kepadanya kerana dia selalu membebel menyebabkan anda rasa jengkel dengan perangainya. Perasaan seperti ini boleh menimbulkan kesan kepada perlakuan hubungan seks. Dalam hal ini anda perlu perbaiki hubungan anda dengan pasangan agar tidak terbawa-bawa dengan perasaan meluat kepada pasangan tatkala melakukan hubungan intim.
4. Gangguan daripada alat-alat gajet
Sekiranya anda seorang yang memang tidak dapat dipisahkan dengan pelbagai alatan gajet sehingga sampai di atas katil turut memberi pandangan yang negatif daripada pasangan. Sekiranya anda sibuk melayari internet atau membalas emel, secara tidak langsung memberikan petunjuk kepada pasangan yang anda enggan atau tidak berminat melakukan seks pada malam itu.
Seterusnya anda berdua hanya sibuk melayari internet di zon masing-masing, lakukan sesuatu. Jadikan bilik anda zon bebas teknologi, caj telefon anda di luar dan jadikan bilik itu hanya untuk anda berdua.
5. Imej badan yang negatif
Imej badan yang kurang menarik setelah lama berumah tangga hasil kelahiran bayi, faktor usia, berat badan, selulit, badan menggeleber menyebabkan pasangan anda sudah tidak lagi berminat melakukan seks dengan anda. Ditambah masalah kesihatan menyebabkan pasangan turut menjadi terlalu peka dengan tubuh masing-masing. Dalam hal ini setiap pasangan sepatutnya saling memuji mengenai penampilan dan keadaan diri dan sematkan dalam pemikiran setiap kecantikan itu terhasil daripada pandangan tuan punya badan sendiri. Apa-apa pun setiap pasangan perlu menjalani kehidupan yang sihat.
6. Seks tidak dipaksa
Sekiranya anda adalah seorang yang gemar melakukan seks dengan cara yang singkat dan ringkas atau mempunyai kemahuan seks yang tinggi, jangan paksa pasangan anda mengikut kemahuan anda secara membabi buta. Tolong peka dengan perasaannya. Sudahlah begitu, sekiranya anda tidak dapat apa yang dimahukan anda akan mengkritik pula pasangan sehinggakan dia takut untuk melakukan seks kerana khuatir dengan apa pandangan anda terhadapnya. Berfikir cara orang yang dewasa, paksaan akan menyebabkan tekanan kepada pasangan anda. Kuncinya adalah keseimbangan fikiran kerana seks dilakukan secara rakus tidak seronok. Seks adalah penuh dengan keindahan, sopan dan ada cara-caranya yang lembut dan saling memuaskan.
7. Berfantasi di bilik tidur
Biarpun anda melakukan seks tetapi sekiranya tiada rangsangan daripada otak, semuanya tidak akan berlaku sebagaimana diharapkan. Pemikiran dan fantasi anda memainkan peranan di bilik tidur.
Sebenarnya pasangan hari ini tidak lagi melihat seks satu keperluan dalam hidup mereka kerana terlalu penat dengan kesibukan harian. Bagi menghadapinya, jadikan masa rutin anda di bilik tidur sebagai satu pasukan. Kerjasama dengan pasangan menyelesaikan kerja-kerja rumah sebelum masuk tidur bersama adalah diperlukan. Begitu juga ketika anda dan pasangan di atas katil, jadikan ia satu bentuk kerjasama berpasukan. Nikmati hubungan seks anda sepenuhnya.
Sumber : utusan@keluarga
No comments:
Post a Comment