SETIAP wanita pasti menginginkan pasangan yang pintar dalam segala hal, bahkan ketika beraksi di atas ranjang. Keperibadian dan perilaku lelaki dalam kesehariannya atau cara lelaki melayan pasangannya, dapat menunjukkan kemahirannya bercinta.
Berikut ini ciri-ciri lelaki yang pintar dalam bercinta, dilihat dari perilaku sehariannya, seperti yang dipaparkan dibawah ini.....
Gentleman
Perhatikan perilaku, sikap, dari lelaki yang memiliki ciri-ciri ini. Banyak perempuan mendambakan lelaki yang disebutnya sosok gentleman. Bukan semata lelaki yang kerap membuka pintu untuk anda, namun juga lelaki yang tak segan menunjukkan kepeduliannya terhadap anda.
Lelaki jenis ini punya perhatian besar terhadap pasangan, dan selalu memikirkan keadaan anda. Ia selalu tahu cara tepat melayan anda. Termasuk memahami anda saat bercinta.
Peka
Lelaki ini tak segan memimpin tangan anda saat berjalan bersama, atau sekadar menyentuh lembut selepas makan malam, juga memberikan sentuhan mesra saat berduaan dengan anda. Perilaku seperti ini menunjukkan si dia tahu caranya juga waktu tepat untuk menunjukkan perhatian melalui sentuhan. Kepekaan yang terlatih setiap hari ini membuatnya lebih mahir saat bercinta.
Tak egois
Sebahagian lelaki menberi tumpuan pada dirinya sendiri. Alih-alih memberikan perhatian pada anda, meskipun ketika itu ia sibuk membicarakan apa yang terjadi pada dirinya sepanjang hari, atau aktiviti apa yang ingin dilakukannya.
Lelaki yang mengedepankan anda daripada kepentingan dirinya, menandakan perhatian besar yang ditujukan untuk pasangan bukan dirinya. Baginya kebahagiaan anda menjadi keutamaan. Kebiasaan seperti ini juga terbawa apabila anda bercinta dengannya. Dia tak egois hanya memikirkan diri sendiri, namun lebih ingin membahagiakan anda termasuk di tempat tidur.
Sabar
Lelaki yang mahu mengenali anda lebih dekat, menjalani pelbagai aktiviti bersama dalam rangka saling memahami keperibadian menunjukkan kesabarannya dalam membina hubungan. Sekaligus juga menunjukkan minat terhadap anda dan keinginannya untuk membina hubungan jangka panjang. Lelaki jenis ini bersedia menunggu kesediaan anda, termasuk saat bercinta. Ia takkan memaksakan kehendaknya kepada anda.
Membuat anda lebih percaya diri
Si dia tak segan memberikan pujian atau mendedahkan sokongannya terhadap anda. Caranya memandang dan melayan anda, membuat anda merasa bijak, seksi dan menarik. Perlakuan lelaki yang membuat pasangannya merasa istimewa dan menambah kepercayaan diri anda setiap hari, menjadi tanda bahawa si dia juga mampu membuat anda merasa hebat dalam beraksi di atas ranjang. Dengan kata lain, lelaki jenis ini mempunyai kemampuan yang lebih dalam bercinta.
Anonymous
No comments:
Post a Comment