Monday, August 27, 2012

Cinta Saja Tidak Cukup!

Bercinta bertahun-tahun tidak akan menjamin bahawa dia adalah lelaki yang tepat untuk anda. Ada pasangan yang hanya memerlukan masa 6 bulan untuk melanjutkan ke jinjang perkahwinan, tetapi ada juga yang perlu waktu bertahun-tahun sampai ke perkahwinan. Itu pun ada juga yang akhirnya berpisah. Lalu, bagaimana cara mengetahui bahawa ia memang lelaki yang tepat?

1. Teman-teman setuju
Bukan hanya anda yang yakin bahawa dia orang yang tepat, tetapi juga teman-teman anda. Namun, kalau hanya anda yang merasakan hal itu, dan teman-teman anda tidak bersetuju, bererti ada yang salah. Kadang-kadang cinta boleh membutakan logik dan perasaan anda; orang-orang di sekitar Andalah yang boleh berfikiran normal.

2. Kumpul dengan keluarga
Perkenalkan pasangan dengan keluarga anda dan lihat apakah ia boleh dengan mudah bergabung dengan ibu bapa dan saudara-saudara anda. Memang tak semua orang boleh langsung akrab dengan orang yang baru dikenali. Namun, amati juga apakah ia cenderung menghindar.

3. Ia mendengar
Hidup adalah dua kesatuan yang harmonis. Ada kalanya anda mendengar atau dia yang mendengar. Namun jika anda hanya berfungsi sebagai pendengar, maka komunikasi tidak akan berlangsung dua arah. Ingatlah bahawa komunikasi adalah asas dari hubungan anda.

4. Punya tujuan yang sama
Anda ingin berkahwin dan ia hanya ingin bersenang-senang? Sampai bila-bila masa anda berdua tidak akan seiring sejalan. Satukan tujuan ke depan, akan dibawa ke mana hubungan itu? Apakah hanya sebatas bersenang-senang atau berlanjut ke arah yang lebih serius?

5. Ia boleh jadi teman dan sahabat
Ini keuntungan lain saat anda punya pasangan yang boleh dipercayai sebagai teman dan sahabat. Asas ini lebih kukuh berbanding hanya menjadikan ia sebagai pencinta.

6. Percaya
Anda percaya kepadanya. Tanpa kepercayaan, suatu hubungan tidak akan pernah langgeng sebab anda akan saling curiga dan mengekang satu sama lain.

7. Merasa Istimewa
Anda masih merasakan hal yang sama seperti saat pertama berjumpa dengannya, seperti perhatiannya yang tak berkurang atau kesetiaannya yang tetap teruji. Hal ini merupakan petanda kalau anda adalah orang yang istimewa baginya.

8. Membicarakan masa depan
Apabila anda mencari Mr Right, maka anda juga harus mengatur peranan hal yang sama bahawa ia mencari Mrs Right. Ertinya, ia juga mempunyai beberapa komitmen untuk menjalani kehidupan yang saling menyokong bersama anda, pasangannya.
9. Merasa dilindungi
Melindungi bukan hanya secara fizikal, tetapi juga secara kewangan. Jika ia tidak boleh menyara dirinya sendiri bagaimana nanti ia boleh menyara anda dan anak-anak? Cinta saja tidak cukup. Anda harus mampu bersikap realistik!

10. Jadi apa adanya
Jadilah diri anda apa adanya agar ia juga mencintai diri anda sepenuhnya, lengkap dengan segala kekurangan anda. Jika ia tidak mencintai anda apa adanya, maka tiada alasan anda untuk terus bersamanya kerana unsur "pada saat susah dan senang" tidak anda miliki.

Anonymous

No comments:

Post a Comment