Friday, July 20, 2012

Untuk Cantik Tanpa Make Up

KOSMETIK memang dibuat untuk membantu wanita tampil lebih cantik, dan sempurna. Tapi perlu anda yakini, setiap perempuan pada dasarnya memiliki kecantikan berbeza, meskipun tanpa kosmetik.

Jika anda salah satu perempuan yang selalu bergantung dengan kosmetik, tidak ada salahnya sekali-kali cuba tampil tanpa kosmetik.

Ini beberapa panduan yang boleh anda lakukan untuk tetap cantik tanpa kosmetik....

Selalu memberikan senyuman
Wajah yang ramah dan penuh senyum tentu membuat orang tak mudah untuk melupakannya. Anda akan terkejut, jika membayangkan hal yang akan diingat orang, saat wajah anda berkosmetik tapi tanpa senyum atau tanpa kosmetik tapi penuh senyum. Panduan ini yang paling murah dan mudah untuk dilakukan.

Selalu berbuat baik
Anda mau pilih yang mana? Menjadi perempuan cantik bagaikan supermodel tapi dibenci kerana kelakuan yang buruk, atau menjadi perempuan biasa tapi banyak yang suka kerana hati yang cantik? Yakinlah, kecantikan sejati berasal dari dalam hati.

Jaga berat badan anda
Untuk menjaga berat badan, lakukan olahraga atau senaman secara teratur. Sukan dapat membentuk otot, jika disertai dengan diet yang tepat. Tidak hanya menjaga berat badan, sukan juga akan menjaga struktur tulang, kesihatan, dan kecergasan tubuh anda.

Makan makanan sihat
Ada peribahasa yang menyebutkan, anda adalah apa yang anda makan. Apabila makanan anda kebanyakan berasal dari makanan yang diproses terlalu masin, terlalu manis dan berlemak, maka tidak perlu hairan bila itu terlihat pada penampilan rambut, kulit dan kuku anda. Makanlah juga sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari untuk mendapatkan penampilan maksimum.

Rawat rambut anda
Umumnya, orang sangat suka dengan orang yang boleh menjaga penampilannya. Berikan perhatian lebih kepada tubuh anda, terutamanya perhatikan kebersihan rambut anda. Pilihlah model yang sesuai dengan bentuk wajah anda, kerana penampilan anda bukan hanya pada muka saja...!

Pilih pakaian terbaik dan sesuai
Untuk pakaian, anda boleh memulakan memilih model atau warna. Pilihlah yang yang paling sesuai dengan keperibadian, selera, dan rasa selesa anda. Jangan lupa untuk menyesuaikannya mengikut keperluan dan keadaan semasa anda memakainya.

Anonymous

1 comment: