Tuesday, July 3, 2012
Apa Lagi Warisan Indonesia?
Ada orang cadangkan supaya kita mewartakan bahasa Melayu warisan Malaysia. Kalau lambat nanti ada pula orang yang mendakwa bahasa Melayu warisan mereka. Mereka itu maksudnya Indonesialah yang tak ada kerja lain. Asyik nak cari pasal dengan jiran saja.
Walaupun cadangan itu nampak lucu, tapi sikap kebudak-budakan sesetengah pihak di Indonesia terutama NGO yang tidak berapa cerdik, perkara ini bukan mustahil berlaku. Bayangkan kalau Indonesia kata bahasa Melayu itu warisan mereka dan kita sudah martabatkan sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan.
Sebelum ini pun bukan ada isu tapi Indonesia mendakwa itu dan ini semuanya milik mereka. Kalau bahasa Melayu dikatakan warisan Indonesia, kita pula kena cakap bahasa Belanda yang pernah menjajah Indonesia.
Siti bimbang kes seperti ini berlaku lagi pada masa depan. Ini kerana di sana ada terutama media suka menjadi batu api menyebarkan maklumat yang kabur tentang sesuatu isu. Kalau media di sana profesional macam di Malaysia, kontroversi begini tidak berlaku.
Isu yang baru-baru ini pun sebenarnya bukan besar mana. Tapi bila ada pihak dalam kalangan media sendiri yang menyiarkan maklumat salah atau sengaja disalahkan, puak NGO upahan pun bertindak ganas.
Kalau tidak silap Siti sebelum ini ada jawatankuasa yang dianggotai wakil media Malaysia dan Indonesia untuk tangani kes-kes seperti ini. Tapi sejauh manakah kesannya masih belum kelihatan.
Bagi Siti, kita perlu bertindak lebih tegaslah dalam soal begini. Tapi stesen televisyen kita langsung tak sensitif. Merekalah yang menyumbat ke pemikiran rakyat dengan drama-drama buruk dari Indonesia. Kenapa tidak dipulaukan sahaja drama Indonesia kecuali yang bernilai tinggi.
Siti dah naik meluat apabila kita selalu sangat mengungkapkan “bangsa serumpun" atau “abang dengan adik" apabila timbul ketegangan antara Malaysia - Indonesia. Nampaknya kita sahaja yang terhegeh-hegeh mengaku “bangsa serumpun" sedangkan mereka anggap kita sebagai musuh.
Memang benarlah yang buat honar itu sekumpulan kecil. Tapi sampai bila kita boleh memujuk diri kononnya itu bukan mewakili Indonesia. Sepatutnya Indonesia juga mesti mengaku bahawa lanun di Selat Melaka dan perompak Indonesia yang merompak di negara ini adalah warisan Indonesia. Bayangkan kalau ada perompak Malaysia ditangkap di Indonesia, macam kita tangkap banyak perompak Indonesia di sini, mesti NGO buat demonstrasi di depan pejabat kedutaan kita di Jakarta. Mesti punya.
Oleh : SITI JARUM: Bisa, bisa, bisa semua bisa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment