nuffnang

Wednesday, July 18, 2012

90 Peratus Murid Sekolah Katolik Beragama Islam


Sebuah sekolah Katolik di Birmingham semalam mendedahkan 90 peratus muridnya beragama Islam.

Bangunan sekolah itu penuh dengan ikon dan patung berkait dengan agama Kristian dan murid melakukan upacara keagamaan Katolik setiap hari.

Namun, hanya 40 kanak-kanak yang belajar di situ adalah penganut Katolik.

Ada di kalangan bapa murid itu adalah imam sementara sebahagian pelajar tinggal di kawasan masjid berhampiran.

Bagaimanapun, Sekolah Rendah Katolik Rosary yang terletak di kawasan penduduk majoriti Islam menegaskan, hubungannya dengan gereja Katolik adalah kukuh.

Ada murid Islam bertindak sebagai pelayan paderi di perhimpunan sekolah.

Pengetuanya, John Gub- bins berkata: “Kami mengikut program pelajaran Gereja Katolik untuk pelajaran agama yang diberikan kepada murid antara 10 hingga 15 peratus seminggu.” - DM

No comments:

Post a Comment