Tuesday, July 24, 2012

Kegemukan Punca Aktiviti Seksual Menurun


MASALAH berat badan kerap menjadi alasan para wanita malas melakukan hubungan seksual dengan pasangannya. Bahkan ada pelbagai cara yang dilakukan untuk menutup penampilan fizikalnya saat bercinta.

Dalam satu kajian di Britain, sebanyak 52% responden wanita yang dibanci mengatakan mereka mengelakkan seks kerana terlalu banyak lemak di tubuh mereka. Bancian yang diikuti oleh 4000 orang ini menunjukkan bahawa ramai wanita yang menderita lantaran harapan mereka seringkali tidak masuk akal kerana penampilan fizikal mereka. Akibatnya, aktiviti bercinta pun menjadi sia-sia.

Berdasarkan kajian yang dipaparkan dari Dailymail, pembunuh nombor satu untuk melakukan seks adalah keletihan. Sebanyak 73% wanita mengatakan bahawa mereka menolak melakukan hubungan seksual kerana alasan tersebut. Diantara alasan lain yang disebutkan adalah kurang menarik, sakit dan stress.

Sementara sebanyak 13% wanita mengaku mereka mematikan lampu ketika melakukan hubungan seksual, sebab mereka merasa khuatir dan malu jika pasangannya melihat tubuh mereka. Bahkan ada seorang wanita dari 10 wanita menginginkan seks yang lebih panas di tempat tidur, tapi dengan syarat posisi bercinta yang digunakan adalah kedudukan yang tidak memperlihatkan bahagian tubuh yang menurutnya tidak enak dipandang oleh pasangannya.

Selanjutnya sebanyak 6% responden yang sudah berkahwin atau hidup dengan pasangannya mengakui aktiviti seksual mereka membosankan. Dan sebanyak 19% mempercayai bahawa keberahian mereka akan meningkat jika seks dilakukan dengan orang yang dicintai.
Namun yang paling menyedihkan adalah 6% wanita yang mengaku aktviti seksual yang dijalankan adalah kerana kewajipan kepada pasangan mereka saja.

1 comment: