Thursday, July 19, 2012

Seksi Seorang Jejaka


Bentuk tubuh yang berotot-otot belum cukup untuk membuktikan bahawa jejaka itu seksi atau memiliki sifat maskulin sejati.
Ramai yang salah faham sehingga cenderung menghabiskan masa berjam-jam di gimnasium untuk bersenam dan mengangkat berat. Tidak kurang juga menahan makan dengan berdiet secara ekstrem.
Lelaki juga sebenarnya perlu melatih diri mereka untuk sentiasa jadi lebih menarik dengan pengetahuan tentang perkara yang berlaku di sekeliling seperti hasil seni, muzik, makanan atau apa jua yang boleh menyuntik kesegaran dalam minda.
Hakikatnya, keseksian lelaki terletak kepada banyak perkara termasuklah keyakinan diri, sifat humor dan memiliki pilihan pakaian yang menarik di dalam almari.

PELAKON Aaron Aziz antara jejaka yang murah senyuman dan mempunyai skil komunikasi yang baik.


Di sini ingin saya jelaskan bahawa cara pemakaian amat penting bagi menyampaikan mesej yang diingini kepada khalayak. Memakai pakaian yang kurang sesuai dengan karakter dalaman merupakan kesilapan yang paling besar dalam definisi fesyen.
Dalam pada itu, seksi juga tidak bergantung kepada umur seseorang. Ia bergantung kepada cara pembawaan diri seseorang.
Lihat sahaja ikon filem seperti Brat Pitt dan Tom Cruise. Usia tidak pernah menjadi tembok untuk mereka terus kekal menjadi ikon jejaka rebutan wanita.
Skil komunikasi
Sama ada kita mahu mengakuinya ataupun tidak, keseksian golongan jejaka semakin bertambah seiring peningkatan usia dan pengalaman kehidupan.
Selain aspek pemakanan, bentuk badan dan pemakaian, skil komunikasi juga penting untuk menyuntik mood seksi tersebut. Air muka yang tenang dan senyuman membuka salam perkenalan.
Ia merupakan pandangan pertama yang cukup menyenangkan. Ketawa juga adalah ubat yang paling mujarab, ia menghilangkan ketegangan. Pakar perubatan menyatakan satu minit ketawa boleh memberi 45 minit rasa rileks serta membuatkan badan rasa lebig segar. Jika kita amati mereka yang bahagia dan gembira sentiasa tampak muda. Setuju?
Senyuman ikhlas dan ceria boleh membawa kesan yang menakjubkan. Ia memberikan seri kepada wajah dan paling penting ia meruntuhkan benteng yang wujud sesama kita. Sesetengah ahli psikologi mendakwa ungkapan muka memberi kesan ke otak, menyebabkan perasaan positif dan negatif.
Selain itu, seseorang jejaka perlu bijak menjaga penampilan. Usahlah malas menyelak majalah atau kolum fesyen lelaki untuk dijadikan rujukan.
Mengenakan pakaian yang sepadan dengan bentuk tubuh dan acara yang dihadiri pasti membuatkan si gadis terpukau melihat penampilan anda.
Usah takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam bidang fesyen kerana jika tidak anda bagaikan terperangkap dalam satu gaya fesyen sahaja.
Sumber : Kosmo Online

No comments:

Post a Comment