Monday, July 9, 2012
Kerja Gila : Pinda Solat Jumaat Ke Hari Sabtu
Komuniti Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid diseluruh penjuru Negara untuk melaksanakan solat Jumaat, diganti dengan hari Sabtu.
Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, kerana hari Jumaat di Azarbaijan termasuk hari kerja resmi negara.
Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangi kinerja para pegawai dan pekerja pemerintah.
Cuti rasmi pemerintah Azarbaijan adalah hari Sabtu dan Minggu, yang memungkin bagi pegawai pemerintah tidak terganggu jam kerjanya.
Menanggapi alasan pemerintah, khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dinilai sebuah sentimen politik belaka.
“Pemerintah khuatir solat Jumaat menjadi tunjang pendidikan politik yang boleh menggugat pemerintah. Yang namanya solat Jumaat tidak boleh dipindah hari,” ujarnya.
Republik Azarbaijan adalah negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim disana mencapai 90% dari total keseluruhan warganya.
Keakraban rejim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan pegawai-pegawai pemerinta cenderung anti Islam.
Hingga kini, warga muslim Azarbaijan masih memperjuangankan hak-hak kaum muslimah untuk mengenakan jilbab.
Sumber : Kompas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kerja gila!!! ubah jela cuti ke hr jumaat dan sabtu seperti kelantan n bbrapa negeri lain di Malaysia..selesai masalah!!
ReplyDeletetetapi untuk meminda cuti mingguan daripada sabtu dan ahad kepada jumaat dan sabtu adalah possible...
ReplyDeleteanda berani?...