nuffnang

Wednesday, July 18, 2012

Peranan Baju Tidur


BUNYINYA sedikit rencam. Bagaimana agaknya merangsang ghairah suami dengan tubuh anda?

Banyak cara boleh dilakukan oleh si isteri dalam merangsang naluri keghairahan suami anda ketika berada di atas katil. Selain memastikan bilik berada dalam keadaan bersih, kemas, harum dan indah, cara pemakaian isteri ketika masuk tidur juga sebenarnya memberikan kelainan 'intipan mata' suami kepada anda.

Salah satu daripadanya ialah dengan mengenakan baju tidur. Baju tidur sebenarnya berfungsi sebanyak 60 peratus dalam menarik keghairahan suami.

Tapi bukanlah maksudnya berbaju tidur (pijama) yang bercorak polka dot atau bunga-bunga itu. Ia adalah baju tidur seksi yang nipis, lengkap berenda dengan warna-warna yang menarik.

Baju tidur ini berfungsi umpama melengkapkan daya tarikan seks kepada suami anda apabila berada di atas katil melihat liuk lentuk tubuh anda di dalam material baju tidur yang membuatkan anda kelihatan seksi.
   
Apatah lagi waktu keadaan di dalam bilik waktu itu adalah samar-samar cahayanya dilengkapi dengan sedikit muzik romantik sebelum 'adegan' seterusnya bermula.

Feminin@utusan

No comments:

Post a Comment