Membaca hati lelaki bukanlah perkara mudah untuk dilakukan. Sejumlah cara yang dilakukan pun belum tentu dapat menguak bagaimana hatinya terhadap anda. Mengikuti keyakinan hati sebenarnya menjadi satu cara yang dapat menggiringi anda mengetahui jawapannya. Cuba perhatikan petanda-petanda yang dipaparkan disini untuk rujukan anda…..
Periksa panggilan telefon anda
Lihatlah nota panggilan di telefon anda dan bandingkan dengan dirinya ketika menelefon. Adakah anda yang lebih kerap menelefon atau dirinya? Jika dia menelefon dalam jangka waktu yang kerap, ertinya dia mempunyai minat dengan anda. Namun jika tiga minggu berturut-turut anda tidak menerima, ertinya dia tidak tertarik dengan anda.
Dia tidak memerkenalkan anda di depan teman-temannya
Apabila anda bertemu keluarga atau teman terlihat dengan jelas bagaimana dia memerkenalkan anda. Bagaimana anda dikenalkan olehnya, apakah sebagai teman, rakan sekerja, atau kekasih? Lihatlah perlakuannya dalam saat penting ini dan anda dapat mengetahui bagaimana hatinya terhadap anda.
Dia membatalkan janji bertemu secara mendadak
Awalnya, ajakan pada hujung minggu sudah disetujuinya, namun secara mendadak dia membatalkannya pada Jumaat. Padahal, anda pun telah membatalkan semua janji untuk kelancaran pertemuan tersebut. Ya, jika dia tertarik seharusnya dialah yang berusaha untuk menepatinya. Jika hal tersebut tak dilakukannya, kemungkinan besar dia tak tertarik dengan anda.
Perhatikan gerak gerinya ketika berkomunikasi dengan anda
Ketika bersama di sebuah restoran misalnya, perhatikanlah bola matanya.Jika dia memerhatikan wanita lain yang baru saja masuk ke restoran atau anda mencari nama tertentu yang muncul dalam perbualan, ertinya dia tidak menganggap anda istimewa.
Anonymous
No comments:
Post a Comment