nuffnang

Saturday, April 7, 2012

Lima Ketakutan Lelaki Ketika Berhubungan Intim

Berhubungan intim bersama pasangan adalah sesuatu yang penuh dengan kenikmatan. Jika selama ini anda fikir para lelaki sangat percaya diri, ternyata itu tidak sepenuhnya benar. Sekurang-kurangnya itulah hasil kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Republik Czech.

Beberapa seksologi dan psikologi Republik Czech berkumpul untuk melakukan sebuah kajian yang bertujuan mengetahui ketakutan apa yang dialami lelaki saat di ranjang. Lebih dari 1,000 lelaki berusia 20 hingga 45 tahun mengambil bahagian dalam kajian ini. Dan inilah beberapa ketakutan lelaki saat berhubungan intim, seperti yang dipaparkan oleh Genius Beauty.

Hamil
Ternyata 83 peratus lelaki mengaku takut menjadi penyebab pasangannya hamil.

Keperawanan
Ketakutan kedua terbesar bagi lelaki adalah berkaitan seks dengan seorang yang masih perawan. Sebanyak 70 peratus lelaki mengakui hal ini.

Darah
Sebanyak 53 peratus daripada responden berkata, mereka takut menyakiti pasangannya saat berhubungan intim. Sejumlah lelaki juga mengaku takut melihat darah pasangannya.

Tak memuaskan
Hanya sekira 45 peratus responden yang merasa takut tidak mampu memuaskan pasangannya di ranjang.
Eksperimen seksual
Ternyata, sekitar 36 peratus yang mengaku takut melakukan eksperimen baru di ranjang.

Anonymous

No comments:

Post a Comment