Friday, April 27, 2012

Kejujuran Itu Indah

DALAM kehidupan seharian sifat jujur adalah sesuatu yang lahir daripada hati yang ikhlas. Kejujuran membawa nilai yang baik dan besar serta sangat penting dalam hubungan setiap insan.

Apabila melaksanakan amalan ibadah dan amal jariah mestilah disusuli dengan sifat jujur tanpa ada niat lain di sebalik apa yang dilakukan.

Oleh itu, jangan sesekali sifat jujur itu dicemari dengan menggandingkannya pada nama Ilahi, seperti menyatakan jujur dan ikhlas kerana Allah, namun lain yang dihajati dan dilaksanakan.

Sifat jujur dapat difahami juga sebagai sifat ikhlas, suci hati dan tulus ikhlas dalam perbuatan dan percakapan.

Selain itu, jujur juga adalah sifat lurus dan keikhlasan hati dalam semua percakapan, perbuatan dan aktiviti yang dilakukan. Pendek kata, sifat jujur datangnya daripada hati.

Sukar sekali untuk mencari orang yang bersifat jujur pada masa kini. Walaupun ada, tetapi pengaruh wang dan kebendaan menjadikan manusia sudah mulai melupakan kejujuran.

Justeru, Umar bin Khattab pernah berkata: "Jujurlah, walaupun kejujuran itu boleh membunuhmu. Pada setiap orang yang tidak jujur, akan mempunyai dua penjaga iaitu air dan lumpur."

Jujur mempunyai pengertian yang besar dalam Islam. Ia adalah sebahagian daripada iman. Sebab itu, seorang yang tidak mempunyai sifat jujur adalah orang yang nipis imannya. Ini disebabkan iman dan sifat jujur berjalan seiring. Jika salah satu diabaikan, maka kedua-duanya akan hilang.

Sifat jujur adalah hiasan diri daripada hati. Ia merangkumi pelbagai sifat yang mulia seperti amanah, malu, memelihara keaiban diri dan orang lain, bersopan santun serta menjaga dan memelihara maruah diri kerana Allah.

Sifat jujur dan tidak mengkhianati sangat penting. Daripada Abu Hurairah Nabi SAW bersabda: "Tunaikan amanat kepada orang yang memberi amanah kepada engkau dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati orang." (riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi).

Lantaran itu, sifat jujur perlu ada pada diri setiap Muslim, melalui sifat ini ia akan menjadi perisai kepada orang beriman.

Sifat jujur perlu dididik dalam hati sejak seseorang itu masih kecil lagi. Didikan dan bimbingan yang berterusan akan menjadikan seseorang itu sentiasa jujur dan menuju kepada kesolehan.

Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang segak tubuhmu dan tidak pula pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu. Barang siapa memiliki hati yang soleh maka Allah menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai Allah ialah yang paling bertakwa." (riwayat Ath-Thabrani dan Muslim).

Oleh itu, hati yang jujur sangat dipandang mulia oleh manusia dan juga mendapat balasan di sisi Allah. Hati yang jujur akan menjurus kepada sifat soleh dan ketakwaan dalam melaksanakan sesuatu.

Orang yang paling disukai Allah adalah orang yang jujur apabila menjual dan jujur apabila membeli dan jujur apabila membayar hutang, serta lemah lembut apabila menagih hutang.

Jika ditinjau sifat kejujuran sangat indah. Rasulullah SAW menjalankan perniagaan dengan penuh jujur, amanah dan ikhlas sehingga mampu memperdagangkan barangan jualan Khadijah dengan keuntungan yang banyak.

Dalam hal ini, baginda mengutamakan keredaan Allah dan mendapat keberkatan dalam mencari rezeki yang halal. Malah sentiasa mengikut syariat jauh daripada segala penipuan, riba, pengurangan dalam timbangan. (rujuk an-Nisaa': 29)

Oleh itu, penipuan dalam perniagaan adalah salah satu sifat yang tidak jujur yang selalu dilakukan oleh mereka yang tidak beriman. Ibadah yang ikhlas dan jujur adalah ibadah yang bersih daripada sifat riak, ujub dan bersih daripada takbur.
 
Oleh : Dr. Aminudin Mansor

Thursday, April 26, 2012

Mengapa Wanita Sukai Lelaki Usia Lebih Tua


SUDAH sewajarnya wanita menyukai lelaki tampan. Namun,sudah sewajarnya pula wanita jatuh cinta pada lelaki dengan usia lebih tua. Mengapa demikian?

Sebab, wanita menyukai lelaki berusia lebih tua didasari dengan pelbagai alasan. Jadinya, apa alasan wanita menyukai lelaki berusia lebih tua? Cuba perhatikan pendedahan ini…..

Matang
Wanita lebih menyukai lelaki usia lebih tua kerana keperibadiannya matang. Lelaki dengan usia lebih tua mempunyai cara pandang yang matang, memahami situasi, dan emosi yang stabil.

Keyakinan
Kebiasaannya, wanita komited dengan lelaki yang usianya lebih tua. Sebab, wanita yakin bahawa lelaki tersebut lebih percaya diri dalam menghadapi masalah dan tahu tujuan hidupnya. Wanita menyukai lelaki yang usianya lebih tua kerana dapat menyokongdan membantu wanita dalam mencari penyelesaian saat menghadapi sesuatu    masalah.
Pengalaman
Pengalaman adalah salah satu alasan yang membuat wanita menyukai lelaki berusia tua. Lelaki berusia tua telah berpengalaman secara fizikal maupun mental. Pengalaman ini yang membuat lelaki berusia tua lebih memahami wanita.

Kemapanan
Wanita menyukai lelaki berusia tua kerana keadaan kewangan atau ekonominya telah mapan. Untuk membina sebuah hubungan rumah tangga yang harmoni dan bahagia, tentu diperlukan kemapanan dari segi ekonomi. Kerana itu, wanita menyukai lelaki berusia tua.

Anonymous

Wednesday, April 25, 2012

Krisis Usia 40 - 65 Tahun

PERNAHKAH anda mendengar frasa "life begins at 40?" Ia adalah fasa kehidupan yang menggambarkan tentang perubahan tingkah laku dan emosi manusia apabila berada dalam lingkungan umur 40 ke 65 tahun.

Fenomena berkenaan dikenali sebagai midlife crisis atau krisis pertengahan usia dalam istilah psikologi.

Sesetengah lelaki akan menyedari fenomena ini semasa menyambut hari jadi mereka pada umur tertentu atau pada kelahiran cucu pertama. Ada yang menyedarinya setelah merasakan prestasi seksual mereka semakin menurun akibat penurunan paras hormon testosteron.

Bagi wanita pula, mereka biasanya lebih bersedia kerana mengalami simptom menopause sebagai tanda bermulanya fasa tersebut.

Individu dalam lingkungan umur ini amat mencemburui zaman. Mereka sedar bahawa kecantikan dan kecergasan fizikal yang mereka ada satu ketika dulu semakin pudar.

Tanda-tanda penuaan seperti rambut yang ditumbuhi uban, penambahan saiz pinggang, kedutan pada wajah dan pengurangan daya ingatan mulai ketara. Mereka merasakan masa bergerak terlalu pantas.

Ibu bapa baru tersedar bahawa mereka tidak sempat menikmati saat-saat indah ketika membesarkan anak-anak. Kini anak-anak sudah dewasa, malah ada yang telah berkahwin dan berpindah ke rumah sendiri. Ibu bapa di kampung semakin uzur. Adik-beradik, sahabat handai dan saudara mara pula ada yang telah meninggal dunia.

Bebanan kerja yang meningkat, masalah kewangan dan ketidakharmonian keluarga pula menyebabkan mereka kerap berfikir adakah mereka telah membuat pilihan yang tepat dalam hidup. Tempoh persaraan yang semakin hampir dan kurangnya persediaan memburukkan lagi keadaan.

Mereka yang gagal melalui tempoh midlife ini akan menunjukkan perubahan tingkah laku dan emosi. Perubahan ini boleh berlaku dalam tempoh yang singkat daripada seorang penyabar kepada panas baran, penyayang kepada tidak bertanggungjawab atau ceria kepada pendiam.

Ada juga yang mengalami kemurungan dan hidup dalam penafian. Mereka mula mencuba tabiat baru seperti merokok, berjudi, mengambil alkohol atau menyalahgunakan dadah.

Perbalahan suami isteri dan keganasan rumah tangga kadangkala berakhir dengan perceraian. Ada yang menukar isteri kepada yang lebih muda dan jelita untuk memenuhi tuntutan jiwa muda.

Midlife crisis perlu ditangani. Setiap orang perlu melalui proses ini dengan bijak. Anda tidak perlu musnahkan kehidupan sekarang untuk kembali ke dunia remaja. Apa yang perlu dilakukan adalah belajar cara-cara merangsang minda bagi mengembalikan semula perasaan indah zaman tersebut.

Di samping itu, pengambilan makanan seimbang, senaman berkala dan rawatan hormon juga boleh dilakukan untuk membantu melambatkan proses penuaan.

Apa yang perlu anda buat?Stres adalah masalah utama golongan ini. Kurangkan stres dan elakkan kerisauan melampau.

Tidurlah secukupnya. Pastikan anda telah pun tidur dengan nyenyak pada pukul 11 malam ke 2 pagi kerana waktu inilah badan anda melakukan proses membaik pulih.

Kurangkan mengomel tentang sebarang kekurangan pasangan dan banyakkan melihat kelebihan yang ada. Kukuhkan ikatan kekeluargaan dengan meluangkan lebih banyak masa bersama.

Kebanyakan lelaki usia ini tidak ramai kawan rapat. Hubungi rakan lama di sekolah dan jangan malu untuk beritahu yang anda telah berubah sesuai dengan usia.

Kurangkan penglibatan dengan kumpulan berteraskan sosial atau politik. Sertailah aktiviti kumpulan keagamaan setempat seperti masjid dan surau.

Senaraikan keutamaan hidup dan keluarkan mana yang tidak penting. Ini akan mengurangkan komitmen masa dan wang anda. Betulkan hala tuju kerjaya dengan meningkatkan kemahiran dan cuba teroka bidang baru seperti kembali ke kolej atau universiti jika berpeluang.

Mulakan semula hobi zaman remaja seperti menunggang motosikal, menulis buku, menanam pokok bunga, bermain bola atau menonton wayang. Ini akan mengembalikan semula perasaan gembira pada waktu tersebut.

Luangkan masa dengan mereka yang boleh menggembirakan hati. Cari peluang untuk ketawa seperti mengambil gambar aksi sendiri atau menonton komedi.

Sentiasa ingat perkara-perkara yang pernah membuat anda gembira seperti saat manis bercinta, kelahiran cahaya mata atau ketika anda menikmati pemandangan indah. - kesihatan@utusan

Palestin Mahu Tiada Negara Israel

TEBING BARAT - Seorang tokoh terkemuka Palestin mahu Palestin menggugurkan cadangan penubuhan dua buah negara bagi menyelesaikan krisis di Asia Barat.

Rundingan yang melibatkan penubuhan negara Israel dan Palestin telah berlanjutan selama beberapa dekad.

Sebaliknya, penduduk Palestin mungkin berusaha menubuhkan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik yang meliputi Palestin termasuk Israel.

Kenyataan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri Palestin, Ahmed Qureia.

Menurutnya, rundingan damai yang melibatkan kedua-dua negara hanya merugikan masa.

Beliau berkata, Israel menggagalkan rundingan itu sendiri kerana ia menempatkan penempatan haram di Tebing Barat dan menghalang penduduk Palestin daripada memenuhi cita-cita untuk menjadikan timur Baitulmuqaddis sebagai ibu kota mereka.

"Jika itu ialah dasar, saya rasa ia merupakan pembohongan besar untuk bercakap tentang penyelesaian dua buah negara," katanya kelmarin.

"Israel yang membunuh peluang untuk mewujudkan dua buah negara," tambahnya. - Agensi

Tuesday, April 24, 2012

Bahagiakan Suami Tercinta? Begini Caranya

APAKAH anda pernah berfikir bahawa menyenangkan hati suami memerlukan kerja keras? Tentu bagi sebahagian isteri, menyenangkan suami adalah satu perbuatan yang cukup sukar.

Namun jika lebih cermat, anda cukup menempuh langkah mudah untuk membahagiakannya. Langkah-langkah mudah ini pun boleh anda peroleh melalui pendedahan seperti ini.

Ungkapkan cinta dan keperihatinan anda kepada orang tua suami
Ibu bapa suami juga perlu anda sayangi setulus hati. Jaga dan rawatlah orang tua suami seperti anda menjaga dan merawat orang tua sendiri. Anda perlu melakukan semua itu secara ikhlas dan tanpa mengeluh. Hal ini dapat membuat suami semakin mencintai anda.

Memasak makanan untuknya
Sebagai ibu sekaligus isteri yang bekerja, anda tentu sukar meluangkan masa untuk memasak makanan. Namun sebagai isteri sekaligus ibu, anda perlu sesekali meluangkan masa untuk memasakan makanan kesukaan suami dan anak anda. Hal ini akan membuat suami merasa istimewa.

Menyiapkan pakaian kerjanya
Sebelum suami ke tempat kerja, anda harus menyiapkan pakaiannya terlebih dulu. Hal ini sangat membantunya dan membuat dia merasa diperhatikan.

Menunggunya pulang
Saat waktu makan malam tiba, anda perlu menunggu suami pulang terlebih dulu. Makan malam bersama suami di rumah adalah masa yang tepat untuk meningkatkan kualiti hubungan keluarga anda.Selain itu, hal ini juga boleh memenangi hati suami anda.
Merawat tubuh dan penampilan
Anda harus merawat tubuh dan penampilan agar suami semakin sayang dan bangga pada anda.

Lebih banyak mendengar
Anda perlu lebih banyak menyediakan waktu untuk berkongsi cerita bersama suami. Selain itu, anda perlu menjadi pendengar yang baik bagi setiap cerita suami.

Meningkatkan keintiman
Menjadi lebih saat di ranjang adalah cara terbaik memenangi kembali cinta suami. Jika ikatan fizikal anda dengan suami semakin dekat, ikatan emosional pun akan meningkat.

Anonymous

Monday, April 23, 2012

Cerpen Banjar.....Sayang Si Julak

Patang tu Julak taunggut dilalongkang....angin nang batiup sapoi-sapoi bahasa....mambawa jauh kanangan Julak kamasa silamnya. Sudah 60 umur Julak. magun haja hidup bujang..magun haja badiam dipondok usang dihujung bandang...magun haja bajualan ais krim. Siapa nang kada pinandu ka Julak...dari kakanakan hampai ka nang tuha....kling!!! kling!!!!...bunyi lonceng Julak bajualan ais krim awan basikal. Matan umur 17 tahun hampai wahini tu pang gawian bajualan , bajaja ais krim. Sambil maunggut tutih kadangaran diradio lagu...nyanyian L. Ramlie “ dara Pujaan “ , umai marasap menyelinap kajiwa Julak....kenangan silamnya makin jalas...tabayang dimata muha Imas gadis pujaan. Suah jua urang batakun napa Julak mambujang kada kawin-kawin. “ Kadadak jodoh “ jar Julak ringkas manjawap. Sebenarnya urang kada tahu batapa perasaan Julak maluap-luap handak berumah tangga kaya urang lain, handak baanak pinak bakaturunan tapi apakan daya jodoh kada sampai.

Masa tu umur Julak dalam 20an...hari-hari bajaja bajualan ais krim. Amun ada urang aruh bakawinan disitu pang Julak bamandak, bajualan ais krim...tuan rumah kabiasaannya manawari makan ka Julak...kada suah Julak menolak..rezeki jar...malaran hagan ari tu. Satu hari Julak bajualan ais krim ditampat urang baarohan kawin di parit 8. Laku jua jualan Julak ari tu....kada manang tangan..maklum lapas urang mangarat banih, kakanakan gin banyak basanguk duit. “ Bang ais krim potong dua “ jar Imas. Bungkam Julak kada suah malihat bibinian sabungas Imas...sambil galataran tangan Julak menjulungi 2 batang ais krim potong...” berapa bang “ jar Imas. Dua kupang jar Julak, sambil mata kada lapas merenung Imas. “ Jual lah “ jar julak. “ He..ih “ jar Imas sambil takurihing manis ka Julak. Bah... asa luruh jantung Julak. Mulai ari tu hari-hari pang Julak lalu di Parit 8 bajualan ais krim...kada suah katinggalan.

Julak gin hudah tahu rumah Imas, panandu ka Haji Saleh urang tuha Imas Imam surau parit 8. Bila hampai di hadapan rumah Imas mesti Julak bamandak...mun Imas kada manukar ais krim sengaja Julak mambarie. Mun Imas dahandak dijulunginya ka nang ading si Ulan sambil Julak bapasan kirim salam ka kakak jar. Ulan nang hanyar baumur 5 tahun tutih malompat-lompat kasukaan dapat ais krim. Kina disampaikannya salam si Julak, Imas senyum takilum-kilum kasupanan. Ka itu pang perhubungan Julak awan Imas. Sampailah satu hari Julak mengirimi surat meluahkan isi hatinya ka Imas, surat tutih dikirimnya malalui Ulan, ais krim colet pulang jadi upahan. Dua hari lapas tu surat Julak babalas...napa jar urang batapuk kada sabalah tangan, gayung bersambut kata bersahut...rupa-rupanya si Imas gin menyintai Julak.

Malam tu Julak duduk basila rapat dihadapan Pakacil Asim ayah angkatnya. Julak nia urang pandatang ba-asal dari Langkap Perak....nang ayah Banjar, umaknya Melayo, keduanya hudah lawas meninggal matan Julak baumur 8 tahun. Di haragu pulang oleh paniniannya. Bila peniniannya meninggal, tu pang Julak merantau hampai ka Sungai Besar, Selangor. Bajualan ais krim dari Parit 1 hampai Parit 16 dari sepagi jam 9 hampai patang, ka itu pang hari-hari. Bakanalan awan Pakacil Asim di kadai kopi Aheng Sungai Besar...tarus mengaku ba-ayah angkat awan hidin. “ Ako yah...handak bapara awan Imas anak Haji Saleh Imam surau parit 8 “ jar Julak membuka pandiran. ” Nah ham ganal gawian tu.....anak urang sugih, anak urang alim “ , jar Pakacil Asim. “ Andika tolong jua jalankan...ako awan Imas hudah suka sama suka, katuju handak bakawin “, jar Julak meyakinkan Pakacil Asim. “ Amun damintu kina ako mamikirkan hari napa nang baik tulak bapara karumah Imam Saleh “ , jar Pakacil Asim sambil mahiut rokok pucuk nya dalam-dalam. Malam tu Julak kada karuan guring...macam-macam nang difikirkan, satujukah Imam Saleh menerima pinangannya, amun satuju barapa hantaran...taga bila tabayang muha Imas nang bungas tutih...hayalan Julak jadi gembira...penuh bunga-bunga nang bewarna-warni..alangkah bahagianya dunia ini jar Julak, angan-angan tutih Julak bawa dalam mimpi indahnya samasa taguringan.

Pagi Jumahat tu, Pakacil Asim, nang bini Makacil Maah, Nanang awan Busu Imok tulakan karumah Imam Saleh mambawa hajat Julak handak bapara ka Imas. Sakira-kira rapat silaan, hudah manginang barokokan....” kami datang ni mambawa hajat ganal “ jar Pakacil Asim “. “ Ayuha padahakan napanya hajat tutih...mun hingkat kami tunaikan- kami tunaikan “, jar Imam Saleh. “ Anak angkat kami tu..si Julak nang bajualan ais krim – bahajat handak ka Imas “, ujar Pakacil Asim. “ OOOOO...si Julak tutih...” jar Imam Saleh sambil maurut-urut jangut sejemputnya...ada garisan bekerut-kerut di dahi Imam Saleh. “ Ka ini ha....kami kada hingkat mambagi kata putus...kaina batakun ka nang ampunya diri “, jar Imam Saleh meminta tempoh barang seminggu.

Saminggu lapas tu Imam Saleh awan nang bini Hajah Sariah batandang ka rumah Pakacil Asim di Parit 6. Balum sawat menjulungi banyu..Imam Saleh mejulungi balik cincin merisik “ minta maaf banyak-banyak...anak kami si Imas tu halui lagi , bamasak, batatapas gin kada bisa, basisimpun napa pang lagi..jahnya handak mangaji “ , ujar Imam Saleh menolak cara behimah pinangan si Julak, matan hidin urang baugama.

Umai kasian si Julak..mana supan lagi...mana asa keciwa lagi...parak saminggu Julak kada bajaja. Hampai hati Imam Saleh kada merestui pinangan si Julak, matan Julak urang miskin, yatim piatu, rupa kurang harta kadadak. Imas gin amat kacewa awan keputusan nang abah, taga apakan daya inya urang bibini kada wani malawani kuitan. Walaupun cinta dan sayangnya pada si Julak, taga kaputusan Imam Saleh muktamad, kada hingkat dirunding kira lagi. Ujar Imam Saleh ada haja jodoh nang labih baik dari Julak. Mun Imah kada ma-asi hidin kada handak mangaku anak.

Suah Imas mengirim surat ka-anu Julak mambawa-e kawin lari. Taga balum sawat Ulan membarikan surat tutih ka Julak, katahuan ka Imam Saleh....surat tu dikoyak-koyak hidin...patang tu laih pang si Imas kana panampar kana panandang Imam Saleh. Tuhuk nang umak batata...napang Imam Saleh macam dirasuk syaitan....basupanan mun urang tahu jar hidin.

Anak dara mambawa-e lalaki kawin lari...halui-halui Imas pada penglihatan hidin...mun diturutkan hati mau ditimbak hidin si Imas awan sanapang dua laras nang tasandar dihiga katil.

Marista banar Julak mandangar habar Imas dipukuli nang kuitan. Apa lagi jar Imas di pukuli oleh nang kuitan sabab handak kawin lari awan Julak. Taga Julak ni urang penyabar , mun ka urang lain saja dibawa-e lari pang si Imas...matalahan pulang Imas handak ka Julak. Ada jua nang ma-api-e Julak...” pantang anak lalaki dicabar jar...diulahi, diikhtiar haja si Imas tutih.....biar sama-sama haja.....hapus muha “ , taga Julak kada ambil hirau wadaan urang. Basa-sabar haja jar Julak dalam hati...hudah jodoh ku kadadak.

Tiga bulan lapas tu tadangar habar jar Imas dikawinkan Imam Saleh awan nang sapupu. Habaran tu macam halilintar mamanah dada Julak. Asa lamahan batis....umai barat banar dugaan hidup ku ujar Julak....sambil badayung basikal ampah bulik sambil maingui Julak manangis. kada sanggup lagi asanya handak hidup, kada sanggup walau malihat bumbung rumah Imas...ka itu pang parasaan Julak, keciwa....keciwa teramat sangat. Dihari perkahwinan Imas, sangaja Julak mamasang lagu S. Jibeng ‘ Inai Dijari ‘ bukan sakali malah bapuluh kali hampai habis beteri rekod piring hitam nang hanyar ditukar. Patang tu Julak dapat surat nang di kirim Imas melalui kawannya nang tulak aruh. “ Abang malam ni Imas handak jumpa Abang jam 12 dibawah rumah “. Bapuluh kali Julak mahafal kata-kata ringkas surat Imas. Tulak ka kadak...babalah bagi parasaan Julak.

Tacabar jua kalalakian Julak.....ah kada kira apa handak jadi- jadilah. Malam tu tepat jam 12 Julak hudah hampai dibarumahan Imam Saleh. 3 kali Julak manjantik lantai...Imas hudah faham..bagimit Imas maungkap lantai bilik...bagimit maulur batis, disambut Julak nang hudah mahadange dibarumahan. Masih lagi babaju pangantin dingur-dingur ba-bau arom. Bapaut baragap Imas kapohon guluk Julak. Di upang Julak ka rumpun pisang dihiga rumah. “ Abang bawa ha Imas lari...Imas dahandak awan urang tu...

Imas handak ka Abang “ jar Imas sambil mandingui tatangis, tangan Imas maragap pinggang Julak. “ Jangan ding-ai kina basupanan keluarga ikam”, jar Julak. “ Maraha...Imah dahandak kawin paksa “ , Julak mengusap-usap rambut Imas, jarinya mangalatar manyeka banyu mata Imas. “Amun abang kada sanggup mambawa Imas lari...abang ulaha napa haja ka Imas...Imas sarahkan diri Imas ka Abang “, jar Imas tajalipuk di batis Julak. Imbah tu napangada-i baguling-guling pang kaduanya di perdu pohon pisang. Habis keronyok baju pangantin....tabularai tabulirit. Pukul 4 pagi hanyar Imas bagimit pulang naik kabilik. Julak bulik karumah awan langkah nang longlai....asa puas hati gin ada..menyesal gin ada...kecewa dan sedih nang ianya. Imas masuk kabilik pangantin...lakas-lakas buhurup tapihkain..urang lain nang jadi pangantin..urang lain nang mamuga-e pangantin.

Tu pang rahsia nang kada siapa tahu....hanya Julak awan Imas. Julak uzur banar damini taga magun haja bajaja ais krim. Imas magun haja mandiami rumah arwah nang abah...kada ba-anak, nang laki hanyar haja meninggal 2 tahun lapas. Sejak peristiwa malam pengantin tu Julak kada suah lagi batamuan awan Imas. Parit 8 gin hidin kada lalu lagi mun bajualan ais krim. Kada sanggup amun taparaung awan Imas....kada sanggup walau malihat bumbung rumah Imas. Umai lawas dah Julak taunggut di lalongkang....sanja rupanya sudah...sayup-sayup kadangaran azan maghrib......

sekian haja cerdap(cerpen) nukilan Abe Hassan

Sunday, April 22, 2012

Ghairah Berpolitik Pinggir Adab Islam

SETELAH musim pilihan raya kecil terhenti kerana Parlimen dan Dewan Undangan Negeri telah pun melampaui tempoh tiga tahun, cakap-cakap politik kembali rancak kerana pelbagai spekulasi timbul tentang pilihan raya umum yang mesti dilakukan selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

Pilihan raya umum kali ini seperti pilihan raya-pilihan raya terdahulu, sudah pasti akan mencetuskan persaingan sengit antara parti bertanding bagi tujuan merebut kerusi itu.

Kebiasaannya, tidak akan ketinggalan kempen mencemuh pihak lawan sebagai cara meraih undi parti yang bertanding.

Acap kali persoalan akhlak, peribadi dan sebagainya mendapat perhatian istimewa di kalangan orang yang bertanding.

Tidak dapat dinafikan politik adalah sebahagian daripada Islam. Islam tidak menyisih politik daripada pemantauan agama. Rasulullah sendiri sangat mahir berpolitik sehingga dapat menyatukan umat Arab yang bertelingkah antara satu sama lain selama beberapa kurun.

Walaupun politik sebahagian daripada Islam, umat Islam kini seolah-olah menganggap politik adalah segala-galanya. Malah tidak keterlaluan jika kita katakan terdapat segelintir yang berpandangan bahawa saluran politik saja yang dapat menegakkan agama Islam di Malaysia.

Pada pandangan saya, arena politik hendaklah bersama-sama saluran lain seperti dakwah, kemasyarakatan, perundangan, pendidikan, ekonomi dan moral memartabatkan Islam.

Politik sahaja mungkin tidak akan dapat mencapai standard negara Islam yang diacu oleh Rasulullah. Apa yang menyedihkan, hari ini umat Islam terlalu banyak berpolitik. Apa saja yang berlaku, neraca digunakan bagi memberi justifikasi adalah neraca politik. Hatta dalam warna berpakaian pun neraca politik digunakan melihat kepada warna serta gaya pemakaian.

Inilah yang menyebabkan apabila satu pihak mengambil sesuatu pendekatan, pihak satu lagi pasti tidak bersetuju dan mengambil pendekatan berlainan. Ia dilakukan semata-mata kerana ingin berbeza dengan parti lawan.

Natijahnya, pembangunan Islam itu sendiri akan dikesampingkan, malah pembangunan negara juga tidak dapat dilakukan dengan sempurna kerana pemimpin lebih sibuk memikirkan hal politik berbanding pembangunan negara.

Amat sedih juga apabila diperhatikan dalam hal ehwal Islam seperti isu-isu yang berkaitan akidah, pemimpin Islam bertelagah serta berbeza pendapat.

Bukan setakat berbeza pandangan tetapi memburukkan pihak lain yang tidak sependapat dengan mereka. Masing-masing mengatakan mereka yang benar dan pihak lain itu salah.

Isu penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam umpamanya adalah tamsilan yang nyata pemimpin politik meletakkan politik mengatasi kepentingan Islam.

Begitu juga dalam hal orang bukan Islam memasuki dan berceramah di surau yang menimbulkan perbahasan sehingga orang yang tidak mempunyai pengetahuan agama pun memberi pandangan akal mereka.

Seharusnya para ulama perlu menzahirkan teladan permuafakatan di dalam sesuatu isu agama dan berpegang kepada prinsip selagi isu tersebut bukan merupakan suatu isu yang asas maka perbezaan pandangan adalah diraikan.

Malah, dalam isu penggunaan wang hasil judi diberikan kepada warga emas Islam juga menjadi pertikaian antara parti politik. Hasilnya, Islam dilihat sebagai tidak seragam dan mengelirukan.

Perbezaan tersebut sepatutnya diraikan dengan hikmah berdasarkan adab ikhtilaf yang digariskan ulama terdahulu.

Apa yang berlaku hari ini, kelapangan dada menerima pandangan berbeza itu sudah hilang dan adab berbeza pandangan sudah terlalu nadir.

Apabila seseorang itu berbeza pandangan, khususnya membabitkan persoalan politik, orang itu dicemuh dan dikritik secara melulu seolah-olah tiada sebarang manfaatnya. Perkara sedemikian berlaku kerana umat Islam meletakkan persoalan politik mengatasi ajaran Islam itu sendiri.

Prinsip hukum syarak yang mengajak kepada kehalusan budi dalam berbeza pandangan diketepikan dan objektif utama ialah untuk berada di puncak kekuasaan.

Pendekatan sebegini hanya merugikan orang Islam. Sebagai orang Islam, walau apapun pegangan politik, Islam hendaklah diutamakan. Jika sesuatu itu dilakukan memberi kebaikan kepada agama dan negara, ia hendaklah disokong tanpa mengira siapa yang menzahirkan idea itu.
 
Oleh : Zainul Rijal Abu Bakar

Friday, April 20, 2012

Berbudikah Melayu Kepada Bahasa?

Menurut Tenas Effendy di dalam bukunya Tunjuk Ajar Melayu (2006), masyarakat Melayu mempunyai tunjuk ajar yang mengandungi nilai-nilai luhur daripada ajaran agama Islam yang sesuai dengan budaya dan norma-norma sosial yang dianuti oleh masyarakatnya.

Salah satu tunjuk ajar Melayu yang sangat penting ialah berbudi. Banyak sudah tersemat di dalam lipatan budaya orang Melayu tentang budi.

Orang Melayu diminta untuk berbudi dengan manusia yang lain. Kita sering mengaitkan berbudi dengan hubungan manusia dengan manusia yang lain. Namun jarang kita mengaitkan berbudi dengan bahasa. Ungkapan “berbudi bahasa” perlu juga dilihat di dalam konteks berbudi kepada bahasa. Orang Melayu dituntut untuk berbudi kepada bahasa Melayu iaitu bahasa ibundanya. Jika orang Melayu boleh berbudi kepada orang lain mengapa tidak juga berbudi kepada bahasanya iaitu menjaga, memelihara, menghormati, menyanjungi dan menyayangi bahasa Melayu.

Baru-baru ini Persatuan Karyawan Pulau Pinang dan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM mengadakan satu seminar Mulia Bangsa Tinggi Bahasa. Seminar ini membincangkan tentang perlunya bangsa Melayu berbudi kepada bahasanya. Bangsa yang mulia akan cinta dan hormat kepada bahasanya. Hanya bangsa korup yang menghina bahasanya sendiri. Bangsa yang kecil akan memperkecilkan bahasanya dengan alasan tidak mampu menjadi bahasa ilmu.

Bangsa Melayu, kembalilah ke pangkal jalan untuk mencintai dan menghormati bahasa sendiri. Jika kita tidak menghormati bahasa sendiri, siapa lagi akan menghormatinya. Bahasa Melayu mempunyai sejarah yang panjang dan penutur yang cukup ramai.

Perjuangan meletakkan bahasa Melayu pada tempat yang tinggi dan bermartabat perlu dikuatkan dengan iltizam dan pendekatan yang kreatif dan berani oleh kita semua khususnya pejuang-pejuang bahasa. Bahasa Melayu bukan sahaja milik orang Melayu sebalik milik rakyat Malaysia dan penduduk Nusantara.

Bahasa Melayu ialah bahasa ilmu dan hal ini telah terbukti kerana ramai graduan yang lahir berasaskan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan banyak buku yang telah diterbitkan di dalam bahasa Melayu.

Seminar Kebangsaan Mulia Bangsa dan Tinggi Bahasa sememangnya mengambil semangat dua perkara iaitu bangsa dan bahasa. Apabila mulia sesuatu bangsa maka tinggilah martabat bahasanya. Mulia bangsa membawa pelbagai konotasi yang menjurus kepada persoalan budi bahasa dan keimanan. Bangsa mencerminkan bahasanya. Keperibadiannya boleh dibaca melalui bahasa yang dipakai. Sikap hormat dan sayang kepada bahasanya ada kaitannya dengan keperibadiannya. Maka menghormati bahasa khususnya bahasa sendiri merupakan sebahagian daripada bangsa yang mulia.

Penting
Pada hari ini, bahasa Inggeris mendapat tempat yang penting di dalam pelbagai posisi kehidupan kita. Keperluan untuk menguasai bahasa Inggeris sangat kuat bukan bagi membentuk identiti baru tetapi lebih kepada kemahiran untuk menguasai dan menyebarkan ilmu serta menampilkan diri di arena antarabangsa.

Bahasa Melayu mengandungi unsur-unsur seperti sejarah, sosiobudaya dan kebijaksanaan yang membentuk kekuatan tersendiri. Hal ini tidak difahami sesetengah daripada kita. Mereka melihat bahasa sebagai satu unsur yang terpisah-pisah daripada pembentukan identiti sesuatu bangsa itu. Di dalam konteks memperkasakan bahasa Inggeris, kita perlu juga memartabatkan bahasa Melayu dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas dan bukan kerana isu-isu sensasi.

Malangnya pada hari ini, ada sesetengah daripada kita tidak lagi memartabatkan bahasa Melayu kerana banyak sebab. Antaranya apabila keperluan untuk berbahasa Inggeris maka bahasa Melayu tidak lagi perlu diutamakan. Seterusnya, tidak ada rasa cinta dan hormat kepada bahasa sendiri. Ada yang lebih dahsyat lagi, ada yang menganggap bahasa Melayu bukan bahasa ilmu. Kalau diteliti kepada sebab-sebab yang saya sebut tadi, krisis yang dilalui oleh bahasa Melayu dan sikap penuturnya khususnya orang Melayu yang sedang mengalami krisis identiti. Mereka tidak mahu melihat adanya hubungan yang erat antara bangsa dan bahasa. Bangsa yang lupa diri adalah bangsa yang lupa kepada bahasanya. Jadi, Melayu yang lupa diri dan keperibadiannya akan lupa kepada kehebatan dan kehalusan bahasanya.

Dalam Bahasa Melayu Bahasa Dunia (2005), James T. Collins menulis bahawa hari ini terdapat lebih kurang 150 juta penutur bahasa Melayu di seluruh dunia. Angka ini cukup besar dan membanggakan orang Melayu. Namun bagi saya, kuantiti tidak menjamin kelestarian bahasa Melayu. Kita perlu penutur bahasa Melayu yang kuat dengan kesedaran tentang hakikat hubungan di antara bangsa dan bahasa. Bangsa Melayu harus berbudi kepada bahasanya iaitu tahu menghormati dan menghargai bahasanya. Jika ramai penutur yang lupa hakikat ini maka kuantiti ini tidak bermakna.

Melayu yang berbudi akan sayang kepada bahasanya dan Melayu yang kurang budinya akan memperlekehkan bahasanya sendiri. Melayu harus terhutang budi kepada bangsa dan bahasanya kerana ia mewarnai dan mengisi identitinya. Namun berapa ramai yang masih menaruh budi kepada bahasanya? Melayu masih berbudi untuk kepentingan sendiri, begitu sempit pengertian budi kepada mereka ini. Kita perlu ingat ada ungkapan penting iaitu ‘budi bahasa’. Kenapa perkataan budi ini dikaitkan dengan bahasa? Bukankah ini menunjukkan betapa pentingnya budi dan bahasa. Melayu yang meminggirkan bahasanya adalah mereka yang kurang berbudi.

Berbahasa lebih daripada satu wajar diamalkan oleh pelbagai etnik yang terdapat di Malaysia. Bahasa Inggeris memang penting dan perlu dikuasai. Namun kita jangan lupa kepada bahasa Melayu yang telah berakar jauh lebih lama sebelum Inggeris menjajah kita. Bahasa Inggeris bukan sahaja bahasa komunikasi tetapi juga bahasa ilmu. Bahasa Melayu juga begitu. Maka menjadi peranan setiap daripada kita untuk berbudi kepadanya. Ini kerana jika kita berbudi maka kita juga akan merasa betapa kayanya bahasa Melayu bukan sahaja keindahan tetapi juga keupayaannya untuk membentuk dunia ilmu, dahulu, hari ini dan masa depan. Maka berbudilah kepada bahasa Melayu khususnya orang Melayu itu sendiri.

Oleh : Prof. Dr. Sohaimi Abdul Aziz

Wednesday, April 18, 2012

Saat Terbaik Berhubungan Intim

SEBENARNYA, tidak ada masa dan tempat yang tepat jika berurusan dengan seks. Hal ini bergantung pada suasana hati anda dan pasangan.

Namun, ada beberapa faktor yang mempengaruhi peluang anda untuk mencapai orgasme, waktu adalah salah satunya. Tidak ada peraturan yang ditetapkan untuk waktu terbaik saat berhubungan seks, hanya berdasarkan pengalaman kolektif.

Ini beberapa waktu yang terbaik untuk bercinta.....

Pagi
Seks pagi, sedikit orang mahu mencubanya, tapi bagi mereka yang sudah melakukannya pasti tidak merasa kecewa. Pagi hari adalah salah satu waktu yang terbaik untuk berhubungan seks. Keintiman terbangun secara natural; mata masih mengantuk atau aroma mulut yang mungkin kurang sedap.

Setelah cukup tidur
Bila anda merasa tubuh yang bertenaga? Setelah tidur yang baik atau apabila tubuh sudah cukup berehat. Jadi, ini juga salah satu saat terbaik berkaitan seks. Tiada masalah jika itu petang hari pada hari Ahad atau pagi hari pada hari kerja, anda akan menjadi benar-benar puas hati dengan prestasi selama di ranjang.
Setelah mandi
Jika ada sesuatu yang meremajakan anda setelah tidur, maka itu adalah mandi air panas. Berhubungan intim yang terbaik boleh dilakukan selepas anda mandi, sebaiknya mandi bersama. Bahkan jika anda pulang malam dalam keadaan keletihan atau kepenatan, mandi boleh membuat anda merasa sensual.

Setelah atau sebelum isteri haid
Setelah atau sebelum haid adalah masa berghairah bagi wanita. Hormonnya sedang tinggi, jadi dia akan merasa penuh sensualiti. Kesempatan untuk hamil akan sangat tinggi di waktu ini, juga kesempatan untuk mencapai orgasme hebat.

Anonymous

Tuesday, April 17, 2012

Payah Cari Suami Berkualiti

SAYA terima banyak e-mel menyokong pandangan Norazlinda minggu lalu yang mendakwa bahagia menjadi andartu. Ramai juga yang setuju dengan pandangannya kenapa wanita lebih senang jadi ibu tunggal. Antara yang mengirimkan e-mel, Zame.

''Secara jujur sebagai ayah kepada dua anak perempuan remaja, saya takut dengan perangai sesetengah remaja lelaki kini.

''Apabila terbaca luahan hati isteri yang teraniaya disebabkan angkara suami mereka, perkara pertama yang saya lakukan adalah berdoa kepada Allah agar anak-anak perempuan saya tidak bersuamikan lelaki jenis ini.

''Zaman sekarang bukan senang nak cari suami berkualiti. Namun itu bukan salah mereka semata-mata tetapi salah ibu bapa yang terlampau memanjakan mereka sehinggakan tidak tahu apa tugas, fungsi dan tanggungjawab sebenar seorang lelaki.

''Sebagai contoh, sejak sekolah lagi budak-budak lelaki diberikan telefon bimbit yang canggih-canggih, tak cukup itu, motosikal dan duit poket yang berlebihan. Bila ada telefon dan motor, top up dan minyak mestilah ibu bapa yang beri!

''Sepatutnya mereka diajar cara kumpul duit belanja sekolah yang kita beri atau duit raya, didik berjimat seawal usia atau latih mereka bekerja dengan ambil upah cuci kereta, bersihkan laman orang atau apa sahaja yang kita boleh awasi pergerakan mereka. Biar mereka belajar betapa susahnya cari duit.

''Kalau duduk kampung lagi senang dapat kerja. Boleh bantu ibu bapa jadi pembantu kedai, menoreh getah, jual buah pada musim buah, pembantu kantin, cuci pinggan atau apa saja kerja halal dan yang penting, kita ibu bapa boleh awasi mereka.

''Apabila mereka sedar betapa susah dan peritnya cari duit barulah mereka tahu menghargai setiap sen yang dibelanjakan. Sifat berjimat ini secara tidak langsung mendidik mereka jadi bertanggungjawab apabila dewasa.

''Masalahnya jika anak lelaki sentiasa dibantu, mereka jadi terlalu manja dan lebih teruk lagi apabila berkahwin.

''Kerana mereka tak pernah fikir tentang sewa rumah, bil elektrik, bil telefon, keperluan dapur dan kerja rumah. Saya percaya anak-anak lelaki jenis ini tidak akan ambil kisah tentang masalah tersebut sebab dari kecil semuanya sudah tersedia depan mata, jangan terkejut jika sudah bekerja dan berkahwin, mereka akan tetap minta duit ibu bapanya kerana nak senang.

''Pembaca boleh bayangkan anak-anak jenis ini jika telah beristeri nanti. Tentu kita juga tidak dipedulikan kebajikan dan kesihatan bila tua dan sakit nanti. Lebih sedih ada ibu bapa sanggup menyediakan segala-galanya supaya anak segera kahwin, daripada duit belanja hangus, barangan hantaran, cincin kahwin termasuk perbelanjaan kenduri.

Mudah''Si anak ini tidak akan menghargai nilai perkahwinan itu sebab segalanya dia dapat dengan mudah. Dia akan mengharapkan isteri membantu hidup selesa dan mewah. Jadilah dia suami tidak bertanggungjawab.

''Kerana itu saya berdoa agar anak-anak perempuan saya tidak mendapat jodoh lelaki seperti ini. Kepada Norazlinda dan gadis-gadis yang sependirian dengannya, banyak lagi perkara baik boleh dilakukan selain berkahwin. Jangan lagi terganggu dengan umpat keji saudara mara semata-mata kerana anda tidak berkahwin.

''Kepada suami berkualiti yang bekerja siang malam untuk menyara anak isteri terutama jika isteri tidak bekerja, syabas dan tahniah saya ucapkan. Andalah suami kelas A yang semakin sukar dicari.'' kata Zame memuji.

Efaal dalam e-melnya juga menyokong pandangan Norazlinda. Katanya dia menjadi satu-satunya tempat adik beradik mendapatkan pertolongan.

''Kehidupan saya yang stabil dan tidak berkahwin ini seolah-olah jadi sasaran adik beradik terutamanya yang telah berkahwin untuk dapatkan wang. Semuanya kerana suami masing-masing tidak mahu berusaha meningkatkan taraf hidup sendiri.

''Setiap kali ada masalah duit mereka jumpa saya untuk dapatkan bantuan. Pada pandangan saya, lelaki sekarang hanya tahu memenuhi nafsu mereka tetapi lari daripada tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

''Kepada Norazlinda, usah pedulikan apa orang sekeliling kata. Sebenarnya mereka cemburu dengan kebahagiaan "perempuan melayu terakhir" seperti kita yang melayari hidup dengan penuh ketenangan,'' katanya.

Sementara itu Norhasanah dalam e-melnya membandingkan hidupnya dengan kawan baiknya yang dipaksa kahwin oleh keluarga. Akhirnya dia hidup menderita kerana terpaksa menanggung suami yang ada pelbagai masalah peribadi.

''Teman baik saya Mazmi terpaksa berkahwin setelah dua kali dilangkah bendul oleh adik perempuannya. Dia dituduh terlalu memilih suami, akhirnya berkahwin dengan seorang pegawai rendah yang lima tahun lebih muda sedangkan dia pegawai lulusan universiti kira-kira 10 tahun lalu.

''Setelah 10 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak, saya kira tentulah hidupnya aman, malangnya tekaan saya meleset.

''Satu hari Mazmi dalam tangisnya bercerita dia tak bahagia dengan perkahwinannya. Bukan setakat dia yang mengurus perbelanjaan keluarga malah berdepan kerenah suaminya yang kaki judi.

''Duit gajinya tak pernah cukup kerana beli nombor. Suaminya kerap menghinanya mengatakan kalau dia tak ambil jadi isteri, Mazmi akan kering kotai sampai mati. Dulu memang dia malu, kini dia minta dibebaskan. Tapi suaminya enggan ceraikan dia malah menuduh pula Mazmi ada kekasih.
''Masalah rumahtangga Mazmi turut mengganggu kerjanya, terutama kenaikan pangkat dan pertukaran. Kesimpulannya Mazmi menyesal berkahwin kerana terpaksa. Dia nekad jadi ibu tunggal dengan harapan hidupnya lebih bahagia nanti,'' cerita Norhasanah kenapa dia lebih rela jadi andartu daripada dapat suami tak berkualiti. - keluarga@utusan

Monday, April 16, 2012

Demonstrasi PTPTN: Satu Pandangan Awal

Saya baru sahaja menonton rakaman demonstrasi Mansuh PTPTN oleh sebahagian mahasiswa. Izinkan di sini saya coretkan beberapa pendapat saya tentang hal tersebut;

1. Pertamanya, saya ucapkan tahniah kerana mereka ada keberanian. Itulah sikap sepatutnya bagi anak muda, tidak bacul tetapi bertindak balas dengan persekitaran.

2. Mereka terlalu muda dan sedang menimba pengalaman. Saya rasa tidak salah untuk mereka meneliti beberapa ulasan saya di sini. Mungkin kita berbeza tapi bukan bererti membenci. Pandangan ini mungkin boleh memberikan sedikit manfaat untuk perjuangan mereka yang seterusnya.

3. Adalah hak mereka untuk melaungkan hasrat ataupun berdemonstrasi, namun setiap tindakan sekalipun di medan perang fi sabilillah mempunyai disiplin yang mesti dipatuhi.

4. Saya sedar bahawa kemarahan rakyat bukan sekadar tertumpu kepada isu PTPTN, tetapi korupsi, penyalahgunaan kuasa, gaya mewah ‘orang-orang tertentu’ yang melebihi kewajaran dan lain-lain. Kesemuanya itu membangkitkan kebencian yang berjangkit kepada pelbagai isu yang lain.

5. Pada saya, alangkah baiknya jika mereka mahasiswa yang terlibat hanya melaungkan slogan tuntutan mereka tanpa mengiringinya dengan slogan-slogan yang berbau parti-parti tertentu. Ini bagi menunjukkan bahawa mahasiswa itu bebas dalam menentukan halatuju mereka tanpa ditentukan oleh pihak lain, samada pembangkang ataupun kerajaan.

6. Alangkah baiknya jika mereka mengawal bahasa dalam slogan-slogan yang dilaungkan. Orang muda bersemangat tapi juga beradab dan berhemat. Slogan-slogan yang buruk Allah tidak suka dan hanya mengikis simpati mereka yang belum menentukan pendirian.

7. Alangkah baiknya juga jika mereka tidak bertakbir ALLAH AKBAR mengiring ucapan yang tidak elok. Kalimat Allah itu boleh mengiringi semangat yang membakar dan pendirian yang tegas, tapi amat tidak wajar untuk mengiringi ucapan yang berunsur makian dan cercaan.

8. Isu samada memansuhkan langsung PTPTN, ataupun menghapuskan bunga (riba/pengurusan) ataupun menyusun semula agar tidak menjadi beban boleh dibahaskan secara ilmiah. Boleh dilihat di sudut positif dan negatif. Isu sebenar bagi saya yang membakar segala isu yang lain ialah wang dan harta negara ini banyak dibelanja secara salah dan tidak telus. Kebocoran di sana sini. Belanja yang melampau pada urusan yang tidak wajar, sedangkan para pelajar yang miskin ataupun kurang kemampuan dipaksa tanggung beban.

9. Jika negara belanja dan diurus secara telus, mungkin memansuhkan PTPTN tidak dilihat begitu perlu, sebaliknya ditimbang semula beberapa aspek dalam PTPTN itu.

10. Mahasiswa hendaklah terus memikul idealisma perjuangan tetapi hendaklah berakhlak dan mempunyai pendirian yang ilmiah dan mantap.
 
Oleh : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Sunday, April 15, 2012

Penderhakaan

TAK habis-habis pemimpin pembangkang buat onar. Ada sahaja perbuatan yang memalukan malah tidak terfikir dek akal.

Terbaru, seorang pegawai perubatan, Dr. Rahman Kadir mendedahkan perbuatan beberapa pemimpin pembangkang mempersendakan Raja-raja Melayu pada pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Rabu lalu.

Beliau yang bertugas semasa istiadat itu berlangsung, membuat pendedahan tersebut menerusi laman Facebook, yang kemudian disiarkan sebagai berita utama Utusan Malaysia, kelmarin.

Menurut Dr. Rahman, perbuatan itu paling ketara dilakukan apabila tetamu kehormat termasuk Raja-raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri berjalan masuk ke dalam Balairong Seri.

‘‘Seolah-olah seperti kanak-kanak sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua,’’ itulah antara lain kenyataan beliau.

Sehari selepas pendedahan itu, Dr. Rahman tampil sekali lagi mempertahankan kenyataannya itu. Malah menurut beliau ada beberapa saksi lain boleh mengesahkan kejadian tersebut.

Walaupun ramai yang tidak menduga sampai begitu sekali sikap beberapa pemimpin pembangkang, Awang tidak terkejut. Bukan kali pertama pemimpin pembangkang menghina Raja-raja Melayu. Sudah banyak kali kejadian seumpama itu berlaku.

Paling banyak ialah penghinaan yang dilakukan menerusi kenyataan dan ucapan. Bahkan, ada yang secara terbuka mempersoalkan keputusan dan titah Raja Melayu walaupun hal-hal di bawah bidang kuasa baginda sebagaimana tertakluk dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri.

Kerap juga berlaku dalam bentuk wakil rakyat pembangkang tidak memakai pakaian istiadat ketika upacara perasmian sidang Dewan Undangan Negeri yang dirasmikan oleh Sultan. Lebih dahsyat daripada itu, Awang masih ingat bagaimana sekumpulan penyokong pembangkang membuat demonstrasi liar di depan istana dengan berbaring di atas jalan raya menghalang kenderaan Sultan Perak.

Belum pernah institusi raja mengalami asakan sedemikian. Semua ini makin ketara sejak pembangkang menang beberapa negeri pada Pilihan Raya Umum 2008. Hasutan demi hasutan dilakukan sehingga segelintir warga negara terdorong secara terbuka untuk memperlekehkan Raja Melayu menerusi portal, blog dan laman sosial. Dengan kata lain, penderhakaan dan pengkhianatan sudah menjadi-jadi. Apakah kita boleh sandarkan harapan kepada pakatan pembangkang bagi mempertahankan Perlembagaan negara dan institusi raja, yang jawapannya sudah tentu tidak.

Pada Awang, gejala tersebut sudah mencapai tahap ancaman kepada keselamatan negara. Ia adalah sebahagian daripada usaha terancang untuk menulis semula Perlembagaan dan akhirnya menjadikan Malaysia negara republik.

Seperti titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah ‘pencerobohan besar bermula dengan pencerobohan kecil’. Sedikit demi sedikit, asas kenegaraan mahu dirungkai. Kalau di negara beraja yang lain termasuk Thailand, keadaan ini tidak akan dibenarkan berlaku.

Sebagai warga negara yang bertanggungjawab, marilah kita bangkit untuk mempertahankan institusi raja. Berdiam diri dan sekadar mengeluh tidak akan membantu sama sekali. Ia hanya akan mengizinkan lebih banyak penderhakaan, yang akhirnya mengakibatkan institusi raja sudah tiada nilainya. Ancaman sudah di depan mata, apa lagi?

Oleh : Awang Selamat

Saturday, April 14, 2012

Romantik Itu Sunnah Rasulullah

SIAPA suami pilihan anda? Percaya atau tidak, antara kriteria suami pilihan para gadis ialah lelaki yang romantik. Bagi kebanyakan lelaki pula, romantik biasanya hanya ketika usaha memikat, tetapi bila si dia sudah menjadi miliknya, romantik terus hilang.

Apabila isteri bersuara, kerap lelaki ini memberi alasan: "Romantik apanya, tak perlu nak jadi orang Baratlah!".

Ini antara tanggapan kebanyakan lelaki Malaysia khususnya lelaki Melayu. Hakikatnya, romantik bukan sikap orang Barat, bukan juga budaya hero Hindi sebaliknya romantik, bersikap baik dan melayan isteri dengan lembut adalah sunnah Rasulullah SAW.

Isteri rasa dihargai
Malu memegang tangan isteri? Kenapa perlu malu? Saya akui, budaya ini memang agak asing bagi masyarakat kita. Kenapa jadi asing? Sebab kita tidak membiasakan diri kita melakukannya.

Setiap isteri mendambakan suami yang romantik. Tidak perlu berikan bunga setiap hari, bukan harapkan hadiah yang menghabiskan gaji. Memadailah cara anda membelai, tingkah anda merayu. Sikap anda memberi perhatian juga diinginkan selain pelukan dan ciuman kasih sayang malah luahan rasa cinta.

Pakar psikologi pernah mengatakan, pengucapan cinta satu kali sehari akan memanjangkan usia. Kenapa? Apakah kaitan pengucapan cinta dengan panjangnya usia?

Sebenarnya, maksud pendapat tersebut adalah ucapan cinta akan membuatkan diri orang yang menerimanya rasa disayangi dan dihargai lantas akan membuahkan seribu rasa kegembiraan dan kebahagiaan. Rasa gembira dan bahagia pula membuatkan seseorang ingin terus hidup bagi terus menikmati kebahagiaan tersebut.

Contoh Rasulullah
Menurut riwayat, Rasulullah SAW sering mengucup isteri baginda dengan penuh rasa kasih sayang. Rasulullah SAW pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di masjid. Aisyah RA berkata yang bermaksud: "Rasulullah pernah mencium salah seorang isteri baginda, lalu berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wuduk" - Hadis riwayat Abu Daud.

Walaupun hadis itu menjadi hujah atau perbincangan dalam hukum wuduk, namun tujuan saya mengemukakan hadis ini ialah untuk mengetengahkan kepada umum tentang sikap romantik Rasulullah SAW. Saya tahu, memang ramai yang mencium isteri tapi berapa kalikah anda mencium isteri anda dengan penuh kasih sayang, bukan sekadar ciuman selamba atau ciuman penuh ghairah?

Aisyah RA berkata: "Aku biasa mandi berdua-duaan bersama Rasulullah SAW menggunakan satu bekas air." - Hadis riwayat al-Bukhari.

Pernahkah anda berbuat demikian? Berapa kerap? Baginda juga sering memanggil isterinya dengan panggilan yang indah dan disukai oleh isterinya. Baginda memanggil Aisyah RA dengan gelaran Humaira' yang bermaksud putih kemerah-merahan, bertujuan memuji kecantikannya. Rasulullah SAW juga memanggil Aisyah dengan nama yang digemarinya iaitu Aisyah.

Lantas, ciumlah isterimu wahai para suami! Lafazkanlah kata-kata cinta. Panggillah isteri anda dengan panggilan disukainya. Berkongsilah makanan dan minuman anda.

Sentiasalah luangkan masa bersamanya malah banyak perkara lain yang boleh anda lakukan bagi membuktikan anda benar mencintai dan menghargai isteri anda. Apabila isteri rasa dihargai, dia bukan sahaja sanggup berikan layanan istimewa malah sanggup menggadaikan hidupnya demi suaminya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." - Hadis Riwayat al-Tirmizi.

Sebenarnya, cinta dan kasih sayang bukan sesuatu yang tegar dan keras seperti batu. Malah, batu juga boleh pecah dan hancur dek titisan air yang berulang kali. Sama juga dengan cinta dan kasih sayang. Seorang lelaki dan seorang perempuan perlukan cinta untuk bersama sebagai suami isteri. Untuk terus kekal sebagai suami isteri juga perlukan cinta.

Cinta bukan sekadar perasaan yang disimpan lama tetapi cinta perlu dihangatkan setiap masa dan ketika. Menjadi seorang suami malah isteri juga, rasa cinta perlu ditunjukkan setiap masa dan ketika.

Bersikap romantik merupakan antara cara meluahkan rasa cinta anda. Sebelum terfikir mahu melaksanakan sunnah Rasulullah SAW dengan poligami, apa kata usahakan untuk laksanakan sunnah baginda dengan bersikap romantik terlebih dahulu dengan isteri yang ada! Pasti boleh! - Pesona@Kosmo

Friday, April 13, 2012

Tujuh Perkataan Terburuk Ibu Bapa Pada Anak

MENGASUH anak boleh menjadi pekerjaan yang membuatkan anda tertekan.

Meski demikian, anda perlu menjaga tutur kata agar anak-anak tidak tercemar dengan kalimat yang memberikan kesan negatif.

Anak-anak menangis, berteriak, berlarian, tak mahu mendengar atau melawan perkataan anda, tapi sebagai orang tua harus tetap tenang menghadapi itu semua. Jangan tergoda untuk melontarkan kalimat yang dapat dilihat negatif bagi masa depan dirinya.

Ada perkataan-perkataan yang tidak boleh dikeluarkan oleh ibu bapa kepada anaknya seperti yang dipaparkan dibawah ini.

"Kalau tidak boleh diam, ibu / bapa akan pergi tinggalkan kamu"
Ketika keluar bersama anak, kadang anak degil dan bosan di perjalanan. Mungkin anda pernah mengatakan hal di atas kepada anak anda. Jangan katakan ini, kerana anak-anak sememangnya takut ditinggalkan.

"Kamu tidak seperti adik / abang?"
Jangan pernah membandingkan anak. Setiap anak harus dipertimbangkan secara individu, tidak relatif.

"Kami bercerai kerana kamu"
Tidak ada anak yang bertanggung jawab atas kegagalan perkahwinan orang tuanya.

"Kalau ibu / ayah kata tidak boleh, ya tidak boleh", "Ya, hendaknya begitu", atau "Pokoknya ibu / ayah mahu kamu ..."
Jangan pernah melarang anak tanpa sebab, atau memaksa anak melakukan sesuatu yang tidak dinginkannya.

"Sini, biar ibu / ayah yang bantu"
Mungkin niat anda ingin membantu anak anda. Namun, itu akan membuat anak menjadi bergantung pada anda, atau orang lain ketika menghadapi masalah. Dia tidak boleh menyelesaikan masalah sendiri bila dibantu terus-menerus.

"Kamu harus malu pada diri kamu sendiri" atau "Kamu harus tahu diri"
Jangan pernah katakan ini ketika anak berbuat salah. Ini boleh menyebabkan anak menjadi rendah diri, terutama bila anak tidak tahu apa kesalahannya.

"Kami sebenarnya tidak mahu kamu lahir" atau "Kamu itu 'sial'"
Hal ini sangatlah menyakiti perasaannya. Sebelum kesan buruk bagi anak anda, elakkan kalimat tersebut ketika marah atau berbicara.

Anonymous

Wednesday, April 11, 2012

Warkah Kasturi, Sebilah Taming Sari

TUNAK mata Dang Suria masih lagi digenangi air mata yang seperti tidak lagi mahu kering. Semalaman, dia puas berendam air mata dan berwalang hati merawat perasaan duka nan lara.

“Demi keadilan dan kedaulatan Melaka yang bertuah ini, biarlah kekanda membawa diri menyelongkar kedamaian. Datuk Bendahara akan tiba di tebing ini sebentar saja lagi seperti yang kanda pesankan kepadanya. Pandai-pandailah adinda menjaga maruah dan kehormatan diri sepanjang ketiadaan kanda. Dan terimalah warkah ini buat dipanjangkan kepada Baginda Sultan dan kanda amanahkan kepada dinda untuk menyampaikan warkah ini kepada Datuk Bendahara. Ia tidak dikanji, maka adinda bacalah jika mahu. Tetapi ingat. Warkah ini rahsia antara kita.
Rahsia Melaka. Namun, kanda pinta adinda khabarkanlah kepada Datuk Bendahara, tentang kepergian kanda ke Hilir Perak.” Ada rintik sangsi di hati Dang Suria mengenangkan bicara Hang Kasturi, si arjuna yang bertakhta di hati. Sebaik bayang Hang Kasturi hilang dibawa kolek yang membelah gelora kecil Sungai Melaka, Dang Suria lantas membuka gulungan warkah bertulisan Jawi itu.

Tuanku,
Ampun beribu-ribu ampun andai warkah derhaka yang patik utuskan. Adapun, warkah ini sengaja patik biarkan dalam simpanan patik selama ini kerana patik menunggu masa yang sesuai untuk patik utuskan ia ke bawah Duli Tuanku. Patik mengerti, andai patik mengutuskan warkah ini kepada Tuanku ketika keadaan patik yang masih bernyawa sebegini, pastinya seribu persoalan yang akan Tuanku hujankan kepada patik dengan semaha murka.

Andai benar dugaan patik, pasti Tuanku akan membaca warkah ini ketika patik sudah meninggalkan bumi Melaka ini kerana patik telah membawa diri ke Hilir Perak dan mengamanahkan kepada Dang Suria untuk menyampaikan warkah ini kepada Tuanku melalui perantaraan Datuk Bendahara.

Daulat Tuanku,
Mengertilah bahawa erti warkah ini sangat mendalam. Tidak hanya bait pujangga dan aksara sebaliknya warkah ini menyimpan sesulit rahsia di bawah garhayu Duli Tuanku penaung kemakmuran negeri Melaka. Jika diketahui para jelata semua, maka berdukalah seluruh bumi Melaka lantaran kekhilafan sejarah yang menjadi borak bicara. Bukanlah niat patik mahu mencemarkan kepahlawanan hulubalang Hang Tuah, namun patik sedar meski dalam gundah bahawa bangsa yang lemah adalah bangsa yang memilih untuk memalsukan sejarah.

Tuanku,
Adapun kewafatan Hang Jebat seperti yang dikisahkan oleh rakyat jelata kerana dibunuh oleh Hang Tuah adalah dusta semata-mata. Bukankah Hang Tuah dan Hang Jebat itu bersahabat karib yang tidak dapat dipisahkan? Masakan mereka mampu menjaring jala permusuhan sedang rantaian persahabatan telah lama mereka simpulkan? Bukankah mereka sama-sama menuntut dengan Adi Putra di Gunung Ledang dan sama-sama mengusir lanun Melaka yang mampir tanpa diundang? Bukankah mereka berdua sudah bersumpah menjadi saudara seadik dan seabang walau apa juga dugaan berbondong mendatang?

Ingatkah Tuanku, bahawa Tuankulah yang telah melantik Hang Jebat menjadi laksamana Melaka menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari itu telah dianugerahkan dalam satu keramaian dan pertabalan? Bukankah ketika Tuanku melarikan diri dan berlindung di rumah Datuk Bendahara, pernah sekali Tuanku menyatakan keluh sesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah?

Ketahuikah Tuanku bahawa sebelum Hang Jebat memporak-perandakan istana? Patik telah bertemu dengan Hang Jebat di dalam istana? Ketika itu, tidak ada sesiapa yang melihat pertemuan sulit kami di dalam istana. Jebat telah bersuara, sesiapa yang menghalangnya akan dibunuh. Sebenarnya, patik telah mengerti bahawasanya Hang Tuah tidak mati dan Bendahara telah menyembunyikan Hang Tuah di hujung rimba sana. Namun, Hang Jebat tidak percaya. Ketika itu, muncul Patih Karma Wijaya. Rupa-rupanya, Patih Karma Vijaya telah mengintai perbualan kami dari atas bumbung istana. Patih Karma Vijaya telah mempengaruhi fikiran Hang Jebat dan mendustakan apa yang disampaikan oleh patik. Tahukah Tuanku, sebelum Hang Tuah dipanggil oleh Tuanku untuk membunuh Hang Jebat, sebenarnya Hang Jebat telah terlebih dulu mengetahui bahawa Hang Tuah masih hidup.

Ada pun petualang yang menjadi dalang sebenar pertelingkahan ini tidak lain dan tidak bukan ialah Patih Karma Wijaya, pembesar Majapahit yang selalu mencipta onar yang sulit. Ketahuikah Tuanku, tatkala Tuah dan Jebat bertarung, Patih Karma Wijayalah yang telah mengarahkan jelata Melaka menujah lembing ke lantai Istana Melaka walaupun apa saja yang berlaku di balairung istana ketika itu tiada siapa yang dapat menerka?

Tuanku,
Arakian, ketika itu bahawasanya ketika sebelum berlangsungnya pertelingkahan antara Hang Tuah dan Hang Jebat, patik turut berada di balairung istana. Patik telah menemui empat mata dengan Hang Jebat yang dikatakan mengamuk dan bermukah dengan dayang-dayang istana. Sebagai abang tengah lima bersaudara ini, patik berhak menenangkan jiwa Jebat yang kacau dan bergelora. Namun, kehadiran Patih Karma Wijaya yang membakar baran si Jebat selayaknya menambah kedurhakaannya. Maka, amuklah Jebat lantaran sudah lama dendam kesumat di dadanya membuak-buak untuk menamatkan riwayat Patih Karma Wijaya yang sememangnya gemar mencipta onar dan angkara.

Tuanku Yang Mulia,
Hakikatnya, perbuatan Bendahara menyembunyikan Hang Tuah telah diketahui oleh Hang Jebat sedari awal lagi. Hang Jebat hakikatnya sudah sedia maklum bahawa Hang Tuah masih hidup, namun sengaja dibisukan berita itu daripada pengetahuan semua termasuk Dang Baru, isteri yang dicintainya. Kerana Hang Jebat percaya, jika Hang Tuah tiada, maka keris keramat Taming Sari itu sudah pastilah diserahkan kepadanya lantaran beliaulah pahlawan yang paling layak menunjangi soldadu kepahlawanan Melaka. Maka, kesempatan inilah yang digunakan oleh Hang Jebat untuk menegakkan keadilan di negeri Melaka dan menjadikan dirinya ‘berakyat di mata, berjelata di hati’. Seperti luka yang dititis limau, begitulah hati Hang Jebat sebaik saja mengetahui Hang Tuah telah diutuskan oleh Baginda Tuanku untuk membunuhnya. Maka, di balairung inilah menjadi saksi pertemuan mereka lalu menyelongkar segala musabab dan rahsia.

Tuanku,
Syahadan, sebaik sahaja Hang Tuah mengetahui akan niat sebenar Hang Jebat mengamuk dan mencipta angkara, maka Hang Tuah keberatan untuk membunuh Hang Jebat. Tahulah Hang Tuah bahawa Hang Jebat melakukan semua ini hanya semata-mata mahu menegakkan kebenaran yang telah dipesongkan oleh Patih Karma Vijaya semata-mata, bukanlah kerana mahu menuntut bela di atas kematian palsunya.

Namun, tahukah Tuanku bahawa Hang Jebat telah menyerahkan keris keramat Taming Sari milik Hang Tuah yang telah bertukar menjadi kepunyaannya kepada Hang Tuah dan meminta Hang Tuah menikamnya? Adapun, ini adalah pengorbanan terbesar Hang Jebat kerana beliau sedia maklum, seandainya Hang Tuah mengingkari titah Duli Tuanku untuk membunuh Hang Jebat, maka celakalah bahananya. Adapun, Hang Tuah keberatan untuk menikam Hang Jebat Tuanku. Lalu, dengan tidak semena-mena, Hang Jebat telah menikam dirinya sendiri dengan menggunakan keris keramat kurniaan Maharaja Gusti Adipati itu.

Tuanku Yang Menggarhayui Bumi Melaka,
Tahukah Tuanku bahawa sebaik sahaja Hang Jebat menikam dirinya sendiri, Hang Tuah telah menyerahkan keris Taming Sari itu kepada hamba? Lalu, dengan gigil dan dedar, hamba menyambut keris yang masih menitis darah Hang Jebat dengan penuh kesima dan debar. Lalu, pintalah Hang Tuah kepada patik agar menyimpan keris Taming Sari itu kerana baginya keris bertuah itu sudah tidak memberikan apa-apa makna lagi kepada dirinya. Maka, patik telah mencipta keris pendua yang sangat mirip dengan keris Taming Sari lalu telah hamba persembahkan kepada Datuk Bendahara untuk dipersembahkan pula kepada Duli Tuanku.

Biarlah hamba larikan keris yang bertuah ini andai adanya ia hanyalah mencipta segaris luka yang lara. Biarlah hamba peramkan kurnian agung ini, andai ia menjadi racun jiwa buat seluruh peradaban kita. Biarlah hamba cuci keji sejarahnya agar suci merah darah Jebat yang pernah menitis di tujuh loknya.

Kerana keadilan tidak akan pernah ditegakkan andai tiada pesuruh yang cuba mencabar kepalsuannya. Seperti kata bijak pandai kita, andai roboh kota Melaka, papan di Jawa hamba dirikan, andai sungguh bagai dikata, usah bacul keadilan dijulangkan.

                   Menjunjung titah, daripada patik pacal yang hina, Hang Kasturi.

Dang Suria menggulung semula warkah yang dinukilankan oleh Hang Kasturi itu semolek-moleknya. Jiwanya masih gusar dan gundah laksana diberati dacing pertimbangan yang payah. Lewat pesanan Hang Kasturi sebelum pergi tadi, bagaikan terngiang-ngiang di indera dengarnya.
“Adinda, jagalah warkah ini sebaik mungkin kerana ia membabitkan maruah dan harga bangsa kita. Andai ajal kanda sudah diseru usianya, kepingin sekali kanda berharap agar warkah ini hanyalah menjadi rahsia kanda, adinda, Datuk Bendahara dan Baginda Sultan sahaja.”
Dang Suria melipat surat itu dan menyimpannya dalam kotak berwarna kuning keemasan. Demi kasih, warkah ini sesungguhnya begitu berharga. Jika pecah di mulut, sudah pasti yang menanti adalah padah dan kemelut.
Ketika ini, alur Sungai Melaka kelihatan perlahan mengalir. Kematian Hang Jebat seperti mengiringi kesuraman suasana di bumi Melaka. Bumi Melaka seperti tidak merelakan pahlawan pejuang bangsa itu pergi. Sejurus itu, datang Datuk Bendahara menghampirinya. Sebaik menyerahkan warkah itu dan Datuk Bendahara lantas membacanya, suasana disihir hening sejeda.
Datuk Bendahara memegang keris Taming Sari yang kemas di bekungnya dengan erat seperti menahan geram. Lalu, dengan sekali perintah, dikerah para hulubalangnya untuk menyiapkan pinisi di tebing Sungai Melaka.
“Ke mana kita, Datuk?” Tanya pemudik pinisi itu.
“Ke Hilir Perak. Kita perlu lekas mudik ke sana!” ujar Datuk Bendahara sambil mendakap keris Taming Sari palsu yang tersisip di bekungnya.

Oleh : MF Kencana

Tidak Tahan Tabiat Buruk Suami

SEUMPAMA laut yang ada pasang surutnya, begitu juga hubungan suami isteri, pasti ada berlaku perselisihan faham.

Justeru untuk memastikan agar perhubungan ini sentiasa berjalan dengan aman, pihak suami mahupun isteri perlu saling faham-memahami dan tidak melakukan apa yang tidak disukai oleh pasangannya.

Sebagai contoh misalnya, ada si suami yang pada masa bujangnya suka melakukan suatu tabiat atau amalan yang buruk sehingga terbawa-bawa ke alam rumah tangga, mengakibatkan pasangannya tidak tahan dengan sikapnya.

Kalau setakat sekali dua tidak mengapa, tetapi sekiranya tabiat tidak baik itu dilakukan setiap hari, sudah tentu membuatkan pasangannya tidak senang duduk, berlaku leteran, bebelan dan akhirnya mengundang ke punca perbalahan yang teruk.

Kali ini kita melihat apakah tabiat suami yang tidak disukai oleh isterinya.

Kurang pembersih
Suami meninggalkan bilik mandi dengan pelbagai barangan buangan tanpa dibersihkan. Sebenarnya tidak dapat dibayangkan bagaimana seseorang itu tidak mengendahkan kebersihan di dalam tandas di rumahnya sendiri dengan tidak mengepam tandas selepas menggunakannya. Apatah lagi untuk meringankan tulang membersihkan tandas. Itu jauh panggang dari apilah...

Lama dalam bilik mandi
Ada suami yang merokok, membaca surat khabar dan majalah dalam bilik mandi tanpa mengendahkan perasaan isteri yang juga mahu menggunakan bilik air. Biarpun nampaknya perkara seperti ini bukanlah satu masalah yang besar namun ia tetap membuatkan hati isteri terbuku geram.

Tuala basah atas katil
Ini adalah masalah yang selalu dilakukan oleh suami yang pastinya akan disudahkan oleh isterinya dengan seolah-olah sengaja memberitahu, sebaik sahaja dia bersiap: ''Isteri ku tolonglah sidai tuala yang kugunakan".

Baju kotor merata tempat
Selepas balik kerja, suami dengan sengaja menanggalkan bajunya dan meninggalkan atas di sofa, atas lantai, atas baju yang telah siap dibasuh atau di mana sahaja sesuka hatinya dan mengharapkan isteri yang akan mengutip pakaian kotor itu nanti.

Suami gelojoh
Suami makan cepat-cepat dan tertumpahkan makanan di serata tempat dan dia tiada masa untuk mengelap atau mengemaskannya semula. Jadi sebagai isteri kita yang akan menjadi tukang lap apa sahaja yang tertumpah seolah-olah memberi makan kepada anak kecil.

Tak beri jawapan tepat
Apabila diajukan soalan seperti bila abang akan pulang, jawapan yang diberikan acuh tidak acuh sahaja. Ini pastinya mendatangkan masalah apabila si isteri mula mengesyaki sesuatu dan menimbulkan hubungan tidak percaya dalam rumah tangga.

Stokin busuk merata
Stokin busuknya tidak dikeluarkan dari kasut atau dibaling ke bawah almari menyebabkan bau yang tidak enak dalam rumah. Bila ditanya di mana stokin, jawapannya: ''Tidak tahu. Stokin ada dalam mesin basuh."

Pelupa
Biarpun seberapa banyak salinan kunci telah dilakukan, suami asyik menghilangkan kuncinya dan menghilangkan pula kunci yang dipinjam dari isterinya. Bukan setakat kunci malah barang-barang kecil lain juga suami boleh lupa di mana diletakkannya yang boleh menyebabkan isteri naik angin.

Pengotor
Suami merokok di dalam bilik tertutup dengan abu rokok bersepah-sepah atau 'ditadah' dalam gelas, mangkuk kesayangan isteri atau pinggan kaca yang perlu dibasuh semula.

Membantu 'mengecahkan' dapur
Suami menyatakan ingin membantu di dapur tetapi pasti pada akhirnya akan bertukar menjadi satu mimpi buruk apabila dia hanya 'membantu' memasak dan tidak pernah kata dia akan membantu untuk 'membersihkan' dapur yang disepahkannya.

Intim@utusan

Tuesday, April 10, 2012

Apa Sudah Jadi Dengan Pas?

APABILA satu demi satu kontroversi dan masalah melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka berasa beruntung apabila Pas muncul menjadi pembela setia mereka.

Berbanding DAP yang lebih kerap berdiam diri dalam memberi sebarang ulasan terhadap isu melibatkan pemimpin PKR, pemimpin Pas jauh lebih taksub mempertahankan rakan sekutunya.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan, parti itu akan tetap bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ia bermakna apa kontroversi yang dicetuskan oleh Anwar termasuk menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel, Pas tetap akan bersama Anwar.

Dan beberapa hari lalu pula, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula muncul membuat kenyataan bahawa segala tuduhan dan dakwaan ke atas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hanyalah fitnah dan mainan politik pembangkang.

Walaupun kontroversi melibatkan Anwar dan Azmin bukan sahaja disertakan dengan bukti dan cabaran namun pemimpin-pemimpin Pas mengamalkan sikap memejamkan mata sahaja.

Mereka tidak mahu dalam keghairahan yang semakin memuncak untuk bersama-sama PKR dan DAP menawan Putrajaya, ia dibantutkan dengan isu yang melanda pemimpin-pemimpin PKR.

Oleh itu walaupun amat memahami bahawa tindak tanduk pemimpin-pemimpin PKR telah menghakis imej pakatan pembangkang dan mencalarkan harapan bagi melihat rakyat menyokong pakatan berkenaan dalam pilihan raya namun pemimpin Pas tidak ada pilihan.

Mereka sanggup mengetepikan soal mencari kebenaran dan menegakkan keadilan semata-mata untuk memastikan kepentingan politik mereka tidak terjejas.

Sebab itulah Pas pada masa ini dilihat benar-benar sudah terhakis jati diri mereka dan sanggup bersedia berkompromi dalam apa juga perkara demi kepentingan politik.

Walaupun tindakan pemimpin-pemimpin PKR dilihat turut sama menjejaskan imej Pas, namun Pas tidak berbuat apa-apa malahan mereka terus istiqamah untuk bersama-sama dengan PKR dan DAP.

Di Kota Bharu baru-baru ini, pemimpin Pas bersama-sama dengan Anwar mengadakan ceramah perdana.

Pada Sabtu lalu, pemimpin-pemimpin Pas sekali lagi berada sepentas dengan pemimpin kedua-dua parti berkenaan atas nama Munajat Perdana Mempertahankan Selangor.

Tetapi semua orang tahu apa yang berlaku di negeri berkenaan, apabila Pas yang turut serta dalam pentadbiran kerajaan PKR Selangor hanya sekadar 'pak turut' sahaja.

Pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali daripada Pas berikutan tindakan beliau ingin mempertahankan prinsip perjuangan parti itu sudah menjadi bukti bahawa Pas tidak ada apa-apa kuasa.

Di kalangan pengikut di peringkat akar umbi mereka semakin keliru dan tertanya-tanya, apakah Pas kini sudah semakin lemah sehingga terpaksa berkorban apa sahaja demi meraih kuasa bersama kedua-dua parti berkenaan.

Perasan muak dan bosan dengan keterujaan pemimpin-pemimpin Pas mempertahankan salah laku pemimpin PKR semakin ketara di kalangan ahli-ahli akar umbi.

''Susah kami hendak jelaskan kepada rakyat apabila mereka bertanya apa pendirian Pas mengenai isu-isu membabitkan pemimpin PKR,'' kata seorang pemimpin muda Pas ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Selain itu, mereka juga bimbang semangat untuk berjuang habis-habisan di kalangan ahli Pas semakin luntur dan terhakis kerana pembangkang dilihat sudah ketandusan isu.

Keadaan itu ditambah pula dengan kerajinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang bertemu rakyat.

Langkah kedua-dua pemimpin negara itu benar-benar memberi tamparan hebat kepada pembangkang memandangkan rakyat semakin merasai siapa sebenarnya memperjuangkan nasib mereka.

''Ketika pemimpin BN semakin banyak menghabiskan masa bertemu dengan rakyat, pemimpin-pemimpin pembangkang pula termasuk Pas terpaksa menjawab pelbagai isu berkaitan kerenah pemimpin pakatan itu.

''Keadaan ini merugikan pakatan pembangkang kerana rakyat semakin mampu mendapat isyarat siapa yang lebih layak dipilih dalam pilihan raya nanti,'' kata pemimpin muda itu.

Apa pun yang lebih menjadi persoalan ialah mengenai masa depan politik Pas. Parti itu dilihat bukan sahaja semakin goyah di Kedah malahan semakin tergugat di Kelantan. Begitu juga di seluruh negara, di sesetengah negeri, Pas dilihat tidak ada harapan untuk memenangi kerusi yang banyak kerana rakyat terutamanya orang Melayu semakin meragui keupayaan parti itu.

Segala-galanya kerana Pas pada masa ini dilihat terlalu bergantung kepada PKR dan DAP serta berupaya untuk menunjukkan ketegasannya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Sikap Pas yang terlalu bertolak-ansur dan tidak tegas apabila berhadapan dengan isu-isu melibatkan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP telah memungkinkan parti itu dilihat semakin tiada prinsip politik.

Lebih mengecewakan pengikut parti itu sendiri, Pas juga bersedia bersekongkol dengan mainan janji-janji pemimpin-pemimpin PKR, biar pun mereka tahu ia sukar untuk dilaksanakan.
Justeru, ramai yang berpandangan jika Pas terus bersikap dengan demikian, tidak mustahil parti itu akan mencatatkan prestasi paling buruk dalam sejarah penubuhannya dalam pilihan raya umum akan datang.

Tetapi kita percaya, Pas tidak akan mempercayai fakta berkenaan kerana mereka sudah 'dibuai mimpi indah' ke Putrajaya, biar pun semua orang tahu itu hanya sekadar satu mimpi!

Oleh : Zulkiflee Bakar

Pasukan Peronda Cegah Maksiat Di Aceh

SEORANG anggota polis peronda pencegah maksiat memeriksa kad pengenalan satu pasangan yang belum berkahwin di Banda Aceh kelmarin.


BANDA ACEH - Anggota-anggota polis pencegah maksiat di sini melakukan rondaan dengan menaiki trak dan kenderaan lain bagi memastikan penduduk beragama Islam tidak melakukan perbuatan yang menyalahi ajaran agama itu.

Mereka akan menghampiri pasangan yang dilihat berdua-duaan dan memberi nasihat kepada mereka supaya pulang ke rumah.

Aceh merupakan sebuah wilayah di Indonesia yang menguatkuasakan undang-undang syariah.

Terdapat 1,000 anggota polis itu yang dikenali sebagai Wilayatul Hisbah di sini.

Pada minggu lalu, seorang wanita memakai tudung dengan tergesa-gesa manakala satu pasangan kekasih yang menaiki motosikal beredar di sebuah kawasan di tepi pantai apabila melihat anggota-anggota peronda Wilayatul Hisbah menghampiri mereka.

Namun, satu pasangan kekasih lain yang bersembunyi di belakang sebuah batu besar ditahan oleh anggota-anggota polis itu.

"Adakah kamu sudah berkahwin?" soal seorang anggota polis tersebut yang bermisai tebal.

Pasangan kekasih itu kemudian menggelengkan kepala mereka.

"Perbuatan ini tidak dapat diterima di Aceh. Kita mempunyai undang-undang syariah di sini. Pergi pulang sekarang," kata anggota polis tersebut selepas memeriksa kad pengenalan pemuda dan gadis itu. - AFP