AWANG ingin menarik perhatian kepada kisah Bacha Bazi atau budak penari di Afghanistan (dancing boys). Ia bukan rekaan tetapi cerita benar dalam sisi gelap masyarakat negara itu.
Di Afghanistan, wanita dan gadis tidak dibenarkan menari di khalayak. Sebaliknya, budak-budak lelaki berumur belasan tahun boleh menari dengan berpakaian wanita dan bersolek.
Biasanya yang mempunyai paras menarik dan dianggap ‘jambu’, digalakkan menjadi budak penari. Rata-rata usia mereka sekitar 10 tahun hingga 19 tahun.
Untuk siapa mereka menari? Bacha Bazi adalah khusus untuk menghiburkan khalayak lelaki. Selepas acara tarian itu, mereka kemudian akan dipilih dan dibawa pulang oleh kalangan pembesar, orang kaya dan berpengaruh untuk aktiviti seks.
Lantaran kemiskinan, ramai budak lelaki menggilap bakat menari untuk menyertai kelompok Bacha Bazi. Sebahagian lagi ditipu dan akhirnya tanpa rela terjebak dengan gejala tersebut. Tidak kurang juga dijual sebagai dagangan seks.
Bukan rahsia lagi, seks sejenis terutama perbuatan sodomi menjadi tabiat ramai lelaki di negara yang penduduknya beragama Islam itu. Perit untuk diakui tetapi itulah hakikatnya.
Kisah Bacha Bazi pernah didedahkan oleh wartawan Afghanistan, Najibullah Quraishi yang kemudian memenangi anugerah kewartawanan. Pendedahan tersebut mendapat perhatian meluas media di Barat tidak lama dulu.
Gejala tersebut pernah diharamkan ketika rejim Taliban memerintah Afghanistan tetapi kembali diamalkan di beberapa wilayah tertentu tanpa diheboh-hebohkan. Amalan itu sukar dibendung memandangkan golongan elit yang mengamalkan seks sejenis dan sodomi dikatakan makin membesar.
Paling menyayat hati, sebahagian daripada budak penari itu dilaporkan menjadi mangsa rogol malah ada yang diseksa serta dibunuh. Bayangkan budak lelaki yang dalam usia persekolahan menjadi hamba kebuasan nafsu seks sejenis golongan yang berpengaruh.
Pihak berkuasa pula cuba menafikan tetapi pendedahan yang dibuat serta pengakuan sebahagian budak yang terlibat, tidak dapat menutup realiti.
Awang paparkan cerita Bacha Bazi kerana ada moral dan iktibar yang patut kita renungkan. Malaysia bukanlah Afghanistan. Tiada budak penari seperti di negara tersebut tetapi ancaman Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) makin berleluasa di negara ini.
Lebih-lebih lagi gerakan gay sudah mempunyai ikon daripada kalangan pemimpin beragama Islam. Bayangkan jika pemimpin kategori itu diangkat sebagai pemimpin negara suatu hari nanti.
Awang tidak terkejut seandainya pemimpin berkenaan boleh mengadakan acara seperti Bacha Bazi di Malaysia. Sekarang ini pun terdapat banyak kelab gay beroperasi secara sembunyi. Tarian erotik untuk gay juga ada. Di Malaysia, ramai budak lelaki yang boleh dianggap jambu. Diceritakan kepada Awang oleh orang yang rapat dengan pemimpin tersebut bagaimana dia mudah naik ghairah melihat budak jambu. Sesungguhnya, sudah ada pun beberapa si jambu yang menjadi mangsa. Jika suatu hari Bacha Bazi berlaku di Malaysia, Awang tidak dapat bayangkan keadaan dan malapetaka yang bakal menanti kita. Nauzubillah.
Oleh : Awang Selamat
No comments:
Post a Comment