Sunday, April 3, 2011

Lelaki Mulut Jahat!

Intro : Benarkah lelaki lebih teruk gosip berbanding wanita?

JIKA dulu, asal ada yang menyebut mulut jahat, pasti label ini menjurus kepada wanita. Persepsi umum sering menganggap, wanita jika duduk berkumpul beramai-ramai, pasti ada saja cerita dikongsi bersama termasuklah apa yang boleh dikategorikan sebagai mengumpat.

Selalunya, perkara yang mengisi topik perbincangan kaum wanita semestinya gosip terkini, berita panas selain mengulas peribadi atau perbuatan orang lain.

Namun, pada zaman sekarang, bukan saja wanita gemar bergosip, malah lelaki juga tidak ketinggalan malah dilabel si mulut jahat. Jangan tidak tahu, lelaki juga suka bercakap mengenai orang lain malah hingga ke peringkat mengata orang. Namun, mungkin cara lelaki bergosip berbeza jika hendak dibandingkan dengan wanita.

Jika lelaki bergosip, selalunya kata-kata yang dihambur lebih pedas dan menyakitkan hati. Ini kerana lelaki tidak menghiraukan sensitiviti orang lain. Malah, bagi mereka apa yang dikatakan ibarat suatu gurauan atau mungkin menganggap, ia tidak akan memberi apa-apa kesan.

Secara luaran, lelaki dilihat sentiasa ‘cool’ dan seolah-olah tidak menghiraukan perkara yang terjadi di sekeliling mereka. Tapi jangan disangka di sebalik sifat mereka ini, lelaki kononnya tidak pernah bergosip.

Jika ditanya kepada lelaki, pasti jawapan yang diberi mereka adalah buang masa bercerita mengenai orang lain atau lebih suka berdiam diri saja. Namun percaya atau tidak, mengikut pakar psikologi, manusia tidak kira lelaki atau wanita punya sifat untuk bergosip dan bercerita mengenai orang lain.

Cuma cara lelaki bergosip berbeza dengan wanita. Jika wanita selalu bercerita mengenai artis dan juga golongan yang mereka kenal, bagi lelaki, mereka lebih banyak bergosip mengenai politik dan perkara yang berlaku di pejabat.

Setiap tutur yang dikeluarkan lelaki agak pedas dan sinis. Hampir tidak boleh diterima oleh mereka yang mendengar. Ini kerana lelaki lebih banyak bergosip dalam cara yang agresif ditambah dengan pergerakan badan mereka.

Namun jangan disalah erti, perkataan sinis dan pedas yang dikeluarkan oleh lelaki tidak semestinya membuatkan mereka dilabelkan sebagai jahat mulut. Sebagai contoh seorang ustaz memberi ceramah, dalam syarahannya itu, pasti terselit kata-kata yang sinis dan pedas. Ini bagaimanapun tidaklah membuatkan ustaz berkenaan dikategorikan sebagai jahat mulut, kerana apa yang disampaikan lebih berbentuk suatu pendekatan dan nasihat.

Biar apapun, tidak kira lelaki atau wanita, dalam berbicara perlulah menjaga setiap tutur kata - jangan sampai menyakitkan banyak hati. Secara dasarnya, tidak dinafikan ada lelaki bermulut jahat dan wajar dijauhi. Namun, wajarlah difikir kembali faktor yang menyebabkan mereka dilabel mulut jahat mungkin kerana mereka sinis dan agresif.

Setiap manusia berbeza dan mempunyai sifat berlainan. Ada insan yang nampak baik di luaran, tapi hakikatnya seorang yang kuat bergosip dan begitu juga sebaliknya. Sebagai lelaki perlulah lebih ‘gentleman’ dan janganlah sampai dilabel mulut jahat. Tunjukkan bahawa lelaki lebih bersikap matang dalam pertuturan dan jika ingin bersikap sinis, biarlah demi kebaikan.

Tujuh gosip cara lelaki
1. Duduk di kedai mamak sambil melayan bola sambil bergosip. Selalu golongan muda banyak bergosip mengenai pemain bola kesayangan mereka dan orang sekeliling ketika itu.

2. Bagi golongan pekerja, mereka selalunya banyak bergosip mengenai keadaan pejabat dan ketua mereka. Pasti akan ada saja perkara yang ingin diperkatakan.

3. Bagi pasangan kekasih, percaya atau tidak mengikut kajian pakar psikologi, hampir separuh lelaki akan bergosip mengenai banyak perkara kepada teman wanita mereka. Tidak kurang juga yang mendengar teman wanita bergosip kepada mereka.

4. Lelaki ini jika bergosip selalunya akan membawa kepada pertengkaran. Ini kerana mereka begitu agresif dalam bergosip sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain.

5. Lelaki bermulut jahat sering dikaitkan dengan lelaki lembut. Namun, tidak semua lelaki seumpama itu bermulut jahat atau mempunyai perilaku negatif seperti suka mengumpat atau memburukkan orang lain.

6. Golongan atasan juga ramai yang boleh dikategorikan sebagai kuat bergosip. Selalunya, mereka bercerita mengenai pesaing mereka dan pekerja mereka.

7. Bagi lelaki pertengahan usia, gosip mereka merangkumi pelbagai pekara tidak mengira politik, isu penempatan dan hal-ehwal anak-anak mereka.

Berapa ramai manusia terhumban ke lembah neraka disebabkan kecelakaan lidah-lidah mereka."
(Hadis riwayat Imam Tarmidzi dan al Hakim)

Sumber asal : berita harian

Complimentary live classifieds website. Over 200,000 searchable classifieds with high quality images



Elite Weight Loss Package

Elite Weight Loss Package program that will teach you to В· lose fat permanently; В· right way to lose body fat without slowing your metabolism; В· and lose fat without the need for diet pills.

No comments:

Post a Comment