CINTA adalah hal yang sangat mendasar dalam setiap hubungan. Kerana cinta harus dipelihara agar anda boleh menuai hasil, maka cinta belaian hebat untuk menyuburkannya.
Untuk Anda dan pasangan, lihat formula 3 L, berikut ini seperti diulas Sheknows:
Listening (mendengar)
Adalah sangat penting dan membantu apabila anda berdua saling memiliki kemampuan untuk mendengar. Ketika si dia bicara, sangat mudah bagi anda untuk tahu apa yang diinginkan masing-masing.
Kadang-kadang, kemampuan ini berdampak baik, tapi kadang juga boleh menjadi bumerang kerana tanpa kemampuan untuk mencerna dengan baik, anda hanya akan cepat menghakimi dan membuat andaian yang mungkin tidak benar dari apa yang dikatakannya.
Jadi, berusahalah untuk mendengar dengan teliti sebagai landasan komunikasi antara anda dan pasangan. Kerana formula ini mengilhami datangnya empati dan kasih sayang, sesuatu yang tidak akan merugikan bila memang anda miliki terlalu banyak dalam hubungan.
Laughing (tertawa)
Jangan melihat setiap hal dalam hubungan, baik perkahwinan mahupun pacaran, sebagai sesuatu yang serius. Selera humor yang baik akan sangat bermanfaat untuk anda mampu memandang sesuatu dari sisi yang lain. Sehingga, anda punya keterbukaan fikiran dan hati untuk mencari penyelesaian suatu masalah. Kerana, tertawa tidak akan boleh dilakukan seiringan dengan marah.
Looking (melihat)
Sebuah hal ringan dan menyenangkan untuk dilakoni secara teratur bersama pasangan boleh membuat anda berdua saling terhubung, misal saling menatap mata tanpa bercakap selama sekian minit. Tindakan sederhana, tetapi anda akan terkejut betapa kesederhanaan ini dapat menjadi self healing yang luar biasa.Kalau anda berdua belum terbiasa, cubalah berlatih dan anda akan segera menyedari betapa manfaatnya begitu besar bagi keintiman hubungan. Jangan biarkan hal-hal sederhana dibiarkan begitu saja tanpa diberi makna. Biarkan pasangan tahu seberapa besar erti tindakan manis mereka bererti untuk anda.
Sumber : Okezone
No comments:
Post a Comment