Saturday, April 30, 2011

Alasan Anda Perlu 'Resign' Dari Pejabat

KETIKA anda tak menemukan keserasian dengan persekitaran atau anda merasakan ganjalan pada beban kerja yang menjadi job desk di pejabat @ tempat kerja, keputusan resign boleh menjadi pilihan. Selebihnya, ada beberapa tanda-tanda yang menghendaki anda mengambil keputusan berat ini.

Berikut ini ada beberapa alasan yang boleh menjadi pertimbangan anda saat harus berhenti dari tempat kerja:

Gaji rendah
Beban kerja anda terus meningkat, namun gaji yang ditawarkan tak kunjung ada kenaikan. Jelas hal ini bukan alasan yang baik untuk tetap bertahan pada kedudukan anda saat ini.

"Jika anda mencari pekerjaan yang tidak sepadan dengan pendapatan anda, inilah saatnya untuk mencari pekerjaan lain," kata seorang perunding perjawatan.

Tidak menemukan kepuasan
Kepuasan kerja akan mempengaruhi motivasi anda sehingga ketika kepuasan kerja tidak anda rasakan maka imbasnya akan berakibat buruk pada prestasi anda. Jangan menunggunya terlalu lama. Jika pekerjaan anda memang tidak menarik dan anda tidak menemukan kepuasan di dalamnya, apa lagi yang mesti anda pertahankan.

Diskriminasi
Ada beberapa kes yang berkembang di lapangan bahawa wanita tidak dibenarkan menduduki kedudukan tertentu, "ujarnya lagi. Jika anda mengalami hal tersebut dan merasa bahawa kemajuan anda terhalang kerana usia, latar belakang atau jantina, jangan ragu untuk menukar pekerjaan anda.

Atasan / rakan sekerja yang buruk
Bekerja dengan orang yang tidak profesional akan menyulitkan anda sendiri. Apalagi jika atasan anda pun tidak benar-benar kompeten. Nah, jika anda merasa sudah tidak boleh bekerja sama lagi dengan penyelia atau rakan kerja anda saat ini, sudah saatnya anda berpindah kerja ke syarikat lain. Pasukan yang baik dan mantap, serta lingkungan kerja yang kondusif akan membuat anda bekerja dengan produktif.

Di luar hal tersebut, satu-satunya hal yang membuat anda bertahan dan kembali pada pekerjaan tersebut adalah adanya tawaran yang lebih baik dari majikan anda. Selebihnya, keputusan tentu terpulang lagi pada anda masing-masing. Tetap bertahan atau menjalani peluang lain di tempat yang berbeza, anda-lah yang lebih tahu alasannya.  Anonymous

Istimewa churpchurp.com - klik disini

Friday, April 29, 2011

3 L, Formula Hubungan Intim

CINTA adalah hal yang sangat mendasar dalam setiap hubungan. Kerana cinta harus dipelihara agar anda boleh menuai hasil, maka cinta belaian hebat untuk menyuburkannya.

Untuk Anda dan pasangan, lihat formula 3 L, berikut ini seperti diulas Sheknows:

Listening (mendengar)
Adalah sangat penting dan membantu apabila anda berdua saling memiliki kemampuan untuk mendengar. Ketika si dia bicara, sangat mudah bagi anda untuk tahu apa yang diinginkan masing-masing.

Kadang-kadang, kemampuan ini berdampak baik, tapi kadang juga boleh menjadi bumerang kerana tanpa kemampuan untuk mencerna dengan baik, anda hanya akan cepat menghakimi dan membuat andaian yang mungkin tidak benar dari apa yang dikatakannya.

Jadi, berusahalah untuk mendengar dengan teliti sebagai landasan komunikasi antara anda dan pasangan. Kerana formula ini mengilhami datangnya empati dan kasih sayang, sesuatu yang tidak akan merugikan bila memang anda miliki terlalu banyak dalam hubungan.

Laughing (tertawa)
Jangan melihat setiap hal dalam hubungan, baik perkahwinan mahupun pacaran, sebagai sesuatu yang serius. Selera humor yang baik akan sangat bermanfaat untuk anda mampu memandang sesuatu dari sisi yang lain. Sehingga, anda punya keterbukaan fikiran dan hati untuk mencari penyelesaian suatu masalah. Kerana, tertawa tidak akan boleh dilakukan seiringan dengan marah.
Looking (melihat)
Sebuah hal ringan dan menyenangkan untuk dilakoni secara teratur bersama pasangan boleh membuat anda berdua saling terhubung, misal saling menatap mata tanpa bercakap selama sekian minit. Tindakan sederhana, tetapi anda akan terkejut betapa kesederhanaan ini dapat menjadi self healing yang luar biasa.

Kalau anda berdua belum terbiasa, cubalah berlatih dan anda akan segera menyedari betapa manfaatnya begitu besar bagi keintiman hubungan. Jangan biarkan hal-hal sederhana dibiarkan begitu saja tanpa diberi makna. Biarkan pasangan tahu seberapa besar erti tindakan manis mereka bererti untuk anda.

Sumber : Okezone

Wednesday, April 27, 2011

Menangani Kekasih Pemarah

Bagaimana cara untuk menangani kekasih yang pemarah? Mungkin ada yang beruntung mempunyai kekasih yang penyabar tapi buat yang mempunyai kekasih yang pemarah, jom baca tips ini....

Kenali sifat pasangan
Jika pasangan anda seorang yang cepat marah@pemarah, ada baiknya anda berusaha mengenali dengan baik sifat-sifat pasangan anda ini. Kalau anda saling memahami antara satu sama lain, anda akan lebih mudah menghadapinya dan kemungkinan pasangan anda jadi jarang sekali menunjukkan sifat marahnya.. Yelah tengok anda rileks aje. Bosan dia asyik nak marah....!

Hindari dari melakukan perkara yang sidia tak suka
Bila anda dah benar-benar faham sifat dan watak pasangan anda, cubalah hindari dari melakukan sesuatu yang dia tidak suka. Tetapi kalau terpaksa juga lakukan, lakukanlah tanpa pengetahuan pasangan. Tapi yang baik ajelah.. Jangan pulak tahu pasangan anda tak suka anda curang, anda main kayu tiga belakang dia..!

Jangan campuri urusannya
Kalau dia tak minta anda masuk campur urusan dia, tak payahlah anda nak menyibuk. Lain orang lain caranya. Kalau anda tetap nak menyibuk, alamatnya makan hati la anda bila dia marah!!

Jangan suka menasihati
Mungkin banyak maksud yang baik terselit dalam "nasihat" anda tu atau lebih tepat tazkirah panjang a.k.a membebel. Tapi kalau rasa tak perlu pun untuk nasihat, lebih baik elakkan. Hal ini perlu dilakukan untuk menghindari terjadinya salah faham sekaligus buat sidia marah. Kadang-kadang orang mudah salah tafsir bebelan. Almaklum sajalah, bila membebel, isunya satu tapi panjang berjela. Mana tak salah faham kan???

Bersifat terbuka
Bila sidia memberi pandangan yang agak keras, anggap sajalah sebagai satu kritikan untuk anda. Ambil sebagai satu cabaran untuk membaiki kelemahan diri. Tak guna terlalu emosi dengan kata-kata dia sebab orang yang pemarah selalunya terlalu ego. Jadi terima sajalah dengan hati terbuka..
Terus terang saja
Orang yang pemarah ini bukanlah negatif 100%. Kadang-kadang dia jenis tak pandai nak pendam masalah dalam hati. Jenis yang berterus terang. Ada apa-apa yang tak suka, terus cakap cuma mungkin caranya dan bahasanya agak kasar hingga dilabel pemarah. Jadi kalau anda ada apa-apa tak puas hati, terus terang saja. Apa dia ingat dia saja boleh terus terang?

Anonymous

Monday, April 25, 2011

Ayuh, Bersikap Romantis kepada Pasangan!

PASANG surut sebuah hubungan memang terjadi dalam setiap kisah asmara. Ini pula yang menyebabkan sebuah hubungan terasa hambar dan tak lagi romantis.

Sikap romantis memiliki peranan besar dalam kisah cinta. Sikap romantis dalam hubungan haruslah tetap hidup dan tinggal dalam hati setiap individu.

Saat getaran cinta tak lagi terasa, lelaki selalu menjadi pihak tertuduh yang tidak memiliki sikap romantis. Sebabnya, wanita selalu menginginkan kisah percintaan yang penuh dengan keromantisan. Meski terlihat padam, romansa cinta tidaklah pernah mati.

Pertanyaan 'Apakah sikap romantis benar-benar telah padam dalam hubungan?' sering terhambat dalam fikiran setiap insan. Jawabannya, ini tergantung pada erti romantis yang sesungguhnya menurut Anda dan pasangan.

Dan, setiap orang memiliki pandangan yang berbeza mengenai erti romantis. Padahal romantis boleh dibangun dari hal-hal kecil, seperti ciuman di tengah hujan, membukakan pintu untuk pasangan saat hendak masuk ke kereta atau restoran.

Memberikan hadiah sekuntum mawar merah, hingga mengirimkan kad ulang tahun kelahiran pada si dia menjadi salah satu sikap romantis berupa sebuah seni menunjukkan perasaan yang sesungguhnya melalui tindakan dan membuat seseorang merasa sangat istimewa. Demikian seperti yang dikutip dari Topdatingtips.

Mengapa kita berfikir cinta dan romantis telah padam? Keromantisan dalam hubungan mungkin tampak telah lenyap dalam kehidupan kita, ini disebabkan Anda dan pasangan sangat sibuk.

Tak sedikit pasangan yang hanya mementingkan dirinya sendiri. Dengan kata lain, mereka benar-benar sangat egois dan ini mungkin terjadi pada Anda.

Anda mungkin tidak suka mengakuinya, tapi itulah yang terjadi. Padahal hadirnya cinta harus membuat keperluan Anda dan pasangan jadi kepentingan bersama. Bahkan dengan rasa cinta yang Anda miliki Anda boleh menilai bahawa kepentingan pasangan adalah yang utama.

Kaum adam memang sering dituduh sebagai makhluk yang tidak romantis. Namun sebenarnya mereka manusia yang terlalu praktis. Namun sangat tidak adil jika lelaki selalu disebut sebagai makhluk yang tidak romantis sepanjang waktu.

Memperbaiki, melakukan sesuatu, membantu pasangan menjadi salah satu upaya lelaki untuk menunjukkan, usaha, perhatian, dan kasih sayang mereka pada pasangan. Masalahnya, wanita tidak selalu melihatnya seperti itu.

Di sinilah saatnya bagi wanita mengubah cara pandang mereka seperti lelaki. Yaitu, saat mereka membantu pasangan. Di saat itulah dia sedang memerhatikan pasangannya, menunjukkan sikap romantisnya kepada Anda.
Untuk para lelaki, jika Anda ingin menjadi seorang yang romantis, Anda juga perlu memahami bagaimana caranya menjadi romantis. Apakah ini bererti Anda perlu menonton film romantis di pawagam, membaca novel romantis, atau mendengarkan alunan lagu romantis?

Penting diingat, bahwa sikap romantis yang spontan boleh membuat pasangan kian mencintai Anda. Sikap romantis boleh ditunjukkan dengan ekspresi, memberi dan berkongsi perasaan, merawat pasangan, dan menunjukkan kepada pasangan betapa istimewanya dia.
Sumber : Okezone

Sunday, April 24, 2011

Tak Beradab

KHAMIS lalu, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah membuat teguran berhubung isu adab berpakaian pada majlis rasmi. Penegasan baginda itu yang sarat dengan hujah dibuat secara umum tanpa merujuk kepada individu dan insiden tertentu.

Awang mencadangkan teks titah penuh baginda dijadikan rujukan kepada semua pemimpin terutama parti pembangkang. Tampal di almari pakaian.

Belum pernah rasanya ada kupasan lengkap tentang etika berpakaian dalam konteks yang besar sebagaimana diberikan oleh Raja Nazrin.

‘‘Penghakisan kemurnian adat dan penghakisan ketinggian budaya bangsa, boleh bermula dengan sifat memandang ringan dan sifat tidak menghormati adat berpakaian dalam sesuatu majlis,’’ titah baginda.

Pada 12 April lalu ADUN, Pantai Remis dari DAP, Nga Kor Ming mencetuskan kontroversi kerana tidak memakai pakaian istiadat dan bersongkok pada majlis pembukaan rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Dia seorang sahaja yang muncul dengan pakaian sut. Tindakannya itu ternyata tidak menghormati majlis, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Raja Nazrin selaku pemangku raja. Walaupun pakaian sut tidak melanggar peraturan, beliau sepatutnya faham, pakaian apa yang sepatutnya dikenakan pada majlis tersebut. Seperti titah Raja Nazrin lagi: ‘‘Adalah janggal untuk seorang pemain bola sepak memakai pakaian renang di padang bola.’’ Ternyata peraturan yang kecil dan mudah pun gagal difahami.

Awang menjunjung kasih ke atas penegasan Raja Nazrin berhubung isu itu. Apa yang berlaku di DUN Perak juga pernah terjadi di negeri lain sebelum ini. Gejala ini tidak boleh didiamkan begitu sahaja kerana ia boleh membawa mudarat besar kepada tamadun bangsa. Masih kental dalam ingatan Awang titah baginda pada Ogos tahun lalu bahawa: ‘‘Pencerobohan besar bermula dengan pencerobohan kecil.’’

Kor Ming sewajarnya menjadi wakil rakyat contoh dengan menjaga adab berpakaian dan bukannya bersikap angkuh. Identiti kaum atau ego beliau sebagai ADUN mewakili DAP, tidak akan hilang jika berpakaian istiadat dan bersongkok. Awang kerap melihat ramai ekspatriat mengenakan songkok pada majlis-majlis tertentu.
Apa maknanya ADUN di Perak jika tidak menghormati Dewan dan apatah lagi institusi diraja? Awang percaya, Kor Ming faham apa yang dimaksudkan dengan peribahasa di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung.

Dalam tamadun bangsa lain seperti Jepun, Barat dan China, hal itu amat penting di dalam sanubari setiap warganya. Di Thailand juga, semua warga negara termasuk keturunan Cina menjung institusi raja. Ia adalah persoalan maruah melainkan jika seseorang itu berkiblatkan negara dan budaya asing. Apakah Kor Ming dalam kategori itu?

Awang Selamat

Friday, April 22, 2011

Trend Politik Dan Ekonomi Perkauman

MINGGU ini Kunta Kinte nak ajak pembaca fikir sikit pasal perkauman di negara kita. Ada orang kata Malaysia jadi lebih perkauman lepas Pilihan Raya Umum 2008. Betul dan tak betul. Betul kalau kita anggap penolakan oleh pengundi Cina dan India terhadap Barisan Nasional (BN) sebagai berbaur perkauman. Tak betul kalau kita anggap yang sebenarnya ditolak oleh orang Cina dan India adalah MCA, Gerakan dan MIC. Ertinya mereka tolak parti bangsa mereka sendiri.

Mereka tolak tiga parti bangsa mereka sebab pada pandangan mereka, kerajaan BN yang mereka sokong dengan cukup kuat pada Pilihan Raya Umum 2004 telah tidak penuhi aspirasi mereka. Tapi bukan orang Cina dan India saja rasa macam tu. Orang Melayu pun ramai juga yang berasa macam tu juga. Mereka tarik balik undi yang mereka bagi kepada BN pada tahun 2004. Orang Cina dan India sanggup undi pakatan pilihan raya yang gabungkan DAP, PKR dan PAS walaupun mereka tak percaya sangat kepada PAS. Mereka sokong pakatan itu kerana marah kepada BN. Kunta Kinte tak hairan sangat orang Cina sokong DAP. Kita kena ingat dan akui yang ramai orang Cina dari dulu lagi sokong parti fahaman kiri. Yang sokong MCA adalah golongan peniaga dan kapitalis. Sejak DAP ditubuhkan pada 1967 untuk teruskan legasi PAP, orang Cina tidak pernah tak sokong parti itu. Kalau tak secara terbuka, mereka sokong secara diam-diam. Ada masa mereka hanya sokong dengan semangat dan setia kawan dan ada masa sokong dengan undi.

Orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera kena faham dan kena terima hakikat yang orang Cina sangat pandai bermain politik. Mereka pandai buat congak macam mana dan kepada siapa nak bagi undi mereka. Mereka tidak mahu menang jadi arang, kalah jadi abu. Mereka sanggup kalah bersorak asalkan kampung tak tergadai. Sebaliknya, kita tengok setiap kali ada bertaruhan, kampung orang Cina jadi lebih besar.

Pada masa BN kuat kerana orang Melayu lebih bersatu padu, orang Cina tunjuk yang mereka sokong MCA dan Gerakan. Tapi bila mengundi, ramai diam-diam pangkah DAP. Tapi sejak Pilihan Raya Umum 2008, bila DAP dan sekutunya dalam pakatan pembangkang menang besar dan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, orang Cina tak sembunyi-sembunyi lagi sokong DAP.

Perkara ini jadi tambah terang dalam pilihan raya negeri Sarawak Sabtu lalu. Orang Cina Sarawak tidak segan silu dedahkan perasaan mereka. Kerana itulah DAP yang sekian lama terumbang-ambing di Sarawak tiba-tiba berjaya gandakan kerusinya daripada enam kepada 12. Semua kerusi majoriti Cina ia sapu.

Kalau aliran ini tak berubah sampai pilihan raya umum akan datang, DAP ada harapan tambah kerusi Parlimen daripada dua kepada lima atau tujuh. Harapan DAP akan lebih cerah kalau ia berjaya tarik dan tambat hati kaum dan suku kaum Bumiputera di negeri itu. Ada orang kata orang Cina makin perkauman dalam politik, tapi orang Melayu kurang sikit pasal ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS dan ada yang sokong PKR. Tapi orang Cina mereka sokong parti Cina atau parti majoriti Cina macam MCA, DAP dan Gerakan. Dalam PRU 2008 majoriti orang Cina sokong DAP.

Kunta Kinte rasa, bagi orang Cina, sokong DAP dan pakatan pembangkang adalah strategi baru dan anjakan pemikiran yang sangat jelas. Strategi serampang dua mata mereka ini gabungkan kuasa ekonomi dan kuasa politik orang Cina.

Setelah berjaya kukuhkan ekonomi mereka hasil dasar dan projek perkembangan kerajaan BN, mereka sekarang berasa cukup yakin yang kepentingan dan monopoli ekonomi mereka tidak akan terjejas walaupun mereka tak lagi sokong BN. Malahan mereka yakin cara baru yang gabungan kuasa ekonomi dan politik ini akan tambah kukuhkan lagi kuasa dan pengaruh masyarakat Cina dalam ekonomi dan politik.

Ada penganalisis politik kata, penghijrahan besar orang Cina daripada BN kepada pakatan pembangkang akan cetuskan reaksi orang Melayu yang akan balik semula menyokong BN kerana takut hilang kuasa kepada orang Cina.

Kunta Kinte tak mahu buat apa-apa ramalan. Yang Kunta Kinte nak kata adalah perkauman susah nak dipisahkan daripada politik negara kita kerana kita terlalu bertolak ansur dalam hal mewujudkan sistem dan institusi yang boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum. Kita selalu sebut kalau nak lentur buluh biar dari waktu ia masih rebung. Berdasarkan pengalaman Kunta Kinte bersekolah dan belajar hidup dalam masyarakat majmuk, tidak ada permulaan yang lebih baik daripada di bangku sekolah.

Tapi hari ini, selepas lebih 53 tahun merdeka, sekolah kebangsaan terpaksa bersaing dengan sekolah jenis kebangsaan dan semakin ramai orang Malaysia tidak fasih Bahasa Kebangsaan, tidak bersemangat Malaysia dan nampak-nampaknya tambah perkauman. Wallahualam.

Oleh : Kunta Kinte original

Thursday, April 21, 2011

Ucapan Terima Kasih Pengaruhi Kesihatan

KEBANYAKAN orang tidak menyedari erti dan manfaat dari ucapan terima kasih. Padahal jika Anda mengucapkan terima kasih kepada seseorang, walaupun hanya dengan senyum kecil, ternyata tanpa disedari telah memberikan kebahagian kepada diri Anda sendiri.

Menurut sebuah penelitian yang dilakukan Robert A Emmons, seorang profesor psikologi di University of California, ucapan terima kasih yang Anda berikan kepada seseorang ternyata memberikan manfaat bagi kesihatan Anda.

Seperti dilansir Canada.com, penelitian yang dilakukan Emmons telah menemukan kenyataan bahwa orang yang dalam kesehariannya akrab dengan ucapan terima kasih berpengaruh terhadap kesihatan orang tersebut. Dalam penelitian Emmons, ucapan terima kasih baik kepada ibu, teman, rekan kerja, dan Tuhan sekalipun diyakini berdampak positif terhadap kondisi psikis orang tersebut.

Selain itu, diakui bahwa ucapan terima kasih juga menjadi sumber kebaikan hidup seseorang. Sumber ini akan memelihara siapa pun yang mengucapkannya. Orang yang selalu mengucapkan terima kasih akan selalu merasakan kepuasan pada batin dan fikirannya.

Memang, ucapan terima kasih tidak akan selalu mendapat reaksi nyata pada diri Anda. Tetapi hal itu akan diawali oleh fikiran Anda. Dan secara simultan pikiran Anda akan membawa kesihatan pada tubuh Anda.

Saat seseorang berada dalam kondisi kritis atau jatuh, ucapan terima kasih ternyata juga membawa pengaruh yang positif pada orang tersebut. Sungguh buruk jika kebanyakan orang menghabiskan waktu dalam pekerjaan hanya mementingkan dirinya sendiri.

Dalam penelitian ilmiah Emmons tersebut, juga dimasukkan tulisan filsuf, ilmu agama, novelis dan kitab suci yang oleh humanis Albert Schweitzer dikatakan sebagai sebuah rahasia hidup "kasih memberi untuk segalanya".

Nah melihat penyelidikan yang dilakukan Profesor A Emmons ini, tentu akan membuat semua orang tersedar kembali untuk selalu memberikan ucapan terima kasih kepada orang di sekitarnya. Terima Kasih.
                              
                                            Oleh : Toto Pribadi - Okezone

Wednesday, April 20, 2011

Hentikan Amalan Kuota Calon

SAYA terpanggil untuk mengulas tentang keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini. Ternyata para pengundi Cina menunjukkan sokongan padu kepada DAP. Namun pada saya ini ada hikmahnya.
Pertama: UMNO sudah boleh dengan berani dan jelasnya meletakkan calon Melayu di tempat majoriti Melayu tanpa perlu bermurah hati memberikan kuota kepada parti-parti komponen lain yang tidak perform. Jika kembali mahu dicalonkan haruslah menunjukkan keberhasilan di pihak mereka juga.

Kedua: Tidak ada lagi apa yang dikatakan pembahagian kuota pada satu-satu pilihan raya. Ertinya, jika Pulau Pinang kembali kepada Barisan Nasional (BN) dan orang-orang Melayu yang memberi kemenangan tersebut, maka Pulau Pinang akan diterajui oleh UMNO.

Ketiga: UMNO tidak lagi perlu terlalu mengikut kehendak MCA dan Gerakan yang pelbagai dan kadang-kadang melampau. UMNO sudah boleh membuat keputusan mereka sendiri atas kepentingan negara sahaja.

Kepada orang-orang Melayu yang masih juga ingin menjadi barua DAP, anda akan berhutang dengan hampir keseluruhan umat Melayu yang sayangkan agama Islam dan bangsanya.

Kepada Nik Aziz yang menerima salam persaudaraan daripada Lee Kuan Yew, kroni Lim Kit Siang dan kroni Karpal Singh dengan mesra, sambil menolak salam persaudaraan daripada saudara seagama yang berlainan parti politik, kamu akan berhutang selama-lamanya dengan kami, orang-orang Melayu yang sayangkan agama Islam dan bangsa Melayu. Apakah kamu tidak nampak atau sengaja membutakan hati?

Kamu tidak bangga menjadi orang Melayu. Berbeza dengan saya yang bangga menjadi orang Melayu walaupun nenek berbangsa Cina. Melalui kesetiaan dan kesedaran orang Melayu lah maka agama Islam sampai ke tanah ini, sehingga semua Melayu itu adalah Islam pada hari ini.

Kamu mendoakan keburukan bagi pemimpin kami, mengkafirkan kami dan menjahiliyahkan kami sedangkan lidah kami mengucap syahadah, solat lima waktu setiap hari, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan diterima menjadi tetamu Allah di Mekah bagi menunaikan haji. Namun kami tetap mendoakan kebaikan sahaja bagi kamu.

Saya cuma doakan hati dan fikiranmu dibukakan Allah kepada kebenaran yang nyata. Hilangkan dendam kesumat kepada UMNO.

Orang-orang Melayu dalam UMNO hari ini sudah punya kesedaran bahawa tidak ada satu kaum pun di Tanah Jawi ini yang boleh memayungi orang-orang Melayu kecuali UMNO. Bukan Pas yang boleh diperkudakan, digunakan dan dihenyak pijakkan DAP; yang berbondong-bondong mengibarkan bendera DAP dengan megah; rela berbaring atas jalan raya bagi menghalang Sultan mereka sendiri demi kerajaan boneka Pas yang dimiliki empayar keluarga Nga dan Ngo.

Tentulah juga bukan PKR yang sekejap ke kiri sekejap ke kanan yang tidak dapat dipastikan arahnya kecuali demi kelangsungan seorang manusia biasa dengan masalah moral yang bertan-tan beratnya. Walaupun kamu membutakan hati terhadap kebenaran yang kamu juga mohon daripada Allah, terpulanglah...

Oleh : Haniza Ahmad
Muar, Johor

Tuesday, April 19, 2011

Pejuang Hak Asasi Harus Hormati Hukum Islam

Pendukung fahaman sekular tidak wajar pertikai alim ulama
SAYA agak terkilan membaca satu pendapat yang mempersoalkan peranan alim ulama dalam menjaga kedudukan hak asasi wanita di Malaysia. Pendapat itu menggambarkan seolah-olah pemimpin agama di negara ini tidak berminat untuk memainkan peranan dalam menambahbaik amalan hak asasi di negara ini.

Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan prosedur berkhitan dijadikan contoh kepada ‘peranan’ yang dimainkan oleh pemimpin agama mengenai hak asasi wanita di Malaysia. Dalam konteks ini saya fikir penulis itu merujuk kepada peranan pemimpin agama Islam.

Saya tidak menolak perlunya pembabitan pemimpin agama (termasuk pemimpin agama Islam) dalam menegakkan hak asasi. Sememangnya pemimpin agama harus memainkan peranan tertentu di dalam menentukan hala tuju hak asasi di negara ini.

Tetapi, hakikatnya, ada dua perkara yang perlu diambil kira; pertama, persepsi masyarakat dan keduanya perbezaan antara hak asasi menurut perspektif Islam dan sekular.

Mengenai persepsi masyarakat, sebahagian besar masyarakat mahukan pemimpin agama memberikan perhatian kepada perkara berkaitan keagamaan. Pendapat yang menyebut mengenai peranan pemimpin agama dalam mengamalkan hak asasi juga membayangkan pendirian negatif terhadap peranan pemimpin agama di dalam soal berkaitan hak asasi.

Peranan Majlis Fatwa Kebangsaan ialah untuk mengeluarkan hukum agama. Adakalanya hukum agama yang dikeluarkan tidak sealiran dengan pandangan yang dibawa oleh ‘pejuang’ hak asasi. Dalam keadaan ini, ‘pejuang’ hak asasi ini melihat apa yang diputuskan oleh institusi agama ini tidak selari dengan prinsip hak asasi yang dibawa mereka. Oleh itu pemimpin agama ini dikatakan tidak berminat untuk menegakkan hak asasi.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama pendapat yang sealiran disiarkan media negara kita. Begitu juga dengan pandangan saya ini. Ini juga bukan kali pertama saya menulis mengenai isu yang sama. Namun, saya mesti menulis lagi mengenai isu ini kerana saya percaya, pendapat yang disiarkan itu mendatangkan kesan mendasar kepada peranan pemimpin agama dan institusi agama di negara ini.

Mengenai perkara kedua, iaitu perbezaan di dalam falsafah hak asasi Islam dan sekular. Saya perlu tegaskan bahawa ia adalah perkara penting yang kita perlu berikan perhatian yang mendalam. Perbezaan berkenaan merangkumi tiga perkara utama, iaitu perbezaan dari segi falsafah, sumber dan objektif hak asasi.
Ketiga-tiga aspek ini, sebagaimana ajaran Islam secara umumnya, amat berkait rapat antara satu sama lain.

Falsafah hak asasi Islam berlandaskan sumber yang disandarkan kepada wahyu Allah; sama ada menerusi al-Quran dan Sunnah. Ia bukan bergantung kepada pemikiran manusia semata-mata seperti sistem sekular. Oleh itu, terdapat beberapa prinsip hak asasi di dalam Islam yang tidak dapat diubah sewenang-wenangnya.

Seperti juga yang sudah dimaklumi pembaca, Islam adalah agama yang meliputi perkara berkaitan keimanan dan juga sistem kehidupan. Kedua ini berkait rapat dan keduanya juga disandarkan kepada ajaran yang terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah. Oleh itu, ramai cendikiawan Islam telah menyatakan bahawa mengamalkan hak asasi adalah juga mengamalkan Islam. Selain daripada itu, hak asasi juga bergantung kepada falsafah keimanan di dalam Islam.

Disebabkan hak asasi adalah sebahagian daripada ajaran Islam, mengamalkannya juga adalah satu ibadah. Oleh itu objektif hak asasi di dalam ajaran Islam secara umumnya ialah untuk mencapai reda Allah SWT.

Saya tidak menafikan bahawa kebanyakan hak adalah bersifat universal atau sejagat. Pada dasarnya Islam juga mengiktiraf hak asasi yang sama. Tetapi saya perlu tegaskan juga bahawa skop dan sekatan terhadap hak itu tidak bersifat universal.

Sebagai contoh, Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 meletakkan Hak Kebebasan Beragama di dalam Perkara 18. Perlu saya tekankan bahawa Islam juga mengiktiraf hak kebebasan beragama. Tetapi, skop dan sekatan terhadap hak kebebasan beragama sebagaimana kehendak dokumen 1948 itu tidak sama dengan skop dan sekatan yang disandarkan kepada falsafah, sumber dan objektif Syariah.

Islam meletakkan skop dan sekatan yang berbeza daripada sistem sekular. Bagi menentukan skop dan sekatan terhadap hak ini, Islam berdasarkan kepada prinsip agama itu sendiri. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita semua untuk memahami secara keseluruhan falsafah, sumber dan objektif hak asasi menurut perspektif Islam dan juga hukum di dalam ajaran Islam.

Kita tidak harus dipengaruhi oleh permasalahan atau metodologi pihak sekular. Ini kerana ajaran agama Islam mengikat umat Islam daripada menerima sebarang falsafah atau amalan yang bertentangan dengan hukum Islam.

Oleh itu, perjuangan hak asasi tajaan sistem sekular dan hukum Islam dalam banyak keadaan tidak sekata dan tidak dapat bersama.

Sebagai penutup, suka saya sebutkan bahawa, semangat hak asasi di negara ini harus menghormati hukum agama Islam dan hukum Islam tidak sesekali, atas apa dasar sekalipun, harus dikendurkan untuk memuaskan hati pendukung hak asasi tajaan sekular.

Oleh : Shamrahayu A Aziz
Penulis ialah Penolong Profesor di Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM

Jangan Takut Bercinta Lagi

BAGI yang pernah bercinta, pasti biasa melalui saat suka dan duka. Maklumlah dunia orang bercinta penuh dengan pancaroba.

Kecewa akibat bercinta memang sangat perit untuk dilalui dan sukar untuk di atasi.

Cara terbaik untuk pulih daripada perasaan kecewa dan kembali ceria mungkin dengan meyakinkan diri untuk bercinta lagi dan melupakan buat selama-lamanya si dia yang mengecewakan anda.

Sebagai seorang yang matang, terimalah hakikat bahawa setiap manusia mempunyai naluri untuk berkongsi perasaan sayang.

Namun kita juga harus sedar bahawa setiap perhubungan itu tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan dan mencapai bahagia.

Ada perhubungan yang hanya bertahan separuh jalan. Itulah yang dinamakan takdir.
Memang mengecewakan, namun ia bukan bermaksud anda perlu menutup semua peluang baru yang akan datang.

Tindakan sedemikian sebenarnya hanya merosakkan diri sendiri dan boleh menjadikan diri mengalami kemurungan.

Buka minda dan terima perhubungan baru sebagai sesuatu pengalaman berbeza dalam kehidupan anda. Berusahalah mencari kebahagiaan yang anda impikan.

Namun ada juga yang menyalahkan diri sendiri kerana mengalami kekecewaan dalam perhubungan.

Sekali gus menolak untuk bercinta lagi kerana takut dikecewakan untuk kali kedua.

Seharusnya keadaan itu tidak perlu dijadikan isu kerana bukan semua pasangan akan membuat anda kecewa. Ramai lagi insan boleh memberikan anda kebahagiaan.

Sebenarnya, ramai lagi orang lain yang ikhlas untuk terus bercinta dengan anda. Tetapi janganlah menjadi seseorang yang pentingkan diri sendiri dan menolak cinta lain.

Cubalah memberikan ruang dan peluang kepada orang baru supaya anda terus dicintai dan mencapai kebahagiaan yang ingin anda kecapi.

Dalam situasi ini, jangan sesekali mengenang kisah lama dengan si dia yang pernah mencintai anda, tetapi berikan tumpuan sepenuhnya kepada si dia yang baru hadir dalam dunia anda.

Berusaha sebaiknya untuk membuatkan diri anda terlalu istimewa kepadanya.

Hakikatnya, kecewa itu sebenarnya sesuatu yang perit dan sukar untuk diterima lebih-lebih lagi orang yang kita pernah sayangi itu kini sedang berbahagia dengan cinta barunya.

Tetapi, jangan kecewa dengan situasi sedemikian dan cubalah melupakan si dia dengan membuka peluang baru kepada orang lain untuk terus bercinta diri anda.

Perkara penting yang anda fikirkan adalah semua insan di dunia ini mampu untuk memiliki kehidupan yang bahagia.
                          
utusan malaysia

Monday, April 18, 2011

10 Sikap Lelaki Idaman Para WANITA ......

Hai Ladies .. Ingin lelaki idaman? Yang seperti dibawah ini ya..harap-harap semua perempuan sama je ye..hhahahaa..
1.Komunikasi : menurut hasil yang boleh di percayai, wanita memerlukan lebih banyak masa untuk bercakap dan di ajak berbicara berbanding dengan lelaki. Wanita menyukai lelaki yang suka berkomunikasi dan selalu ada bahan perbualan yang menarik. Lelaki yang humoris tentu saja akan dapat nilai bonus or plus++ di mata wanita.


2.Perhatian : wanita menyukai lelaki yang penuh dengan sifat perhatian. Perhatian yang tulus boleh membuat wanita merasa dihargai dan disayangi.Apa lagi kalau perhatian itu disampaikan pada saat yang tepat, perhatian yang biasa-biasa saja pun boleh meninggalkan kesan yang tak terlupakan..

3.Pengertian : lelaki yang pengertian tidak suka memberi ceramah panjang lebar, memasang wajah muram atau marah besar untuk mengubah kebiasaan buruk kekasihnya..Lelaki haruslah memberi pandangan yang sewajarnya jika ingin merubah sikap kekasihnya.
4.Tegas : wanita memerlukan seorang pendamping yang boleh bersikap tegas dan boleh mengambil keputusan.. Lelaki yang tidak tegas, ragu-ragu dan susah mengambil keputusan biasanya susah atau kurang dihargai..

5.Tabah (tegar) : wanita mengagumi lelaki yang bersikap tegar dan berjiwa besar. Ketabahan tidak kelihatan ketika segala berjalan lancar, justru ia diuji ketika ada masalah, ketika hubungan terancam putus, dsb. Lelaki yang mudah menyerah, putus asa adalah tidak menarik bagi seorang wanita..

6.Menghormati Wanita : wanita akan hormat kepada lelaki yang menghormatinya. Bila wanita rasa di hormati? Ketika dia dibukakan pintu dan dipersilakan masuk dulu, ketika lelaki mengambil alih barangan yang berat yang sedang dia bawa, ketika dia tidak dibiarkan menunggu lama, ketika dia dipuji didepan orang lain..dsb..

7.Melindungi Wanita : Meskipun suka dilindungi, namun wanita tidak menyukai perlindungan yang over dan kaku. Wanita tidak merasa dilindungi bila kemana-mana selalu dikawal, diawasi atau dimonitor meskipun dengan dalih demi keselamatanmu.Wanita menghargai perlindungan yang lembut. Misalnya, berjalan atau menyeberang pada posisi aman, ditemani ketika dia merasa ketakutan, dihantar ke doktor ketika dia sakit, didampingi ketika dia naik jet coster, dsb

8.Menghargai Wanita : Wanita ingin dihargai dan diperlakukan oleh kekasihnya. Dia tidak suka mendampingi lelaki yang berkesan tidak terlalu menghargainya. bila dia merasa dihargai? Ketika dari luar kota Anda meneleponnya dan bilang Aku merindukanmu, ketika Anda meminta pendapatnya, ketika Anda tidak menyembunyikan seseuatu dengan alasan itu urusan lelaki.. dsb..

9.Simpatik : Lelaki yang simpatik tidak hanya bersikap baik kepada kekasihnya, tapi juga kepada keluarga kekasihnya, kepada teman-temannya dan kepada orang lain. Dengan demikian dia membuktikan bahawa kebaikannya bukan sandiwara atau lakonan, tapi benar-benar kebiasaan dan sifatnya.

10.Romantis
Lelaki yang romantis biasanya bersikap manis, memperlakukan kekasihnya dengan lembut, memanggilnya dengan sebutan yang romantis, memberi bunga pada hari-hari spesial, dsb. Meski tidak setampan Tom Cruise, Brad Pitt dan selembut Richard Gere, setiap lelaki perlu belajar untuk bersikap romantis. Mengapa? Karena lelaki yang romantis adalah lelaki idaman wanita..
                          
Anonymous

Sunday, April 17, 2011

Wanita Yang Dicintai Iblis

Wanita Yang Derhaka Kepada Allah

Wanita atau isteri yang tidak mengenali rasa cinta sedikitpun kepada Allah, dalam erti jauh daripada beribadat kepada Allah, tidak pernah sujud dan rukuk, jarang berbuat amal soleh, merupakan sebab-sebab mereka derhaka kepada Allah. Dengan jauhnya mereka daripada mengenali Allah, maka kehidupan mereka semakin dekat dengan maksiat, seterusnya dikawal sepenuhnya oleh iblis laknatullah.Inilah gambaran wanita atau isteri yang akhirnya dicintai Iblis, kerana telah mematuhi sepenuhnya arahan iblis agar berbuat kerosakan di muka bumi. Tidak hairan apabila gambaran rumah tangga suami isteri yang telah dicintai iblis merupakan gambaran rumah tangga yang penuh kehancuran, porak-peranda, bagaikan di dalam neraka.

1. Tidak Mengenal Allah
Untuk mengenal Allah, kita perlukan ilmu. Untuk mendapat ilmu, perlu belajar. Jika tidak mahu berusaha belajar tentang ilmu mengenal Allah, tidak mungkin seseorang itu dapat mencintai-Nya dengan sepenuh hati. Ia kerana bermula dari kenal itu baru datangnya cinta. Apabila kita sudah tidak mengenali Allah, bererti mudahlah bagi iblis untuk menghancurkan kita, seterusnya mengawal kehidupan kita. Sehingga kita melakukan sebarang perbuatan semata-mata kerana kehendak iblis dan mengharapkan habuan dari iblis.

2. Cinta dunia, takut mati
Cinta kepada nikmat kehidupan di dunia membawa kepada takut menghadapi mati. Tidak sanggup berpisah dengan nikmat yang dikecapi dan takut berhadapan dengan Allah lantaran sering mengabaikan aturan-Nya dalam kesibukan mengejar nikmat dunia. Cinta dunia dan takut mati ini, dengan sendirinya membuat seseorang itu sukar untuk mencintai Allah, malah merasa tidak perlu mencintai-Nya. Dia merasa boleh hidup tanpa Allah dan tanpa cinta-Nya. Suami sudah merasa ‘bahagia’ dapat memberi segala yang dimahukan oleh isteri. Isteri sudah merasa ‘bahagia’ mendapat apa yang dimahukan dari suami. Tidak salah mencari nimat dunia tetapi nikmat itu seharusnya mengingatkan kita kepada Pencipta nikmat dan nikmat itu seharusnya digunakan untuk memperolehi cinta-Nya.

3. Hati yang Kotor
Hati yang kotor adalah hati yang penuh dengan ‘najis’ sifat-sifat keji seperti pemarah, pendendam, hasad dengki, penakut dan tamak, akan disibukkan dengan urusan melayan bisikan-bisikan jahat dari nafsu dan syaitan. Hati begini tidak menyediakan ruang untuk diletakkan rasa cinta kepada Allah. Hati perlu dibersihkan dan dihiasi sifat-sifat terpuji seperti sabar, redha, merendah diri, berani, pemaaf dan mencukupi dengan paa yang ada. Hanya hati yang bersih dapat menjadi wadah untuk menampung cinta yang suci dan agung.

Tetapi bila hati kotor dan penuh hasad dengki, pendedndam, tamak dan disibukkan melayan bisikan jahat, itulah ertinya hati telah dikawal sepenuhnya oleh iblis.

4. Melakukan Dosa
Jika seseorang itu tidak bertaubat dari dosa-dosa, atau terlalu banyak berbuat dosa hingga tidak lagi rasa berdosa, hatinya akan terdinding dari petunjuk Allah dan terhalang dari mencintai-Nya serta mendapat cinta-Nya. Sentiasa bertaubat dari dosa-dosa adalah antara syart untuk membina dan menyuburkan rasa cinta kepada Allah.

5. Tidak Mahu Berdoa
Berdoa adalah gambaran rasa lemah, hina dan jahil seorang hamba di depan Allah. Melalui doa, seorang hamba merendahkan diri memohon segala yang dihajati dan menjadi penyebab Allah sempurnakan hajat si hamba. Hamba yang memohon petunjuk akan diberi petunjuk. Hamba yang memohon kekuatan akan diberi kekuatan. Begitulah juga hamba yang memohon untuk mencinta-Nya, akan dipermudahkan menempuh jalan-jalan ke arah itu.

MalaysiaRia

Saturday, April 16, 2011

Berita Baik Bagi Sahabat2 Kita Yang Berhutang...

3 jenis hutang yang akan dibayar oleh Allah SWT pada hari kiamat nanti.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Orang Muslim yang mati dan meninggalkan hutang akan dikenakan hukum qisas pada hari kiamat kelak, kecuali pada tiga perkara iaitu:

Pertama, orang tidak mempunyai kekuatan kerana hendak memperjuangkan agama Allah kemudian dia berhutang untuk menghimpunkan kekuatan bagi menghadapi musuh Allah dan musuhnya sendiri.

Kedua, orang yang mengunjungi jenazah seorang Muslim dan dia mendapati mereka tidak mempunyai wang untuk menguruskan jenazah itu kecuali dengan berhutang dan

Ketiga, lelaki yang sudah lama membujang yang ditakuti dirinya tidak terpelihara daripada perbuatan maksiat, maka dia berhutang untuk berkahwin demi memelihara agama.”
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Menurut hadis di atas, Allah SWT akan membayar (menunaikan) hutang mereka pada hari kiamat kelak. Wallahualam

Garapan Anak Seberang

Friday, April 15, 2011

Bertaubatlah Golongan Perasuah

SERINGKALI terjadi perbuatan rasuah atau tumbuk rusuk di kalangan masyarakat kita yang melibatkan kakitangan kerajaan dan swasta. Seolah-olah perbuatan rasuah menjadi budaya dan permainan oleh mereka yang terlibat.

Jika perbuatan ini tidak dibedung segera oleh pihak-pihak berwajib, besar kemungkinan ia menjadi penyakit yang merbahaya bagi bangsa dan negara. Apa lagi negara kita Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang berdaulat dan masyhur di kalangan antarabangsa.

Adapun dosa yang dilakukan oleh perasuah atau koruptor termasuk ke dalam kategori dosa besar kerana berkaitan dengan Tuhan dan juga manusia. Justeru itu taubat yang mereka lakukan hendaklah serius dan bersungguh-sungguh (nasuha), jangan taubat daun keladi, taubat nak buat lagi.

Jika demikian, taubat mereka akan ditolak. Kes ini kerana perbuatan korupsi atau rasuah yang mereka perbuat melibatkan kebesaran Tuhan dan nasib manusia serta negara.

Kaitan dengan Tuhan, kerana mereka mempermainkan nama kebesaran-Nya dengan berikrar janji dan sumpah setia ketika melaksanakan solat, di mana hidup dan mati mereka adalah untuk Allah.

Sedangkan yang dimaksud dengan sumpah palsu ialah menggunakan nama Allah untuk tidak mengambil yang bukan hak milik mereka. Inilah perasuah yang dikatakan sebagai musuh Tuhan, musuh negara, dan musuh manusia.

Adapun kaitannya dengan manusia, kerana justeru mereka merampas hak-hak orang lain dengan mengambil yang bukan hak mereka secara sebenarnya.

Firman Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu memakan harta benda di antara kamu dengan cara yang batal (salah), dan kamu ajukan perkara itu kepada penguasa (pemerintah) dengan maksud supaya kamu makan sebahagian harta orang lain dengan dosa, pada hal kamu mengetahui. (al-Baqarah: 188).

Di antara memakan harta dengan cara yang tidak halal itu ialah rasuah. Dalam konteks ini Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukum."(riwayat Ahmad, Termizi, Ibnu Hiban).

Melihat kes ini, maka taubat para pelaku rasuah perlu dilakukan secara serius melebihi taubat orang-orang yang melakukan dosa biasa. Hal ini perlu dilakukan, kerana mereka dianggap sebagai orang-orang yang tidak pernah mengerjakan ibadat.

Kosongnya ibadat yang dilakukan oleh para perasuah kerana diri mereka masih berlumuran dengan dosa dan sebagai penghisap darah ummah.

Mekanisme taubat para perasuah yang berkaitan dengan Tuhan, pastilah dengan penyesalan yang sungguh-sungguh dan tulus. Hal ini kerana para perasuah pernah mempermainkan nama kebesaran dan keagungan Tuhan.

Maka mereka mesti mengembalikan reputasi kebesaran Tuhan dengan melakukan ibadat-ibadat secara berterusan dan melakukan dengan cara yang bersih zahir dan batin.

Dalam konteks kebersihan ini, Rasulullah SAW memberikan isyarat dalam hadis yang digambarkan tentang seseorang yang sibuk mengerjakan ibadat sehingga rambutnya tidak sempat disisir.

Orang itu setiap saat menadahkan tangannya ke langit memohon kepada Tuhan hal-hal yang diinginkannya. Tetapi setelah diperiksa ternyata makanan, minuman, dan pakaiannya didapati dari sesuatu yang haram. Bagaimana mungkin Tuhan menerima ibadat orang-orang yang berwatak seperti itu.

Ada pun, taubat para perasuah yang berkaitan dengan manusia, hendaklah mengembalikan harta-harta mereka yang telah dirasuah. Jika hal ini diteruskan rasuah, bererti dosa perasuah mesti dipertanggungjawabkan kepada semua orang yang terlibat dan juga termasuk harta negara jika kes itu termasuk di dalamnya.

Selama harta yang yang dirasuah itu tidak dikembalikan kepada pihak berkenaan, maka selama itu pula taubat para perasuah akan ditolak.

Oleh : Ibrahim Abdullah

Complimentary live classifieds website. Over 200,000 searchable classifieds with high quality images
Elite Weight Loss Package


buy and sell > other




Elite Weight Loss Package program that will teach you to В· lose fat permanently; В· right way to lose body fat without slowing your metabolism; В· and lose fat without the need for diet pills.

Elite Weight Loss Package

Bersyukur Atas Nikmat Dan Ujian

Allah SWT : Maka, nikmat Tuhan-Mu yang manakah yang engkau dustakan? (ar-Rahman: 13)
AYAT itu diulang sebanyak 31 kali dalam surah Ar-Rahmaan. Kerap membuat siapapun tertegun membacanya. Betapa kita, sebagai makhluk-Nya, terkadang terlalu sombong untuk sekadar mengucapkan ‘terima kasih’ kepada Yang Maha Pencipta, Allah SWT.

Sudah banyak sekali nikmat yang sudah Dia berikan. Namun, kita malah tidak bersyukur kepada-Nya.

Bukankah Allah SWT telah berfirman: Dan, Dia telah memberikanmu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu hajati. Dan, jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya, manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Ibrahim: 34)

Sudah banyak sekali nikmat yang Dia berikan. Antaranya adalah nikmat manisnya iman, nikmat menghirup udara segar dan sebagainya.

Allah telah memberi gambaran yang menggembirakan bagi hamba-hamba-Nya yang bersyukur, dan ancaman untuk hamba-hamba-Nya yang kufur, seperti yang termaktub dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberitahu; Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu. Dan, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. (Ibrahim: 7)

Maka, syukurilah nikmat yang datang pada kita. Jangan kita terlena hingga kita lupa dan mendakwa kejayaan itu adalah hasil jerih payah kita sendiri, tanpa menganggap Allah sebagai Maha Pemberi.

Bila hal yang di atas berhubungan dengan pemberian yang sesuai dengan kehendak kita, bagaimana pula dengan pemberian yang tidak sesuai dengan keinginan kita?

Terkadang kita, sebagai manusia, mengeluh atau tidak mensyukuri pemberian Allah SWT yang tidak sesuai pada kita. Padahal, kita tidak tahu kalau itu sebenarnya baik untuk kita.

Kita hanya terus menyalahkan keputusan-Nya. Jarang kita melihat sisi positif dari pemberian itu. Padahal, Allah selalu memberikan yang terbaik untuk kita.

Oleh demikian, ketika ditimpa suatu musibah, janganlah cepat-cepat mengeluh. Lihatlah sisi positifnya.

Berfikirlah bahawa Allah sayang kepada kita, kerana Allah ingin segera menghapus dosa kita lewat ujian itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidaklah seorang muslim ditimpa musibah berupa rasa lelahnya badan, rasa lapar yang terus menerus atau sakit, rasa sedih/benci yang berkaitan dengan masa sekarang, rasa sedih/benci yang berkaitan dengan masa lalu, gangguan orang lain pada dirinya, sesuatu yang membuat hati menjadi sesak sampai-sampai duri yang menusuknya melainkan akan Allah hapuskan dengan sebab hal tersebut kesalahan-kesalahannya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitu juga ketika keputusan Allah tidak sesuai harapan kita. Mungkin itu adalah untuk kebaikan jangka panjang kita. Ingatlah, Allah memberikan apa yang kita perlukan, bukan yang kita harapkan.

Sebabnya, kita tidak tahu hikmah di sebalik kurniaan atau ujian Allah kepada kita. Ia sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud: Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah: 216)

Perpisahan dengan mereka yang kita cintai, penyakit yang menimpa kita adalah beberapa ujian yang perlu kita ambil sisi positifnya. Jangan kita terus mengeluh dan mengeluh.

Sesekali, beranikan diri kita untuk mengambil sisi positif daripadanya. Sebabnya, di sebalik semua kejadian, pasti ada hikmahnya.Wallahu a’lam.

Tazkirah

Thursday, April 14, 2011

Hindari Sifat Marah

SEMEMANGNYA hidup ini banyak cabaran, banyak dugaan dan penuh dengan liku-liku dan ranjau yang harus dilalui dan dihadapi dengan penuh kesabaran dan ketenangan.

Cabaran dan dugaan itu bermacam-macam bentuk, ada berbentuk kesusahan, kesengsaraan dan ada pula berbentuk kesenangan dan kegembiraan.

Jika kesenangan yang diperolehi, gembiralah hati kita dan jika kesusahan yang menimpa, maka akan kecewalah dan marahlah kita.

Sifat marah adalah suatu sifat yang tetap ada pada diri seseorang, tinggal lagi hendaklah kena pada tempatnya, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu.

Bagi orang Islam yang beriman, sifat sabar adalah menjadi perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa reda dengan takdir Allah SWT bahkan insaf terhadap-Nya.

Ini kerana mereka sedar sifat marah itu amat dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sehingga Rasulullah SAW banyak berpesan supaya jangan bersifat marah.

Ia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda : Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda : Jangan marah. (riwayat Bukhari).

Memanglah benar bahawa perkara-perkara yang menyebabkan timbulnya kemarahan itu amat banyak khususnya cabaran-cabaran masa kini yang ditambah pula dengan kerenah-kerenah manusia itu sendiri.

Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.

Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri.

Oleh itu agama Islam telah mengajar kita bahawa jika kita marah, maka lekas-lekaslah kita mengambil wuduk supaya kita merasa tenang dan tenteram. Di samping itu, kita hendaklah bersifat sabar dan mudah memberi maaf kepada orang yang melakukan kesalahan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka, mereka memaafkannya. (asy-Syuura: 37)

Rasulullah SAW bersabda: "Dari 'Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud)."

Menjauhkan diri dari bersifat marah itu mempunyai banyak hikmah antaranya boleh mengelakkan berlakunya sifat dengki, dendam, benci, buruk sangka, memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dan bermacam-macam lagi sifat yang tidak baik.

Kedua, supaya kita akan dapat mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW seperti bersopan santun dan bersedia memaafkan orang yang bersalah. Sikap sedemikian boleh menimbulkan perasaan kasih sayang dan kemesraan.

Oleh itu, kita harus memahami bahawa orang yang dapat mengawal dirinya dari bersifat marah akan mendapat balasan syurga.

Ini dijelaskan seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Abi Ad-darda dia berkata, wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga (riwayat At-Tabrani)."

Islam mahukan umatnya bersatu padu, hidup bersaudara, berkasih sayang, mengelakkan perpecahan dan permusuhan yang boleh membawa kepada kehancuran umat Islam.

Maka bagi mengelakkan semua itu, Islam menganjurkan kita supaya jangan bersifat marah. Mudah-mudahan dengan demikian umat Islam akan bersatu padu dan menjadi umat yang kuat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amalan-amalan yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (ali-'Imran: 133-134)

Susunan : Zulkiflee Bakar

Wednesday, April 13, 2011

KDN Perlu Berani Bertegas

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) tentulah mempunyai simpanan keratan sebuah akhbar Inggeris dengan berita utama muka satu ‘Beng Hock Mati Dibunuh’ tanpa tanda soalan atau pun quote yang menunjukkan bahawa berita itu belum sah.

Berita ini berasaskan semata-mata kepada kenyataan seorang ahli patologi Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand, yang berambut warna- warni ketika siasatan kes itu di mahkamah tidak lama dahulu.

Tajuk berita seumpama itu daripada segi profesionalisme kewartawanan memberikan implikasi bahawa Teoh Beng Hock sah dibunuh, menyebabkan orang ramai segera membuat kesimpulan negatif terhadap Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam masa yang sama media berbahasa Cina menyiarkan berbagai-bagai reaksi berupa berita dan rencana daripada masyarakat Cina yang bersifat sentimen melulu, tuduhan dan tindakan yang dijuarai oleh DAP.

Keluarga Teoh Beng Hock pula membawa gambar mendiang ke mahkamah dan ke tempat-tempat awam untuk mendapatkan sokongan dan simpati.

Gambaran yang diberikan daripada semua tindakan ini ialah Beng Hock dibunuh dan bukannya membunuh diri, dan SPRM sebagai pembunuhnya.

Apabila kerajaan bersetuju menubuhkan suruhanjaya diraja, maka desakan yang timbul adalah untuk menampakkan seolah-olah mahukan siasatan menjurus ke arah hanya untuk menyalahkan SPRM semata-mata.

Bagaimanapun dalam siasatan suruhanjaya diraja itu, terdedah bahawa Dr. Pornthip yang membuat kenyataan bahawa Beng Hock dibunuh mempunyai rekod siasatan jenayah di Thailand dan merupakan seorang yang kredibilitinya dipertikai.

Beliau pandai mencari publisiti dengan meminta jaminan keselamatan bagi dirinya bila datang ke Malaysia, seolah-olah kawalan keselamatan di negara ini begitu longgar.

Apabila berlaku satu lagi kejadian seorang pegawai kastam terbunuh kerana jatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM yang menyamai cara kematian Beng Hock, ini telah memberi peluang kepada pihak media berbahasa Cina dan Inggeris untuk memantapkan lagi anggapan negatif masyarakat Cina terhadap SPRM atas kematian Beng Hock.

Untuk memperkuatkan persepsi negatif itu, sebuah portal berbahasa Cina telah membuat laporan bahawa terdapat 1,839 individu mati sewaktu dalam siasatan atau tahanan SPRM dengan berasaskan kepada kenyataan anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.

Ini menunjukkan betapa media Cina berasa bahawa mereka cukup bebas sekarang untuk menimbulkan isu-isu yang mencabar kewibawaan pihak berkuasa kerana kerajaan selepas 2008 adalah kerajaan yang lemah.

Masyarakat sukar untuk mengenal permainan isu perkauman media Cina yang menimbulkan perasaan buruk sangka, benci dan marah terhadap agensi-agensi kerajaan kerana pemahaman bahasa Cina di negara ini terbatas. Sebaliknya mudah untuk membaca sikap yang kononnya menggambarkan rasis orang Melayu kerana akhbar bahasa Melayu boleh dibaca dan difahami semua kaum. Justeru permainan ini perlu untuk didedahkan dari semasa ke semasa.

Pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang keluar daripada parti itu telah mendedahkan bahawa strategi yang diatur oleh pembangkang untuk melemahkan jentera kerajaan ialah dengan menghilangkan keyakinan ramai terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Jabatan Kehakiman. Inilah kerja yang sedang dijalankan oleh beberapa media berbahasa Cina dengan gigihnya.

Media bahasa Cina tahu sebuah kerajaan yang lemah tidak akan berani mengambil tindakan tegas untuk menyekat sokongan mereka kepada parti-parti politik yang sesuai dengan cita rasa mereka, dan untuk mencapai matlamat politik yang terpendam selama ini.

Jika kerajaan khususnya KDN tidak berani untuk menunjukkan ketegasan demi kerana matlamat politik untuk mengembalikan sokongan yang hilang, maka ia adalah ibarat mengharapkan hujan di langit, air di tempayan dicurahkan. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Tan Malaka - Kuala Lumpur

Tuesday, April 12, 2011

Terima Dia Seadanya

IKATAN cinta yang dibina bertahun-tahun sebelum disimpul dengan ikatan perkahwinan bukan jaminan kepada keutuhan rumah tangga.

Malah banyak perkahwinan yang cuma bertahan beberapa bulan mahupun hari, biarpun pasangan sudah saling mengenali dan bercinta berbelas tahun.

Ada pula suami isteri hanya sekadar pada nama sedangkan makan tidak semeja, tidur tidak lagi sekatil.

Apabila ditanya, mereka akan menjawab, semua itu berlaku kerana sudah tidak ada persefahaman.

Benarlah kata orang alam percintaan dan perkahwinan sangat berbeza.

Pasangan suami isteri perlu menyedari pentingnya untuk mengenali dan memahami segala perkara mengenai pasangan masing-masing.

Bukanlah sesuatu yang susah untuk menjaga hati seorang lelaki atau sebaliknya dan memastikan si dia setia dengan anda.

Tidak banyak yang si dia inginkan dari anda. Cukuplah sekadar memahami apa yang mereka impikan dari seorang wanita mahupun lelaki.

Malangnya, tidak ramai para isteri atau suami berjaya memahami pasangan, gagal menawan hati si dia dan sebagainya.

Ini kerana anda tidak pernah mengetahui dan mengenali sikap dan perilakunya sebenar.

Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelemahan masing-masing, begitu juga dengan si dia.

Semasa di alam percintaan dan pertunangan mungkin tidak dapat mengesan kekurangan dan kelemahannya. Setelah berumah tangga baru keadaan ini terserlah.

Sudah tentu keadaan ini amat mengecewakan, lama-lama kekurangan keadaan itu akan menjadi api dalam sekam dalam kehidupan.

Inilah antara punca keretakan rumah tangga di mana rasa tidak puas hati akan mengganggu keharmonian suami isteri.
Bagi pasangan yang ingin terus kekal bahagia, mereka perlu berusaha untuk belajar mengubah sikap yang suka melihat kelemahan antara satu sama lain dan mengamalkan sikap menerima pasangan kita seadanya.

'Menerima' bermakna mengiktirafkannya seperti mana diri kita sendiri yang ada keistimewaan dan kelemahan, dengan pandangan terbuka di samping saling mengagumi nilai-nilai baik yang ada pada diri pasangan, segala konflik yang timbul akan dapat diatasi.

'Penerimaan' bermaksud sekadar menerima pasangan sebagai diri beliau seadanya. Kita menerima cara, harapan dan impiannya atau mungkin juga sebagai seorang yang tiada impian.

Kita juga perlulah menerima idea, minat dan juga kelemahan suami, termasuklah juga menerima kekurangan dalam personaliti atau apa-apa pegangan terhadap agama atau politik.

Dalam situasi ini, suami atau isteri perlu menerima hak pasangan untuk menjadi dirinya yang sebenar. Kita mungkin tidak setuju dengan ideanya, tetapi kita hormati hak si dia terhadap pandangannya itu.

Secara ringkas, penerimaan bermaksud menerima si dia sebagai manusia biasa yang memiliki nilai baik dan ada pula kelemahan. Isteri atau suami tidak berasa bimbang dengan kelemahan pasangan kerana dia hanya melihat kebaikan yang dimiliki.

Oleh  : Zuhayati Yazid

iNeedSell.com - no cost online classifieds. A site to Buy, Sell and Swap.

Tuesday, April 5, 2011

Isu Alkitab: Mufti Perak Cabar Putrajaya Batal Enakmen Halang Bukan Islam

KUALA LUMPUR, 4 April — Tan Sri Harussani Zakaria mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

Mufti Perak (gambar) itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.

Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan “Penerbitan Kristian” (“Christian Publication”) dan tanda salib pada kulit hadapan.

Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.

Idris berkata, “adalah harapan saya agar jalan penyelesaian yang berdasarkan 10 aspek yang telah dikemukakan diterima oleh kumpulan Kristian secara positif, adil dan munasabah.”

Sehubungan itu kata Harussani, mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.

“Apa yang saya tegaskan pasal kalimah Allah... kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain, di Sabah dan Sarawak tidak ada enakmen ini tapi di Semenanjung ada.

“Dalam enakmen agama Islam sudah kata haram di peringkat kebangsaan, atas dasar apa kita perlu benarkan? Adakah enakmen ini terbatal? Adakah undang-undang yang kita buat ini secara automatik terbatal?

“Kalau kerajaan buat macam ini, batalkan sahaja enakmen agama Islam yang ada ini... saya rasa kecewa apabila kerajaan buat macam ini, undang-undang sudah kata tidak boleh kenapa kerajaan benarkan? Kalau mahu juga batalkan sahaja undang-undang yang sedia ada sekarang,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, selain kalimah Allah, istilah lain yang tidak boleh digunakan bagi agama lain termasuk firman Allah, ulama, hadis, ibadah, Kaabah, dan kadi.

Selain itu turut dilarang ialah ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haji, mufti, rasul, iman, dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, imam, nabi dan syeikh.

Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang Syariah yang menghalang penggunaan kalimah Allah sama ada secara lisan ataupun bertulis bagi agama lain.

Harussani antara mufti yang lantang dalam pendiriannya berkata, tindakan Putrajaya masih membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil dalam Bahasa Malaysia itu disifatkan beliau sebagai “menghina al-Quran”.

“Bila kerajaan sudah buat macam ini, benarkan agama lain gunakan kalimah Allah, itu sudah menghina al-Quran.

“Sebab itu saya berkeras ia tidak boleh digunakan. Apa yang saya tentang adalah pasal kalimah Allah bukan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia,” katanya.

Beliau juga menegaskan buku kitab suci agama lain termasuk Kristian boleh diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia dengan syarat tidak menggunakan istilah-istilah yang ekslusif itu.

“Mengenai kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, penganut Kristian boleh guna... tiada masalah jika mereka mahu menghormati Bahasa Malaysia.

“Itu adalah bahasa kebangsaan, semua rakyat Malaysia boleh guna, jadi kena pegang betul-betul Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sebelum ini Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid juga menegaskan naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang tidak boleh dibenar untuk dilepaskan kerana ia bertentangan dengan enakmen agama Islam negeri itu.

Jelas beliau, enakmen agama Islam Selangor menyebut mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.

The Malaysian Insider.

Mahalnya Mengurus Nafsu...

TUN Dr. Mahathir Mohamad dalam memoir A Doctor In The House sekali lagi mengakui betapa sukarnya untuk beliau mempercayai orang yang bakal menggantikannya telah dikaitkan dengan perlakuan tidak bermoral.
Tambah tidak mudah apabila orang itu berpenampilan Islamik, petah menyampaikan tazkirah dan khutbah.

Dr. Mahathir mengakui mengambil masa yang lama untuk meyakinkan dirinya. Beliau membuat siasatan sendiri. Selain mangsa liwat, yang turut ‘disoal siasatnya’ adalah empat orang wanita yang diperkenalkan oleh lelaki bernama Nalla kepada timbalannya itu.

Selepas tindakan dibuat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya berarak ke seluruh negara, bahkan dunia. Karismanya membuatkan ada yang percaya beliau adalah mangsa konspirasi kerajaan. Anwar mahu memperlihatkan seolah-olah tiada keluhuran undang-undang di negara ini.

Apa yang mahu disimpulkannya, tanpa beliau demokrasi Malaysia tidak akan hidup subur. Tanpa beliau, Malaysia tidak akan mampu melakukan perubahan. Topik ini memang disukai oleh media Barat, yang sentiasa skeptikal dengan gaya kepimpinan Dr. Mahathir.

Ini cerita lama – kisah 14 tahun lalu. Tetapi kesannya bermula tahun itu pada 1997 – semasa Dr. Mahathir berhasrat melepaskan jawatannya, politik Malaysia telah beranjak menjadi lebih terfokus kepada budaya adu bomba, fitnah memfitnah dan keji mengeji.

Kita pun tidak tahu bila ini akan berakhir. Sepertinya ada persoalan serius yang menimpa politik Malaysia. Sepertinya politik Malaysia hanya mengurus dan menjurus kepada satu orang ini.

Selepas dakwaan liwat pada 1999, Anwar terus terpalit dengan persoalan yang sama.

Tahun 2008 lalu, beliau sekali lagi didakwa meliwat. Kali ini terhadap pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Kesnya ini akan sampai ke penghujung jua apabila 24 Mac lalu pendakwa raya dan pasukan peguam bela menyatakan kesediaan untuk ke peringkat bela diri.

Seperti kes liwat pertamanya, pendakwaan kali ini juga bukan mudah. Terlalu banyak hiruk-pikuk di luar mahkamah. Demonstrasi, ceramah, solat hajat dan campur tangan asing mewarnai perbicaraan. Terlalu banyak tenaga dan waktu dihabiskan untuk mengurus seorang ini.

Dan tiba-tiba tanpa angin dan entah dari mana, sahabat lamanya Datuk Sharzyl Eskay Abdullah dibantu oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim mendedahkan rakaman video seks membabitkan seorang pemimpin pembangkang. Hari yang sama juga, pada 21 Mac itu, Anwar menafikan beliau adalah lelaki dalam rakaman video tersebut.

Sekali lagi Anwar menggunakan alasan konspirasi kerajaan dengan tujuan untuk mengekang kemaraan pembangkang. Sentimen pilihan raya Sarawak dan pilihan raya umum yang dikatakan tidak lama lagi dijadikan hujah. Kononnya juga rakaman video seks itu satu senjata kerajaan selepas mendapati bukti kes liwatnya lemah.
Soalan lazim yang ditanyakan oleh ramai orang ialah jika ia satu konspirasi, mengapa hanya Anwar yang menjadi sasaran isu seks? Kenapa tidak pemimpin DAP, Pas ataupun PKR lainnya? Mungkinkah kerana Anwar mudah untuk masuk perangkap seperti didedahkan oleh WikiLeaks sebelum ini? Mungkinkah beliau sebenarnya menghadapi masalah?

Seperti kes D.P Vijandran dan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, isu sensasi ini akan berlarut panjang. Mungkin akan dipertontonkan di Parlimen dan mungkin juga akan ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Atau mungkin juga akan dihadapkan ke mahkamah.

Sampai bila, rakyat Malaysia akan terus terperangkap dalam isu-isu dan skandal seks ini?

Jawapannya ada di tangan parti pembangkang dan Anwar sendiri yang pengaruhnya pun dilihat semakin memudar.

Tentu sekali kita juga mengharapkan ada dalam kalangan kepimpinan pembangkang yang berkelas negarawan. Pemimpin berjiwa besar yang mahu menghentikan apa yang dianggap oleh bekas-bekas rakan Anwar sebagai ‘sandiwara dan lakonan’ ini.

Tidak adakah dalam kalangan mereka yang mahu berkata, cukuplah Anwar. Sudah sampai waktunya untuk beliau berundur, sekurang-kurangnya bagi jawatan Ketua Pembangkang.

Senarai kepincangan Anwar selaku seorang pemimpin terlalu panjang. Beliau dipalit dengan pelbagai masalah. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini terlalu banyak resah yang tercipta akibat kerenah beliau. Yang masih segar diingati ialah sandiwara pembentukan kerajaan 16 September.

Negara ini memerlukan pemimpin berkualiti negarawan sama ada di pihak kerajaan atau pun pembangkang. Atas pelbagai kepincangan dan pelbagai masalah peribadi yang menimpanya, Anwar seharusnya dengan rela hati melepaskan jawatan utamanya.

Lebih daripada itu, pemimpin yang berjiwa besar sepatutnya menunjukkan contoh mereka sentiasa bersungguh-sungguh menguruskan diri sendiri. Bukan membuka diri dan ruang dengan pelbagai masalah dan skandal. Malah tentu sekali bukan menjadi sebahagian daripada masalah itu.

Tetapi sayang, setakat ini belum ada tanda-tanda ada pemimpin pembangkang yang dilihat mampu melaksanakan tugas negarawan itu. Masing-masing haus kekuasaan. Masing-masing takut kehilangan kekuasaan. Yang dipimpin, takut menegur. Yang memimpin, tidak mahu ditegur.

Kalau ada orang berkata, negara ini mengalami inflasi pemimpin bersifat negarawan mungkin ada benarnya. Jika tidak, mungkinkah orang yang dihimpit dengan pelbagai isu peribadi terus diangkat menjadi pemimpin utama?

Oleh : Zulkefli Hamzah