Friday, July 27, 2018

Setelah Iktiraf UEC, Apa Lagi Selepas Ini?

APA isyarat yang Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mahu tunjukkan apabila memuat naik gambar bersama sekumpulan pemimpin pertubuhan ultra Cina, Dong Jiao Zong di pejabatnya pada 13 Julai lalu?

Apa mesej mahu disampaikan apabila Nie Ching yang juga pemimpin DAP itu memberitahu berasa tenang kerana ‘perjuangan’ beliau untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) mendapat sokongan bahkan yakin sijil itu akan diiktiraf?

Lebih penting apa yang mereka bincang dan putuskan ketika Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik masih lagi flip flop untuk memberi kata putus?

Kita semua tahu tentang wujudnya golongan ultra Cina yang mempengaruhi perkembangan sekolah Cina di negara ini sejak lebih 60 tahun lalu bahkan sebelum merdeka lagi mereka menghalang usaha menyatukan rakyat berbilang kaum melalui sistem pendidikan kebangsaan.

Dong Jiao Zong sentiasa mencurigakan dan tidak berpuas hati dengan dasar Kementerian Pendidikan. Hal itu disebutkan Sia Keng Yek dalam buku ilmiahnya bertajuk, SRJK (Cina) Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan: Dilema dan Kontroversi (2005) keluaran Penerbit Universiti Malaya.

Itu baru sekolah yang berstatus masih aliran kebangsaan. UEC dari sistem pendidikan persendirian Cina, tentu lebih ekstrem.

Dong Jiao Zong kerap menolak matlamat perpaduan dan integrasi nasional dengan mengetepikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar tunggal dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Bersikap ultra Cina mahukan kuasa autonomi pendidikan, mereka menggunakan pilihan raya sebagai satu bentuk tuntutan bahkan ugutan sama ada kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan blok pembangkang sebelum ini.

Desakan iktiraf UEC sudah tersenarai dalam Tuntutan 17 Perkara yang diumumkan pada 17 Ogos 1999, beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-10 pada 29 November tahun yang sama.

Menjelang PRU pada tahun 1999 juga, Dong Jiao Zong mengemukakan deklarasinya kepada semua parti politik yang bakal bertanding antaranya menuntut UEC diiktiraf sebagai kelulusan akademik untuk masuk universiti awam dan maktab perguruan.

Dalam deklarasi 12 tuntutan itu, Dong Jiao Zong bahkan mendesak kerajaan mengiktiraf ijazah yang dianugerahkan oleh Universiti Nanyang dan universiti di Taiwan dan China dengan alasan mengelak ‘penghijrahan cendekiawan’.

Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketika itu menganggap tuntutan yang dikemukakan 13 pertubuhan berdaftar Cina itu sebagai ekstremis dan boleh menjejaskan keharmonian pelbagai kaum.

Dalam hampir semua tuntutan oleh golongan ekstremis atau puak pelampau itu, MCA-Gerakan dalam BN serta DAP sepakat bersama walaupun parti roket tersebut di blok pembangkang ketika itu.

Jika tuntutan pengiktirafan UEC dilayan Menteri Pendidikan, cuba fikirkan apa lagi tuntutan perkauman lain ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) pun dipegang oleh pengerusi pertubuhan ultra India.

Bahkan, Buku Jingga yang menjadi manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya 2013 pun menyatakan akan mengiktiraf UEC walaupun hal itu tidak membantu usaha mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia sebaliknya membiakkan rasisme.

Walaupun kerajaan setiap kali umum bajet dan musim pilihan raya menyalurkan jutaan ringgit dana kepada pendidikan Cina tetapi mereka masih menganggap SRJK(C) serba kekurangan dan dikekang serba-serbi.

Padahal, Malaysia satu-satunya negara di dunia yang membenarkan sekolah aliran Cina beroperasi. Akhirnya, pendidikan Cina ‘kebangsaan’ bahkan pendidikan ultra Cina menerusi sekolah persendirian semakin berkembang pesat.

Pasca PRU-14 pula, puak oportunis lagi rasis meneruskan lagi tuntutan mereka supaya UEC diiktiraf oleh kerajaan Malaysia yang baharu. Padahal, pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Teo Kok Seong pun sudah mengingatkan murid Cina aliran kebangsaan akan terjejas jika UEC diiktiraf.

Oleh :  Arif Atan

Thursday, July 26, 2018

Manifesto Bukan Janji

Sebelum Memerintah
Aku ingat lagi masa setahun sebelum PRU14. Aku mula minat dengar ceramah khasnya dari Pakatan Harapan. Pantang dengar ada ceramah mesti aku datang. Dalam semua ceramah aku pergi, mesti ada 4 isu dari dulu lagi yang wajib deme sebut dan maki hamun Umno.

Bila deme maki hamun tu yang memang nampak betui-betui berat isu tu. Banyak lagi isu lain, tapi aku nak sebut 4 isu ini sebab 4 isu ini deme serang Umno gile babi punya sampai Umno tak dan nak tepis dan kalah teruk.

Isu 1, Minyak Mahal
Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, " hari ni kita bentuk kerajaan, esok kita turun harga minyak, kita ada kuasa, kita boleh buat. Sape cakap tak boleh buat? negara kita kaya, negara kita pengeluar minyak, kita yang jual minyak kat orang". Bersorak la penonton sekali dengan aku.

Isu 2, Tol
Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, “kalau kita perintah kerajaan kita akan hapuskan tol atau kita akan kurangkan harga tol lebih separuh. Negara kita antara negara yang tol paling banyak.” Bertepuk tangan penonton sekali dengan aku.

Isu 3, Getah Murah.

Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, "kalau kita perintah, kita akan naikkan harga getah dan tetapkan harga getah. Getah sekarang murah sangat, 1kg getah tak boleh nak beli 1kg gula.” Besorak pakcik makcik kampung ni sekali dengan aku.

Isu 4, GST
Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, “rakyat dizalimi oleh Umno sampai anak baru beranak pun dah kena cukai GST. Bukan itu saja malah orang mati pun kena GST, itulah namanya cukai haramjadah yang di buat oleh kerajaan Umno haramjadah.”

"Jangan susah hati tuan-tuan dan puan-puan, pangkah Pakatan hari ni menang, esok tak dak dah GST". Gegak gempita satu kampung.

Bila dah memerintah dan berkuasa baru lah terhegeh-hegeh nak kaji. Minyak mahal sebab itu ini la. Toll tetap kutip macam biasa juga dan tak bolih hapus kerana macam2 hal kena semak. GST 0% ganti SST 16% . Dan macam2 kena semak dan tak bolih terburu buru. Tun M kata janji menifesto PH bukan kitab jadi tak tunai tak berdosa.

Anonymous

Wednesday, July 25, 2018

Alangkah Lucunya Negara ku...

Mansuh SOSMA buka ruang jenayah ekstremis terancang
KUALA LUMPUR – Provokasi perkauman dan jenayah ekstremis terancang akan bermaharajalela sekiranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dimansuhkan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, SOSMA adalah satu akta yang adil dan mengikut undang-undang negara.­

“SOSMA hanya boleh menahan seseorang selama 28 hari sahaja sebelum dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan dan jika didapati tidak bersalah, tahanan boleh dilepaskan.

“Sebelum ini kita sudah mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kali ini SOSMA pula ingin dimansuhkan. Undang-undang lembut macam mana lagi yang kita mahu laksana­kan?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan memansuhkan SOSMA yang dilihat tidak telus bagi memberi keadilan kepada semua rakyat.

Jelas Dr. Mahathir, rakyat berhak untuk dilindungi oleh undang-undang yang adil dan bukannya bersifat zalim kepada rakyat seperti dilaksanakan kerajaan terdahulu.

Menurut Musa, mereka yang ditahan di bawah SOSMA me­lakukan jenayah yang besar se­perti penyeludupan manusia dan aktiviti keganasan jenayah terancang.

“Sekarang ini semakin ramai­ anggota kumpulan militan Daesh ditangkap dan itu adalah ancaman serta disiasat di bawah SOSMA. Sebab itu kena ada undang-undang yang tegas demi keamanan negara,” jelasnya.

Ujar beliau, perlu ada sebab khusus mengapa akta itu hendak dimansuhkan kerana tahanan diberi peluang untuk dibicarakan di mahkamah dan perkara itu adalah adil buat mereka.

Menurut beliau, negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat juga memiliki undang-undang jauh lebih keras seperti Akta Patriot yang membolehkan seseorang itu ditahan di mana-mana sahaja di seluruh dunia.-utusan malaysia


Mengapa tiada tindakan?
MUKADIMAH
Nama pertubuhan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) tidaklah sehebat organisasi Daesh, ISIS atau Islamic State (IS).

Boleh dikatakan, pergerakannya agak kabur di negara ini. Disebabkan itu, ada yang menganggap kewujudan LTTE di sini sebagai tidak penting. Namun hakikatnya organisasi itu telah membunuh puluhan ribu insan tidak berdosa di Sri Lanka, khususnya orang Islam. Justeru, pergerakan LTTE ini tidak boleh dipandang ringan.

Wartawan Utusan Malaysia, SHARILFUDDIN SAARImendapatkan penjelasan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, antara individu yang menentang kumpulan itu.

Utusan: Mengapakah Datuk bersungguh-sungguh membantah perjuangan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)?
LTTE sama seperti organisasi pengganas yang lain. Kita boleh membacanya dalam banyak laporan di peringkat antarabangsa tentang keganasannya. Sebab itu, kita merasa susah hati kerana kewujudan aktivis mereka di negara ini.

Ada yang mengaitkan bahawa isu LTTE ditimbulkan, tidak lain untuk membalas bantahan pihak tertentu terhadap pendakwah bebas Dr. Zakir Naik. Apa komen Datuk?

Ini bukan soal Zakir Naik. Ini soal keselamatan negara. LTTE te­lah membunuh umat Islam de­ngan kejam. Kebencian LTTE terhadap umat Islam dibuktikan dengan serangan bom di masjid-masjid.

Apa komen Datuk terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy dalam isu Dr. Zakir Naik.
Ramasamy pernah membantah kerajaan untuk mengekstradisi anggota LTTE ke Sri Lanka apabila ditahan di sini (pada 2014). Tetapi dalam soal Zakir Naik, beliau menyuruh pendakwah itu diekstradisi pula ke India. Ini menunjukkan sikap beliau yang memberi layanan berbeza. Malah saya dapat melihat sikap anti-Islam yang ada pada Ramasamy, mempunyai ciri-ciri yang serupa dalam perjuangan LTTE.

Ramasamy iaitu individu yang dikaitkan dengan LTTE, telah menafikan pembabitannya. Apa komen Datuk?
Walaupun Ramasamy cuba menafikan pembabitannya, te­tapi bukti-bukti yang ada jelas menunjukkan beliau adalah seorang aktivis LTTE. Ini termasuk gambar sembahan kepada senjata AK-47 (yang dikaitkan dengan ritual LTTE) dan ucapan-ucapan beliau dalam majlis-majlis LTTE yang dihadirinya. Ramasamy juga pernah membela anggota LTTE yang ditahan di negara ini selain menjemput anggota LTTE sebagai tetamu dalam majlisnya. Banyak lagi kenya­taan beliau yang tidak boleh dinafikan mempunyai hubung kait dengan LTTE dan perkara ini mestilah disiasat oleh pihak polis kerana berbahaya. Kita lihat ada individu yang hanya memiliki beberapa buah buku berkaitan ISIS telah dihukum (didakwa) kerana disabitkan dengan keganasan. Bagaimana pula individu seperti Ramasamy yang sehingga hari ini belum diambil tindakan (oleh pihak berkuasa) sedangkan pembabi­tannya (dengan LTTE) jauh le­bih jelas jika dibandingkan orang yang memiliki buku (Daesh).

Apa komen Datuk terhadap DAP yang sehingga hari ini masih membisu dalam isu ini?
Saya merasa dukacita dan hairan dalam hal ini kerana tiada pimpinan DAP yang bersuara. Saya tidak pasti adakah kerana mereka hendak menunggu siasatan polis atau bagaimana. Namun, sekurang-kurangnya saya berharap bahawa pemimpin DAP dapat meminta supaya polis menyiasatnya (pembabitan Ramasamy dengan LTTE). Saya juga meminta semua rakyat negara ini tanpa mengira agama, latar belakang dan parti politik supaya menggesa agar satu tindakan tegas dan siasatan mesti dilakukan terhadap Ramasamy. - utusan malaysia

Tuesday, July 24, 2018

Pentafsiran Mengikut Perlembagaan

KEBELAKANGAN ini, perkataan ‘Malaysia Baharu’ sering digunakan sebagai justifikasi untuk sebarang agenda yang ingin diketengah dan dilaksanakan di seluruh negara tanpa merujuk langsung kepada Perlembagaan sebagai asas tunjang pertimbangan.

Malah, dalam beberapa kes seperti penggunaan bahasa Mandarin dalam pengumuman rasmi dan usaha menjadikan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan perkhidmatan awam, seolah-olah mengetepikan sepenuhnya Perlembagaan negara seperti tidak relevan.

Semua pihak tidak kira apa jua anutan atau fahaman politik yang menamakan dan menganggap diri mereka sebagai warganegara Malaysia perlu memahami, menghormati dan melindungi Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kenegaraan.

Sekiranya asas kenegaraan ini dengan sewenang-wenangnya dirobek, apa lagi dipijak atas alasan ‘Malaysia Baharu’, maka masanya akan tiba seluruh sendi masyarakat yang dibina sekian lama akan longgar, runtuh dan akhirnya musnah.

Telah ada suara dan saranan supaya Mahkamah Perlembagaan diwujudkan untuk mendengar dan memutuskan kes-kes yang mempunyai implikasi Perlembagaan secara adil tanpa dipengaruhi oleh mana-mana fahaman politik.

Saranan ini perlu direalisasikan secepat mungkin untuk mengelakkan ‘Malaysia Baharu’ dijadikan alasan populis untuk memperjuangkan apa jua agenda yang secara asasnya menyalahi atau bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

Monday, July 23, 2018

Pertanyaan Kepada Penyokong LGBT

SAYA mahu membuat sedikit pertanyaan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta penyokong ‘perjuangan’ mereka di negara ini khususnya yang berada dalam kerajaan sekarang.

* Perlukah kita sediakan satu tandas khas LGBT? Tandas lelaki dan perempuan sepatutnya adalah ‘khas’ untuk yang ‘tulen’ jantinanya sejak lahir.

* Bolehkah lelaki atau wanita LGBT tidur sebantal, sebilik dengan lelaki atau wanita tulen? Dikhuatiri berlaku kes ‘rogol’ atau ‘ditangkap basah’ pula.

* Jika dibenarkan berkahwin, upacara agama apa akan digunakan? Memandangkan tidak ada agama yang mengiktiraf LGBT malah rata-ratanya mengharamkan hubungan songsang ini.

* Jika LGBT meninggal dunia, khususnya yang asalnya mempunyai anutan agama, adakah patut dikebumikan mengikut agama asal atau dibungkus dalam beg plastik dan ‘dilupuskan’ sahaja? Tidak sesuai rasanya diuruskan mengikut kepercayaan asal mereka mahupun ditanam di tanah perkuburan mana-mana agama.

* Jika mahukan anak, bagaimana LGBT mahu ‘membiak’ selain daripada teknik klon? Jika melalui permanian beradas, bukankah menggunakan sperma atau telur penderma itu satu ‘kecurangan’ terhadap pasangan LGBT anda? Apa guna berkahwin jika anak cuma ‘separuh’ warisan genetik ‘suami dan suami’ atau ‘isteri dan isteri’?

* Jika anak ‘separuh’ warisan genetik itu lahir kelak dan didapati tidak mengikut gaya hidup LGBT, adakah itu dikira mengkhianati perjuangan hidup ibu atau bapa mereka?

* Jika LGBT diiktiraf, bukankah golongan songsang lain juga perlu diiktiraf seperti yang suka hubungan seks dengan haiwan, hubungan dengan ahli keluarga (sumbang mahram), hubungan dengan kanak-kanak (pedofilia) atau mahu menukar ‘spesies’ daripada manusia menjadi kucing, anjing dan sebagai? Kononnya ‘hak asasi’ untuk hidup seperti mana seseorang suka, maka golongan songsang lain juga perlu diperjuangkan penyokong LGBT.

* Soalan paling utama, apakah perasaan ibu bapa pengamal LGBT? Adakah mengikut nafsu serakah songsang berbaloi dengan kesedihan dan tangisan ibu bapa anda?

Oleh : Abang Tulen

Saturday, July 21, 2018

Melihat Pemikiran Pakatan Harapan

Rais: Bukankah soal disiplin sekolah lebih mustahak?

KUALA LUMPUR - Keputusan Kementerian Pendidikan untuk membenarkan pelajar sekolah memakai kasut berwarna hitam mulai tahun depan mendapat teguran tokoh sosio budaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim dalam Twitter beliau hari ini.

Menerusi laman sosial itu, beliau berpendapat, selain daripada soal kasut berwarna hitam, bukankah Kementerian Pendidikan sewajarnya lebih menitikberatkan soal disiplin pelajar.

“Apa pentingnya murid seluruh negara tukar kasut warna hitam. Tak ada hal ehwal yang lebih pentingkah.

“Bukankah soal disiplin sekolah lebih mustahak? Bukan kasut hitam,” katanya, hari ini.

Semalam, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengumumkan semua pelajar sekolah tidak lagi perlu memakai kasut berwarna putih, sebaliknya ia ditukar kepada warna hitam.

Rais juga secara sinis berkata bahawa keputusan tersebut akan menggembirakan pemilik gudang kasut.

“Gudang kasut tentu gembira, tujuh juta murid, sudah tentu berdepan dengan ekonomi RM350 juta hingga RM400 juta,” katanya. - UTUSAN ONLINE


Adakah penting hitam atau putih tanya MCA kepada Maszlee
KUALA LUMPUR - MCA hari ini mempersoalkan keputusan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik mengarahkan pelajar sekolah menggunakan kasut berwarna hitam bermula tahun depan.

Jurucakap MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, adalah sesuatu yang dangkal jika menjangkakan dengan memakai kasut berwarna hitam akan membantu mengatasi isu kasut kotor dalam kalangan pelajar sekolah.

Jelas beliau, kasut putih sebenarnya membentuk dan menerapkan sikap pembersih dalam diri pelajar.

"Ianya adalah satu paradoks untuk mengandaikan kekotoran pada kasut berwarna hitam kurang kelihatan kerana debu perang tetap jelas kelihatan pada permukaan berwarna hitam.

"Adalah dangkal untuk mengandaikan kekotoran pada kasut berwarna hitam lebih bersih dari kasut berwarna putih serta tidak perlu dibasuh selalu," kata Lian Ker dalam satu kenyataan hari ini.

Jika pendirian warna hitam boleh mengatasi isu kekotoran dan kebersihan, Lian Ker menyarankan Kementerian Pendidikan agar menukar warna pakaian seragam sekolah hitam.

Lian Ker berkata, sudah sampai masanya Menteri dari Pakatan Harapan untuk tidak melakukan tindakan populis seperti yang mereka lalukan ketika menjadi pembangkang.

Kementerian Pendidikan juga disaran memberi lebih fokus terhadap isu di sekolah seperti kes buli, samseng dan memastikan pelajar kawasan pendalaman mempunyai ekses yang mudah terhadap pendidikan.-UTUSAN ONLINE

Thursday, July 19, 2018

UEC Kikis Identiti Kebangsaan

MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpandangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dilaksanakan oleh sekolah persendirian Cina di negara ini akan menyebabkan negara hilang identiti kebangsaan.

UEC adalah sijil yang mengetepikan soal bahasa kebangsaan sebagai bahasa pembentuk ciri negara ini.

Kurikulum bahasa pengantar yang digubal secara berlawanan dengan arus perdana bahasa kebangsaan akan menghakis nilai-nilai warga Malaysia yang selama ini telah diusahakan bersama pelbagai pihak.

Akta Pendidikan 1969 yang dirumus dan diluluskan di Parlimen telah menetapkan Bahasa Kebangsaan (bahasa Melayu) sebagai medium pengantar dalam semua institusi pendidikan yang berdaftar.

Sejak itu, semua kaum menerima hakikat bahawa bahasa Melayu adalah bahasa teras membentuk sahsiah dan jati diri generasi pewaris negara ini.

Sejak kemerdekaan lagi ruang pendidikan vernakular dibenarkan malah diberi peruntukan oleh kerajaan.

Bukan sahaja melahirkan pelajar yang sebati dengan bahasa kebangsaan malah membenarkan bahasa ibunda kaum masing-masing dipelajari adalah suatu kesepakatan yang cukup unik dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

Isu pokoknya ialah bukan sekadar sijil UEC yang mahu diiktiraf malah mereka mahu mengubah dasar keseluruhan pendidikan di negara ini dengan mengetepikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar sekali gus jati diri nasional dalam kalangan murid dari usia muda.

Persoalannya, kenapa hal ini muncul dalam usaha kita mahu memupuk generasi Malaysia dengan kebersamaan jati diri nasional melalui bahasa kebangsaan?

Dengan hanya menambah subjek bahasa Melayu dalam pengajaran sedangkan subjek lain diajar dalam bahasa Cina jelas menunjukkan mereka mahu menunjukkan bahasa kebangsaan tidak penting untuk membentuk 
masyarakat di 
negara ini.

Para pemikir dan penggubal sistem pendidikan negara sudah sekian lama meneliti implikasi menjadikan bahasa lain selain daripada bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.

UEC bukan sahaja harus ditolak malah kerajaan harus menyemak kelulusan sekolah persendirian yang mengguna bahasa selain bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Pengiktirafan UEC akan membuka pintu kepada pelbagai rombakan terhadap teras pendidikan negara yang akhirnya menjadikan pendidikan di negara ini tanpa sifat mahu pun nilai kebangsaan.

Sekolah persendirian Cina harus menerima dasar-dasar negara dan fahami implikasi kepada matlamat integrasi nasional terhadap generasi muda jika pendidikan gersang daripada penguasaan bahasa kebangsaan.

Isu UEC bukan sekadar isu bahasa pengantar tetapi melibatkan teras pembentukan sahsiah diri nasional pewaris negara dari usia muda.

Tuesday, July 17, 2018

UEC Satu Penjajahan

SAYA memetik kata-kata Pengarah Pusat Keusahawanan dan Program Ijazah Kolej Uniti, Dr. Syed Omar Syed Agil bahawa pelajar Cina tetap cemerlang tanpa Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan rata-ratanya menjadi manusia berjaya.

Mereka menjadi profesor, doktor, jurutera, arkitek malah usahawan Cina yang terbaik dan mampu bercakap dalam bahasa Melayu sementara ramai yang menggunakan UEC terpaksa menjadi usahawan import eksport dengan pengusaha di Taiwan, Hong Kong dan China disebabkan kekangan bahasa pengantar warga Malaysia.

Sudah jelas UEC itu membawa budaya, sejarah dan peradaban asing untuk diterap kepada anak-anak kecil kaum Cina di Malaysia, pada asasnya mencorak mereka menjadi ‘warga asing’ dan bukannya penyatuan dengan pelbagai kaum lain di negara ini.

Dengan mengiktiraf UEC di mana-mana peringkat sekalipun umpama mengiktiraf peradaban asing menapak di bumi Malaysia, membentuk ‘koloni’ asing yang hanya bergaul sesama sendiri menggunakan bahasa sendiri dan hanya mementingkan kepentingan kaum sendiri.

Bayangkan seorang pemegang sijil UEC yang tergagap-gagap bercakap bahasa Melayu mahu menjalankan tugas sebagai penjawat awam membantu rakyat, akhirnya hanya rakyat yang bercakap bahasa Mandarin sahaja boleh berurusan dengannya.

Ini akan membawa budaya swasta mengambil ‘pekerja berbahasa Mandarin sahaja’ masuk ke dalam perkhidmatan awam dan lambat-laun akan meminggirkan kaum lain khususnya orang Melayu yang menjadi majoriti penduduk Malaysia.

Tentu akan ada hujah pemegang sijil UEC tidak semestinya tidak fasih bahasa Melayu tetapi kenapa pula menolak penilaian bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Begitu juga sukatan subjek Sejarah SPM ditolak, adakah demi melindungi sukatan Sejarah yang dibawa masuk dari Taiwan?

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mendahului Menterinya sendiri, Dr. Maszlee Malik dalam isu UEC kononnya mahu ‘diselesaikan’ menjelang penghujung 2018.

Orang Melayu sebenarnya tiada masalah mahu iktiraf UEC selagi bahasa Melayu dan Sejarah peringkat SPM diwajibkan. Janganlah gunakan hujah Melayu liberal untuk mempertahankan kaum lain kerana golongan itu sendiri sudah tidak mengaku mereka Melayu.

Saya harap Dr. Maszlee berdiri teguh dengan ketetapan orang Melayu. Jangan lupa sejarah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menggabungkan orang Melayu dari pelbagai ideologi politik.

Siapa kata orang Melayu tidak boleh bersatu mempertahankan agama, bangsa dan bahasa sendiri? Sedangkan ahli politik bukan Islam berani menghalang usaha memperkasa Mahkamah Syariah, apalah sangat untuk orang Melayu menghalang UEC.

Oleh : Pendidik Otai

Monday, July 16, 2018

Tutup Tahfiz, Iktiraf UEC? Jahilnya…..

JAHIL sungguh sebahagian orang Melayu yang bergelar dan berjawatan, apabila berkata tutup sekolah tahfiz (agama) dan iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu Sekolah Persendirian Cina (UEC).

Menjadi jahil murakab apabila mahukan sekolah tahfiz ditutup. Mereka ini rakyat Malaysia ke bukan? Membaca Perlembagaan atau tidak? Peliknya, kenapa mereka tidak tidak sensitif langsung masih ramai rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu (BM) selaku bahasa negara?

Sepatutnya, sebagai rakyat Malaysia, semuanya mesti fasih berbahasa Melayu (BM), bahasa negara, seperti keluarga Cina saya.

Persoalannya, kenapa masih ada, malah ramai dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk wakil rakyat, bercakap BM berterabur, sedangkan kita sudah merdeka lebih 60 tahun? Dalam keadaan sebegini pun, lebih hina lagi apabila ada mendesak kerajaan mengiktiraf UEC, meskipun ia bercanggah dengan hasrat kerajaan dan agenda pembinaan negara bangsa.

Agenda negara seperti bahasa negara (BM) mesti dikuatkuasakan dan jangan dipolitikkan. Belum pun 100 hari saya lihat kesilapan demi kesilapan telah dilakukan barisan pemimpin PH yang mengetuai kerajaan Malaysia. Mungkin disebabkan oleh ramai dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai pengalaman.

Ada yang terlalu baharu dalam dunia politik. Langsung tidak pernah terlibat dalam pimpinan cawangan atau bahagian, tiba-tiba bertanding, menang, terus dilantik menjadi ketua menteri, menteri atau timbalan. Lebih malang lagi apabila bercakap tidak berlapis atau fikir dahulu sebelum meluahkan.

Saya harap dalam proses pembelajaran itu mereka akan menjadi matang. Fikir dahulu atau sebelum mengeluarkan kata-kata atau sebelum bertindak. Jika tidak, tidak sampai pun lima tahun lagi, pasti mereka akan ditukar. Rakyat Malaysia sudah bijak.

Saya tidak dapat menerima sama sekali apabila ada rakyat Malaysia tidak dapat bertutur dan memahami bahasa negara atas beberapa alasan:

Pertama, sebab mereka adalah rakyat Malaysia dan lahir di Malaysia, tidak ada alasan untuk tidak fasih BM, kecualilah mereka lahir di China atau di India; dan

Kedua, BM adalah bahasa negara, mana mungkin rakyat Malaysia tidak dapat menguasainya. Apa yang mereka buat selama ini?

Kefasihan Peguam Negara baharu, Tommy Thomas dalam bahasa Melayu antara isu yang dibangkitkan pengkritiknya ketika beliau dinamakan sebagai pengganti peguam negara sebelumnya. Namun, tidak dihiraukan.

Saya sangat terkejut apabila Peguam Negara sendiri berkata beliau akan mempelajari BM yang telah ditinggalkan selama ini, lebih 40 tahun berkecimpung dalam sektor perundangan.

Kenapa ditinggalkan bahasa negara sedangkan kita tinggal dan mencari makan di sini? Orang Bangladesh yang tidak sampai setahun di sini pun boleh bertutur dan memahami BM dengan baik, kenapa kita yang bergenerasi tinggal di sini tidak dapat menguasai bahasa negara ini?

Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia? Kita resah jika mereka jahil Bahasa Inggeris (BI) dan bahasa ibunda tetapi kita tidak langsung kisah jika mereka jahil BM?

Peguam Negara yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Razak, meminta perbicaraan di Mahkamah Tinggi dilakukan dalam bahasa Inggeris. Beliau berjanji akan memperbaiki kelemahan berbahasa Melayu.

Alasan beliau, ketika menjadi peguam selama 42 tahun, berurusan dengan anak guam, pada dasarnya klien komersial dan dokumen, beliau mengabaikan bahasa (Melayu) saya. Beliau berjanji akan memperbaiki BM.

Persoalannya, bolehkah bahasa dikuasai sepenuhnya dalam jangka masa singkat sementara menunggu 5 tahun lagi?

Inilah akibatnya apabila kita memandang remeh agenda negara. Sibuk berpolitik. Agenda negara menjadi percaturan politik. Apabila penegasan dibuat, maka di situ ada kepentingan politik, akhirnya agenda negara diketepikan demi mendapat undi.

Apakah kita sudah lupa, pada 10 Oktober 2009, Hakim Abdul Malik, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Azhar Ma’ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad menolak rayuan Anwar atas alasan memorandum rayuan difailkan Anwar dalam bahasa Inggeris adalah cacat, tidak sah dan mencabuli proses mahkamah.

Hakim tersebut berkata, keutamaan bahasa Melayu dalam mahkamah kita tidak boleh dinafikan. Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan, dibaca bersama-sama Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan menetapkan semua prosiding, selain daripada memberi keterangan oleh seorang saksi, di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan mahkamah rendah mesti dibuat dalam bahasa kebangsaan.

Begitu juga Peraturan 101, Peraturan-peraturan Mahkamah Rayuan 1994, menetapkan dokumen-dokumen perlu dalam bahasa kebangsaan.

Peguam terikat dengan ketetapan menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu dalam prosiding mahkamah. Menurut penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan ketika menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah RM100 juta terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Hakim Abdul Malik Ishak, Bahasa Melayu mesti digunakan bukan sahaja ketika prosiding, tetapi juga dalam memfailkan dokumen mahkamah. Kegagalan pihak perayu untuk memfailkan memorandum rayuan dalam Bahasa Melayu akan menyebabkan rekod rayuan yang difailkan oleh perayu tidak boleh digunakan.

Beliau berkata, mahkamah perlu menguatkuasakan keperluan memfailkan dokumen mahkamah dalam bahasa Melayu seperti ditetapkan undang-undang.

Memorandum rayuan dalam bahasa Inggeris yang difailkan Anwar secara terang-terangan melanggar undang-undang dan perlu ditolak. Perayu mesti memfailkan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan. Tiada bahasa lain akan dilayani dan tidak layak sebagai rekod rayuan.

Untuk makluman, Anwar memfailkan saman pada 26 Januari, 2006, mendakwa kenyataan Tun Mahathir yang menggelarnya sebagai seorang homoseksual adalah satu fitnah dan bertujuan mengaibkannya secara peribadi dan kapasiti rasminya sebagai bekas menteri kewangan dan timbalan perdana menteri.

Pada 4 Julai, 2007, Mahkamah Tinggi Kuala lumpur menolak saman itu dengan kos selepas membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk membatalkan saman itu. Anwar kemudian mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu (Bernama, 9 Disember 2009).

Saya masih yakin dengan apa yang saya tulis selama, jika dibanci selagi lagi penduduk Malaysia setiap 10 tahun, bagi tahun 2020 nanti, bukti-bukti seperti ini pasti akan berulang.

Pada 2010 apabila banci penduduk dibuat, rupa-rupanya begitu ramai rakyat Malaysia, terutama orang Cina tidak dapat bertutur dan memahami BM. Pembanci terpaksa membawa penterjemah sebagai pengantara untuk menterjemahkan BM yang disampaikan pembanci ke dalam bahasa Cina (juga India).

Wajarkah rakyat Malaysia terpaksa menterjemahkan BM selaku bahasa negara kepada rakyatnya sendiri? Pergilah ke dunia lain dan lihat. Tidak pernah ada berlaku, kecuali di Malaysia.

Inilah akibatnya apabila kita terlalu rasis dan obses dengan bangsa sendiri sehingga agenda negara ditolak ke tepi. Sistem pendidikan berasaskan kaum terus bersarang sehingga tidak boleh disentuh. NGO dan parti politik ultra kiasu lebih berkuasa daripada kerajaan. Kerajaan terpaksa tunduk untuk kekalkan kuasa.

Kajian saya ke atas orang Cina membuktikan, majoriti mereka tinggal di kawasan perumahan Cina, bersekolah Cina, mendengar dan menonton siaran radio dan TV Cina, membaca akhbar Cina dan berkawan dengan Cina. Tidak bercampur dengan orang Melayu.

Pendek kata, sosialisasi mereka terlalu kecinaan (Keindiaan). Berbeza sekali dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Apabila BM tidak ditekankan atau diwajibkan, sampai bilakah masa mereka akan menguasai dan menghayati agenda negara seperti bahasa negara.

Kita menganggap perkara ini kecil, lebih hina lagi, ada orang mencadangkan supaya menutup sekolah agama (tahfiz) dan iktiraf UEC. Wah! hebat Malaysia.

Wahai pemimpin politik! Berfikirlah, rancanglah mulai sekarang, bagaimanakah untuk memandaikan rakyat Malaysia untuk memahami dan menghayati agenda negara sebelum terlambat. Janganlah asyik berpolitik kerana ia akan menghancurkan negara kita pada suatu nanti.

Oleh :  Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Sunday, July 15, 2018

UEC: Rais Bantah Tindakan Melulu

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan tidak sepatutnya membuat keputusan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) semata-mata kerana ingin menunaikan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Tokoh sosiobudaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, UEC adalah isu rakyat yang memberi implikasi besar dan seharusnya diperhalusi dengan mendalam, termasuk dijadikan Memorandum Parlimen untuk dibahaskan.

“Kita tidak boleh buat keputusan semata-mata kerana manifesto atau janji politik atau tidak mahu dianggap membuat pusingan U.

“Ini bukan cara menjawab ru­ngutan rakyat. Di negara ini orang Melayu adalah majoriti, jadi suara orang Melayu bagaimana? Sekarang suara siapa yang dikemukakan.

“Lagipun UEC dibuat oleh NGO. Mana peranan kerajaan sebagai pembuat dasar negara,” katanya kepada Utusan Online ketika mengulas keputusan kerajaan meneruskan rancangan mengiktiraf UEC selaras dengan manifesto Pakatan Harapan.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menegaskan, pihaknya tidak akan membuat pusingan U atau dilihat flip-flop dalam perkara itu Rais berkata, sepanjang kemelut isu ini, masih banyak perkara yang belum dijelaskan dan dijawab kerajaan.

“Jadi saya memohon huraian yang paling tertib, harus diberi oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Mungkin ada perkara-perkara yang perlu kita perhalusi yang boleh mengharmonikan rakyat dalam bidang pendidikan rendah dan tinggi,” katanya.

Rais mengingatkan, jika keputusan mengiktiraf UEC dilaksanakan dalam keadaan rakyat tidak faham, pergelutan politik boleh muncul.

“Bagi saya sepatutnya, biar golongan cerdik pendidikan, pembuat dasar, mempolemikkan isu ini terlebih dahulu dan dibuat peng­halusannya untuk diterima menteri.

“Jika menteri hanya bercakap begitu, tanpa membuat ‘kerja rumah’ yang saya sebut tadi, rakyat berhak untuk tidak mene­rima dasar ini, bererti pandangan mereka perlu dilayani dahulu.

“Setahu saya, isu UEC ini belum lagi dibuat penentuan pe­rinciannya, semakan, bagaimana letaknya di bawah Akta Pelajaran dan beberapa akta lain. Adakah ini sesuai dengan pendirian kerajaan sebagai dasar terpenting yang hendak dipinda terlebih dahulu, atau dasar tentang harga barang,” katanya.

Sumber : utusan malaysia

Friday, July 13, 2018

Iktiraf UEC Beri Isyarat Tidak Baik

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meneruskan rancangan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) akan memberi isyarat tidak baik kepada rakyat yang setia mengikuti sistem persekolahan ali­ran utama negara.

Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, pelaksanaan cadangan mengiktiraf UEC perlu mengambil kira aspek kemanusiaan dan keadilan kepada semua rakyat.

Menurut beliau, langkah itu boleh menimbulkan kecelaruan dalam kalangan rakyat dalam soal memilih aliran persekolahan sekali gus menyebabkan mereka tidak lagi melihat sekolah kebangsaan sebagai keutamaan.

“Kerajaan perlu menilai dari segi kemanusiaan. Ia seperti ung­kapan ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’. Ini mungkin merugikan kepada mereka yang mengikut sistem persekolahan aliran utama.

“Ini akan membuatkan mereka menilai semula keperluan untuk mengikuti aliran utama, setelah menyedari UEC akan turut mendapat faedah yang sama. Oleh itu, ini boleh memberi implikasi terhadap perpaduan nasional,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menteri Pendidikan, Dr. Masz­lee Malik hari ini menegaskan kementeriannya akan tetap me­neruskan rancangan untuk mengiktiraf UEC selaras dengan manifesto PH selain menyatakan, pihaknya tidak akan membuat pusingan U atau dilihat flip-flop dalam perkara tersebut.

Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan menganggap keputusan kerajaan itu tidak ubah seperti flip-flop sedangkan beberapa hari lalu Maszlee telah menyatakan akan melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pengiktirafan UEC.

“Mungkin kena semak kamus apa maksud flip-flop. Tidak sampai beberapa hari berkata mahu membuat kajian terlebih dahulu dan tidak mahu membuat keputusan terburu-buru tetapi hari ini mahu meneruskan rancangan untuk mengiktiraf UEC.

“Sepatutnya kena berpegang kepada janji untuk melakukan kajian terlebih dahulu,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan mungkin boleh mendedahkan kajian yang telah dibuat berkenaan usaha mengiktiraf UEC seperti yang dijanjikan oleh Maszlee sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Ga­pena), Prof. Madya Zainal Abidin Borhan berkata, keputusan kerajaan itu hanya menjejaskan ke­seluruhan amalan sistem kebangsaan di negara ini.

“Syarat asas untuk masuk perkhidmatan awam adalah lulus Bahasa Melayu dan Sejarah de­ngan kepujian dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Jadi bagaimana kita mahu memperakui kebolehan bahasa Malaysia pelajar ini dalam per­khidmatan awam?” soalnya.

Beliau turut mencadangkan agar calon-calon UEC mengambil ambil dua mata pelajaran tersebut supaya kelulusan mereka setara dengan SPM.

Sumber : utusan malaysia

Tuesday, July 10, 2018

Semua Kiraan Meningkat

SAYA bukannya berminat dengan permainan politik tetapi sejak kebelakangan ini timbul tanda tanya tentang cara kiraan oleh Menteri Kewangan baharu sehingga semua angka ‘tinggalan’ kerajaan lama meningkat mendadak.

Dahulu hutang negara lebih RM600 bilion tiba-tiba sudah mencecah RM1 trilion hanya beberapa hari selepas kerajaan baharu ambil alih tampuk pemerintahan sedangkan Bank Dunia sendiri mengakui hutang Malaysia terkawal kerana hampir 98 peratus hutang dalam mata wang Ringgit.

Kini projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pula meningkat dengan mendadak. Di bawah kerajaan lama kos sekitar RM55 bilion, bila tukar kerajaan baharu mulanya kata dibatalkan kemudian ‘jadi’ semula tetapi dengan kos RM70 bilion pula.

Beberapa hari lalu pak menteri sudah ‘tambah’ lagi angka menjadi RM81 bilion. Saya tidak pasti mahu berasa lucu atau kagum dengan kadar inflasi angka di Kementerian Kewangan kini.

Nasihat saya kepada semua jemaah menteri, kurangkan buat sidang akhbar. Cukuplah sekadar kenyataan akhbar satu muka surat dari semasa ke semasa memaklumkan fakta dan perkembangan. Cukai barang dan perkhidmatan (GST) sudah sifar tapi harga barang tetap naik, kenapa tiada pula sidang akhbar?

Rakyat Malaysia kini mempunyai akses kepada semua maklumat termasuklah data rahsia yang dibocorkan pihak tertentu ke internet khususnya media sosial. Jangan sesekali menipu, memutar fakta atau cuba memperbodohkan rakyat yang rata-ratanya kini orang terpelajar.

Sudah banyak sangat pusingan U dibuat anggota Kabinet dalam tempoh tidak sampai dua bulan mentadbir sedangkan saya dengar manifesto 100 hari tidak juga cuba ditunaikan.

Sampai bila mahu hidup dengan alasan ‘salah kerajaan dahulu’? Agaknya mampukah rakyat menerima alasan sama selepas 100 hari, satu tahun mahupun satu penggal?

Seperti saya cakap, saya tidak ambil peduli sangat perihal politik tetapi saya ambil maklum perkembangan negara. Isu negara kehilangan lebih RM200 bilion pelaburan asing sejak tamat pilihan raya bila mahu diambil tindakan?

Oleh : Che Ridhuan Che Ahmad

Sunday, July 8, 2018

Dalam Negara Ada Negara....!

Pengiktirafan UEC perlu melalui pendekatan holistik
MARANG - Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) melibatkan sekolah persendirian Cina
mesti dilakukan secara pendekatan holistik supaya ia tidak menjejaskan perpaduan kaum dan menggadaikan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, sehubungan itu beliau bercadang untuk bertemu dengan semua pihak termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, para pejuang bahasa di negara ini bagi membincangkan soal tersebut yang makin mendapat tentangan meluas.

Menurut beliau, UEC merupakan sebahagian daripada janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan apa yang perlu dilakukan ialah perlu mengambil kira pandangan beberapa pihak terlebih dahulu sebelum pengiktirafan dibuat.

"Isu pengiktirafan UEC ini tidak boleh dilihat sebagai sijil kemasukan semata-mata tetapi perlu juga mengambil kira isu Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, selain isu perpaduan dan keharmonian.

"Sebagaimana pernah saya nyatakan sebelum ini, saya perlu bertemu dengan semua pihak, bukan sahaja daripada golongan pendidikan kaum Cina tetapi juga dengan golongan pejuang bahasa kebangsaan dan juga mereka yang terlibat dengan urusan menjaga perpaduan.

"Bagi menjaga keharmonian, kita inginkan sekiranya UEC diiktiraf nanti, ia tidak akan menjejaskan perpaduan dan pada masa yang sama tidak menggadaikan bahasa kebangsaan," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, di sini hari ini.

Beliau mengadakan lawatan mengejut bagi meninjau projek membaik pulih bangunan sekolah berkenaan yang terbengkalai sejak tahun lepas.

Yang turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Mohd Adnan Salleh.

Pelbagai pihak termasuk Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) menggesa kerajaan negeri Melaka menarik kembali pengiktirafan Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) yang diumumkan minggu lalu.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, mengumumkan pengiktirafan UEC sebagai syarat kelayakan membolehkan pemegangnya memasuki perkhidmatan awam negeri itu.

Ketua Satu GAPENA, Datuk Zainal Abidin Borhan dilaporkan berkata, isu paling utama ialah UEC tidak memiliki syarat am terpenting, iaitu kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

GAPENA menyifatkan langkah yang akan memporak-perandakan sistem dan struktur sedia ada itu bercanggah dengan Akta Pendidikan 1996 yang secara jelas menggariskan kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

UEC yang dikeluarkan oleh sekolah persendirian Cina yang sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan dikatakan tidak selari dengan silibus yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan.- www.utusan.com.my


UEC sabotaj pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan
KUALA LUMPUR- Pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) merupakan sabotaj
terhadap pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996 selain boleh merenggangkan perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, parti itu membantah pengiktirafan UEC kerana pelaksanaannya sama ada daripada aspek piawaian, silibus dan bahasa jelas bercanggah dengan status quo sistem pendidikan yang diamalkan di negara ini.

“Dua strategi utama untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di institusi pendidikan negara. Selain itu, kurikulum yang diwujudkan mestilah selaras dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.

“Bahasa Kebangsaan yang dirujuk dalam Akta Pendidikan 1996 ditafsirkan sebagai Bahasa Melayu sepertimana yang telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Begitu juga Seksyen 74 Akta Pendidikan 1996 dengan jelas mengarahkan semua institusi pendidikan swasta mematuhi kehendak kurikulum kebangsaan dan menyediakan murid-murid bagi peperiksaan yang telah diselaraskan di peringkat negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari mengumumkan pengambilan lulusan UEC akan dilaksanakan sebagai antara syarat perjawatan peringkat negeri kerana ia adalah sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dalam kenyataan terbaharunya pula seperti yang dipetik dalam portal Malaysiakini hari ini, mahu isu UEC selesai sebelum hujung tahun ini selain menambah isu tersebut tidak perlu dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan. - www.utusan.com.my

Thursday, July 5, 2018

Jangan Langgar Perlembagaan

SESUDAH 60 tahun lebih kemerdekaan Malaysia, seharusnya tidak timbul sama sekali isu bahasa negara, sebuah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi­nya. Sesiapa juga yang memimpin kerajaan hendaklah menjunjung keluhuran Perlembagaan.

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi yang mesti dijaga dan jangan dilanggar secara sengaja. Kita masih dalam proses pembentukan sebuah negara bangsa (nation state) yakni satu bangsa satu negara (a single nation in a single state). Satu bangsa yang bersatu padu di negara ­moden yang maju.

Dari latar belakang kepelbagaian yang ada, kita akan bina sebuah kesatuan. Matlamat itu tidak akan tercapai di bawah pemerintahan yang longgar. Orang politik dan para pemimpin semua keturunan perlu menginsafi dan menyedari bahawa tanggungjawab memupuk kebersamaan adalah hak bersama bukannya mendorongkan perbezaan yang memecahkan. Malaysia akan tinggal hanya nama tanpa isi pada masa akan datang sekiranya konsep kenegaraan terbiar dan tinggallah kulit bersepah tanpa isi.

Di Malaysia, bahasa Melayu te­lah dikanunkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi (Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan) dan diperkukuh lagi dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Ini bermakna Malaysia ada Dasar Bahasa Negara.

Dasar ini menjadi ‘Tanggungjawab Perlembagaan’ dari segi pelaksanaan, penggunaan dan penyebarluasannya oleh semua pihak, apa lagi urusan bagi me­laksanakan maksud-maksud kerajaan di peringkat Persekutuan, negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) yakni sektor awam, bahkan sektor swasta. Aspirasi Perlembagaan adalah aspirasi pembinaan kenegaraan.

Perkara ‘bahasa’ adalah salah satu syarat perjanjian Perlembagaan bagi orang asing waktu itu yang mahu memilih Tanah Melayu sebagai negara kediaman. Dari tangan Raja-raja Melayu, maka negara Persekutuan dibentuk dan demokrasi diperkenalkan. Rakyat jangan jadi ‘kacang lupakan kulit’.

Kini tahun 2018, senario politik sedang berubah. Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seperti akan mengubah haluan bahtera negara. Sepintas lalu, akhir-akhir ini dan dalam tempoh yang pendek, bukan sahaja status bahasa negara mahu diperlekeh warga Malaysia sendiri, bahkan beberapa pancang kenegaraan lain dipermainkan termasuk kedudukan Raja-raja Me­layu dan status Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, status agama Islam, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Sepatutnya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menghina Islam, Raja-Raja Melayu dan meminggirkan Bahasa Kebangsaan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa. Perkara bahasa itu adalah wasiat keenam, Wasiat Raja-Raja Melayu (1957) tatkala Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Bahasa Melayu adalah salah satu aspek penting dalam kontrak sosial yakni ikrar janji antara kaum bagi Malaysia merdeka dan berdaulat ke arah kesatuan dan persatuan bangsa Malaysia..

Apakah kerana perbalahan politik atau kepentingan perkauman yang keterlaluan di Malaysia kian mengambil tempat pada awal abad ke-21 ini, maka sehingga semacam tiada lagi dipertahankan prinsip Keluhuran Perlembagaan sebagai ideologi negara dalam Rukun Negara? Di dalam media sosial, ada tanda-tanda ‘kedurhakaan’ terhadap institusi Raja-Raja. Dalam beberapa hal seperti ada pula kesengajaan atau ‘pengkhianatan’ terhadap pelaksanaan Dasar Bahasa Negara.

Jika tanggungjawab Perlembagaan ini gagal dihayati dan dilaksanakan, bagaimanakah matlamat utama perpaduan negara bangsa ini dapat dicapai? Perpa­duan bertambah kukuh dengan kestabilan politik antara kaum dan etnik. Sayugia diingatkan bahawa bahasa Melayu itu bahasa nasional sebagaimana negara-negara lain dengan bahasa nasional masing-masing. Bahasa Mandarin di China, bahasa Perancis di Perancis, bahasa Rusia di Rusia atau bahasa Jepun di Jepun dan seumpama­nya. Kita jangan tergelincir faham. Bahasa Melayu adalah unsur utama jati diri bangsa Malaysia.

Makna negara bangsa (nation state) boleh menjadi keliru dalam kalangan rakyat sekiranya tidak dibuat penjelasan dari semasa ke semasa. Apakah itu konsep fe­deralisme dan apakah matlamat aspirasi Perlembagaan. Tindakan mempromosikan bahasa-bahasa lain pada kedudukan rasmi memang melanggari Perlembagaan. Rakyat sekian lama sudah memahami dan berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan. Kita boleh belajar dan menguasai apa sahaja bahasa tetapi jangan sekali-kali mempertentangkan bahasa tidak rasmi dengan bahasa negara. Ingat­lah, perbezaan antara rasmi dengan tidak rasmi itu. Tutup perkara.

Fahaman yang mempertikai dan mempersoalkan Perlembagaan negara sebagai pegangan kenegaraan ini boleh membawa padah. Ada puak yang sudah tidak menghormati kontrak sosial dan berada di luar nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan.

Generasi muda atau belia sebagai generasi baharu merupakan ‘penerus’ yang perlu memahami dan menghayati pemantapan serta pembinaan bahasa dalam meningkatkan semangat nasio­nalisme dan patriotisme bangsa. Generasi muda tidak perlu terikut-ikut dengan irama permainan lagu politik yang tidak berniat baik sampai berlakunya khianat terhadap pancang-pancang negara Malaysia tercinta ini.

Senario pelaksanaan dasar bahasa kini seolah-olah menuntut ‘jihad bahasa’ digerakkan. Tindakan ini bukan bermakna rakyat Malaysia menutup diri sehingga menolak keperluan menguasai bahasa-bahasa dunia yang utama seperti bahasa Inggeris.

Yang penting citra Malaysia itu mesti jelas bahawa negara berdaulat ini memiliki sebuah bahasa kebangsaan dan bahasa rasminya sendiri yakni bahasa Melayu, sebuah bahasa besar milik 300 juta umat di Asia Tenggara. Ya! Ada keperluan terhadap keazaman politik para pemimpin dan kebijaksanaan para pelaksana di semua peringkat memenuhi tanggungjawab Perlembagaan tadi. Kerajaan “Malaysia Baharu” sepatutnya bina teladan mengukuhkan aspirasi Perlembagaan kita di sebuah negara Persekutuan. Wallahu’alam.

Tuesday, July 3, 2018

Mengkhianati Bahasa Melayu

PADA Jumaat lalu, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) telah menganjurkan demonstrasi bagi membantah penggunaan bahasa asing dalam urusan rasmi kerajaan. Bantahan ini dirasakan perlu selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bahasa Mandarin.

Tokoh negarawan yang menghadiri perhimpunan itu menganggap wujud kewajipan ke atas rakyat untuk mengingatkan menteri-menteri di Malaysia tentang angkat sumpah yang mereka ikrarkan semasa pelantikan mereka. Ini termasuklah ikrar untuk menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan seperti yang dimaktubkan di bawah Jadual Keenam, Perlembagaan Persekutuan.

Ikrar ini turut merangkumi peruntukan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 152 menyebut bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris hanya boleh dipakai dalam tempoh terhad selama 10 tahun selepas kemerdekaan.

Genap 10 tahun selepas kemerdekaan, negara telahpun menggubal Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32) yang memperuntukkan di bawah Seksyen 2 bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan untuk semua maksud rasmi. Takrifan bagi ‘maksud rasmi’ seperti di bawah Perkara 152(6) adalah apa-apa perkara yang melibatkan Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Guan Eng menjelaskan kenyataan berbahasa Mandarin itu hanyalah sebagai terjemahan kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan secara betul dalam bahasa Melayu. Harus diperhatikan Seksyen 3 Akta 32 hanya membenarkan kerajaan untuk menggunakan apa-apa terjemahan bagi dokumen atau perutusan rasmi dalam mana-mana bahasa lain bagi apa-apa maksud yang difikirkan perlu demi kepentingan awam.

Maka jelas, penterjemahan hanya boleh digunakan apabila wujud kepentingan awam untuk membenarkan penggunaan bahasa lain. Adakah Menteri Kewangan ingin menyatakan selepas hampir 61 tahun Malaysia mencapai merdeka, negara ini masih memerlukan bahasa selain bahasa kebangsaan untuk menjaga kepentingan rakyatnya?

Tindakan mana-mana badan kerajaan yang tidak menghormati bahasa kebangsaan dalam semua perkara rasmi adalah tindakan yang merendahkan kedaulatan undang-undang. Namun masih ramai yang tidak segan untuk memaafkan kebiadaban ini dengan menghujahkan kononnya undang-undang dan Perlembagaan tidak mengehadkan penggunaan bahasa selain bahasa Melayu. Mereka menganggap hak untuk menggunakan bahasa ibunda adalah sama taraf dengan kewajipan untuk menggunakan bahasa kebangsaan secara menyeluruh dalam semua perkara rasmi.

Seluruh rakyat Malaysia harus amati bagaimana dalam Laporan Suruhanjaya Reid, badan yang dipertanggungjawabkan untuk membantu penderafan cadangan Perlembagaan Tanah Melayu, telahpun menerangkan penggunaan bahasa lain dalam urusan rasmi hanya boleh terus dibenarkan untuk masa terhad. Pandangan suruhanjaya ini adalah bersandarkan hakikat selepas mengambil kira realiti pada masa itu, didapati masih ramai rakyat negara ini yang tidak berkesempatan untuk mempelajari bahasa Melayu secara fasih.

Tetapi bagi pandangan ahli-ahli Suruhanjaya Reid, mereka dengan nyata tidak mencadangkan supaya bahasa lain dijadikan bahasa rasmi kerana sungguhpun mungkin wujud keperluan pada masa lalu dan namun mereka berpendapat membenarkan bahasa lain sebagai bahasa rasmi hanya akan membawa kepada yang kesulitan yang besar. Malahan, Suruhanjaya ini turut menyatakan penggunaan bahasa Inggeris sepatutnya hanya dibenarkan untuk tempoh terhad selepas negara merdeka bagi memastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik sebelum bahasa rasmi ditukar sepenuhnya kepada bahasa kebangsaan.

Menteri-menteri yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan sumpah mereka kepada negara haruslah memastikan mereka tidak mengkhianati ikrar yang diangkat. Yang paling utama adalah untuk memahami bahawa identiti negara yang berpaksikan kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai menerapkan acuan yang baik untuk membentuk identiti ini, menteri-menteri yang membentuk kerajaan wajib menghayati sejarah dan naratif negara.

Monday, July 2, 2018

Orang Melayu ‘tersentak’?

KETAKSUBAN rakyat Malaysia berpolitik sangat ‘me­ngagumkan’. Mereka boleh berbicara tentang politik tanpa mengira masa dan tempat, waima ketika sedang bekerja, beraya, memandu kereta atau bersembang di kedai kopi sekali pun.

Walaupun pilihan raya hanya berlangsung lima tahun sekali, rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak sekolah rendah sudah kenal UMNO, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Warisan Sabah (Warisan), MIC, MCA dan DAP.

Ada yang berhujah dengan berpaksikan fakta dan disokong oleh faktor kebenaran. Namun tidak kurang juga mengeluarkan kata-kata jelik sehingga menyakitkan hati pihak sebelah dan akhirnya mencetuskan perbalahan dan caci maki.

Semua ini adalah warna-warni dalam kehidupan jutaan rakyat Malaysia yang semakin terbuka dalam melontarkan pandangan masing-masing. Ada yang menegur secara berhemah dan sangat berhati-hati tetapi ada juga yang mengikut nafsu tanpa berfikir panjang kesan di sebalik kata-kata keras mereka.

Rata-rata kakitangan awam di Putrajaya juga tidak terlepas daripada turut bercakap perkara sama tentang perkembangan terbaharu di sekeliling mereka. Masakan tidak kerana ada yang memilih untuk memangkah Barisan Nasional (BN) dan ramai juga yang mahu mencari pembaharuan sehingga kerajaan memerintah bertukar tangan.

Jika diperhatikan di Facebook contohnya, harapan sebilangan besar netizen ialah mahukan kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji-janji yang telah dibuat dalam Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu dan mereka mula mempersoalkan kemampuan kerajaan untuk meme­nuhi kehendak para pengundi.

Menurut mereka, sudah sampai masanya untuk kerajaan berusaha sedaya mungkin melunaskan janji-janji tersebut tanpa memberikan alasan kononnya Pakatan Harapan tidak sangka boleh menang dan mendakwa manifesto bukan janji yang perlu mengikat mereka untuk mengotakannya.

Kini, semakin ramai yang meluahkan kekecewaan apabila harga barang tidak turun seperti diharapkan walaupun cukai barang dan perkhidmatan (GST) sudah berada pada kadar sifar. Ini kerana peniaga tetap mengaut keuntungan walaupun amaran keras sudah diberikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

Begitu juga dalam soal penurunan harga minyak, impian rakyat untuk menikmati harga petrol RM1.50 sen seliter seperti hanya satu ‘harapan’ yang sangat memeritkan. Alasan yang diberi adalah kerajaan sudah menanggung RM3 bilion subsidi minyak sehingga hujung tahun ini.

Alasan hutang negara sering kali dijadikan modal dan suka atau tidak rakyat perlulah berlapang dada untuk menerima penjelasan kerajaan itu, kerana saban hari rakyat dimaklumkan hutang negara menjadi punca janji-janji itu tidak dapat ditunaikan.

Jika dahulu kerajaan sekarang adalah pembangkang, sekarang ini mereka sudah duduk di dalam pejabat-pejabat kerajaan dan sudah tentunya alasan-alasan yang diberikan semakin sukar untuk diterima bulat-bulat oleh rakyat yang mengharapkan imbuhan daripada mereka.

Kebelakangan ini rakyat dikejutkan pula oleh isu-isu lain seperti penggunaan bahasa Mandarin dalam urusan rasmi kerajaan, mempersoalkan status dan hak orang Melayu Islam dan mereka mula menyifatkan perkembangan ini sudah mula membawa bibit-bibit perpecahan dalam perpaduan kaum di Malaysia.

Orang Melayu nampaknya mula ‘tersentak’ dan ada yang sudah terluka dengan perkembangan yang selama ini dibimbangi akan berlaku. Jika dalam kempen pilihan raya lalu ada pemimpin yang mendakwa UMNO sengaja menggunakan isu agama dan perkauman untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak memilih parti-parti tertentu tetapi nampaknya semakin jelas apa yang dibimbangi itu mula berlaku secara perlahan-lahan.

Ibarat api dalam sekam, dasarnya nampak molek namun di bawahnya mula membakar secara diam. Adakah orang Melayu mula melihat garis sempadan yang selama ini dijaga rapi semakin terobek dan terbelah? Adakah ia amat pedih dan menyakitkan?

Harapan rakyat harus dipandang serius. Jangan nanti sehingga menangkis keyakinan dan kepercayaan mereka kepada kerajaan.