
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Zakwanhafiz Ahmad Ansari berkata, kedua-dua pasukan itu perlu meneliti beberapa perkara penting yang tidak dikemukakan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sehingga menyebabkan persempadanan pulau tersebut ‘terlepas’ kepada negara jiran.
“Mereka perlu menyiasat akuan bersumpah yang dibuat bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim berkaitan pulau berkenaan di samping beberapa maklumat yang diperoleh pasukan polis Johor tentang kes jenayah yang berlaku di sana.
“Ini berikutan, sekiranya pihak polis pernah menjalankan siasatan di Pulau Batu Puteh, ia sekali gus membuktikan bahawa pulau itu adalah milik Johor,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini hari ini.

Jelasnya, struktur bangunan di atas pulau berkenaan juga perlu dikaji dan diselidik bagi mengetahui siapa yang bertanggungjawab dalam perancangan pembinaannya.
Ujarnya, siasatan lanjut berkaitan perpindahan sejumlah wang yang banyak di Hong Kong juga dipercayai berkaitan dengan pertukaran persempadanan pulau itu yang terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusuh di Johor.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa siasatan dilakukan ke atas semua ahli panel dari Jabatan Peguam Negara dan agensi berkaitan yang mewakili negara dalam prosiding tuntutan Pulau Batu Puteh di ICJ, Belanda.
Katanya, ia berikutan terdapat wakil yang kurang berpengalaman dihantar untuk menyertai prosiding perundangan terbabit.
Pada 23 Mei 2008 ICJ yang berpusat di Hague, Belanda memutuskan Pulau Batu Puteh atau dikenali sebagai Pedra Branca oleh Singapura adalah milik sah negara berkenaan dan hanya Terumbu Karang Tengah (Middle Rock ) serta Terumbu Karang Selatan (South Ledge) milik Malaysia.
Keputusan itu dimuktamadkan dengan selepas 12 daripada 16 panel hakim menyebelahi Singapura. - utusan
No comments:
Post a Comment