Cheltenham – Sempena acara lumba kuda Festival Cheltenham yang berlangsung minggu ini, seorang pereka fesyen tampil mereka sepasang kot khas untuk kuda di bawah jenama buatan tangan, Harris Tweed.
Menurut Mail Online, pereka fesyen, Emma Sandham-King menggunakan sebanyak 18 meter kain untuk menghasilkan kot berkenaan, tiga kali lebih banyak berbanding kain diperlukan untuk membuat kot biasa.
Kot itu dihasilkan lengkap dengan seluar, tali leher serta topi.
“Saya menggunakan kain jenama Harris Tweed. Ini merupakan kali pertama saya mereka kot untuk kuda.
“Ini juga adalah cabaran terbesar saya sepanjang bergelar pereka fesyen,” katanya.
Sandham-King berkata, dia berjaya menyiapkan rekaan tersebut dalam masa empat minggu untuk digayakan seekor bekas kuda lumba Morestead.
Beberapa keping gambar disiarkan Mail Online, merakamkan gelagat kuda berkenaan yang tidak ubah seperti model ketika ‘memperagakan’ kot itu di padang rumput.
“Ada model berlagak seperti diva, tetapi kuda Morestead sangat tenang, membuatkan saya senang bekerjasama dengannya,” kata pereka fesyen itu. - utusan
No comments:
Post a Comment