Saturday, March 26, 2016

Berbincang Untuk Tidak Melaksanakannya...?

Malaysia-Singapura bakal bincang ganti Tambak Johor Mei ini
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri berharap hasrat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar untuk menggantikan Tambak Johor dapat direalisasikan menerusi rundingan antara Kerajaan Malaysia dan Singapura.


Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, berkata beliau menjangkakan perkara itu akan dibincangkan ketika pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong di Putrajaya, pada Mei ini.

Katanya, Sultan Ibrahim berhasrat menggantikan Tambak Johor bagi memastikan pengaliran air laut di Selat Tebrau berjalan lancar. "Perbincangan ini membabitkan dua negara dan kita di peringkat kerajaan negeri berharap pada pertemuan antara dua pemimpin tertinggi negara Mei ini, perkara ini akan dibincangkan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Lexus Johor di sini, sebentar tadi.

Sultan Ibrahim bertitah melahirkan hasrat itu dalam temu bual baginda bersama sebuah akhbar berbahasa Inggeris sempena Hari Keputeraan baginda, baru-baru ini. - www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment