Thursday, November 1, 2012

Hubungan Seksual Membuatkan Anda Pintar?

HUBUNGAN seksual tidak hanya semata-mata untuk kesenangan dan kepuasan bersama pasangan. Ternyata, tindakan tersebut boleh juga membuat anda menjadi pintar. Benarkah?

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Amsterdam mengatakan, melakukan hubungan seks dapat memberikan keuntungan untuk peningkatan daya kerja otak anda. Sedikit atau tidaknya, seorang lelaki boleh lupa terhadap nama mereka sesaat hanya dengan memandang payudara wanita saat itu.

 Berikut beberapa manfaat yang didapati dari melakukan hubungan seksual, di mana dapat meningkatkan semangat dan kekuatan fikir otak anda, menurut Your Tango.

Kapasiti mental
Dalam kajian kajian yang dilakukan Universiti Amsterdam baru-baru ini, didapati dari beberapa sukarelawan yang mengatakan prestasi hubungan seksual yang baik dapat meningkatkan daya kritis fikirannya dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Mungkin ini juga salah satu alasan mengapa lelaki lebih berfikir menggunakan kepala mereka berbanding otaknya.
Kebahagiaan
Semen sperma yang dikeluarkan lelaki selepas meraih ejakulasi memberikan kebahagian yang berbeza. Sebuah kajian yang mendapati bahawa apabila lelaki ejakulasi telah memberikan suasana hati yang bahagia atau menyenangkan yang dihasilkan dari oxytocin.

Penghilang Stress
Kerjaya, anak-anak, atau kewangan merupakan faktor yang boleh menyebabkan stress. Dan anda tahu apa yang dapat menghilangkan stress tersebut? Jawapannya iaitu Oxytocin. Hormon ini didapati selepas beberapa saat anda berciuman dengan pasangan dan membantu melepaskan stress anda.

Anonymous

1 comment: