Tuesday, June 19, 2012

Tanda-Tanda Anda Ketagihan Seks

SEKS memang memberikan kenikmatan bagi mereka yang melakukannya. Namun demikian, anda perlu waspada saat hal ini berubah menjadi sesuatu yang berlebihan.
Setiap hal yang berlebihan selalu membawa kesan buruk, begitu pula seks. Anda boleh menjadi ketagihan pada seks jika anda terlalu sering melakukan dan memikirkan tentang hal tersebut. Seks yang aktif dan sihat memang memberikan manfaat yang baik bagi tubuh, namun saat dilakukan lebih dari keperluan, hal ini dapat mencetuskan anda menjadi ketagihan.

Ketagihan seks merupakan sebuah keinginan berlebih untuk bercinta dan merasakan kenikmatannya. Anda cenderung untuk selalu berfikir tentang seks dan ingin melakukannya pada setiap masa.

Berikut ini adalah beberapa tanda-tanda anda mengalami ketagihan seks....

Pornografi
Adakah anda terlalu banyak menonton hal-hal berbau pornografi? Jika ya, maka kendalikanlah hasrat tersebut dan lihat sama ada anda ketagihan atau tidak. Jika anda tidak boleh mengawalnya dan berakhir dengan menonton video porno setiap hari, maka itu merupakan tanda anda ketagihan pada seks. Kendalikan hasrat itu sebelum kebiasaan ini memberi kesan buruk pada diri anda sendiri.

Onani
Onani atau masturbasi merupakan aktiviti yang sihat, namun saat hal ini menjadi ketagihan akan berbahaya bagi kehidupan seksual anda. Bahkan selepas anda bercinta, anda akan merasa tidak puas dan ingin melakukannya lagi. Gejala lain adalah anda akan merasa kecewa apabila tidak bercinta lebih dari 2 hari.
Curang
Apabila anda ketagihan pada seks, anda ingin bercinta dengan sesiapa saja. Bila pasangan anda sedang tidak mood atau anda bosan dengannya, maka anda akan mula mencari pasangan baru. Curang dengan pasangan kerana alasan seks, adalah tanda-tanda lain anda ketagihan bercinta.

Memaksa
Saat pasangan anda sedang tidak siap untuk bercinta, biasanya orang akan menunda rencananya untuk bercinta. Namun apabila anda ketagihan seks, anda akan memaksanya meskipun itu bertentangan dengan keinginannya.

Anonymous

4 comments: