nuffnang

Wednesday, November 2, 2011

20 NGO Anjur Seksualiti Merdeka

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Usaha untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini dilihat semakin melampau dengan wujudnya pelbagai pihak yang masih tegar memperjuangkan agenda golongan itu.

Terbaru, kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula hari ini hingga 13 November depan.

Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan program mereka melalui laman http://www.seksualitimerdeka.org/, kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan tersebut agar diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Penganjur menyatakan mereka percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi walaupun mereka termasuk dalam golongan homoseksual.

Jelas mereka, istilah Seksualiti Merdeka digunakan untuk mengingatkan semua pihak bahawa walaupun negara telah berpuluh tahun merdeka, tidak semua rakyat dapat menjadi diri mereka yang sebenar.

Difahamkan Seksualiti Merdeka yang berlangsung di Galeri Annexe, Kuala Lumpur ini merupakan penganjuran kali ke-4 sejak pertama kali diadakan pada 2008.

Ada lagi......NGO Sifatkan Perjuangan Seksualiti Merdeka jijik.....

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment