Friday, February 11, 2011

Dunia Bakal Kekurangan Gula

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Krisis bekalan makanan terus berlarutan dengan isu terbaharu dunia dijangka mengalami kekurangan gula.

AmResearch dalam nota penyelidikannya berkata, kemelut itu berlaku apabila Australia yang merupakan pengeksport gula ketiga terbesar dunia akan mengurangkan bekalannya pada tahun ini selepas dilanda Taufan Yasi.

Brazil dan Thailand masing-masing merupakan pengeluar utama dan kedua gula di dunia.

Katanya, bencana alam itu akan menyebabkan Australia mengurangkan 50 peratus pengeluaran.

''Taufan itu melanda bahagian selatan Queensland, lokasi pengeluaran gula pada minggu lalu. Pusat pengeluaran gula besar-besaran milik Queensland Sugar Ltd. ini mengeluarkan 90 peratus eksport gula.

''Kumpulan Canegrowers mengunjurkan sehingga 50 peratus hasil gula telah musnah, iaitu 800,000 tan atau 30 peratus daripada eksport pada 2010,'' katanya dalam nota penyelidikan itu.

Firma penyelidikan itu menjangkakan bencana tersebut akan mengakibatkan kenaikan harga komoditi tersebut.

Katanya, kenaikan harga gula mentah baru-baru ini disebabkan oleh ketidakseimbangan permintaan dan penawaran - akibat keadaan cuaca dan permintaan tinggi bagi gula.

Gula mentah kini didagangkan pada harga AS$32.50 (RM98.80) setiap paun pada ICE Futures New York, naik 12 peratus sejak Oktober 2010.

Pada November tahun lalu, Organisasi Gula Antarabangsa (ISO) mengunjurkan lebihan gula dunia berkurangan daripada 2.7 juta tan kepada 1.3 juta tan, selepas kemarau di Brazil, banjir besar di Pakistan dan hujan di India.

Bagaimanapun, AmResearch berpendapat kenaikan harga gula dunia itu tidak memberi impak besar dalam industri minuman dan makanan di Malaysia kerana setiap pemain industri mempunyai pandangan berbeza mengenainya.

Kerajaan Malaysia pada tahun lalu telah mengurangkan pemberian subsidi gula sebanyak 11 peratus atau kenaikan sebanyak 20 sen sekilogram.

Di negara ini, harga gula ialah RM2.10 sekilogram, 70 hingga 80 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

Utusan Malaysia

3 comments:

  1. harga gula mentah dipasaran dunia naik bukan kerana faktor cuaca..
    punca sebenar adalah kerana umno...parti umno yang menyebabkan cuaca dunia tidak menentu.
    semua ini salah umno...kalu tak percaya cuba tanya orang2 pakatan.

    ReplyDelete
  2. nanti semua akan naik harga memang mcm tu lah kata nak capai tahap negara maju kena mcm tu lah..

    ReplyDelete