Monday, July 5, 2010

Satu Persatu Institusi Berkaitan Melayu Diserang


Artikel muka depan “Felda Bangkrap” yang dikeluarkan oleh Suara Keadilan (21-29 Jun 2010) merupakan satu serangan terancang terhadap institusi-institusi yang berkaitan Melayu. Selepas Petronas, SPRM, PDRM, Utusan, ATM, Felda dan yang terbaru ialah cubaan untuk memalukan institusi raja Melayu dengan tuduhan tidak berasas dilemparkan terhadap pembinaan istana oleh Malaysiakini (2 Julai) dan The Star (27 Jun). Amat wajar Suara Keadilan digantung kerana menyebarkan cerita karut. Malaysiakini dan The Star juga perlu diberi perhatian agar tidak menggunakan kebebasan media yang diberi untuk kempen propaganda yang tidak sihat hingga boleh menjejaskan imej kesultanan Melayu.

Felda diserang kerana pembangkang tahu banyak pengundi di Felda terhutang budi dengan Tun Abdul Razak dan Dato’ Seri Najib. Pembangkang tahu pengundi saluran 1 dan 2 adalah “fixed deposit” BN, namun generasi muda Felda cuba dihasut agar tidak mengenang jasa yang telah ditabur oleh pemimpin terdahulu.

Sejak 1 Julai 1956 Felda ditubuhkan di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 , Felda telah banyak membantu orang Melayu. Sebanyak 23, 785 kakitangan Felda telah mendapat peluang pekerjaan dengan Felda, seramai 112, 635 orang peneroka telah mendapat faedah di 317 tanah rancangan Felda, seluas 853, 313 hektar tanah telah dimajukan. Sudah 54 tahun Felda dibangunkan, setahun lebih awal usianya dari kemerdekaan negara. Mudah untuk melupakan semua kebaikan ini dengan hanya mengutuk dan menghasut orang lain dengan dakyah tidak baik. Sedarlah, bukan senang untuk membina sesuatu yang hebat, hendak meruntuhkan dan merosakkan memang kerja yang senang.

Sudahlah konsep negara Islam ditolak secara terang terangan oleh Karpal Singh, rumah orang Melayu pun mahu dirobohkan di Pulau Pinang, satu demi satu perkara yang berkaitan dengan orang Melayu telah diserang. Untuk tujuan apa sebenarnya? Semuanya ada agenda dan niat yang terancang. Malangnya orang Melayu dalam PAS dan PKR masih melihat isu-isu ini sebagai bukan isu mereka. Mereka masih sanggup lagi ditipu hidup-hidup oleh DAP. Hairan betul, kena tipu pun masih lagi hendak berkawan baik.

...anginperubahan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment