Sunday, July 11, 2010

Perpaduan Islam vs Perpaduan Melayu...


"Sebab itu, untuk menentukan keberkekalan kuasa politik yang kita miliki, kita kena bersatu. Kalau kita berpecah, kuasa politik yang menentukan kemajuan kita dalam bidang ekonomi, pelajaran akan hilang," Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Salam,
Soal perpaduan Melayu atau perpaduan Islam masih menjadi perdebatan, ibarat ayam dan telur yang mana dulu. Ramai yang terus berpolemik, perpaduan Islam mesti diutamakan berbanding perpaduan Melayu walaupun mungkin apa yang cuba dihasratkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah perkara yang sama.

Dinukilkan komen seorang pengunjung blog ini untuk renungan bersama. Sama ada pandangan penulis ini benar atau tidak, masih boleh disetujui atau tidak. Namun sekurang-kurangnya pandangan beliau ini ada kebenaran itu diinsafi.

Salam, Kita sebenar terlupa bahawa di Malaysia apabila kita sebut sahaja Melayu secara otomatik kita kaitkan dengan agama Islam. Di Indonesia tiada bangsa Melayu, cuma bangsa Indonesia yang pelbagai ugama. Orang Arab pun, walaupun majoriti besarnya org Islam, tetapi ada juga yang bergama Kristian dan Yahudi. Justeru di dalam konteks Malaysia, apabila TPM menyebut tentang perpaduan Melayu, secara otomatisnya ia membawa makna kepada perpaduan umat Islam di negara ini. Memang terdapat bangsa bangsa lain yang menganut agama Islam di Malaysia. Tetapi secara perbandingan jumlahnya, majoriti besarnya adalam umat Melayu. Adalah juga menjadi kelaziman di Malaysia, apabila seseorang menjadi mualaf (embracing Islam), ia akan secara sedar atau tidak akan terikut ikut dengan budaya melayu, seperti pemakaian, pemakaian dan dalam beberapa hal adat istiadat. Dan kebanyakkan mereka juga akan mencari pasangan hidup daripada orang melayu. Apabila lahirnya zuriat, pendaftaran bangsa anak anak mereka akan di kategorikan sebagai 'MELAYU'. Justeru di dalam konteks Malaysia, perpaduan Melayu itu adalah perpaduan umat Islam. Cuma apabila ada perbezaan politik, sesebuah parti politik akan cuba memanipulasikan isu isu sensitif untuk membolehkan ia meraih sokongan. Kalau di kupas dari segi pengertian memanglah istilah perpaduan melayu dan perpaduan Islam itu berbeza. tetapi jika di lihat dari konteks malaysia dan survivaliti 'status quo' Melayu dan islam menjadi tonggak kedaulatan negara, 'perpaduan Melayu' mempunyai maksud tersirat yang lebih bererti. Tiada gunanya melaungkan perpaduan Islam , jika negara tersungkur di tangan puak puak yang berniat meminggirkan islam dan mematikan kuasa politik orang melayu. Seperti kata kata seorang pemimpin mereka 'THERE WILL BE NO ISLAMIC STATE IN MALAYSIA'..tepuk dada tanya selera..

...ustazsaid.blogspot.com

No comments:

Post a Comment