Friday, July 30, 2010

Dua situasi orang berjunub boleh baca al-Quran


Apakah hukumnya membaca surah Yasin / Al Quran tanpa mengambil wuduk?

Jawapan: Ada banyak hadis yang menjelaskan mengenai larangan membaca al-Quran ketika sedang berjunub. Antaranya, sebuah hadis riwayat al-Tirmizi, daripada Ali Abi Talib RA yang bermaksud: “Adalah Rasulullah SAW membacakan kepada kami akan al-Quran , selama Baginda tidak menanggung hadas besar.”

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibnu Majah, daripada Ibnu Umar menyebut: “Janganlah hendaknya membaca orang yang berjunub dan orang yang haid akan sesuatu dari al-Quran.”

Membaca al-Quran dengan niat tilawah (membaca), bukan niat zikir dan bukan itlaq saja, iaitu niat membaca dan tidak niat zikir, dengan pembacanya melafazkan huruf-huruf sehingga didengar sekurang-kurangnya oleh pembaca sendiri, dalam keadaan berhadas besar atau junub hukumnya adalah haram.

Tetapi melafazkan al-Quran dalam hati saja atau digerak-gerakkan bibir (kumat-kamit) tanpa memperdengarkan diri sendiri, tidaklah menjadi haram kerana kelakuan itu tidaklah disebut sebagai membaca. Dalam Hasyiatul Bajuri juzuk 1, halaman 144 sebagai berikut:
“Kata Syarih: Yang ketiga, yang haram atas orang haid adalah membaca al-Quran, ertinya dengan bahawa dilanjutkannya dan diperdengarkan dan tidak ada sesuatu yang menghalangi pendengaran. Maka jika dialirkan al-Quran dalam hatinya dengan tidak diperdengarkan akan dirinya, tiadalah menjadi haram kerana sesungguhnya yang demikian itu, bukanlah membaca.”

Untuk pengetahuan kepada saudara yang bertanya, hanya dalam dua masalah seorang yang junub boleh membaca al-Quran. Pertama, individu yang solat fardu dalam keadaan junub, padahal dia Faqidut thahurain (iaitu ketiadaan dua alat pencuci, mahu mandi tak ada air, mahu tayamum tak ada tanah, maka diperkenankan baginya dalam sembahyang itu untuk membaca surah al-Fatihah saja dan tidak boleh membaca surah lain.

Kedua, seorang yang bernazar untuk membaca Yasin pada waktu yang tertentu. Tiba-tiba, waktu yang dia bernazar itu, ia berada dalam hadas besar, lagi ketiadaan air dan tanah, maka diperkenankan baginya membaca Yasin kerana darurat.

Dalam Hasyiatul Bajuri, juzuk 1, halaman 166 seperti berikut: “Tetapi orang yang ketiadaan air dan tanah dapatlah membaca al-Fatihah pada solat yang wajib, dan sepertinya juga bacaan yang wajib di luar solat seperti orang yang bernazar untuk membaca surah Yasin, pada waktu yang tertentu, maka adalah ia pada waktu itu dalam janabah lagi ketiadaan air dan tanah. Maka sesungguhnya dapatlah dibacanya kerana darurat.”

Adapun, membaca al-Quran sesudah membuang air kecil atau besar, ada khilaf (selisih) pendapat ulama mengenai hukumnya. Ada yang menyatakan haram dan ada yang mengatakan makruh. Menurut yang ditarjihkan, yang makruhlah yang muktamad.

Seperti disebut dalam Nihayatul Muhtaj ila Syarhil Minhaj, juzuk awwal, halaman 126 sebagai yang berikut, maksudnya:

“Dan janganlah hendaknya ia berkata-kata ketika buang air besar, baik dengan berzikir atau lainnya, maka berkata-kata di kala itu adalah makruh. Dan meliputi yang demikian itu akan membaca al-Quran ketika membuang air besar.”

Sebuah hadis riwayat Abu Daud, al-Nasa’i dan ibnu Majah, daripada al-Huhajir Qunfuz, yang bermaksud: “Bahawa ia pernah datang kepada Nabi Muhammad SAW yang mana Baginda sedang membuang air kecil, maka ia pun memberi salam kepada Nabi, maka Nabi tidak menjawabnya sehingga Baginda berwuduk, lalu Baginda menyatakan uzur seraya sabda Baginda, “Sesungguhnya aku benci bahawa aku menyebut Allah kecuali ketika suci.”

Sebuah hadis daripada Anas, beliau berkata, “adalah Nabi SAW apabila Baginda masuk ke tempat buang air, dicabutnya akan cincinnya.”
Dan sesungguhnya sahlah, bahawasanya lukisan cincin Baginda adalah huruf Muhammadurrasulullah.

Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

Rahsia Jari Jemari Manusia


Jari - jemari manusia menyimpan seribu satu, rahsia pemiliknya. Antara misteri jari ialah penentu kepada kesi hatan manusia. Menurut ajaran Islam se seorang perempuan yang ingin dikahwini juga adalah diseru agar dilihat dan diper­hatikan kepada jari. Melaluinya kesihatan keseluruhan tubuh badan dapat di pastikan oleh pihak lelaki.

Sebagai bukti kekuasaan Allah yang telah menjadikan jari ialah bagaimana penghidap kencing manis juga adalah dinasihatkan oleh pakar kesihatan agar membuat pemerik saan sendiri terutamanya pada jari - jemari dan juga jari kaki yang sering kebas untuk mengesan tanda luka atau jangkitan. Ini kerana deria rasa sakit penghidap kencing manis akan berkurangan. Rawatan awal ini dapat mengelak jangkitan merebak dengan lebih dahsyat.

Selain itu perokok tegar juga dapat dikesan melalui tanda-tanda tindak balas bahan kimia dalam rokok yang ter dapat di jari-jemari. Buktinya setiap kali perokok menyedut, dia akan menyerap masuk lebih dari 4,700 bahan kimia yang telah terbukti memberi kesan buruk pada setiap inci tubuh perokok. Antara kesan serius ini ialah kulit lebih cepat berkedut, gigi dan jari-jemari perokok akan menjadi kuning.

Manakala dalam masyarakat Cina lebih gemar menilik dan membelek tangan serta kulit timbul di jari jemari untuk menilik masa depan seseorang. Pemerhatian yang mendalam dengan mengambil kira susur galur urat di jari-jemari akan mencerita kan banyak rahsia seperti kebahagiaan dan kecelakaan seseorang menurut pengamalan masyarakat Cina.

Manakala dalam masyarakat Melayu yang sinonim dengan penghayatan Islam pula mengembalikan rahsia jari dan cap jari adalah milik Allah pen cipta manusia. Namun sekiranya kita perhatikan jaluran urat di tapak tangan kanan akan tertera nombor Arab 18 dan tapak tangan di bahagian kiri pula akan tercatat nombor 81. jika seorang hamba Allah berdoa maka kedua-dua tapak tangan ini akan dicantumkan dan cantuman ini akan menjadikan angka. 99. Nombor 99 ini boleh diertikan dengan 99 nama Allah yang Maha Agung lagi Maha Mulia.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah mem beritahu para sahabat dan umat Islam bahawa Allah memiliki 99 nama yang indah dan diberkati maka berdoalah ke pada Allah melalui sifat-Nya yang agung dan terpuji.

Hakikatnya jari dan cap jari merupakan tanda di antara tanda kekuasaan Allah.

Kondisi dan struktur jaringan halus urat timbul yang kompleks ini telah menyebabkan proses sains dan teknologi makin berkembang pesat untuk mengkaji serta menyelidik demi menambah baik kesenangan dan keselesaan hidup manusia pada masa mendatang. Walau pun situasi jenayah makin bertukar dan berkembang pesat selari dengan kepe satan teknologi namun adalah sesuatu yang mustahil di alam ini bagi menghilangkan dan melenyapkan identiti diri kerana setiap penciptaan manusia ada hikmah yang tersirat dan tersimpul di se balik kejadiannya.

Penulis, Mohammad Shukri Bin Osman
Pegawai Hal Ehwal Islam Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang.

Wednesday, July 28, 2010

Saya Ingin Memuji Tun Siti...


Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat. Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah..

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi. Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”. Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir. Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap ‘busy body’ bagi negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.

Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.

Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!

Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya..Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

...Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Rahmat menjadi wanita Islam


Rahmat menjadi wanita Islam
Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd para wanita……

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
 
2  Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
 
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
 
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada *80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
 
5.Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
 
6.Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
 
7.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
 
8 Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
 
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
 
10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
 
11 Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
 
12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
 
13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
 
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
 
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
 
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
 
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
 
18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
 
20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-
 
21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
 
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7*tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala*80* tahun ibadat.*

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
 
[Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992. Hadis nabi mengenai wanita. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". Wallahua'lam...

Renung-renungkan dan selamat beramal

Monday, July 26, 2010

Lima Pantangan Hidup


Dalam menghadapi kehidupan ini ada lima pantangan yang sebaiknya tidak kita lakukan, yaitu:

1. Pantang bertindak sia-sia.
Setiap tindakan kita sebaiknya terhindar dari kesia-siaan. Setiap tutur
kata, setiap langkah dan setiap apapun hendaknya dilakukan untuk sesuatu yang bermanfaat, baik di dunia maupun akhirat.

Jika kita bisa menghindari kesia-siaan, insya Allah kita akan menjadi
'peribadi yang berjaya'.

2. Pantang mengeluh.
Keluh kesah tidak menyelesaikan masalah. Seandainya dengan mengeluh masalah bisa selesai, maka semua orang akan menyelesaikan masalahnya dengan mengeluh. Tetapi mustahil itu terjadi.

Jika kita tidak mengeluh dalam menghadapi segala persoalan, maka insya
Allah kita akan menjadi 'peribadi yang tangguh.'

3. Pantang menjadi beban.
Bersikap mulia dengan tidak menjadi beban bagi orang lain adalah sikap yang sangat terpuji. Walaupun tidak mungkin bagi kita untuk sama sekali tidak bergantung, tetapi paling tidak kita mengurangi sekecil-kecilnya ketergantungan itu. Setiap bantuan orang lain sekecil apapun, sebaiknya segera kita bayar dengan apapun semampu kita.

Jika kita tidak menjadi beban orang lain maka insya Allah kita akan
mempunyai 'harga diri' yang tinggi.

4. Pantang berkhianat.
Berkhianat adalah sikap yang sangat tercela. Sesulit apapun keadaan kita, jangan pernah berkhianat.

Jika kita tidak pernah berkhianat maka kita akan menjadi peribadi yang
'terpercaya'. Nah, kepercayaan inilah modal yang sangat berharga dalam mengarungi hidup.

5. Pantang mengotori hati.
Hati adalah komponen yang sangat penting dalam tubuh. Jika hati baik, maka menjadi baiklah seluruh tubuhnya. Sebaliknya jika hati buruk, maka buruklah sekujur tubuhnya.

Jika kita bisa menjaga hati tetap bersih maka insya Allah kita akan
menjadi 'bahagia' dan amal ibadah kita diterima.

...malaysiaria

Friday, July 23, 2010

Penggoda Cinta yang malu


Ada yang bertanya mengapa diri tertanya-tanya juga, kenapa cinta selepas kahwin (yang usianya telah bertahun-tahun) tidak sehangat dulu. Dulu, berpisah terasa rindu… tetapi kini lain sekali. Walaupun masih ada rasa rindu, tetapi tidak lagi sehangat dulu. Rinxdu itukan buah cinta, jika tidak ada rindu ertinya tidak ada buah cinta. Cinta yang tidak berbuah, tentulah cinta yang layu!

Bila berjauhan, ada juga berkirim sms, tetapi tidaklah sekerap dulu. Sekadar bertanya, apa khabar di sana? Macam mana anak-anak? Atau sekadar minta doanya. Tidak ada lagi kalimah cinta berbunga-bunga. Atau pujuk rayu yang sayu-sayu. Ah, biasa-biasa sahaja.

Betulkah selagi cinta itu diburu, ia akan indah. Tetapi bila ia telah dimiliki, keindahannya akan pudar sedikit demi sedikit. Kata orang tua dahulu, bila jauh (masih belum dimiliki) berbau bunga, bila dekat (sudah hari-hari di sisi) keharumannya tiada lagi. Ah, begitukah adat dunia?

Kata sesetengah lelaki (entah species mana), wanita kelihatan cantik selagi tidak menjadi isteri kita. Setelah menjadi isteri, kecantikannya akan hilang. Jika semua lelaki berpandangan begitu, rosaklah dunia. Ini semua gara-gara nafsu yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Kehendaknya tidak terbatas. Kerenahnya tidak kenal puas. Melayani nafsu bagai meminum air laut, semakin diminum semakin haus.

Kata orang itulah sebabnya lelaki berpoligami. Dia tidak cukup dengan satu. Hujjah itu salah sama sekali. Jika lelaki itu rakus nafsu, bukan setakat dua, tiga dan empat, bahkan lima, enam, tujuh wanita sekalipun dia tidak akan pernah puas. Lihat sahaja Tiger Woods yang mengaku berselingkuh dengan 120 wanita! Poligami bukan untuk maladeni (melayan) nafsu lelaki ini , tetapi kerana ada hikmah lain yang lebih murni.

Kita tinggalkan lelaki yang bersifat ‘jantan’ itu. Mari kita bicarakan soal wanita pula. Wanita yang telah menjadi isteripun ada salahnya. Selepas sahaja dia bergelar isteri, semuanya menjadi terlalu ‘murah’. Tidak semahal seperti sebelum kahwin dahulu. Malunya sudah kurang. Tidak pandai ‘jual mahal’ untuk mendapat perhatian suami.

Jika dulu puas berlangir, berbedak, berhias sebelum bertemu suami, setelah berkahwin lain pula ceritanya. Bau badan tidak dijaga, asyik ‘mendedah aurat’ (maksudnya berpakaian tidak sempurna) tanpa mengira masa dan tempat. Bila setiap masa terdedah, di mana indahnya? Ingat selalu, seni memikat hati suami. Apa salahnya menggoda suami sendiri?

Kalau dahulu suapan makanan pun dijaga, dibuat penuh tertib dan kecil-kecil. Menguyah makanan pun tidak kedengaran bunyinya. Sunggup sopan, persis gadis pingitan. Maaf, lepas beberapa bulan berkahwin, kesopanan dan ketertiban itu semakin mengurang. Cara duduk, tidak dijaga lagi. Menguap tanpa menutup mulut. Suaranya… tidak semerdu, ketawa, ha.. ha.. ha.. berdekah-dekah. Mana hilang malunya?

Jangan terkejut jika kita ‘menjual’ terlalu murah, orang akan meragui kualitinya. Suami akan berhenti ‘memburu’ anda jika anda terlalu jinak dan murah. Ini bukan bermaksud untuk mendorong anda menjadi terlalu liar atau terlalu mahal… tetapi belajarlah malu-malu seperti mula-mula kahwin dahulu. Insya-Allah, suami anda akan menjadi pemburu yang merancang seribu satu taktik dan strategi untuk memikat dan mendapatkan kasih-sayang anda. Biar dia menjadi pemburu cinta mu!

Jika isteri berjaya mengekalkan rasa malu, dia akan dapat mengekalkan sifat, kelakuan dan personaliti yang menarik perhatian suami. Dia akan dirindui bila jauh, akan disayangi bila dekat. Dia dilihat cantik sebelum bergelar isteri dan akan menjadi lebih cantik selepas itu. Sesungguhnya, malu itu satu perhiasan dalaman sama seperti permata yang menjadi hiasan luaran.

Ya, seperti permata. Ia selalu disimpan dalam bekas yang cantik. Diletakkan dalam almari dan dikunci. Hanya sekali-sekali dibuka dan untuk orang yang tertentu sahaja. Permata tidak dipamerkan merata-rata atau dibiarkan terdedah sentiasa. Jika terdedah sentiasa, itu bukan permata, itu hanya kaca. Maka begitulah dengan malu. Ia akan mendorong siisteri mengekalkan keanggunan, perhiasan diri dan kejelitaannya.

Belajarlah dari bulan mengambang. Bulan hanya mengambang sekali-sekala… Bulan tidak mengambang setiap malam… kerana dengan mengambang sekali-sekala itulah pungguk jadi perindu, manusia tertunggu-tunggu. Begitulah isteri yang masih malu, suami akan menjadi perindu.

Bagaimana pula gaya seorang perindu? Ah, memburu cinta perlu bergaya. Jika yang diburu itu indah, yang memburu juga akan memperindahkan dirinya. Kita tidak akan menyentuh permata dengan tangan yang kotor. Kita tidak akan tega mengusapnya dengan tangan yang berbau. Yang indah perlu disentuh dengan yang indah jua. Yang harum perlu ditantang dengan yang harum juga.

Jadi bagaimana? Ya, bukan untuk para isteri sahaja, untuk suami juga perlu ada malunya. Jika anda inginkan isteri anda berhias, anda bagaimana? Tegakah kita asyik berkain pelikat, berbaju T dengan perut ‘boroi’, rambut kusut tak bersikat tetapi mengharap isteri tampil sebagai ratu untuk melayan kita? Maaf, kalau itulah ‘umpannya’ anda akan dapat ‘ikan’ yang begitu juga.

Ingat selalu hukum pantulan, apa yang kita berikan akan kita terima semula sebagai balasan. Jika buruk yang kita tampilkan, maka yang buruk juga akan datang sebagai balasan. Begitulah juga dengan hukum tarikan, yang baik akan menarik yang baik, yang cantik akan menarik yang cantik.

Suami inginkan isteri berubah, tetapi kenapa anda berada ditakuk lama juga? Ingat, perubahan andalah yang akan merubah orang lain. Ubahlah penampilan diri. Kalau isteri jadi penggoda, anda harus jadi pemikat. Bagaimana ya? Jangan tanya bagaimana, jika kita sudah ada kemahuan. Kemahuan akan menyebabkan anda memperoleh pelbagai cara. Kata orang, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan.

Jadi, bertanyalah dengan diri, mana minyak wangi yang menjadi daya pemikat isteri waktu mula bertemu dahulu? Mana kata-kata manis yang menjadi madah cinta waktu bercanda dulu? Mana wajah prihatin, muka simpati dan empati serta senyuman yang ikhlas ketika mula-mula bersama dulu? Carilah, kita tidak terlalu tua untuk itu. Apakah ada had usia untuk melakukan suatu kebaikan?

Usahakan semula segalanya dengan membina semula rasa malu. Dan ingat bahawa rasa malu itu ada kaitan dengan iman. Iman dan malu lazim berlaziman. Jika terangkat iman, terangkatlah juga rasa malu. Sebab itu kata hukama, “bila kau hilang malu lakukanlah segalanya.” Maksudnya, bila rasa malu hilang, kita tidak akan fikir haram dan halal lagi… semuanya dilanggar tanpa segan-silu lagi. Antara ciri isteri yang solehah ialah isteri yang mengekal rasa malunya terhadap suami sehingga hidung suami tidak mencium sesuatu yang busuk dan mata suami tidak akan terpandang sesuatu yang buruk padanya.

Ya, diantara perbezaan insan dengan haiwan, selain insan punya fikiran ialah rasa malu. Malu itu sesuatu yang sangat berharga, ia adalah perhiasan di depan orang yang kita sayangi. Bahkan dalam Islam, malu dan iman sering disinonimkan. Ertinya, untuk mencari semula rasa yang malu yang dulu, samalah seperti menyusur semula jalan iman. Jika kita temui iman, maka secara automatik akan ada rasa malu.

Rasulullah SAW sendiri sangat menghargai sifat malu. Sehinggakan baginda akan berhias dan bersedia lebih daripada kebiasaannya apabila Sayidina Usman datang menemuyinya. Kenapa? Ini kerana sayidina Usman adalah seorang sahabat yang begitu terkenal dengan sopan santun dan malunya.

Inilah malu yang bertempat dan tepat pula masanya. Justeru, suburlah rasa cinta dalam rumah-tangga dengan menyuburkan semula rasa malu.

...malaysiaria

Thursday, July 22, 2010

Senator tegur menteri, timbalan dan pegawai kementerian


KUALA LUMPUR 21 Julai - Bermula dengan menteri, timbalannya serta menteri berstatus senator; syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat penjana tenaga bebas (IPP) dan pengkhianat negara, semuanya terkena 'libasan maut' Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Musa memang terkenal dengan kelantangan yang disampaikan dalam nada bersahaja sambil berseloroh, dan hari ini sekali lagi beliau membuktikan kejaguhannya semasa membahaskan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) pada sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau memulakan perbahasannya dengan menegur menteri, timbalan dan pegawai kementerian yang tidak bersungguh-sungguh untuk hadir ke Dewan Rakyat bagi mendengar Ahli-Ahli Dewan Negara membahaskan perkara yang begitu penting iaitu RMK-10.

"Kita tidak boleh salahkan pegawai kementerian kerana ketua mereka sendiri tidak menunjukkan teladan baik. Apabila menteri dan timbalannya sekejap ada, sekejap tiada, bagaimana pegawai hendak menghormati mereka?

"Apa yang sedihnya, ada menteri yang dilantik atas tiket senator pun tidak hadir, sedangkan jika tiada Dewan Negara mereka ini tidak boleh menjadi menteri. Jadi kenalah bersyukur. Mungkin mereka sibuk tetapi masalahnya, Perdana Menteri dan timbalannya boleh pula datang," katanya.

Seterusnya, Musa menyentuh pula berkenaan perilaku GLC yang dianggap gagal menjalankan fungsi sebenar mereka iaitu untuk membangunkan negara dan rakyat.

"Apa yang berlaku sekarang amat mendukacitakan. Kita bukannya cemburu dan ingin mengaibkan sesiapa tetapi tidak mahu lagi 'tikus-tikus gemuk' yang hanya fikir untuk menggemukkan diri sahaja, hingga pegang dua-tiga jawatan dalam GLC seolah-olah tiada lagi orang yang layak di negara ini.

"Mereka ini sudah terlalu lama dalam GLC, cuma untuk hangatkan kerusi dan mahukan ganjaran sahaja sebab itulah GLC ini sentiasa rugi,'' katanya.

Musa juga menegur GLC yang lebih banyak bersifat membodek pemimpin daripada melaksanakan tugas hakiki mereka yang sebenarnya.

"Jika ada pemimpin besar negara maka di situlah pelbagai projek dan aktiviti akan dibuat. Contohnya semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, semua GLC berebut-hendak buat projek di Kepala Batas.

"Hinggakan semasa ibadah korban, berlori-lori lembu dihantar ke situ, hinggakan sampai setahun orang-orang Kepala Batas tidak habis-habis makan daging korban. Tetapi kini apa jadi, terlalu sukar untuk Pak Lah hendak mencari pihak yang ingin menaja lembu korban," katanya.

beliau merayu kepada kerajaan terutama Kementerian Kewangan supaya melihat prestasi GLC dengan mata hati, buang individu yang gagal berfungsi kerana syarikat berkenaan bergerak atas duit rakyat.

Tegas Musa, kerajaan amat perlu bertegas apabila berurusan dengan IPP dengan mengambil kira kebajikan dan kepentingan rakyat yang perlu pada setiap masa diutama dan didahulukan tanpa sebarang kompromi.

Dalam pada itu, apabila menyentuh mengenai portal politik The Malaysian Insider yang kononnya dibiayai oleh individu yang pernah mendapat projek bernilai bilion ringgit daripada kerajaan, Musa menegur Kementerian Dalam Negeri yang dianggap seperti tidak membuat kerja.

"Saya hendak tanya kementerian itu, bagaimana orang biasa seperti Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah boleh mendapat maklumat terperinci mengenai individu itu yang menggunakan kekayaan yang diberi kerajaan untuk menghancurkan negara, tetapi mereka masih lagi menyiasat tanpa tindakan diambil," katanya.

...utusan

Berkasih Tanpa Cinta?


Berkasih dengan orang yang kamu tidak pernah cintai bukanlah sesuatu yang mustahil. Walaupun pada awalnya agak sukar untuk kamu menerima seseorang itu sebagai kekasih tanpa ada cinta di hati. Namun andai dia hadir di waktu yang tepat, kamu masih tidak berteman dan dia menjanjikan kebahagian buatmu mengapa harus menolaknya.

Diakui setiap orang ada pilihan dan cita rasa tersendiri. Namun ada kalanya kamu harus belajar untuk menerima cinta yang dating tanpa di undang ini. Biarpun tidak sebaik yang diharapkan,namun tidak mustahil cinta tersebut boleh membahagiakan. Oleh itu,bagi kamu yang mengalami konflik cinta seperti ini,sebaliknya jangan terlalu mudah menolak cinta. Cubalah untuk mempertimbangkannya terlebih dahulu. Perhatikan petanda-petanda di bawah.andai ia ada dalam situasi kamu ternyata dia memang jodoh kamu..

Petanda 1.
Rahsia sepasang kekasih untuk memastikan perhubungannya berkekalan adalah saling membantu antara satu sama lain serta bertolak ansur. Ertinya kamu berdua boleh menikmati segala aspek kehidupan bersama-sama dan semuanya terasa begitu mudah meskipun tanpa melibatkan orang lain. Nah! Adakah kamu sudah merasakan hal tersebut? Jika ya,si dia sememangnya layak menjadi calon teman hidupmu!!

Petanda 2.
Salah satu criteria yang menentukan sepadan @ tidaknya jodoh kamu adalah kemampuannya bersikap santai di depan kamu. Apa kata mulai hari ini kamu cuba perhatikan,gerak-gerinya,caranya berpakaian,gaya rambutnya,cara bicaranya serta lawaknya. Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak,kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu.

Petanda 3.
Kamu berdua ada ‘instinct’ yang kuat. Apa yang dilakukannya kamu seperti sudah tahu walaupun belum diberitahu.Bukan itu sahaja,kamu atau si dia juga saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan satu sama lain pada situasi tertentu. Selamat!! Mungkin sebenarnya dialah belahan jiwa kamu yang tersimpan…

Petanda 4.
Bersamanya boleh membuat perasaan kamu menjadi santai,tenang tanpa perasan tertekan.Berjam-jam bersamanya setiap waktu dan setiap hari tidak membuat kamu merasa bosan. Ini boleh menjadi pertanda bahawa kamu berdua lambat laun akan saling terikat.

Petanda 5.
Dia sentiasa bersama kamu waktu susah atau senang. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tidak takut mengalami pasang surut saat bersama. Sekarang ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat PMS kamu datang menyerang? Dia cepat-cepat datang dan mencarikan ubat saat mendengar berita kamu sakit? Jika ya,tak salah lagi.Dialah orangnya….

Petanda 6.
Dia tidak penah kisah kehidupan masa lalu kamu.biarpun kamu telah menerangkan padanya kamu mempunyai sejarah hitam bersama kekasih terdahulu, namun itu tidak pernah menjadi penghalang cintanya pada kamu. Dia juga tidak malu-malu menceritakan masa lampaunya. Nah,ini bererti dia sudah bersedia menerima kamu seadanya..
Petanda 7.
Setiap orang pasti memiliki kekurangan dan kamu tidak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Biarpun pada saat itu kamu tampil ‘buruk’ di depannya misalnya saat kamu baru bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Andai si dia sedia menerima kekurangan kamu itu dan kamu juga tidak pernah menyorok kekurangan kamu itu memang tepatla andai kamu berdua hidup bersama.

Petanda 8.
Kamu sentiasa rasa selamat apabila berkongsi rahsia dengannya berbanding dengan teman-teman lain. Atau kamu sememangnya tidak lagi menyimpan sebarang rahsia dengannya. Ibarat kata sebaris ayat cinta tiada rahsia diantara kita. Sekiranya ini yang kamu alami,berbahagialah!! Kerana ini bermakna kamu telahpun menemui pasangan sejati.

Petanda 9.
Cubalah berjauhan denganya selama sebulan. Dari sini kamu dapat mengukur tahap kasih sayang kamu padanya. Andai kamu juga mencintai si dia,pastinya apabila berjauhan hati akan rasa kosong tanpa si dia di sisi. Namun andai kamu langsung tidak mempunyai sebarang perasaan, ternyata kamu dan dia tidak ada jodoh untuk bersama.

Petanda 10.
Senaraikan semua kebaikan dan keburukan si dia pada kamu. Mana satu yang lebih banyak. Kalau kebaikan lebih banyak,kamu memang bertuah kerana si dia benar-benar mencintaimu. Namun jika sebaliknya kamu tidak perlu menyesal sekiranya kamu menolak cintanya,gadis/ jejaka idaman.

Tuesday, July 20, 2010

Persoalan Ayam atau Telur Sudah Terjawab


“Mana yang lebih dulu, ayam atau telur?” sudah menjadi pertanyaan paling filosofis ataupunn ilmiah selama berabad-abad.Tapi kini, jawapannya sudah ditemui.

Para ilmuwan minggu ini mendakwa telah menemui jawapan teka-teki tersebut. Jawapannya, adalah ayam.

Seperti dilaporkan Mailonline, para peneliti menemukan bahawa pembentukan kulit telur bergantung pada satu protein yang hanya ditemui di indung telur ayam. Ini bermakna, telur hanya boleh terjadi jika berada di dalam ayam.

Protein yang disebut ovocledidin-17, atau OC-17 – bertindak sebagai katalis untuk mempercepat pengembangan kulit telur itu.

Cangkan keras ini penting sebagai tempat bagi kuning dan putih telur. Para ilmuwan dari universiti di Sheffield dan Warwick menggunakan super komputer untuk men-‘zoom in‘ pembentukan telur tersebut.

Komputer yang disebut HECToR itu mengungkapkan bahwa OC-17 sangat penting dalam memulakan kristalisasi atau tahap awal penciptaan kulit telur.

Protein tersebut mengubah kalsium karbonat menjadi kristal kalsit yang membentuk kulit telur.

Kalsit kristal ada di berbagai tulang dan tempurung tetapi mereka terbentuk dengan lebih cepat di dalam tubuh ayam. Unggas itu mampu menghasilkan 6 gram kulit telur setiap 24 jam.

Dr Colin Freeman, dari Departemen Teknik Material Universitas Sheffield, mengatakan : “Selama ini orang mengira bahwa yang terlebih dulu ada adalah telur, tapi kini kita memiliki bukti ilmiah yang menunjukkan bahawa sebenarnya ayamlah yang lebih dulu ada.”

“Protein itu sudah diidentifikasi lama dan diketahui terlibat dengan pembentukan telur. Ternyata, dengan memeriksanya kita dapat melihat cara protein itu mengendalikan proses pembentukan kulit telur.”

“Menarik untuk diketahui bahawa berbagai jenis spesies burung memiliki variasi protein tetapi dengan cara kerja yang sama,” kata Freeman.

Profesor John Harding, dari jurusan yang sama di Sheffield, mengatakan bahawa penemuan itu juga berguna untuk perkara lain.

“Memahami cara ayam membuat kulit telur dapat memberi petunjuk menuju rancangan baru ataupun bahan baru,” katanya.

‘Alam telah menemukan penyelesaian inovatif untuk semua jenis masalah dalam ilmu berkaitan materi dan teknologi – kita dapat belajar banyak daripada alam.”

Penemuan itu diterbitkan dalam majalah “Structural Control Of Crystal Nuclei By An Eggshell Protein”.

Monday, July 19, 2010

Daging kotak dari India bukan lembu


Pengguna keliru banding harga produk segar tempatan
ALOR SETAR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan daging import dari India yang dipasarkan di negara ini adalah daging kerbau dan ia dijual pada harga lebih murah, berbanding harga daging lembu tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata ramai pengguna tidak tahu bahawa daging import India yang lebih dikenali sebagai daging kotak dan dipasarkan secara meluas di negara ini adalah daging kerbau dan bukannya daging lembu.
Katanya, daging kerbau yang dijual di pasaran ketika ini adalah daripada gred biasa dan membolehkannya dijual pada harga lebih rendah, menyebabkan ramai pengguna membandingkannya dengan harga daging tempatan.

“Kita tidak mahu rakyat keliru dan menganggap daging kotak ini sebagai daging lembu, sedangkan tidak ada langsung daging lembu dibawa masuk dari India.

“Namun, terpulang kepada rakyat untuk memilih berdasarkan keperluan dan kemampuan mereka, tetapi saya harap tidak ada lagi kekeliruan mengenai hal ini.

“Setiap tahun sebanyak 80,000 tan daging kerbau import dari India dibawa masuk ke negara ini dan ia amat popular di kalangan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.
“Dalam pasaran ketika ini memang daging kotak jauh lebih murah iaitu antara RM8 dan RM10 sekilogram, berbanding daging segar tempatan yang dijual pada harga RM17 hingga RM19 sekilogram,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), di sini, semalam.

…berita harian
.....................................................................................
Kisah daging kerbau
SEORANG pensyarah yang membuat kajian berkaitan daging import memberitahu Awang bahawa hampir 80 peratus daging import yang berada di pasaran adalah dari India.
Di India, semua tahu bahawa lembu adalah ternakan suci bagi penganut agama Hindu yang merupakan agama rasmi negara tersebut. Mana mungkin lembu menjadi ternakan eksport India.

Menurut pensyarah itu, didapati ternakan yang disembelih secara komersial adalah kerbau yang selalu dirujuk sebagai Indian Beef. Ini bermakna daging import dari India yang dinikmati oleh kebanyakan rakyat kita sejak sekian lama adalah kerbau dan bukannya lembu.

''Saya kecewa kerana rakyat kita disajikan dengan daging kelas tiga. Yang lebih menyedihkan selama ini kita tidak dimaklumkan bersungguh-sungguh bahawa daging yang dimport dari India adalah kerbau," katanya.

Berdasarkan kajiannya juga, ramai pengguna tidak mengetahui tentang perkara itu. Di India, kerbau digunakan untuk mengusahakan tanaman sawah iaitu membajak dan pelbagai kegunaan lain. Kerbau yang masih muda digunakan untuk bekerja dan yang melebihi lima tahun atau dianggap tua, dijadikan daging eksport.

''Cuba kita bayangkan, yang kita makan sudahlah daging kerbau, malah tua pula," katanya sambil menunjukkan lampiran kajian daging kerbau tua amat kurang khasiatnya, apatah lagi jika dibandingkan dengan daging lembu import dan tempatan yang lebih berkhasiat.

Awang tersentak kecil apabila diberitahu bahawa banyak negara termasuk Indonesia telah lama melarang import daging kerbau. Negara itu cuma mengimport daging berkualiti dari Australia.

Lalu Awang bertanya mengapa Malaysia mengimport daging kerbau dari India. Jawapannya - harga lebih murah.

Nampaknya faktor harga murah dijadikan kewajaran bagi lambakan daging kerbau di negara ini. Pertanyaan Awang lagi, mengapa hal ini tidak diberi penekanan kepada kerajaan, jawapannya - tidak mungkin berkesan.

Pensyarah itu mendakwa bisnes daging import terutama kerbau, sudah dikuasai kartel bukan Melayu. Itulah realitinya, makanan halal untuk Islam dikuasai bukan Islam.
Awang sekadar lontarkan isu ini untuk renungan semua demi kepentingan rakyat. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu menjelaskan kedudukan sebenar. Jika apa yang disampaikan ini salah dan tidak tepat, harap perbetulkan.

Tetapi yang lebih penting pada Awang ialah persoalan berkaitan keselamatan makanan (food security) yang merupakan antara tonggak utama dalam pertahanan menyeluruh sesebuah negara. Penternakan lembu dan kambing tempatan perlu diperhebatkan sebagaimana yang dibuktikan menerusi kejayaan Thailand.

Industri penternakan termasuk yang diusahakan oleh penduduk kampung boleh mendapat manfaat. Potensinya amat besar tetapi usaha yang ditampilkan nampak terhad. Kita tidak bersungguh-sungguh kerana lebih ghairah mengimport ternakan luar sehinggakan daging kerbaupun digambarkan sebagai lembu. Sebenarnya banyak lagi persoalan yang melingkari isu-isu penternakan. Agaknya apa lagi yang kita tidak tahu dan tidak diberitahu...

…utusan malaysia/awang selamat

Friday, July 16, 2010

Langkah Bestari Suami Mithali


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-an ak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun.Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.Elakkan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.3

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri.Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

...Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah

Thursday, July 15, 2010

10 sebab jangan bercinta dengan suami orang


1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan.

 Namun , jika sedia mampu dari segi zahir dan batin , mampu memimpin kamu dari rohani dan bab agama , isteri tak mampu memberi zuriat , isteri gagal tunaikan tanggung jawab...cuba fikirkan......namun yang sah apabila kamu di akad nikah.....dengan wali yang sah .....Allah yang memilih insan tersebut untuk berkhawin 1...2...3.. 4 ....jika di takdirkan kamu menjadi isteri ke 2....3 , maka kena redha dengan ketetapan Allah kerana jodoh , ajal maut , rezeki dan jodoh bukan anda yang menentukan.

Tuesday, July 13, 2010

Melayu : Marilah bersatu dengan tali Allah - Ketua Pemuda PAS


1. Secara umumnya , melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam . Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh ummatnya bersatu padu dan jangan berpecah belah . Antaranya apa yang difirmankan oleh Allah swt di dalam surah Aali Imran ayat 103 - 105 .

dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah swt kepada kamu ketika kamu bermusuh - musuhan lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [ sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam ] , maka jadilah kamu dengan nikmat Allah swt itu bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat - ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjukNya .

dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan , menegakkan yang makruf [ syariat ] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan .

dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan - keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar .

2. Mengambil iktibar dari ayat di atas , kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [ Islam ] yang kukuh dan utuh . Tanpanya ummat akan binasa . Justeru itu saya tidak nampak sebab kenapa orang melayu yang rata - ratanya beragama Islam tidak boleh bersatu di atas nama Islam .

3. Orang melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya . Tinggallah faham nasionalis [ perkauman ] dan berhijrahlah jasad , pemikiran dan aqidah [ keyakinan ] kepada Islam agama yang dianuti bersama . Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat . Tanpa Islam maka apalah ertinya melayu . Aslim Taslam [ Islamlah nescaya kamu selamat ]

4. Perpaduan yang dibina diatas premis material , perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perpaduan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah swt tuhan yang mencipta kita . Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai kita . Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam . Lihat bagaimana penegasan Allah swt di dalam firmanNya [ surah al Anfaal. Ayat 64 ] :

dan dialah yang menyatupadukan diantara hati - hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan diantara hati mereka . akan tetapi Allah swt telah menyatukan padukan diantara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha bijaksana .

5. Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi saw juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya , namun apa yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya .

6. Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti [ PAS ] yang berjuang untuk menegakkan Islam dan mendaulatkannya . Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan , kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan . Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain , saya menyeru kepada seluruh ummat melayu dalam negara ini , marilah kita bersama dan bersatu dengan perjuangan Islam [ Tali Allah ] ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah swt . Ingatlah Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah Ayat 258 :

Tiada paksaan untuk menganut agama Islam , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan . Oleh itu , sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah swt , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus . dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .

7. Perjuangan ummat melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar . Melanggar perintah Allah swt lalu terperangkap dalam penyelewengan , penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan yang lemah . Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala , mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah swt. Tanpa segan silu dan rasa bersalah , mereka melakukan rasuah , berjudi , minum arak , mendedahkan aurat , bergaul bebas , berzina , menggelapkan wang , peras ugut dan 1001 kefasadan .

8. Persoalannya kenapa susah sangat kita orang melayu untuk kembali kepada Islam ? apakah kerena kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi dari wahyu Allah swt ? lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut ? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk ummat melayu , agar melayu menjadi hebat , mulia dan terpandang maka satu - satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam .

9. Hari ini , ada orang pertikaikan kemana hilangnya kuasa politik orang melayu ? bagaimana nasib orang melayu yang kian terpinggir di kampung - kampung dan desa ? kenapa melayu mesti bercakaran sesama sendiri ? apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu ? . Menjawab kepada semua persoalan itu , saya gesa kepada seluruh pemimpin - pemimpin melayu khasnya supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam , agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu , Kitab yang satu , Nabi yang satu , Kiblat yang satu .

10. Apabila ummat melayu bersatu diatas premis yang kukuh ini iaitu Islam , maka perpaduan itu menjadikan mereka kuat dan utuh . Mereka akan miliki kuasa politik . Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaaful yang disyariatkan oleh Islam . Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka . Mereka akan bersatu dan berdamai dengan plan ukhuwwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam . Ertinya Islam menjadikan melayu hebat dan mulia .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Golongan agama komited satukan UMNO-Pas


KUALA LUMPUR 12 Julai - Golongan agama hari ini melahirkan komitmen tidak berbelah bahagi untuk terus berusaha menyatukan UMNO dan Pas demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong kedua-dua parti.

Penyatuan dua parti orang Melayu itu jika benar-benar berlaku dianggap kemenangan paling besar bagi umat Islam negara ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai golongan agama, segala cabaran harus dihadapi dengan tenang kerana tanggungjawab menyatukan umat Islam termasuk membabitkan parti-parti politik orang Melayu merupakan tuntutan agama.

"Tidak boleh tidak, kita terpaksa mengakui masa depan Islam di negara ini terletak di tangan orang Melayu. Atas sebab itu saya dalam usia lebih 70 tahun ini tidak pernah berhenti berusaha selain berdoa untuk melihat orang Melayu benar-benar bersatu.

"Perpecahan antara kedua-dua parti ini sebenarnya cukup memberi kesan kepada kedudukan Islam sekali gus kedudukan orang Melayu di negara kita. Malaysia adalah negara kita dan sekiranya berlaku sesuatu yang buruk ke mana harus kita pergi?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan UMNO bersatu dan bekerjasama.

Lokman berkata, jika UMNO dan Pas bekerjasama banyak perkara boleh dilaksanakan termasuk hukum hudud berbanding tindakan bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza.

Harussani menambah, dalam keadaan umat Islam masih berpecah, pemimpin UMNO dan Pas sepatutnya mengetepikan fahaman politik masing-masing dengan menjadikan Islam sebagai asas penyatuan.

"Ini bukan soal perkauman tetapi ini menyentuh mengenai masa depan Islam. Apabila kita menyentuh tentang Islam ia bersangkut paut dengan orang Melayu kerana Islam di Malaysia didukung oleh orang Melayu.

"Sebab itu saya mahu UMNO dan Pas kembali bersatu. Mereka boleh duduk dan berbincang atas konsep syura demi Islam dan demi orang Melayu. Bukankah syura merupakan amalan Rasulullah?" katanya lagi.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi berkata, penyatuan UMNO dan Pas akan membolehkan Islam dan kedudukan umat Islam bertambah kuat.

"Saya tidak akan berhenti melakukan kerja ini. Kerja ini tiada noktahnya kerana ia membabitkan kedudukan Islam serta umat Islam pada masa akan datang.

"Saya tidak rela melihat Islam dipermain-mainkan mana-mana pihak. Saya juga tidak mahu melihat kedudukan umat Islam terus menerus berada pada persimpangan jalan yang amat kritikal ekoran wujudnya perpecahan," katanya.

Justeru, beliau berkata, sudah tiba masanya semua pemimpin UMNO dan Pas menginsafi nasib menimpa Islam dan umat Islam ekoran ketiadaan perpaduan yang jitu di kalangan umatnya.

Dalam pada itu beliau berkata, dalam konteks politik semasa, Pas harus bekerjasama dengan UMNO dan bukannya parti lain seperti DAP sekiranya parti itu mahu meletakkan Islam pada kedudukan yang tinggi.

"Butalah mata mana-mana pemimpin (Pas) sekiranya ada antara mereka mahu bekerjasama dengan DAP kerana terlalu mementingkan politik," katanya lagi.

Mengulas isu sama, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Profesor Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hussein berkata, penyatuan UMNO dan Pas bukan sahaja menjadi hasrat kepada golongan agama malah bagi semua umat Islam.

Beliau yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan percaya jauh di sudut hati umat Islam ingin melihat kedua-dua parti itu bersatu dan bekerjasama khususnya berkaitan dengan Islam dan kepentingan Melayu.

"Saya sendiri sentiasa berdoa agar apa yang dihasratkan ini dimakbulkan oleh Allah," katanya lagi.
...utusan

Sunday, July 11, 2010

PAS, Parti Tergadai Prinsip


Sudah jelas dan nyata. Sudah terang lagi bersuluh. Itulah yang boleh dikatakan mengenai pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai konsep negara Islam Pas seperti yang dilaporkan oleh portal berita The Malaysia Insiders.
Dalam wawancara tersebut, beliau dilaporkan berkata, mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal menubuhkan negara Islam jika pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan pada masa depan.
Menurutnya lagi, Malaysia adalah sebuah negara sekular berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan. Pas sepatutnya sedar dari dulu lagi apabila mengambil keputusan untuk bekerjasama membentuk pakatan pembangkang. Pendirian DAP yang menolak penubuhan negara Islam sebagaimana dasar perjuangan Pas bukanlah perkara baru. Isu ini telah timbul dalam era 1990-an lagi.
Adakah Pas perlu menggadaikan prinsip dan dasar perjuangannya semata-mata untuk mendapat kuasa politik dan menjadi sebuah kerajaan?. Adakah Pas sedar, penggabungannya dalam pakatan pembangkang sebenarnya telah mengundang 'gundah-gulana' ahli-ahli partinya yang begitu taat dan setia terutama golongan veteran Pas yang sanggup berbuat apa sahaja untuk memenangkan Pas demi menegakkan prinsip dan dasar perjuangan parti itu.
Ternyata penubuhan pakatan pembangkang adalah semata-mata untuk mendapatkan undi. Pada dasarnya Pas tak perlu gusar tentang sokongan. Tanpa menyertai pakatan pembangkang, Pas mampu menerajui sebuah kerajaan mengikut acuannya sendiri.
Dalam perkara ini, Pas nampaknya telah dipergunakan oleh pihak lain semata-mata untuk meraih undi dan sokongan kaum Melayu demi mencapai cita-cita politik mereka untuk menguasai Putrajaya. Tanpa Pas, pakatan pembangkang tidak akan ke mana. PKR kini sudah boleh diumpamakan sebagai 'retak menanti belah.' Isu lompat parti, krisis kepimpinan dan berbagai lagi isu yang menghantui PKR saban hari kedengaran.
Sebelum ini, para pemimpin Pas memberitahu penyokong mereka bahawa DAP sudah menerima dasar perjuangan Pas. Tetapi kini, apa sudah jadi? Bagaimanapun, pendirian Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang berkata dasar Pas tidak pernah berubah dan kerjasama di dalam pakatan pembangkang adalah berkaitan isu yang disepakati seperti rasuah dan penyelewengan kuasa, mungkin menjawab isu sebenar mewujudkan pakatan pembangkang.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Harakahdaily, menyifatkan kenyataan Karpal yang tidak akan berkompromi terhadap penubuhan negara Islam, hanya bersifat peribadi.
Tiada gunanya Pas kekal bekerjasama di dalam pakatan pembangkang semata-mata untuk mendapatkan kuasa sekiranya terpaksa menggadaikan dasar dan prinsip perjuangannya. Pas harus sedar, kehadirannya di dalam pakatan itu hanyalah satu retorik kepada rakyat mengenai kesepakatan dan kesefahaman, sedangkan hakikatnya ia umpama 'tidur sebantal, mimpi berlainan.'
Pas dan DAP tidak mungkin boleh berkompromi. Jika berkompromi, ini bermaksud DAP menerima dasar perjuangan Pas untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dan jika sebaliknya, itu bermaksud Pas menerima konsep negara sekular yang ternyata bertentangan dengan prinsip perjuangannya. Atas kesedaran inilah, Pas sewajarnya keluar dari pakatan pembangkang. -Malaysia Instinct

...yeopparit

Perpaduan Islam vs Perpaduan Melayu...


"Sebab itu, untuk menentukan keberkekalan kuasa politik yang kita miliki, kita kena bersatu. Kalau kita berpecah, kuasa politik yang menentukan kemajuan kita dalam bidang ekonomi, pelajaran akan hilang," Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Salam,
Soal perpaduan Melayu atau perpaduan Islam masih menjadi perdebatan, ibarat ayam dan telur yang mana dulu. Ramai yang terus berpolemik, perpaduan Islam mesti diutamakan berbanding perpaduan Melayu walaupun mungkin apa yang cuba dihasratkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah perkara yang sama.

Dinukilkan komen seorang pengunjung blog ini untuk renungan bersama. Sama ada pandangan penulis ini benar atau tidak, masih boleh disetujui atau tidak. Namun sekurang-kurangnya pandangan beliau ini ada kebenaran itu diinsafi.

Salam, Kita sebenar terlupa bahawa di Malaysia apabila kita sebut sahaja Melayu secara otomatik kita kaitkan dengan agama Islam. Di Indonesia tiada bangsa Melayu, cuma bangsa Indonesia yang pelbagai ugama. Orang Arab pun, walaupun majoriti besarnya org Islam, tetapi ada juga yang bergama Kristian dan Yahudi. Justeru di dalam konteks Malaysia, apabila TPM menyebut tentang perpaduan Melayu, secara otomatisnya ia membawa makna kepada perpaduan umat Islam di negara ini. Memang terdapat bangsa bangsa lain yang menganut agama Islam di Malaysia. Tetapi secara perbandingan jumlahnya, majoriti besarnya adalam umat Melayu. Adalah juga menjadi kelaziman di Malaysia, apabila seseorang menjadi mualaf (embracing Islam), ia akan secara sedar atau tidak akan terikut ikut dengan budaya melayu, seperti pemakaian, pemakaian dan dalam beberapa hal adat istiadat. Dan kebanyakkan mereka juga akan mencari pasangan hidup daripada orang melayu. Apabila lahirnya zuriat, pendaftaran bangsa anak anak mereka akan di kategorikan sebagai 'MELAYU'. Justeru di dalam konteks Malaysia, perpaduan Melayu itu adalah perpaduan umat Islam. Cuma apabila ada perbezaan politik, sesebuah parti politik akan cuba memanipulasikan isu isu sensitif untuk membolehkan ia meraih sokongan. Kalau di kupas dari segi pengertian memanglah istilah perpaduan melayu dan perpaduan Islam itu berbeza. tetapi jika di lihat dari konteks malaysia dan survivaliti 'status quo' Melayu dan islam menjadi tonggak kedaulatan negara, 'perpaduan Melayu' mempunyai maksud tersirat yang lebih bererti. Tiada gunanya melaungkan perpaduan Islam , jika negara tersungkur di tangan puak puak yang berniat meminggirkan islam dan mematikan kuasa politik orang melayu. Seperti kata kata seorang pemimpin mereka 'THERE WILL BE NO ISLAMIC STATE IN MALAYSIA'..tepuk dada tanya selera..

...ustazsaid.blogspot.com

Friday, July 9, 2010

12 Kesilapan Suami di Ranjang


1. TIDAK BERCUMBU TERLEBIH DULU
Menurut kajiselidik, 79% dari lelaki Malaysia suka seks spontan (gaya koboi atau seks ekspres). Isteri berharap agar suami mencumbu bibirnya terlebih dulu, bukan tempat lain. Ambil masa untuk bercumbu dengan secukupnya.

2. PENIUP TELINGA YANG TERLAMPAU
Sepatutnya tiup secara perlahan-lahan. Itu akan mampu membangkitkan rasa berahi. Jangan lakukan seperti meniup lilin harijadi kerana itu akan menyakitkan telinganya.

3. TIDAK BERCUKUR
Muka lelaki yang tidak bercukur dirasa seperti duri landak oleh isterinya,apatah lagi selepas itu mukanya akan merayap pula ke serata tubuh hingga ke peha. Janganlah rasa seronok melihat isteri memusingkan kepalanya ke kiri atau kanan, itu bukan kerana ghairah tapi untuk mengelakkan kulit mukanya yang halus itu dari dicucuk duri landak.

4. MEMICIT PAYUDARA
Ramai lelaki memperlakukan isterinya seperti surirumah menggunakan kedua- dua tangannya memicit tembikai untuk tahu sama ada ia sudah masak atau tidak. Apa yang patut dilakukan ialah mengurut lembut, membelai dan mengusap.
5. MENGGIGIT PUTING PAYUDARA
Puting payudara adalah sensitif dan tidak harus diperlakukan seperti mahu meniup pelampung. Jangan dikunyah seperti makan chewing gum. Yang patut dilakukan ialah jilat serta sedut, atau sentuh dengan hujung lidah.

6. JANGAN CARI STESEN RADIO
Jangan cari stesen radio menggunakan puting payudara isteri kerana itu akan menyakitkannya. Usah fokus pada puting saja tapi seharusnya pada seluruh payudara.

7. ELAKKAN DARI TERUS MENGEBOM
Isteri anda bukan tiga anggota saja (dua bukit satu gua). Seluruh anggota tubuhnya dari rambut ke kaki perlukan belaian anda. Jangan terus pergi mengebom tiga anggota saja.

8. GELOJOH SANGAT
Tunggu hingga isteri bersedia dan membuka pakaiannya. Jangan terburu-buru dan gelojoh hingga tangan anda tersepit di pakaian dalam isteri anda.

9. BUKAN TONG SAMPAH
Jika anda pakai kondom, ianya bukan hadiah untuk isteri anda. Membuang kondom adalah tanggungjawab suami.

10. JANGAN JADI SHARP SHOOTER
Isteri bukan untuk diserang secara 'direct', yang patut dilakukan ialah mengurut-urut dengan jari disepanjang tepinya saja.

11. MANA ADA TEA-TIME
Jangan sekali-kali berehat pula bila anda melakukan istimta' (foreplay), tubuh isteri perlu sentiasa disentuh agar berahinya tidak turun mendadak. Teruskan rangsangan anda.

12. JANGAN JADI INCREDIBLE HULK
Bila membuka pakaian isteri, bukalah dengan kemas sebagaimana anda membuka hadiah yang bernilai.

...malaysiaria

Thursday, July 8, 2010

Jangan buat begini........kenapa..? kerana ...kita adalah wanita...


Untuk Wanita: 2 Tabiat Bawa Ke Neraka
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW.
Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut: "Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'
Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:


Contoh 1 Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2 Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."

Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf kebaikan. Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami. Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab). [Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun'] Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:
a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.

Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang. "

SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"
(from an e-mail)

Banjar oh Banjar


Kalaulah ungkapan keramat Hang Tuah “Tak kan Melayu hilang di dunia” boleh dipinjam atau diubah suai kepada “Tak kan Banjar hilang di Malaysia”, pastinya timbul tanda tanya tentang kewarasan atau kesahihan ungkapan tersebut.

Bahasa, adat resam dan ketulenan bangsa banjar sendiri semakin terhakis dibawa arus masa. Hari ini, ramai anak-anak Banjar di Malaysia sudah tidak tahu bertutur Bahasa Banjar walaupun ibu bapa mereka berketurunan Banjar. Salah siapa?

Ia berpunca dari ibu bapa. Ada sebilangan yang rasa malu bertutur dalam bahasa sendiri kerana diselimuti rasa ‘inferioriti kompleks’. Ada yang beranggapan Bahasa Banjar adalah bahasa picisan yang hanya layak dituturkan jauh di pedalaman. Ada pula yang berpendapat kalau tidak berinteraksi dengan anak dalam Bahasa Melayu, apabila bersekolah nanti, dia akan sukar menguasai bahasa kebangsaan. Apakah ada kebenarannya?

Zaman sebelum merdeka, anak-anak Banjar dihantar belajar di sekolah Melayu yang sekarang dikenali sebagai sekolah rendah kebangsaan atau SRK. Minggu dan bulan-bulan terawal di sekolah memang rasa janggal bertutur dalam bahasa yang dianggap asing oleh anak-anak Banjar. Habis waktu sekolah, mereka akan melupakan bahasa yang diajar di sekolah kerana sudah biasa berinteraksi sesama sendiri dengan satu-satunya bahasa yang mereka mahir. Pun begitu, penguasaan Bahasa Melayu oleh anak-anak Banjar tadi tidak jauh bezanya jika dibandingkan dengan anak-anak Melayu tulen. Kalau diukur dari segi pencapaian keseluruhan akademik, ramai yang berjaya duduk di tahap teratas. Cuma yang jelas kekurangan hanyalah ‘bunyi kemelayuan’ pertuturan. Selanga Banjar sukar dibuang.

Setelah enam tahun belajar di sekolah Melayu, ramai pula yang lulus peperiksaan untuk meneruskan pelajaran ketahap menengah. Zaman itu, kalau tidak berjaya dalam peperiksaan yang diadakan khusus untuk menilai kemampuan pelajar, maka setakat darjah enam sahajalah yang dibolehkan. Bagaimana gerangan nasib anak-anak Banjar tadi yang terpaksa pula belajar berinteraksi dalam Bahasa Inggeris di sekolah menengah. Apakah mereka harus mengetepikan Bahasa Banjar agar dapat menguasai Bahasa Inggeris dan Melayu?

Disebabkan kedangkalan dalam penguasaan Bahasa Inggeris dan ada pula yang tidak tahu langsung, maka pelajar-pelajar dari sekolah Melayu, Tamil dan Cina tidak terus diterima belajar di tingkatan satu. Selama setahun, anak-anak Banjar tadi terpaksa belajar di Remove Class sebagai persiapan untuk ke tingkatan satu. Walaupun semua mata pelajaran diajar dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pula adalah salah satu dari mata pelajaran tadi, namun anak-anak Banjar tulen tidak meminggirkan Bahasa ibunda mereka. Masa belajar mereka terpaksa menggunakan Bahasa Inggeris, diluar bilik darjah bertutur dalam Bahasa Melayu dan bila balik ke rumah cuma Bahasa Banjar yang mampu difaham oleh masyarakat kampung. Kalau ada yang gatal lidah cuba bertutur dalam bahasa lain, mereka akan dipersenda. Begitu kuat adat dan semangat Bangsa Banjar dizaman itu.

Tamat persekolahan, ada yang meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dan ramai pula yang meninggalkan kampung mencari rezeki di tempat orang. Namun bila balik bercuti, anak-anak Banjar yang sudah ‘jauh berjalan dan luas pandangan’ tidak sekali-kali melupakan bahasa ‘keramat’ yang sekian lama menjadi bahasa perantara di kampung halaman. Anehnya, rakan sebaya yang sama-sama memanjat pokok, mandi di sungai bermain lumpur tidak segan silu meminggirkan bahasa sendiri. Akhirnya, Bahasa Banjarnya rosak dan Bahasa Melayunya pula hancur. Betapa tidak…kepekatan sebutan atau lidah Banjar mana mungkin dapat disembunyikan. Dan anak-anak Banjar yang sesekali dapat peluang melepaskan kerinduan memupuk dan menyubur kembali bahasa ibunda hanya mampu mengeluh sambil bertanya kepada diri sendiri “AKAN PUPUSKAH BAHASA BANJAR DI MALAYSIA?”

...utuhpaloi.com