Negara lalui beberapa zaman gelap yang sering saya dengar dari orang-orang tua. Zaman Jepun dan 14 hari pemerintahan Komunis. Itu kisah yang sering diceritakan kepada saya. Ketika penaklukan Jepun, mereka membawa falsafah Timur untuk orang Timur, maka Jepun disambut bagai penyelamat dari penjajah British. Namun setelah Jepun ‘membebaskan’ negara, Jepun lebih rakus ketika berkuasa. Slogan penyelamat berganti penjajah ngeri. Tempoh tiga tahun 1942 – 1945 adalah sejarah hitam gelap negara.
Jepun juga menjadikan orang Cina sebagai sasaran. Permusuhan Jepun dan Cina bermula di tanah besar. Simpati dengan Cina, ada Melayu yang membantu Cina, namun Cina yang bernaung sebagai parti Komunis rupanya juga bangsa penjajah. PKM yang pada asalnya menentang Jepun dengan bantuan British berubah watak menjadi pengganas menentang British. Dari sebuah parti haluan kiri menjadi gerila pengganas.
Sejarah Cina Komunis mengambil alih memerintah negara pada tahun 1945 dalam tempoh peralihan adalah sejarah hitam dan kejam negara. MPAJA sebagai pertubuhan Komunis menentang Jepun mengganas selama 14 hari ‘memerintah’ dengan dendam.
British terpaksa mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948. PKM masuk hutan dan bertindak ganas menyerang askar kerajaan dan polis dari bangsa Melayu. Min yuen sebagai pertubuhan Cina menjadi pembekal maklumat dan bantuan makanan kepada PKM. Ayah saya selalu bercerita mengenai Cina kedai di Bruas yang sering kali hilang bersilih bulan. Akhirnya ditemui mati dalam serangan tentera ke atas Komunis.
PKM pernah meminta damai dari kerajaan dengan syarat PKM dibenarkan menjadi parti politik sah namun ditolak. Jangan lupa, mereka tahu, politik adalah jalan menguasai Malaysia selepas merdeka dan mereka gagal dalam gerila.
Perjanjian Baling pada 1955 di SK Baling gagal mencapai persetujuan kerana Chin Peng menuntut PKM diiktiraf sebagai sebuah parti sah dalam politik Malaysia. Rundingan Hatnyai dan akhirnya sekali lagi rundingan Baling menamatkan gerila Komunis. Mereka diberi pengampunan.
Semua cerita sejarah hitam itu diulang-ulang. Saya tak sempat melaluinya. Namun jika ada anak cucu yang bertanya mengenai sejarah hitam negara yang sempat saya lalui. Mungkin tempoh 22 bulan pemerintahan PH boleh saya kongsikan. Boleh kan?
Oleh: FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
No comments:
Post a Comment