Bahaya ultra kiasu memegang jawatan penting kerajaan
INILAH akibatnya jika ultra kiasu diberikan kepercayaan untuk memerintah sekali lagi. Habis segala maklumat sama ada rahsia atau tidak, dibocorkan kepada umum dan musuh. Sangat bahaya kepada keselamatan negara.
Setelah meneliti kontroversi buku bekas Peguam Negara ultra kiasu, baharulah kita sedar betapa besarnya kuasa seorang bergelar, Peguam Negara dan institusi bawah seliaannya.
Justeru, perlu ada usaha untuk bataskan bidang kuasa Peguam Negara. Manalah tahu, jika ditakdirkan ultra kiasu berkuasa semula.
Bayangkanlah, jika ianya disalahgunakan kuasa tersebut, seperti apa yang telah terjadi. Punah ranah sistem perundangan negara? Nasib baik singkat saja pemerintahannya.
Pada masa sama, perlantikan jawatan Peguam Negara sebagai prerogatif seorang Perdana Menteri perlu juga dinilai semula.
Yang peliknya, punya ramai hakim dan peguam dalam perkhidmatan kerajaan (awam) yang boleh dilantik sebagai Peguam Negara, kenapa ‘orang luar’ yang tidak berkaitan, yang dibawa masuk oleh PH yang memerintah ketika itu?
Lebih-lebih lagi, jika terdiri daripada ultra kiasu. Inilah bahaya jika ultra kiasu diberi peluang untuk memerintah.
Ultra kiasu tidak dapat bezakan tugas penjawat awam, sumpah jawatan, sumpah menyimpan rahsia dan sebagainya.
Ultra kiasu cuba menyamakan perkhidmatan awam dengan swasta, yang sudah tentu modus operandinya berbeza.
Setelah meneliti buku tersebut, saya dapati, memoir pun bukan, memori pun bukan.
Jika memori, sudah tentu ia suatu perkara yang benar dan telus berasaskan pengalaman, seperti kita membaca memoir pemimpin-pemimpin dunia, seperti Tony Blair, George Bush, Dr Mahathir dan sebagainya. Rata-rata mengambil masa hampir 10 tahun untuk menyiapkan memoirnya setelah bersara.
Ini, sudahlah perkhidmatan singkat, tidak sampai 22 bulan, memoir diterbitkan tidak sampai 10 bulan setelah tidak memegang jawatan peguam negara.
Tidak mustahil memoirnya penuh dengan, emosi, kekecewaan dan prasangka. Jika tidak, mana mungkin sudah lebih 134 laporan polis dibuat khalayak serta pihak berkepentingan.
Inilah akibatnya apabila ultra kiasu diberi kepercayaan.
Ada hikmah, tumbangnya kerajaan yang diterajui PH, jika tidak haru biru sistem perundangan negara kita.
Misalnya, ketika menjadi Peguam Negara, arwah Adib masih belum mendapat pembelaan dan keadilan. Pengganas LTTE dibebaskan. Pengganas masih menjadi wakil rakyat. Menerima gaji, elaun dan pencen.
Sangat memilukan apabila penjual cendok dijatuhkan hukuman 16 tahun penjara, hanya kerana ‘menyokong’ Daesh, yang masih belum diterjemahkan dalam bentuk tindakan ‘ganasnya’.
Namun, mereka yang sudah nyata, ada bukti-bukti pengganas, dibebaskan ketika ultra kiasu ini berkhidmat sebagai Peguam Negara zaman PH.
Saya sungguh hairan kenapa pemimpin ultra kiasu, termasuk yang Melayu, sepatah pun tidak memberikan komen buku ini?. Adakah mereka ini semua bersetuju dengan kandungan buku tersebut yang sangat diragui dari segi integritinya.
Buku tersebut begitu kontroversi daripada segi faktanya, yang tidak sepatutnya ditulis oleh mereka yang bergelar peguam.
Lebih-lebih lagi apabila ultra kiasu ini mengulas insiden, peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Sebagai pelajar sains politik, yang pernah menghadamkan peristiwa ini, ketika belajar politik Malaysia, saya begitu teruja untuk berkongsi fakta dengan peguam ultra kiasu ini supaya menulis dengan betul.
Sebagai peguam, apakah beliau sudah meneliti secara terperinci, sejarah, peristiwa dan kronologi 13 Mei, sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan?
Tidakkah kronologi sesuatu peristiwa adalah perkara penting ketika berhujah?
Lebih menyedihkan, ultra kiasu ini tergamak ‘menyalahkan’ Allahyarham Tun Abdul Razak dalam peristiwa berdarah ini. Sedangkan Allahyarham adalah pemimpin negara, yang begitu berjasa besar kepada negara.
Apa kepentingan Allahyarham ketika itu? Ada apa dengan Malaysia ketika itu, miskin, berbanding seperti sekarang ini, penuh kemewahan.
Sebab itu, ramai hari ini, orang politik berlumba-lumba untuk jadi pemimpin, untuk jadi menteri, untuk kaut semua itu.
Berbanding dengan kepentingan selepas 13 Mei 1969, ekonomi kita lumpuh. Petronas pun tidak ada lagi. Untuk Malaysia bangun semula selepas itu, memerlukan paling kurang 20 tahun, untuk berdiri semula.
Sebab itu, terlalu sukar untuk kita menerima ‘temberang’, apabila dikaitkan dengan ‘kepentingan’ Allahyarham Tun Abdul Razak dalam insiden ini.
Justeru, elok kita semua baca semula laporan-laporan terutamanya laporan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), yang ditubuhkan selepas 13 Mei 1969.
Dalam kata lain, tindakan rasis ultra kiasu yang melampau telah menjadi penyebabkan tercetusnya peristiwa berdarah ini.
Contoh, selepas ultra kiasu berjaya ‘menguasai’ negeri Selangor dalam PRU3, 10 Mei 1969, bukan main lagi lagak sombong dan bongkaknya. Mereka mahu berarak, walaupun pihak polis tidak membenarkan.
Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’ dalam bahasa hokkien bermaksud “Mati Melayu”.
Pada 11 Mei 1969, di Jalan Bukit Bintang, ultra kiasu bersorak “Mati Melayu”, “Apa polis boleh buat, kita Raja. buang sama polis Melayu”.
Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.
Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”.
Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, ultra kiasu bertempik,“Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa.Sekarang kita Cina sudah control”.
Sepanjang Jalan Khir, Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan, ultra kiasu berkata, “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudah ada kuasa”.
Hadapan Balai Polis Jalan Pudu, ultra kiasu bersorak “Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis”. Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau”.
Di Jalan Canvel, ultra kiasu mengeluarkan kata-kata, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu”.
Di Jalan Bukit Bintang, ultra kiasu bersorak, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu”.
Saya tidak menafikan bahawa orang Melayu turut bertanggungjawab dalam mencetuskan peristiwa berdarah ini, tetapi siapakah yang melakukan provoksi, seperti perarakan kemenangan pilihan raya, kata-kata yang sangat menyakitkan hati, dan sebagainya?
Kenapa perkara sebegini tidak diceritakan oleh peguam ultra kiasu? Kenapa tidak bincangkan apa yang benar, apa yang salah dalam peristiwa 13 Mei 1969, tetapi menuding jari kepada siapa? Siapa yang ditudingkan itu, adalah bekas Perdana Menteri ke 2.
Kalau marahkan kepada anaknya, Najib Razak, marahlah, tetapi jangan tuding kepada bapanya, Tun Abdul Razak. Lagi pun Allahyarham telah tiada, hanya tinggal nama dan jasanya.
Akhirnya, saya mohon supaya kerajaan menarik balik gelaran ‘Tan Sri’ yang diberikan kepadanya. Begitu mudah gelaran diberikan, berkhidmat tidak sampai 22 bulan, sudah dicadangkan oleh PH untuk gelaran tersebut. Sedangkan gelaran Datuk pun ultra kiasu ini tidak ada sebelum itu, terus dapat Tan Sri.
Saya tidak nafikan ada juga ‘perompak dan penyamun’ turut diberikan gelaran ketika zaman BN.
Kedua, haramkan buku tersebut, kerana banyak fakta yang dipertikaikan. Lagipun zaman kini, bahan tersebut boleh dibaca melalui internet walaupun diharamkan. Tidak cukup dengan itu, permit penerbitan, penerbit buku tersebut, yang juga merupakan ‘think thank’ ultra kiasu, hendaklah dikaji semula. Paling kurang berilah amaran.
Bacalah buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit yang sama. Kebanyakan bersifat ‘anti-establishment’. “Perkauman dan rasis”.
Perlu ingat, ultra kiasu yang turut menjayakan penerbitan buku ini, pernah dilantik menjadi orang kuat Mindef ketika PH memerintah. Sejauh mana rahsia kerajaan tumpah, kita pun tidak tahu? Perkara ini sangat bahaya.
Ketiga, oleh kerana terlalu banyak perkara dipertikaikan, setakat ini sudah lebih 134 laporan polis telah dibuat, maka Majlis Peguam juga perlu meneliti sijil amalan guaman ultra kiasu ini. Adakah wajar untuk ditarik balik jika bertentangan dengan etika amalan guaman.
Saya serahkan kepada kebijaksanaan semua untuk menilaikannya.
Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
No comments:
Post a Comment