Kata 'bisa diatur' sering kita kaitkan dengan amalan rasuah di negara Indonesia sehingga ia disebut-sebut di negara kita.
Tatkala kita berbuat demikian, Laporan Indeks Persepsi Rasuah 2020 yang diterbitkan oleh badan Transparency International pula memberi gambaran bahawa amalan rasuah di negara kita semakin meruncing sehingga kita jatuh enam tangga berbanding 180 buah negara yang lain.
Pada tahun 2020, kita berada di tangga 57 berbanding dengan tahun 2019 pada tangga 51.
Sekiranya tren indeks ini diperhalusi dari tahun 1995 hingga 2020, maka yang pastinya negara Malaysia tidak pernah menaikkan kedudukannya dalam lingkungan 10 buah negara yang berada di tangga teratas indeks ini.
Persoalannya, mengapakah kita sukar menjejak kaki dalam golongan 10 buah negara teratas yang mengawal serta memastikan amalan rasuah tidak bermaharajalela dalam segala aspek kehidupan kita?
Pada masa yang sama, kita mempunyai pelbagai inisiatif dalam membendung gejaja rasuah ini seperti penggubalan undang-undang dan pemantauan oleh agensi-agensi berkaitan yang menjurus kepada 'memerangi amalan rasuah'.
Walaupun dengan segala inisiatif dilakukan, tatkala negara dilanda musibah Covid-19, yang pastinya, pandemik rasuah adalah lebih meruncing daripada Covid-19.
Jika gejala rasuah ini tidak dibendung, ia akan bertukar menjadi budaya negatif manakala Covid-19 pula dapat dikawal dengan kehadiran vaksin.
Izinkan saya mengajukan soalan ini kepada anda. Apakah yang boleh dilakukan dengan wang sebanyak RM47 billion?
Pada hakikatnya, jumlah tersebut adalah dana yang dilaporkan hilang akibat amalan rasuah di negara kita pada tahun 2017.
Apakah pula jumlah kumulatif kehilangan dana akibat gejala rasuah ini semenjak negara kita merdeka?
Bayangkan bagaimana jumlah ini dapat disalurkan untuk menurap jalan raya, mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan, membina rumah kos rendah untuk rakyat miskin, memberi rakyat kemudahan prasarana dan sebagainya.
Jika amalan rasuah ini tidak dibendung, maka kesan riak terhadap kemampuan kita menarik pelabur asing atas alasan hilang kepercayaan dan keyakinan kita mengendalikan sesuatu secara telus sehingga rasuah menjadi budaya 'bisa diatur'.
Amalan rasuah sebenarnya menghakis kepercayaan kita terhadap ketelusan kerajaan dalam memelihara kepentingan rakyat.
Dana terkumpul daripada cukai pendapatan untuk memperhebatkan prasarana umum dibazirkan sehingga kualiti infrastruktur dan perkhidmatan dikompromi atau langsung diabaikan.
Negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia pernah digelar 'Swarnabumi' oleh saudagar pedagang dari India.
Jika Malaysia sememangnya sebuah 'negara emas', maka apa yang kita perlu lakukan ialah bersyukur kepada peluang keemasan yang dicipta dan jangan sesekali cuba merampas seluruh emas tersebut sehingga memberi bumi yang tandus kepada generasi akan datang akibat sifat rakus kita yang lupa segala kenikmatan yang diperolehi berbanding dengan negara-negara yang lain.
Berikut adalah beberapa cadangan saya dalam menangani isu rasuah agar kita terus memelihara gelaran bumi emas negara yang tercinta ini:
1) Mengamalkan tabiat membina kepuasan tertangguh atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai 'delayed gratification'.
Amalan ini perlu dipupuk di alam persekolahan. Para pelajar perlu melatihkan diri mengamal tabiat 'kepuasan tertangguh'.
Dalam keghairahan kita mengejar kebendaan, janganlah kita lupa mengerjakan ibadah untuk membangun akhlak dan akidah kita.
Sebagai permulaan, cuba kita alihkan fokus apabila makanan kegemaran kita dihidangkan.
Bolehkah kita menangguhkan kepuasan agar di masa hadapan kita dapat menguatkan akidah kita daripada menjadi mangsa 'kepuasan segera'.
Menurut kajian Profesor Walter Mischel dalam 'Ujian Marshmallow' kanak-kanak yang dapat menangguhkan kepuasan daripada merasai segera marshmallow yang dihidangkan apabila dewasa kelak, dapat membina hidup mereka dengan cemerlang manakala mereka yang tewas dengan tabiat kepuasan segera, akhirnya terjebak dalam aktiviti-aktiviti memudaratkan seperti dadah, rogol, rasuah dan sebagainya.
Salah satu cara membangunkan tabiat kepuasan tertangguh ialah melalui amalan beribadah. Amalan beribadah ini dapat menguatkan kendiri dengan mengalihkan tumpuan kita.
Apabila tumpuan kita dapat dialihkan, lama-kelamaan tabiat kepuasan tertangguh dibina.
Tabiat ini jika menjadi amalan kehidupan kita, dapat membina kekuatan menghindari segala godaan termasuk rasuah yang memudaratkan hidup kita khususnya dan negara amnya.
2) Memahami sepenuhnya erti kata konsep 'usaha dan ganjaran'.
Dalam kitab suci Bhagavat Gita, disyorkan untuk kita melaksanakan usaha melalui tugasan yang diamanahkan tanpa menitik berat hasil atau ganjarannya.
Kita mempunyai hak untuk melaksanakan tugas kita tetapi hasilnya bukan sahaja bergantung kepada usaha kita sendiri, malah terdapat faktor yang lain seperti kehendak tuhan, usaha orang lain dan sebagainya.
Ambil contoh, permainan golf. Pada kebiasaannya, pemain golf akan memberi tumpuan terhadap skor permainannya sama ada skor di bawah atau melebihi par.
Seandainya mereka bertumpu kepada bermain untuk meningkatkan tahap kemampuan mereka, hasilnya akan lebih memberangsangkan.
Sekali gus, tahap permainan mereka akan lebih cemerlang. Oleh itu, laksanakan usaha dengan penuh amanah dan dedikasi.
Sedarilah bahawa kami di dunia ini bukan pelakunya tetapi hanya sebagai melaksanakan suruhan tuhan yang menjadi pelaksana sebenarnya.
Begitu juga dengan konsep 'kerja sebagai ibadah', yakni kita melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk meraih pendapatan dan keredhaan dari tuhan Yang Maha Esa.
Teringat pula saya semasa berumur 10 tahun, mendiang bapa saya pada masa itu bekerja dengan pihak kerajaan.
Apabila tiba perayaan Deepavali pada tahun tersebut, rumah saya dipenuhi dengan hantaran hadiah berupa hamper kepada bapa saya.
Biasalah, pada usia itu saya begitu gembira menerima hadiah sehingga membuka dan menikmati kandungan di dalamnya.
Apabila bapa saya pulang dari bekerja, beliau terus menghalang saya daripada menikmati barangan dalam hamper tersebut.
Beliau mengatakan bahawa apa yang dihadiahkan bukan atas dasar usahanya tetapi hanya untuk menjaga kepentingan peribadi orang yang menghantar hadiah tersebut.
Lalu ayah memanggil budak pejabatnya dan mengarahkan beliau membawa kesemua hadiah tersebut ke pejabat untuk diagihkan kepada kakitangan dan menegur perbuatan mereka.
Tindakan ayah saya kemudian menjadi pedoman hidup saya. Ayah selalu mengatakan, usaha kita telah pun diberi ganjaran yang setimpal melalui gaji.
Godaan dalam bentuk hamper, lama-kelamaan akan berubah bentuk kepada habuan yang lebih tinggi nilainya sehingga menjebak seseorang kepada amalan rasuah.
3) Kerajaan sendiri berikhtibar membenteras gejala rasuah.
Walaupun adanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) serta dasar-dasar yang digubal termasuk Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023, namun amalan rasuah masih lagi ketara.

Sehubungan dengan itu, apabila terdapat perubahan pada pucuk pimpinan negara, maka berubah pula fokus, dasar dan hala tuju negara dengan perubahan ini.
Sekiranya pemimpin baharu tidak memberi penekanan atas isu rasuah, maka amalan ini akan dipinggirkan atau paling teruk sekiranya pemimpin sendiri mencipta ruang untuk mengamalkan rasuah bagaikan mengharap pegar, pegar makan padi.
Jika diteliti walaupun sudah dua kepemimpinan berlalu, Khalifah Umar al-Khattab tetap mengotakan segala janji Rasulullah SAW.
Sepatutnya, seorang pemimpin yang hebat akan meneruskan wawasan dan matlamat digagaskan oleh pemimpin sebelumnya, namun tidak bermaksud mengikut secara taksub sehingga tiada ruang untuk penambahbaikan.
Jadi seorang pemimpin yang hebat perlu memiliki amanah dan berintegriti tinggi serta dipandu dengan pegangan akidah yang kuat demi kesejahteraan rakyat agar pemimpin tersebut tidak berubah menjadi enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
4) Bertindak tegas terhadap pesalah laku dalam Laporan Ketua Audit Negara
Setiap tahun, apabila laporan Ketua Audit Negara dibentangkan, selain daripada mengutarakan syor-syor pembetulan dan penambahbaikan, tindakan tegas juga perlu diambil terhadap pesalah laku.
Pada masa yang sama, semua penambahbaikan yang diambil perlu diuar-uarkan kepada rakyat jelata.
Pembaziran perbelanjaan dalam laporan tersebut perlu diperincikan dengan memastikan sama ada pembaziran ini boleh mengundang amalan rasuah.
Seperti amalan dalam sektor perniagaan swasta, kesemua kos perbelanjaan kerajaan perlu dikaji untuk menentukan yang mana betul-betul perlu, kos mana yang boleh dikurangkan, perkhidmatan mana yang boleh disekat atau diubahsuaikan.
Dengan perincian tersebut, ia dapat menentukan sama ada elemen rasuah wujud dan anggota kerajaan tersebut telah menyimpang etika bekerja bersih, cekap dan beramanah.
Sekiranya rasuah wujud, maka pihak SPRM perlu bertekad mengambil tindakan untuk memastikan negara bebas daripada gejala rasuah.
Tindakan pihak SPRM mesti diambil tanpa kelainan layanan sekiranya melibatkan mereka berpangkat agar perundangan negara kita ini tidak dilihat memenuhi 'sistem dua darjat'.
Akhir sekali, kita masih mempunyai harapan dan janganlah kerana segelintir pesalah laku, kita menyalahkan seluruh rakyat pula seperti seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis palit.
Yang penting rakyat serta pihak berkuasa mesti berganding bahu membenteras amalan rasuah ini daripada terus merebak sehingga kita sendiri terperanjat bila laporan Transparency International pada suatu hari menamakan Malaysia 'bersekedudukan' dengan 10 buah negara paling berasuah dari 180 buah negara.
Jangan kita asyik menunding jari tetapi sebagai warganegara dan pemimpin yang dipilih, kita sentiasa membimbing diri kita pada jalan yang benar.
a) Mengikut kepercayaan agama masing-masing, jadilah seorang khalifah yang taat akan perintah tuhan.
b) Mengamalkan pegangan prinsip keagamaan untuk cara hidup yang mulia dengan nilai-nilai murni bagi menghindari sebarang amalan rasuah.
c) Menjadikan perwatakan baik sebagai pakaian yang akan menentukan corak tindakan diri kita bagi melahirkan budaya negara yang disegani dan dicontohi oleh negara yang lain.
Ayuh! Mari kita sama-sama bermuhasabah agar membersihkan diri daripada kejahilan serta dosa melalui amalan berasuah.
Sekiranya kita sesat di hujung jalan, inilah masanya kita balik ke pangkal jalan dengan bertekad menjadi #rasuahbuster.
Oleh: Asohan Satkunasingham
No comments:
Post a Comment