untuk 16 vernakular
SELEPAS DAP (pembangkang) mengeluarkan kenyataan mengkritik MCA (kerajaan) tentang sekolah vernakular Cina baru-baru ini, kita dapat pula berita Timbalan Menteri Pendidikan iaitu Datuk Dr Mah Hang Soon (MCA) mengumumkan peruntukan khas RM1.6 juta kepada 16 sekolah vernakular sempena Tahu BaruCina.

Persoalannya, jika ini untuk membantu komuniti Cina sempena Tahun Baru Cina, mengapa disalurkan kepada sekolah pula? Mengapa tidak ke pusat-pusat kebajikan Cina atau rakyat marhaen miskin yang berbangsa Cina?
Lagi pun, mengapa ada peruntukan khas pula tiba-tiba untuk sekolah vernakular? Jika benar peruntukan ini ‘untuk membaik pulih’, manakah peruntukan membaik pulih sekolah-sekolah kerajaan yang serba daif yang lain khususnya di pedalaman-pedalaman dan kampung-kampung? Mereka masih lagi tidak dapat perhatian sewajarnya.
Saya kagum, bagaimana mereka bekerjasama secara strategik untuk menguntungkan komuniti mereka walaupun parti kerajaan, MCA hanya ada dua kerusi Parlimen. Mereka tidak pernah beralasan “kami hanya ada 2 kerusi, tak boleh buat apa-apa”.
Saya juga kagum, siapa sahaja yang naik jadi kerajaan, pasti Timbalan Menteri Pendidikan akan dilantik dari kalangan mereka yang membela sekolah vernakular. Dan sekali lagi, Timbalan Menteri Pendidikan pasti sangat berkuasa untuk memastikan sekolah vernakular terus mendapat manfaat dan terjaga.
Akhirnya, sekolah-sekolah kerajaan yang mengikut dasar pendidikan kebangsaan terus terabai dan terus daif sehingga selalu dibanding-bandingkan dengan sekolah vernakular yang serba berkelengkapan itu. Manakah maruah kerajaan? Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Oleh: Haji Aminuddin Yahaya

No comments:
Post a Comment