kerana pendidikan Islam
BANGI – Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya menyelar dakwaan dangkal Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pendidikan Islam di sekolah.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu mendakwa, tumpuan keterlaluan terhadap Islam di sekolah menyebabkan pelajar Melayu terpinggir daripada pendidikan yang diperlukan mereka untuk berjaya dalam hidup.
Dakwanya, pada masa ini, tumpuan tidak diberikan kepada sains dan teknologi, sebaliknya pengajaran agama dititikberatkan secara keterlaluan ‘seolah-olah setiap murid akan menjadi ulama’.
Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi turut mendakwa fokus keterlaluan kepada Islam dalam kurikulum pendidikan bukan dicetuskan oleh perubahan dasar, sebaliknya ia agenda ‘menteri tertentu dan pegawai awam’ dalam menyebarkan Islam.
“Mereka ini mempunyai tafsiran sendiri mengenai apa yang diperlukan di sekolah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai Islam,” katanya dalam laporan eksklusif yang disiarkan Free Malaysia Today (FMT), hari ini.
Tambahnya lagi, penggubal dasar bertindak sedemikian untuk meraih sokongan kaum Melayu demi kelangsungan politik, sekali gus mengetepikan keperluan pelajar menimba pengetahuan akademik untuk berjaya dalam pasaran kerja yang sentiasa berubah.
Menyelar dakwaan itu, Aminuddin menegaskan, bahawa pendidikan atau ilmu bukanlah untuk mendapatkan pekerjaan semata-mata.
Tegasnya, banyak lagi kegunaan ilmu, terutamanya dalam membentuk keperibadian dan personaliti.
“Inilah masalah yang perlu kita tambah baik, pendidikan dan ilmu seharusnya ke arah perbentukan holistik; segenap aspek. Itulah asas kepada pembinaan sebuah tamadun dan peradaban yang hebat.
“Kejayaan pembangunan tamadun manusia tidak hanya bergantung pada sains dan teknologi semata-mata tetapi sejauh manakah manusia boleh membawa kemajuan itu ke arah kesejahteraan serta kebahagiaan di dunia dan akhirat,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut mengambil contoh keadaan di Barat yang mana maju dari segi sains dan teknologi tetapi pada masa sama hancur nilai kemanusiaan dan akhirnya gagal mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan.
“Jika menggunakan logik yang sama yang digunakan oleh Tun, maka banyaklah perkara yang tidak boleh dibuat di sekolah. Jangan ada sukan, jangan ada badan beruniform,
jangan ada ini dan itu, kerana ianya tidak boleh digunakan untuk dapat kerja jurutera, doktor dan sebagainya,” katanya sinis.
Dalam pada itu, Haji Aminuddin berpendapat bahawa pendidikan Islam di sekolah ketika ini berada pada tahap memadai sahaja.
“Bayangkan, dengan pendidikan Islam yang ada di sekolah seperti sekarang ini pun ramai yang masih tidak benar-benar memahami agamanya, apatah lagi jika tiada langsung. Janganlah hapus atau dikurangkan pula.
“Isu sosial dalam kalangan remaja dan gejala rasuah kolar putih terutamanya yang beragama Islam yang berlaku pada hari ini berpunca dari kegagalan menghayati nilai Islam walaupun mereka berjaya dalam kerjaya.
“Punyalah ramai teknokrat muslim yang warak di Malaysia ini, dan mereka itulah model seorang individu muslim kita. Bukannya berjaya dalam kerjaya tapi rasuah. Atau berjaya dalam kerjaya tetapi rosak akhlak dan pedoman agama,” katanya. - ismaweb.net
PAUTAN BERKAITAN
https://www.facebook.com/450309788374603/posts/5062484527157083/

No comments:
Post a Comment