Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Rafiq Mohd Abdullah, mengulas kenyataan 90 Ahli Parlimen dari tujuh negara asing menggesa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membenarkan Parlimen bersidang, yang digantung selepas darurat diisytiharkan.
“Kalau ada sesiapa yang sengaja menjemput orang luar masuk campur dalam urusan kita, maka ini adalah satu tindakan terdesak. Apa sahaja perbezaan kita, jangan sampai menjual negara kepada orang politik asing,” katanya dalam kenyataan.
“Dari dulu lagi memang ada ahli politik pembangkang yang suka membawa campur tangan asing ke negara kita. Ini bukan pekara kecil. Membawa ahli politik negara asing untuk mencampuri urusan domestik kita adalah seperti menggadai kedaulatan negara.”
Kumpulan wakil rakyat asing itu, dari Thailand, Indonesia, Timor-Leste, Kemboja, Filipina, dan Singapura, berkata sidang Parlimen penting untuk memastikan kebertanggungjawaban kerajaan, menilai langkah darurat, melindungi hak asasi, dan menyumbang ke arah membuat keputusan berkenaan dasar utama.
Rafiq menarik perhatian kepada kenyataan kumpulan warga asing itu menggunakan lambang ASEAN Parliamentarians for Human Rights.
Katanya, menurut laman web kumpulan tersebut, “pengerusi kumpulan ini sekarang ialah Charles Santiago, Ahli Parlimen DAP.” - freemalaysiatoday.com
No comments:
Post a Comment