Thursday, February 11, 2021

Kelab Malam, Pub Dan Karaoke Kekal Tutup

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah memberi kebenaran kepada sektor hiburan membabitkan kelab malam, pub dan pusat karaoke hiburan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menjelaskan salah faham yang timbul mengenai kebenaran operasi sektor berkenaan, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan kelab malam, pub dan pusat karaoke hiburan kekal dilarang sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu.

"Ada salah faham, operasi kelab malam merangkumi kelab malam, pub dan pusat karaoke hiburan tidak dibenarkan sejak PKP pada Mac tahun lalu.

"Ketiga-tiga perniagaan itu tidak pernah diberi kebenaran dan kekal berada dalam senarai larangan beroperasi.

"Statistik serbuan dan tangkapan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pusat hiburan termasuk pub dan kelab malam dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Januari lalu merekodkan 951 premis pusat hiburan diserbu, 9,587 kompaun dikeluarkan dan 4,666 tangkapan dilakukan.

"Ini menunjukkan kerajaan tidak berkompromi dalam soal pembukaan kelab malam, pub dan pusat karaoke hiburan kerana ia masih dalam senarai terlarang," katanya pada sidang media di sini, hari ini. - www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment