BANGI – “Hanya kerana mahukan nilai antarabangsa, jati diri dan identiti tergadai. Malang sungguh Malaysia, semua mahu diputih atau dibaratkan, kononnya jika diletakkan nama Melayu tidak ke mana-mana.”
Demikian sindir Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berhubung isu iklan hidangan stik babi dalam majalah penerbangan Malaysia Airlines (MAS) Going Places, edisi Januari 2019, yang didakwa tidak menjaga sensiviti umat Islam.
Walaupun syarikat penerbangan milik kerajaan itu sudah memohon maaf, tetapi katanya, isu mempromosi makanan babi ini sudah lama, bukan perkara baharu.
“Kenapa tidak belajar daripada negara jiran seperti Thailand. Majalah penerbangan mereka, Thai Airways, Sawasdee sangat kental identiti dan jati dirinya. Sebaliknya, kita korbankan jati diri negara kerana mahu kejar tahap ‘international’.
“Masuk sahaja ke dalam Thai Airways sudah rasa macam berada di negara Siam. Mereka alu-alukan kita dengan ucapan Sawasdee. bukan macam penerbangan tambang murah kita, sudahlah pakaian pramugarinya sangat seksi, ucapan salam dan bismillah dan alhamdulillah, sebagai tanda kesyukuran langsung tidak didengari,” katanya.
Justeru, Ridhuan Tee meminta semua majalah penerbangan milik negara menilai kembali isi kandungan yang dipaparkan.
“Pernah suatu ketika saya menegur melalui majalah Firefly kerana pengarang yang menulis rencana mengenai hari raya puasa adalah bukan Islam. Cara rencana itu ditulis memperlihatkan pengarang tersebut langsung tidak faham apa itu hari raya puasa.
“Pada mereka hari puasa adalah pesta-pestaaan. Mereka langsung tidak tahu bahawa perayaan hari raya puasa itu adalah ibadat,” katanya.
Pada masa sama, Ridhuan Tee turut memohon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyemak semua majalah penerbangan dalam negara, terutama perkara berkaitan Islam dan sensitiviti orang Islam
“Saya tertanya-tanya, bila lagi nak menggunakan bahasa Melayu dalam majalah mereka. Saya lihat hampir seratus peratus bahasa Inggeris. Jika adapun dalam bahasa Melayu, cuma terselit semuka dua. Paling kurang buatlah dwi bahasa. Barulah nama rakyat Malaysia,” katanya. - www.ismaweb.net

kenapa baru hari ini nak kritik kenapa tidak kritik semasa kerajaan BN dulu bukankah perkara tersebut telah lama wujud sejak zaman kerajaan BN lagi.
ReplyDelete