Friday, January 18, 2019

Gerombolan Komunis Memang Tak Suka Akta Hasutan 1948....

Akta Hasutan 1948 tidak boleh dimansuhkan
KUALA LUMPUR - Akta Hasutan 1948 tidak boleh dimansuhkan kerana disifatkan sebagai undang-undang paling penting dalam negara ini.

Ahli Lembaga Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM) , Tan Sri Dr. Abd. Aziz Abd. Rahman berkata, malah tindakan mencadangkan untuk menghapuskan akta tersebut juga adalah suatu kesalahan berdasarkan kepada seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948.

"Dalam seksyen itu jelas menyatakan mana-mana orang yang melakukan atau cuba melakukan atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, atau jika dilakukan akan mempunyai kecenderungan menghasut merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.

"Mana-mana pihak yang mencadangkan untuk memansuhkan akta berkenaan berdepan tindakan jika disabitkan bagi kesalahan pertama didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedang mengkaji enam akta sama ada perlu dipinda atau dimansuhkan.

Enam akta itu adalah Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959; Akta Pencegahan Keganasan 2015; Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 dan Akta Perhimpunan Aman 2012. - utusan online

No comments:

Post a Comment