Saturday, December 1, 2018

Haa...Haaa....Lucunya Negara Ku !

PM sifat Waytha Moorthy, Maszlee telah lakukan terbaik
KUALA LUMPUR 30 Nov. - Ketika banyak pihak mempertikaikan prestasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy dan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, namun Tun Dr. Mahathir Mohamad pula melihat sebaliknya.

Malah, Perdana Menteri menyifatkan kedua-dua pemimpin itu telah melakukan yang terbaik sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai menteri sehingga kini.

"Tiada 'kuliah' (diberikan), hanya bercakap sahaja, mereka telah melakukan yang terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis "Special Night With Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali anjuran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A. Kadir Jasin menasihati Waytha Moorthy dan Maszlee agar lebih berhati-hati dalam setiap tindakan dan mendengar nasihat Dr. Mahathir. - utusan online


Teguran sinis untuk dua menteri
KUALA LUMPUR: ‘Keletah’ dua menteri yang sejak kebelakangan ini mengundang isu sehingga sering menghiasi halaman depan akhbar disaran lebih berhati-hati dan tunduk kepada nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Teguran berbaur sindiran oleh penulis blog The Scribe, Datuk A Kadir Jasin itu ditujukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang masing-masing terpalit dengan pelbagai kecaman dalam kalangan masyarakat, mutakhir ini.

Kadir yang tampil menyuarakan isi hati menggunakan kapasiti peribadi menyifatkan tindak tanduk menteri lantikan senator itu dalam insiden keganasan Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield tidak membantu mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional selaras portfolio beliau dalam Kabinet.

“Perdana Menteri menasihatinya, tetapi Dr Mahathir baik hati dan kalau marah pun ada orang tak sedar, jadi Waytha yang belum lama kenal beliau janganlah gung-ho (teruja) dan selesa sangat dengan kedudukannya.

“Ingat, anda bukan dipilih rakyat jelata, sebaliknya senator lantikan Yang di-Pertuan Agong dan diangkat menjadi menteri oleh Dr Mahathir.

“Tolong jangan malukan raja dan Perdana Menteri kita. Kalau YB (Yang Berhormat) tak puas hati boleh komen dalam blog ini,” katanya dalam penulisan terbaharu di The Scribe, semalam.

Mengalih subjek kritikan pedasnya, Kadir berkata, Maszlee yang baru menerima ‘syarahan’ oleh Perdana Menteri sepatutnya berhenti menukar imej sekolah kebangsaan menjadi sekolah agama sehingga mengundang kegusaran dalam kalangan ibu bapa.

Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri itu sebaliknya berkata, jalan terbaik ialah mengembalikan institusi sekolah kebangsaan kepada tujuan asal iaitu sebagai wadah perpaduan untuk semua bangsa dan agama.

“Takkan menteri yang cerdik macam Maszlee tak tahu banyak ibu bapa bukan Melayu tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana sudah jadi macam sekolah agama.

“Di pihak lain pula makin banyak ibu bapa Melayu menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina kerana mahu anak mereka lebih berjaya,” katanya.

Mengundang tanda tanya, Kadir menjelaskan ‘syarahan’ dalam episod penulisannya kali ini hanya terhad kepada dua ‘mangsa’, namun ia tidak bermakna anggota Kabinet diterajui Pakatan Harapan (PH) lain menempa kejayaan mengendalikan peranan masing-masing.

Memberi isyarat siri kritikan sama bakal menjelma, Kadir secara sinis berkata: “Saya sebut dua nama saja. Ini tidak bermakna menteri lain berjaya. Cuma kali ini bukan giliran anda.

“Anggaplah saya guru pelawat tua yang duduk di belakang kelas memerhatikan tindak-tanduk dan kelakuan mereka. Wallahuaklam,” katanya. -hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment