Sunday, November 18, 2018

Dimana Kejujuran Pakatan Harapan....

Waytha Moorthy pembohong besar, didesak disiasat, ambil tindakan tegas - Mufti Perlis
KANGAR 18 Nov. - Pihak berkuasa didesak menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy kerana didakwa telah melakukan pembohongan besar di luar negara untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, kenyataan Waytha Moorthy yang dibuat menerusi satu rakaman video hasil temu bual bersama seorang wartawan, berdurasi dua minit dan 38 saat itu jelas merupakan pembohong dan pengkhianat negara.

Kata beliau, dalam hal ini, seluruh umat Islam adalah diseru supaya wajib seia-sekata seterusnya bangkit tanpa mengira perbezaan latar politik dan fahaman, membantah kenyataan tersebut.

“Kita tidak terbayang wujudnya individu yang khianat kepada negara ke tahap sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd. Asri diminta mengulas satu rakaman video oleh Waytha Moorthy yang dipercayai dibuat di luar negara baru-baru ini dan tular di laman-laman sosial sejak semalam.

Berikut adalah terjemahan rakaman video tersebut yang dibuat di dalam bahasa Inggeris yang dipercayai turut disiarkan di laman web Hindraf.org

“Saya berada di luar negara untuk meningkatkan akan kesedaran mengenai perlanggaran besar hak kemanusiaan di Malaysia.

“Saya percaya bahawa kerajaan Belanda adalah sebuah kerajaan yang sangat demokratik yang percaya akan prinsip universal berdemokrasi.

“Dan saya percaya bahawa ramai menganggap Malaysia adalah sebuah negara muslim moderate (sederhana), negara moderate progresif Islam.

“Saya fikir ia adalah tidak benar dan jika mereka didedahkan dengan perlanggaran besar hak asasi manusia di Malaysia, mereka sudah pastinya tidak akan sanggup untuk menjadi rakan dagangan dengan Malaysia.

Soalan : Adakah anda dari Malaysia?

“Ya saya adalah generasi ke-4, kelahiran India Malaysia dan kami dibawa sebagai buruh paksaan pada 200 tahun lalu ke Malaya dan kami tinggal di Malaysia sebagai rakyat Malaysia.

“Tetapi malangnya kami tidak dilayan secara sama rata sebagai rakyat di Malaysia. Kami telah didiskriminasi dalam pelbagai perkara bermula dari hak beragama.

“Kebanyakan India yang beragama Hindu, lahir dalam Hindu telah dipaksa untuk menukar agama. Banyak yang dipaksa untuk menukar agama jika mereka mahu bekerja dalam jabatan kerajaan, jika mereka mahu penajaan pelajaran dan sebagainya.

“Dan ribuan daripada kuil kami telah dirobohkan sepanjang 54 tahun yang lalu sejak kemerdekaan.

“Kami jangkakan sudah 10,000 kuil telah dimusnahkan setakat ini dan masih ada baki 23,000 lagi kuil Hindu dalam risiko (dirobohkan).

“Dan kerajaan adalah dengan sengaja untuk tidak mengeluarkan surat pemilikan tanah kepada tempat-tempat ibadat ini.

“Anak-anak kami yang cemerlang dalam pelajaran mereka namun tidak diberikan penajaan.

“Orang melayu Islam mendapat majoriti penajaan dan

90 peratus penempatan universiti telah diberikan kepada majoriti Melayu muslim.

“Bajet pendidikan negara juga perginya kepada Melayu.

“Bagi tujuan meningkatkan ekonomi juga, negara ini telah berbelanja berbilion dolar setiap tahun hanya untuk mengangkat satu kaum tertentu sahaja iaitu kaum majoriti Melayu muslim.

“Pembentangan hari ini adalah sebuah pembuka mata bagi ahli Parlimen Belanda. Mereka tidak sedar akan perlanggaran hak asasi yang sedang berlaku di Malaysia.

“Dan mereka telah berjanji akan melihat isu yang telah saya bangkitkan dan mereka akan berbincang dengan komuniti mereka sebelum memaklumkan kepada saya akan apa yang akan mereka rancang untuk lakukan nanti”. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment