
Vincent Callebaut seperti lapor Mail Online berkata, rekaan bangunan itu membolehkan orang ramai tinggal di dalam struktur berkenaan, sekali gus mengurangkan penggunaan karbon dioksida di Bumi.


Struktur yang menempatkan 250 tingkat di dalam air pada kelebaran 500 meter itu akan dilengkapi rumah, pejabat, bengkel, makmal sains, dan kawasan pertanian.
Air minuman pula dihasilkan dari sebuah loji kuasa yang menggunakan tekanan kuat untuk mengatasi tekanan osmosis dan memisahkan air daripada garam.
Udara pula diperbaharui secara semula jadi oleh perolakan menerusi cerobong angin pada menara bangunan atau dilakukan oleh sebuah stesen oksigen.

Callebaut berkata, sumber makanan pula akan diperoleh daripada terumbu karang, kawasan pertanian, aktiviti penangkapan ikan.
Tambahnya, setiap bangunan mesra alam itu dijangka memerlukan kos sebanyak 1,430 pound (RM9,143) bagi setiap meter persegi untuk dibangunkan dan boleh dibina di seluruh laut utama di dunia. - utusan
No comments:
Post a Comment