ISTANBUL 17 Nov. – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa benua Amerika dijumpai oleh orang Islam pada abad ke-12, hampir tiga abad lebih awal sebelum Christopher Columbus menjejakkan kaki ke benua itu.
“Hubungan antara Amerika Latin dan Islam telah bermula sejak abad ke-12 lagi. Islam (terlebih dahulu) menjumpai Amerika pada 1178, bukannya Columbus.
“Pelayar Islam (mula) tiba di Amerika pada 1178. Columbus (mengesahkan) pernah menyebut tentang kewujudan sebuah masjid di sebuah bukit di pantai Cuba,’’ katanya semasa berucap pada satu sidang kemuncak pemimpin-pemimpin Islam dari Amerika Latin, di sini.
Menurut Erdogan, Ankara bersedia membina sebuah masjid di tapak yang dimaksudkan oleh pengembara dari Genoa itu seperti yang tercatat dalam diarinya, lapor portal berita Al-Jazeera.
\“Saya ingin membincangkan perkara itu dengan rakan-rakan saya dari Cuba. Sebuah masjid amat sesuai (dibangunkan) di atas bukit itu hari ini,’’ kata Erdogan.
\“Saya ingin membincangkan perkara itu dengan rakan-rakan saya dari Cuba. Sebuah masjid amat sesuai (dibangunkan) di atas bukit itu hari ini,’’ kata Erdogan.
Kebanyakan buku sejarah sebelum ini melaporkan bahawa Columbus menjejakkan kaki ke benua Amerika pada 1492 ketika mencari laluan maritim baharu ke India.
Beberapa ulama Islam, baru-baru ini, mendakwa Islam terlebih dulu sampai di Amerika, walaupun tiada sebarang tinggalan struktur binaan Islam pra Columbus pernah ditemukan.
Dalam satu artikel kontroversi diterbitkan pada 1996, pakar sejarah Dr. Youssef Mroueh daripada Yayasan As-Sunnah Amerika merujuk sebuah diari tentang kedatangan Columbus menyatakan tentang kewujudan sebuah masjid di Cuba.
Sumber : utusan.com.my
Surat surat perjanjian antara penjelajah awal ke benua Amerika dengan penduduk tempatan didapati ditandatangan oleh penama penama yang tipikal islam. Maknanya apabila penjelajah awal dari eropah tiba menjejak kaki di tanah Amerika dan mereka ingin mengadakan perjanjian perdagangan atau berkaitan kebenaran mendirikan gudang, mendapatkan jaminan keselamatan dan sebagainya, mereka berurusan dengan orang tempatan yang mana nama mereka yang tercatat dalam surat perjanjian tersebut merujuk kepada nama orang islam. Ringkasnya semasa penjelajah eropah tiba orang islam telah lama berada di situ.
ReplyDeleteBegitulah apa yang tersurat bahawa Sir Stamford Raffles ialah orang yang mula mula membuka Singapura, padahal Temagi habis umur di sana jauh lebih awal.
Fikir fikirkanlah