Akuan Bersumpah berkenaan telah mendedahkan salah laku
individu yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kes berkenaan bagi
pihak negara kita. Turut dinyatakan maklumat bahawa terdapat wang dalam amaun
yang besar telah bertukar tangan dan dipindahkan ke dalam sebuah akaun di Hong
Kong.
Penulis memohon supaya pihak-pihak berwajib yang mempunyai
kuasa dan masih mempunyai perasaan cinta kepada negara agar membuat siasatan
segera dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Perkara ini melibatkan maruah
negara dan sekiranya benar dakwaan berkenaan, pengkhianat yang telah menjual
kedaulatan negara perlu dihadapkan ke Mahkamah dan dikenakan hukuman yang
paling berat. Untuk makluman, cerita mengenai tindakan sabotaj dalaman yang
dilakukan oleh agent-agent negara jiran di kalangan rakyat tempatan dalam kes
tuntutan Batu Puteh bukanlah perkara baru. Penulis memetik kembali kenyataan
Datuk Ruhanie Ahmad di dalam blognya Kuda Kepang pada tahun 2008 yang lalu :
“sebelum menghadiri sessi akhir ICJ mengenai Pulau Batu
Puteh di The Hague, Belanda, pertengahan Mei 2008 lalu, saya difahamkan bahawa
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, dipercayai telah menerima daripada
Sultan Johor satu scroll dan dokumen sejarah yang sangat penting mengenai pulau
tersebut.
Dokumen dan scroll ini dikatakan akan digunakan sebagai
“senjata terakhir” dalam perbicaraan ICJ bagi menjamin serta mempertahankan
kedaulatan Pulau Puteh terus kekal dimiliki oleh Malaysia.
Berasaskan scroll serta dokumen tersebut, Rais dikatakan telah memberitahu Sultan Johor bahawa kemungkinan besar keputusan ICJ mengenai Pulau Batu Puteh akan memihak kepada Malaysia.
Persoalannya di sini, adakah scroll dan dokumen penting ini
telah benar-benar digunakan sebagai “senjata terakhir” Malaysia dalam
perbicaraan ICJ? Jika tidak, mengapakah jadi begitu? Kemanakah perginya scroll
dan dokumen ini sekarang?”
Sebelum ini, Singapura sentiasa berdolak dalik untuk
membawa kes Batu Puteh ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Adalah jelas
bahawa Batu Puteh adalah lebih dekat dengan Negeri Johor iaitu hanya 7.7 batu
nautikal berbanding dengan jarak dari Singapura yang sejauh 25 batu nautikal. Walaupun
negara kita telah mengemukakan tujuh (7) dokumen bertulis bersejarah yang
membuktikan pemilikan Negeri Johor ke atas Batu Puteh, ICJ akhirnya memutuskan
Batu Puteh menjadi milik Singapura hanya kerana sekeping surat yang dikirimkan
oleh pemangku Setiausaha Kerajaan Johor (bukan Setiausaha Kerajaan Johor
sendiri!) kepada Setiausaha Koloni British di Singapura (bukan kepada Republik
Singapura!) pada 21 September 1953. Batuan Tengah pula disahkan milik negara
sementara status Tubir Selatan masih tidak jelas, tidak pula diketahui
keputusan akhir Jawatankuasa Teknikal Bersama yang ditubuhkan Malaysia dan
Singapura.
Tiada rakyat Malaysia terutamanya Bangsa Johor yang
menerima kenyataan bahawa keputusan ICJ tersebut adalah win-win situation. Malahan Almarhum Sultan Iskandar semasa merasmikan pembukaan persidangan
Dewan Undangan Negeri Johor pada 19 Jun 2008 dengan tegas telah bertitah :
"Suka beta ingatkan bahawa beta
tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi
hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan
semula pulau milik Johor itu,"
Namun begitu, malang sekali negara
ketika itu dipimpin oleh regim yang dikuasai oleh anak menantu langsung tidak
ada usaha untuk menyokong titah almarhum Sultan Iskandar untuk terus menuntut
Batu Puteh. Sama sahaja seperti sikap mereka sebelum itu yang sesuka hati
menyalahkan rakyat Johor untuk membatalkan pembinaan jambatan bengkok atas
alasan tidak masuk akal bahawa rakyat Johor tidak bersetuju dengan pertukaran
untuk menjual pasir ke Singapura dan kebenaran pesawat SAF untuk memasuki ruang
udara negara.
Negara kita hanya mempunyai tempoh
lebih kurang empat (4) tahun sahaja lagi untuk mengemukakan rayuan kepada ICJ
berhubung keputusan ke atas Pulau Batu Puteh. Bukti yang wajib untuk dicarigali
dengan bersungguh-sungguh oleh Arkib Negara, Jabatan Warisan, Muzium Diraja
atau mana-mana sahaja agensi yang berkaitan adalah surat tahun 1844 yang telah
dikirimkan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, William John Butterworth, kepada
Sultan Johor (Sultan Ali, Sultan Johor terakhir dari keturunan Bendahara yang
akhirnya hanya memerintah Muar) dan Temenggong Johor (Temenggong Abdul Rahman
Tun Abdul Jamil, datuk kepada almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor).
Kandungan surat berkenaan adalah mengenai permohonan British untuk meminta izin
daripada pihak Kesultanan Johor untuk membina sebuah rumah api di atas pulau
tersebut, seterusnya membuktikan bahawa pulau tersebut sememangnya milik sah
Negeri Johor. Surat berkenaan tidak dapat dijumpai di dalam arkib negara,
tetapi dipercayai masih berada dalam simpanan arkib negara jiran.
Sumber : http://ibnurusydi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment