Sampai
bila mahu Islam dihina oleh musuh-musuh Islam yang kita kenali? Mana ‘telur’
kita? Apakah kita sudah tidak ada ‘telur’ lagi disebabkan oleh kepentingan
politik menutupi segala-galanya? Jika ahli politik sudah tidak ada ‘telur’, mohon
Raja-Raja Melayu masuk campur tangan. Jika tidak, kita akan menyesal kemudian
hari. Kita akan dikutuk oleh generasi akan datang
Kita terus melukut di tepi gantang. UMNO dan PAS sudah tidak boleh diharap. PKR kita tolak
ketepi. Tidak ada menteri yang bercakap atau bangun mempertahankan soal
penghinaan terhadap korban atau sembelihan di sekolah. Banyak lagi isu lain
yang menyentuh sensitiviti agama Islam yang jelas-jelas termaktub dalam perlembagaan
sebagai agama persekutuan, dihina dan dikeji? Apa kita buat? Kami sebagai
rakyat, amat sedih, hiba dan sakit hati, bercampur geram. Kenapa kita begitu
dayus? Inikah sifat seorang negarawan? Kita terlalu menjaga hati orang,
sehingga hati sendiri terguris.
Apakah memang benar sembelihan kurban dan mempertahankan
kalimah Allah itu satu kesalahan? Katakan! Jangan membisu seribu bahasa.
Berdosa. Sekadar ahli parlimen bercakap, masih tidak kuat. Apapun saya ucapkan
tahniah kepada sahabat saya YB Shahbudin Yahya, MP Tasek Gelugor.
Saya pelik, dekat pilihan raya sahaja sama ada umum (PRU)
atau kecil (PRK), kita menjadi kecut. Kita tidak berani memberi komen
penghinaan yang dilakukan. Malah kita beri apa yang mereka minta
sebanyak-banyak. Nak kata mereka mengundi kita, tidak juga.
Saya amat bimbang dengan desakan cuti dua hari untuk
perayaan minoriti diluluskan, sedangkan perayaan besar agama persekutuan
seperti Hari Raya Kurban hanya diberikan satu hari sahaja. Bayangkan selepas
ini, bangsa-bangsa minoriti pribumi Sabah Sarawak, yang mana mereka lebih
berhak, turut menuntut cuti dan cuti tambahan hari kebesaran dan perayaan
mereka. Maka berpestalah kita dengan cuti sepanjang tahun. Cuti-cuti Malaysia
katanya. Ingatan saya, jangan jadi seperti bangsa Maori di New Zealand. Pribumi
Maori merempat di tanahair sendiri, bila orang lain menguasai.
Penting sangatlah kerusi DUN Sg Limau sehingga kita
sanggup serahkan segalanya. Jika UMNO tidak memenangi DUN Sg Limaupun, UMNO
masih memerintah negeri Kedah. Tetapi jangan tawarkan bulan dan bintang. Sakit
hati melihatnya. Saya tidak bantah peruntukan lebih RM2 juta diberikan kepada
SJKC di Sg Limau.
Saya difahamkan peruntukan tersebut datang daripada wang
cukai judi, arak dan sebagainya yang diharamkan dalam Islam. Tetapi itu bukan
bermakna, wang tersebut hanya disalurkan ke situ sahaja. Masih ada tempat lain
yang boleh disalurkan untuk kegunaan awam, walaupun sumber haram, seperti
membina jambatan di Sabah Sarawak dan banyak lagi. SJKC sudah kaya raya di
seluruh negara dengan kekuatan dan perpaduan NGO-NGO mereka. Tanya Dong Zong dan Jiao Zong. Buatlah audit.
Begitu
juga dengan PAS. Jangan kerana marahkan UMNO dan kini sudah tidur sebilik
dengan DAP dan PKR, kita turut menjadi penakut. Bersuaralah. Ini tidak, sikit sangat
suaranya dalam isu sembelihan korban dan isu yang menyentuh maruah Islam. Isu
kalimah Allah, janganlah cerita. Kepemimpinan pusat tidak membantah apa-apa,
kecuali Harun Taib dan Harun Din. Kedua-dua Harun ini memang hebat dan
sepatutnya memimpin PAS, bukan yang lain.
Saya
sudah ulas isu kalimah Allah dalam tulisan yang lalu, tidak perlu diulang. Kalimah ini
boleh digunakan mereka, jika tidak ada niat jahat. Tetapi saya tahu perancangan
mereka, sebab dahulunya saya tidak bersunat. Saya pernah menjadi Kristian buat
seketika.
Ingatan kepada PAS dan UMNO, jangan kerana dendam dan
sudah mendapat kawan baharu, kita menjadi dayus seolah-olah tidak ada ‘telur’.
Rakyat sudah bosan dengan permainan kedua-dua parti politik Melayu ini. Jika
kedua parti politik tidak mengorak langkah untuk berbincang dan tegas pendirian
berkaitan Islam, maka kerelevanan dipertikaikan.
Saya setuju dengan cadangan sudah sampai masa sebuah
parti politik ditubuhkan menggantikan UMNO dan PAS sebagai alternatif kepada
umat Islam, yang sedang hangat diperkatakan dalam laman sosial seperti face
book hari ini.
Justeru, sudah sampai masanya sebuah parti politik baharu
diwujudkan. Bukan menjenamakan semula parti BERJASA. Tetapi menubuhkan sebuah
parti politik baharu. Saya yakin sambutannya menggalakkan.
Apa perlu dilakukan adalah dengan menggabungkan
kepemimpinan NGO-NGO Islam yang lantang mempertahankan hak-hak Islam (Melayu).
Antaranya adalah ISMA, PERKASA, JATI, MUAFAKAT, MACMA, ACCIN dan lain-lain
lagi. Saya harap ia boleh dijadikan suatu realiti.
Kepemimpinan hari ini perlu ingat, bahawa kemenangan
PRU13 sebelum ini adalah kerja keras semua NGO-NGO ini. Mereka bertungkus-lumus
memastikan Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh DAP dan PKR tidak memerintah.
Jika PAS yang memerintah, masih sedap hati ini. Ini tidak, PAS hanya berjaya
mempertahankan Kelantan. Negeri lain, PAS seolah-olah melukut ditepi gantang.
DAP dan PKR tidak mempercayai PAS.
Agenda
Islam dan negara Islam ditentang habis-habisan. Dakwaan PAS bahawa DAP sudah
lembut terhadap Islam, bersama-sama menggantung dan mengibarkan bendera PAS
ketika pilihan raya, hanya lakonan palsu semata-mata.
Saya
sudah lama menyarankan UMNO dan PAS berbincang demi masa depan Islam, tetapi
PAS menolak mentah-mentah. Hujahnya mudah, UMNO tidak mahu Islam. PAS sanggup
bersekongkolkan penentang Islam dari orang Islam sendiri. Makin kuat PAS
mendekati DAP dan PKR, makin kuat mereka menentang Islam. Apakah ini bermakna
mereka sudah lembut? Mereka tidak lembut. Lembutnya mereka untuk mempergunakan
PAS.
Jika begitulah keadaannya, semua parti politik Islam
Melayu sudah tidak ada ‘telur’, maka sudah sampai masanya sebuah parti Islam
yang berani mempertahankan Islam (Melayu) ditubuhkan. Marilah sama-sama kita
merealisasikannya. Kita perlukan parti politik yang benar-benar ada ‘telur’.
Oleh : Ridhuan Tee
No comments:
Post a Comment