nuffnang

Sunday, June 30, 2013

Apa Yang Membuat Wanita Bahagia?

SEBAGAI lelaki, pernahkah anda berfikir apa yang membuat pasangan bahagia? Ya, memang ramai dari kita yang kerap melupakan hal tersebut.

Kerananya, cubalah untuk cari tahu apa yang diinginkan oleh pasangan. Jika ragu menanyakannya, berikut beberapa perkara yang boleh dijadikan rujukan.

Masa
Bagi wanita, menghabiskan masa dengan pasangan adalah hal yang paling indah. Tidak perlu memakan masa yang lama, cukup 30 minit tanpa ada gangguan dari orang lain, juga sudah membuatnya bahagia.

Penghargaan
Sekarang ini, wanita tidak saja melakukan satu tugas saja. Selain tugas rumah tangga, mereka juga ramai yang bekerja sebagai wanita yang berkerjaya. Meskipun begitu, mereka tidak meminta balasan apa pun. Hanya penghargaan atau apresiasi dari pasangan saja sudah membuatnya bahagia.

Pengertian
Sangat penting bagi wanita jika mempunyai lelaki yang pengertian. Selain itu, wanita juga sebenarnya hanya ingin didengar oleh pasangan.

Bersenang-senang
Biasanya setelah anak lahir, jadual untuk bersenang-senang menjadi berkurang. Belum lagi masalah lain yang kadang menghampiri. Sebagai suami, tidak ada salahnya mengajak isteri bersenang-senang sejenak untuk bersantai.

Bahasa tubuh
Pelukan, ciuman, atau telefon yang sekadar mengungkapkan rasa sayang adalah perkara mudah yang boleh dilakukan oleh lelaki terhadap wanita. Meski begitu, perlakuan atau bahasa tubuh tersebut sudah cukup membuat wanita bahagia.

Anonymous

No comments:

Post a Comment