Sunday, June 16, 2013

Inginkah Dong Zong Menyanyikan Lagu Ini....

Lagu Najwa Latif Sahabat Dinyanyikan Oleh Pelajar Di Amerika 



5 Bahasa Yang Paling Sukar Di Pelajari..
Mempelajari bahasa asing memang bukan hal yang mudah. Ada huruf yang berbeza, susunan kata yang tidak biasa, sampai pengucapan kata yang asing di lidah.

Menurut kajian, seseorang paling mudah mempelajari bahasa dengan susunan kata dan pengucapan yang mirip dengan bahasa sehari-harinya. Masing-masing bahasa mempunyai kesulitan yang berbeza. Berikut lima bahasa yang paling sukar dipelajari seperti dikutip dari thirdage.

1. China
Bahasa China dianggap sukar dipelajari kerana sangat menekankan pada intonasi. Penekanan intonasi yang berbeza boleh membuat erti kata yang diucapkan sangat berbeza. Tak hanya itu, ribuan huruf China yang sukar dan rumit membuat bahasa yang cukup popular di dunia tersebut makin susah untuk dipelajari.

2. Arab
Untuk orang Eropah, bahasa Arab mempunyai persamaan yang sangat sedikit dengan bahasa mereka. Membaca tulisan dalam bahasa Arab juga dianggap agak sukar kerana pengucapan vokal yang agak berbeza dengan bahasa Inggeris. Sama seperti bahasa Cina, huruf-huruf Arab juga menjadi salah satu kesulitan jika ingin cepat mempelajari bahasa ini. Perubahan bentuk huruf dalam kalimat yang berbeza ketika suatu huruf digabungkan juga membuat belajar bahasa Arab lebih mencabar.

3. Jepun
Lagi-lagi bahasa dengan huruf yang rumit masuk dalam senarai ini. Jepun, seperti sudah banyak diketahui mempunyai ribuan karakter dengan sifat yang berbeza. Selain ribuan karakter, ada tiga cara penulisan dan dua jenis senarai suku kata membuat orang harus mempunyai ingatan yang kuat ketika mempelajari bahasa Jepun.

4. Korea
Struktur kata, pemahaman kalimat, dan konjugasi kata kerja yang berbeza membuat bahasa Korea bukan bahasa yang mudah diserap. Selain struktur penggunaan kata, huruf-huruf Korea yang tak kalah rumit juga membuat bahasa asal bintang K-Pop tersebut sukar dipelajari dengan cepat.

5. Hungaria
Bahasa Hungary dianggap sukar dipelajari kerana tidak mempunyai persamaan atau rumpun yang sama dengan bahasa apa-apa pun. Tidak seperti bahasa Melayu (MALAYSIA) yang mempunyai beberapa persamaan dengan bahasa Indonesia, bahasa Hungary tidak mirip dengan bahasa apa-apa pun. Kerana itu seseorang harus bermula dari sifar untuk mempelajarinya.

Kesulitan lain ketika mempelajari bahasa Hungary adalah bahasa ini memiliki sifat kata untuk penyebutan feminin, maskulin, dan neutral gender. Selain itu, 7 konjugasi yang berbeza juga membuat bahasa negara yang terletak di benua Eropah tersebut makin rumit untuk segera difahami.

No comments:

Post a Comment