nuffnang

Friday, June 7, 2013

Kempen Hapus Etnik Rohingya

BANGKOK - Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia, Human Rights Watch (HRW), menuduh Myanmar melancarkan satu kempen pembersihan etnik terhadap penduduk Rohingya yang beragama Islam berdasarkan bukti penemuan kubur-kubur besar dan pengusiran etnik tersebut.

Badan hak asasi manusia yang beribu pejabat di New York itu berkata, etnik Rohingya yang dinafikan kewarganegaraan di Myanmar menghadapi jenayah kemanusiaan termasuk pembunuhan, didakwa dan diusir.

HRW berkata, pemimpin masyarakat dan sami Buddha menganjur dan menggalakkan orang ramai dengan sokongan pasukan keselamatan melancarkan serangan terancang ke atas perkampungan Islam di Rakhine pada Oktober lalu.

''Kerajaan Myanmar terlibat dalam kempen pembersihan etnik terhadap (etnik) Rohingya dan ia berterusan sehingga hari ini melalui penafian bantuan kemanusiaan dan mengehadkan pergerakan,'' kata Timbalan Pengarah Asia HRW, Phil Robertson.

''Di Rakhine, lebih 125,000 etnik Rohingya dan penduduk Islam dihalau, dinafikan akses kepada bantuan kemanusiaan dan tidak dibenarkan pulang ke rumah mereka,'' kata badan hak asasi itu.

Sekurang-kurangnya 180 orang maut dalam dua keganasan melibatkan penganut Buddha dan Islam di Rakhine sejak Jun lalu, berdasarkan angka kematian rasmi, namun HRW mempercayai jumlah tersebut lebih tinggi.

Dalam laporan berdasarkan temubual dengan lebih 100 orang, HRW berkata, pihaknya menemui empat kubur besar di Rakhine dan menuduh pasukan keselamatan memusnahkan bukti jenayah.

''Dalam satu contoh pada Jun lalu, sebuah trak kerajaan membuang 18 mayat tanpa pakaian dan separuh bogel berdekatan kem pelarian Rohingya, dilihat sebagai cubaan untuk menakut-nakutkan etnik Rohingya supaya terus meninggalkan Myanmar,'' kata HRW.

HRW menuduh pihak berkuasa memusnahkan masjid dan melakukan penangkapan besar-besaran di Rakhine.

''Pasukan keselamatan tidak mempedulikan atau turut membantu penganut Buddha menyerang anggota masyarakat Islam,'' kata badan hak asasi manusia itu. - AFP

Di Malaysia pula ada gerombolan yang hebat membenci(menghapuskan) Melayu-Islam

No comments:

Post a Comment