nuffnang

Friday, August 5, 2011

8 Ketua Kampung Mahu Kibar Bendera Malaysia

JAKARTA 4 Ogos - Akibat marah dengan kelemahan pihak berkuasa, lapan ketua kampung di daerah Sintang, Kalimantan Barat bercadang mengibarkan bendera Malaysia sempena hari kemerdekaan republik ini pada 17 Ogos ini.

Ia sebagai tanda protes berikutan tindakan kerajaan mengabaikan tanggungjawab menyediakan kemudahan prasarana dan perkhidmatan untuk rakyat yang tinggal di sempadan negara ini dengan Sabah dan Sarawak.

"Pentadbiran tempatan di kawasan sempadan itu hanya mengambil berat mengenai kebajikan rakyat sewaktu pilihan raya saja. Pada masa lain, rakyat dilupakan," kata TB Hasanuddin, seorang ahli politik daripada parti pembangkang Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan.

Menurut beliau, sejumlah besar penduduk Indonesia yang menetap di kawasan pedalaman Kalimantan selama ini terpaksa mendapatkan perkhidmatan kesihatan atau mencari kerja di Malaysia kerana semua itu tidak disediakan oleh kerajaan Indonesia.

Hasanuddin menyalahkan kerajaan pusat kerana gagal menyediakan keperluan rakyat.

Beliau juga memberi amaran akan berlaku penghijrahan beramai-ramai rakyat Indonesia ke Malaysia, seandainya pembangunan tidak seimbang seperti yang sedang berlaku di sempadan itu tidak ditangani dengan baik.

"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menjaga kebajikan dan memastikan kemakmuran rakyatnya," ujar beliau. - Utusan

No comments:

Post a Comment