Friday, December 3, 2021

Negeri Lain Wajar Jadikan Pahang Contoh Perkasakan Tulisan Jawi

Isu papan tanda Jawi di SJKC: Sila patuh, ini Tanah Melayu
BANGI – Tindakan pemimpin parti tamak haloba mengecam pihak berkuasa kerana tidak mempamerkan tulisan Cina pada papan tanda dua sekolah rendah Cina di Pahang sangat tidak munasabah.

Hanya kerana papan tanda itu memaparkan nama sekolah masing-masing dalam bahasa Malaysia dan Jawi, mereka terus mengamuk.

“Pelik. Inikan Tanah Melayu dan termaktub dalam Perlembagaan bahasa Melayu adalah Bahasa kebangsaan.

“Penggunaan tulisan Jawi adalah selari dengan pentadbiran negara Islam. Jadi apa masalah mereka?

Demikian tempelak Presiden Pertubuhan Gerakan Qiam (QIAM), Datuk Sirajuddin Salleh mengulas tindakan beberapa pemimpin DAP yang tidak berpuas hati apabila papan tanda baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pahang tiada tulisan Cina.

Difahamkan, papan tanda sekolah yang baru dibuat selepas Dewan Undangan Negeri Pahang memutuskan agar semua agensi berkaitan kerajaan wajib menambah tulisan Jawi pada papan tandanya.

Datuk Sirajuddin berkata, adalah tidak relevan untuk memasukkan aksara Cina sedangkan pentadbiran utama di negara ini adalah Melayu.

“Cuba kita berada India tapi mahu kekalkan tulisan Melayu di negara mereka, pastinya tindakan itu bukan sesuatu yang relevan, begitu juga dengan isu ini, sangat tidak munasabah.

“Sekiranya mahu tulis dan kembangkan tulisan mereka, sila pulang semula ke tanah air mereka dan gunalah seperti yang diidamkan,” katanya.

Malah beliau turut menzahirkan rasa kagum dengan tindakan Pahang yang mewajibkan tulisan Jawi di setiap papan tanda negeri itu, yang dilihat sebagai usaha memperkasakan semula tulisan Jawi.

“Ini yang perlu dicontohi semua negeri dan di peringkat Pusat selari sebagai Malaysia sebagai sebuah pentadbiran Islam,” katanya. - ismaweb.net

No comments:

Post a Comment