Thursday, December 2, 2021

Adakah Tulisan Rumi, Jawi Dan Bahasa Melayu Akan Dibuang...?

Apa kecoh sangat dengan papan tanda dalam Bahasa Melayu di SJKC?
SJKC ini berada di China atau Malaysia? Jika di Malaysia, ikut dasar dan patuh kepada arahan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Bantuan semua kamu nak seperti mana sekolah kebangsaaan. Kamu desak kalau tak dapat, tetapi kenapa ultra kiasu sangat dalam memartabatkan Bahasa negara dan identiti negara. Cuba kamu tengok dalam jata negara, ada tulisan lain selain rumi dan Jawi.

Bukankah itu yang sepatutnya berada di SJKC? Tidak cukupkah lagi ia beroperasi sepenuhnya dalam Bahasa Cina?

Kenapa ultra kiasu dan akhbarnya begitu terkejut serta memperbesar-besarkan isu apabila papan tanda di SJKC mengandungi nama sekolah dalam Bahasa Melayu dan tulisan Jawi di Pahang. Malah, timbalan Menterinya, mula melatah, mahukan papan tersebut diubah.

Papan tanda SJKC tiada tulisan Cina bising bukan main, bagaimana pula dengan papan sepenuhnya tulisan Cina tanpa tulisan rumi dan Jawi? Kenapa diam? Cuba buat siasatan berapa banyak SJKC yang langsung tidak mendaulatkan tulisan rumi dalam papan tandanya.

Langkah kerajaan Pahang amat tepat, meluluskan nama SJKC dalam tulisan Bahasa Melayu sahaja kerana itulah yang sepatutnya, kerana ini bukan negara China.

Negara ini ada Bahasa kebangsaan atau bhasa negara yang termaktub dalam Perlembagaan. Ia mesti didaulatkan.

Masuk sahaja ke dalam SJKC penuh dengan kecinaan, segala notis, maklumat dan pengajaran semua dalam Bahasa Cina. Tidak bolehkah nama di luar ditulis dalam tulisan BM dan Jawi.

Jadi, apa masalah dengan kamu?

Bantuan kerajaan semua kamu ambil, tetapi dasar kerajaan kamu tolak. Kamu ini apa?

Kalau kamu mahu wujudkan sekolah secina-cinanya, jangan minta bantuan kerajaan. Kamu bergerak sepenuhnya bersendirian.

Dalam keadaan bergerak sendirian seperti Sekolah Persendirian Cina, pun kamu mendesak kerajaan bantu dari segi kewangan setiap tahun, peruntukan diberikan.

Kementerian Pendidikan tidak boleh tunduk sama sekali dengan kumpulan ultra kiasu ini dalam mendaulatkan Bahasa kebangsaan. Kenapa perlu perbesarkan perkara sekecil ini, kecualilah KPM mengarahkan SJKC menggunakan medium bahasa kebangsaan. Itupun hak KPM. Ini sekadar nama papan tanda.

SJKC mendapat bantuan kerajaan sepenuhnya, sudah sewajarnya mereka mesti turut sama mendaulatkan Bahasa Kebangsaan.

Justifikasi kenapa papan tanda mesti dikekalkan dalam Bahasa Melayu dan Jawi

1. SJKC adalah sekolah bantuan penuh kerajaan. Jika SJKC mahu buat sesuka hati, silakan. Buat sekolah sendiri, jangan minta bantuan kerajaan. Sejumlah 1300 SJKC semuanya ditanggung kerajaan. Jika tidak setuju, kembalikan segala tanah, bangunan dan asset kerajaan. Gaji guru-guru SJKC kamu bayar sendiri.

2. Kerajaan telah membelanjakan tidak kurang dua billion setahun untuk membiayai operasi SJKC termasuk pembayaran gaji guru-gurunya, meskipun kewujudannya tidak berperlembagaan. Baru-baru ini saya pergi ke kawasan Bagan Datuk, boleh dikatakan semua SJKC dan SJKT yang dahulu bangunan kayu, kini semuanya megah berdiri dengan batu bata, dewan dan bangunan tamabah. Sekolah kurang murid tidak boleh langsung ditutup.

Apa kamu hendak lagi ultra kiasu, hidup dalam sebuah negara berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu, tetapi kamu menegakkan ketuanan Cina. Hanya sekadar papan tanda dalam tulisan Bahasa Melayu dan Jawi, kamu sudah kepanasan. Kita sedang mendidik atau membela manusia atau pun haiwan. Jika manusia, kenapa langsung tidak tahu langsung erti mengenang budi. Di mana lagi kamu nak cari bangsa semulia ini yang membenarkan kamu tinggal di buminya, tanpa diganggu-gugat dan memberikan hak kepada kamu seluas-luasnya.

3. SJKC ini berada di negeri Pahang, negeri yang ada dasar dan peraturan dalam papan tanda. Pahang bukan Pulau Pinang dan negeri-negeri lain sewaktu dengannya, yang telah pudar jati dirinya. Pahang sudah sedar tentang pentingnya jati diri dan identity. Kadangkala melihat kepada papan tanda dan iklan-iklan yang ada di seluruh bandaraya terutama, tertanya-tanya saya, saya berada di mana.

Tidak ada identiti negara yang dapat membezakan dengan negara lain. Cuba bandingkan dengan Thailand dan Indonesia, tidak perlu sampai ke sana, berada dalam kenderaan mereka, seperti kapalterbang, bas dan teksi, sudah cukup merasai berada dalam negaranya. Negara-negara ini sentiasa memberikan kata dua kepada pendatang, jika mahu tegakkan ketuanan bangsa sendiri dalam negara yang sudah ada tuannya, sila angkat dan balik. Begitulah tegasnya mereka. Kita pula bagaimana?

4. Dalam negara di dunia mana sekalipun, tidak pernah sama sekali bahasa negara tidak didaulatkan, malangnya negara ini seolah-olah tidak ada peraturan. Buat papan tanda, iklan, sesuka hati ikut dalam Bahasa apa yang mereka suka. Sebab itulah negara ini telah menjadi cacamerba. Kita pun berbangga, ini perpaduan dalam kepelbagaian atau unity in diversity atau Malaysia truly Asia. Benarkah? Sebenarnya sedikit demi sedikit, kita telah menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara. Akhirnya, yang tinggal apa?

5. Selama ini, SJKC tidak pernah patuh kepada arahan-arahan asas kerajaan meskipun mereka berada dalam sistem Pendidikan negara, rujuklah artikal-artikel saya sebelum ini. Dalam kata lain, SJKC cukup dimanjakan. SJKC boleh beroperasi sesuka hati, secina-cinanya. Papan tanda dinaikkan ikut suka hati.

Saya harap setiap negeri yang ada dan pihak berkuasa, lihatlah secara menyeluruh papan tanda dan iklan-iklan yang dinaikkan. Adakah ia mengikut garis panduan atau tidak. Jika ia bertentangan dengan undang-undang, pastikan selepas ini dipatuhi.

Jangan biarkan kaduk naik junjung, beri betis hendak peha.

Jika hendaklah undi pun, janganlah sampai menyimpan biawak hidup

Lihatlah kenyataan demi kenyataan mereka dalam PRN Sarawak yang bakal berlangsung. Belum apa-apa sudah berkempan mahukan Sarawak keluar daripada Malaysia. Persoalannya, apakah sumbangan mereka kepada kemerdekaan negeri Sarawak? Boleh dikatakan langsung tiada. Yang banyak terkorban dalam perjuangan kemerdekaan, semuanya bumiputera Sarawak.

Cuba kaji sejarah kemerdekaan Sarawak, terdapatkah wajah-wajah ultra kiasu terkorban dalam memperjuangkan kemerdekaan? Yang ada, ultra kiasu inilah yang mendapat manfaat paling besar sebelum dan selepas kemerdekaan. Apabila sudah kaya raya, mereka mahu keluar daripada Malaysia. Agenda hidup bernegara tidak dikuasai. Wajarkah mereka ini diberikan taraf kewarganegaraan?

Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

No comments:

Post a Comment