Monday, December 20, 2021

Hanya Tumpang Tuah Kemenangan Bertanding Di kawasan Majoriti Melayu

Fokus kepada MCA ibarat simpan biawak hidup
BANGI – Kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 menunjukkan kerajaan perlu memberikan perhatian serius kepada Bumiputera Sarawak dan Sabah.

Ini kerana, tindakan melayan MCA seperti anak emas tidak membawa apa-apa faedah kepada kerajaan sedia ada, melainkan parti itu menumpang tuah di atas kemenangan bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menegaskan, MCA sejak dahulu lagi, bukan deposit tetap kepada kerajaan, justeru tindakan terlalu menumpukan MCA, kerana mahu kelihatan ‘berwarna’ ibarat menyimpan biawak hidup.

“Saya harap ketika AGM MCA, pemimpin kita tidak menawarkan bulan dan bintang kepada mereka, demi untuk mendapat secebis undi, kerana itu hanya ilusi. Jangan harap undi ultra kiasu akan beralih.

“Fokuslah kepada Bumiputera Sarawak dan Sabah. Gabungan keduanya dari segi saiz jauh lebih besar daripada Semenanjung Tanah Melayu. Pembangunan di sana perlu diberikan keutamaan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan, pengajaran kemenangan PRN Sarawak malam tadi khas kepada semua pihak.

Katanya, UMNO setelah lebih 64 tahun merdeka, masih tidak mahu mengakui bahawa MCA melalui sekolah vernakular adalah antara faktor yang menjatuhkannya dan satu bentuk ugutan politik yang direlakan.

PAS pula lain pendiriannya selepas dan sebelum bersama kerajaan, lebih tahun 64 tahun merdeka, tidak melihat aspek sekolah vernakular ini antara penghalang dakwah atas faktor jadi tembok interaksi sosial dan bahasa.

Sebaliknya, masih melihat dakwah itu adalah dalam bentuk individu ke individu bukannya dalam konteks pembudayaan, katanya.

“Lebih malang lagi ada sebahagian daripada kita lebih 64 tahun merdeka, masih melihat kehakisan nilai adalah suatu yang mesti digadaikan untuk memenangi hati bukan Bumiputera,” katanya. - ismaweb.net

No comments:

Post a Comment